June 9, 2009

Forever Yours 7


“Ibu.. Buat apa tak tidur lagi ni..”

Puan Faridah tersenyum pada Ain yang menjenguk di balik daun pintu yang terkuak sedikit. Tangannya menggamit puteri bongsunya itu. Matanya dikerdipkan sekali.

“Kenapa? Nurin nak tutup lampu untuk ibu tadi ye..”

Ain ketawa lepas. Langkahnya diatur kemas menuju ke arah Puan Faridah yang sedang duduk berlunjur di tepi pintu luncur berhampiran balkoni bilik. Dia tersengih lebar sambil merebahkan kepalanya ke atas peha ibunya.

“Hmm.. Dah agak dah.” Puan Faridah mengusap kepala anaknya perlahan. Ain masih lagi tersengih.

“Ibu berangan ye tak tidur lagi..”

“Berangan apanya dah tua-tua ni sayang.. Ibu tengah urut kaki ni ha..” Puan Faridah menayangkan botol minyak angin di hadapan mata anaknya.

“Hmm ibu, lupa Nurin nak bagitahu ibu.. Hujung minggu ni Nurin tak boleh cutilah ibu..” Ain merungut manja. Mulutnya yang memuncung membuatkan Puan Faridah ketawa kecil.

“Cantiklah tu.. Kalah Falah! Kalau Falah nampak mama In dia macam ni, habis kena gelak..” Puan Faridah menyambung tawanya.

“Ibu..” Nurin merengek manja sebelum dia pun turut ketawa perlahan. “Macam mana ni ibu.. Siapa nak bawa ibu pergi hospital nanti..” Berkerut-kerut dahinya memikir. Tawa Puan Faridah kembali kedengaran, melihatkan raut wajah anaknya. “Ibu.. Orang serius, ibu boleh gelak pulak..” Ain memuncung lagi. Puan Faridah tersenyum pula. Diusap lembut kepala anaknya sebelum dicuit pipi gadis itu.

“Nurin ni risau sangat.. Tu, Abang Ammar kamu dah bagitahu ibu awal-awal..”

“Hah!” Ain bingkas bangun dari baringannya. “Bila masa Encik Ammar bagitahu ummi? Dia ada datang ke? Kenapa Nurin tak tahu pun? Kenapa ibu tak cakap dekat Nurin?”

“Hish! Ya Allah.. Satu-satulah Nurin..” Puan Faridah menepuk lengan anaknya perlahan. Ain tersengih dalam raut wajah yang penuh dengan tanda tanya. “Abang Ammar kamu tu datang dua hari lepas.. Dia singgah sekejap sebelum masuk office.”

“Ohh..” Terangguk-angguk Ain mendengarkan jawapan ibunya. Misteri kewujudan sebakul buah-buahan yang terletak elok di atas meja makan di rumah itu pada hari Selasa lalu terjawab akhirnya. Puas dia bertanya pada Puan Faridah. Namun, ibunya itu hanya tersenyum dan menjawab, rezeki kita..

“Yang Nurin terkejut sangat kenapa? Macam dia tak biasa datang pulak..”

Ain tersengih lagi, menjungkitkan hidungnya sekali. “Nurin peliklah ibu.. Kenapa tak boleh cuti pulak hujung minggu ni.. Saje je tau nak menyusahkan orang.. Dia tak tahu ke tak ada siapa yang nak jaga ibu nanti..” Ain merungut geram.

Puan Faridah ketawa perlahan sebelum membalas, “Ha.. Buatlah dosa banyak-banyak.. Lepas ni mintak maaf balik dekat Ammar tu..”

“Hiii.. Tak nak Nurin cakap dengan dia..”

Puan Faridah menggeleng perlahan. “Hmm.. Nurin tak tahu ke ada apa hari Ahad nanti?” Puan Faridah terdiam melihatkan gelengan Ain. Dia menghela nafasnya perlahan. “Abang Nurin tu nak balik sini dah minggu ni..” Sambung Puan Faridah tenang. Ain tersedak tiba-tiba. Pantas Puan Faridah mengusap lembut belakang badan anaknya beberapa kali.

“Abang ‘Imad nak balik, bu? Apa mimpi dia?”

“Mimpi Nurinlah..” Puan Faridah ketawa lepas melihatkan mata Ain yang membulat.

“Hishh ibu ni.. Ada pulak cakap macam tu..”

“Dah Nurin tanya ibu.. Manalah ibu tahu dia mimpi apa..” Balas Puan Faridah berlelucon.

“Ibu ni... Suka tau usik Nurin macam ni.. Loyar buruk betul.. Ni mesti belajar dari Aidil..” Ain mencebik seketika sebelum dia tersenyum lebar mengenangkan anak lelaki alongnya, Megat Aidil.. “Haii.. Rindu pulak dekat budak kecik tu, bu..” Ain bersuara lemah sambil tangannya laju sahaja mengurut kaki ibunya.

“Along pun dah lama tak balik.. Abang Megat tak boleh nak cuti, kata along.. Baru naik pangkat katanya..” Puan Faridah menjungkit bahu sekali.

“Tapi Jumaat minggu depan mesti along balik punya, bu..” Nurin membalas yakin. Berkerut dahi Puan Faridah memandangnya. “Hmm.. Ibu tak ingatlah tu..” Ain mencebik manja.

Puan Faridah mengukir senyum. Lambat-lambat senyumnya bertukar tawa perlahan. “Perasan tau anak ibu sorang ni.. Macam betul je along nak balik masa hari lahir Nurin tu..” Usik Puan Faridah, tahu anak sulungnya, Nurin Sakinah tak pernah gagal pulang pada ulang tahun kelahiran mana-mana ahli keluarga mereka.

“Along mesti balik punya..” Ain tersenyum lebar penuh keyakinan.

________________________________________________________________________


“Mama!!” Falah yang sedang duduk menopang dagu di tepi pintu luncur menjerit kuat, melihatkan kelibat mama In nya yang sedang berjalan ke arah pintu masuk tadika itu. Si kecil itu bingkas bangun dan berlari mendapatkan Ain. Dia memeluk erat kaki Ain saat langkahnya terhenti di hadapan gadis itu. Ain tersenyum senang. Falah diangkat perlahan dan didakap erat. Satu ciuman singgah di pipinya. “Mama.. You are late..” Bulat mata Falah memandangnya. Ain ketawa perlahan, melangkah menuju ke kereta yang diparkir di hadapan pintu pagar.

“See you next week, Falah..”

Satu suara yang kedengaran di belakang membuatkan Ain yang sedang mendukung Falah berpaling. Dihadiahkan sebuah senyuman buat wanita yang sedang memegang gril berwarna biru gelap itu.

“Bye teacher..” Falah melambai sekali dengan sengihan lebar. Wanita yang dipanggil teacher itu tersenyum manis sambil membalas lambaian Falah. Ain turut tersenyum sebelum mengucapkan salam pada wanita itu.

“Teacher baru Falah ke?” Tanya Ain sebaik sahaja mereka sampai di hadapan kereta.

“Hmm.. Teacher Sarah ganti Teacher Ju..”

“Teacher Ju mana?”

“Teacher Ju dah ada baby..” Falah menjawab petah.

Ain terangguk-angguk. Terbayang dia pada Juliana di samping suaminya, Bakhtiar, yang dikatakan sahabat baik Ammar.. Dah dapat baby rupanya dia.. Ain tersenyum lebar. Pintu kereta di sebelah pemandu ditarik perlahan. Dia meletakkan Falah yang sedang rancak bercerita perihal baby baru cikgunya itu di atas tempat duduk dengan berhati-hati. Ain membongkokkan badannya sedikit dan bersuara, “Falah dah tengok ke baby Teacher Ju?” Gelengan Falah membuatkan Ain ketawa kecil. Dia mengusap kepala si comel itu perlahan sebelum bergerak ke tempat duduk pemandu.

“Kalau tak tengok, macam mana Falah tahu baby Teacher Ju comel..” Ain kembali bersuara sebaik sahaja Suzuki Swift Sport warna merah metalik itu meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan yang menempatkan tadika Falah.

Falah tersengih. “Teacher Ju kan comel..” Pantas si kecil itu menjawab riang. Ain ketawa lagi.

“Pandailah baby papa ni tau..” Kepala Falah digosok perlahan sebelum Ain menumpukan perhatian pada pemanduannya.

“Home sweet home!!” Falah menjerit riang saat kereta yang dinaikinya meluncur masuk ke perkarangan rumahnya. Ain hanya tersenyum. Falah membuka pintu kereta dan berlari ke halaman belakang rumah. Sekelipan si comel itu hilang dari pandangan Ain.

“Hmm.. Tak sabar nak tengok kartun la tu..” Ain menggeleng perlahan dengan segaris senyuman di bibirnya.

“Mama!!” Laung Falah kuat.

Laju-laju pun bukannya boleh masuk lagi.. Ain tersengih nakal. “Ya sayang.. Kejap, mama nak buang sampah dulu..” Ain melangkah ke longgokan sampah yang ditinggalkan di tepi pagar sebelum dia keluar menjemput si kecil itu. Tak sempat dia hendak membuang sampah itu awal pagi tadi. Menggunung geramnya pada Ammar yang langsung tak membantu.. Ain mendengus perlahan. Dua plastik sampah diangkat dan dia bergerak pantas ke luar rumah. Tutup tong sampah hijau berbentuk empat segi tepat itu dibuka perlahan dan dia meletakkan dua plastik sampah tadi ke dalamnya. “Hah! Ambik kau! Lunch..” Ain ketawa perlahan sambil menutup balik tong sampah warna hijau lumut itu.

“Lunch untuk abang ada?”

“Mak!!” Terjerit Ain melihatkan susuk tubuh yang berdiri betul-betul di belakangnya. Dia mengurut-ngurut dadanya perlahan, terkejut mendengarkan suara itu dan lebih terkejut lagi melihatkan seraut wajah itu.

“Mama!!” Falah berlari terkedek-kedek menghampiri Ain. “Lambatnya mama buang sampah..” Falah merungut manja. Memuncung si kecil itu memandangnya.

“Falah sayang..” Falah mengalihkan pandangannya pada arah suara yang memanggil. Bulat matanya seketika. Dia tersengih lebar.

“Uncle ‘Imad!! Falah miss you so, so much!!” Falah menjerit kesukaan. Sekejapan si kecil itu sudah berada dalam dakapan ‘Imaduddin.

Ain yang memandang masih lagi kaku tergamam. “Abang Nurin tu nak balik sini dah minggu ni..” Lantas kata-kata ibunya semalam terngiang di telinganya. Minggu ni.. Maknanya bila-bila masa sahaja.. Tapi kenapa hari ni? Kenapa sekarang ni? Ain menghela nafasnya perlahan, cuba menerima kejutan yang tak disangka. Ngauman enjin Hyundai Tiburon V6 SE milik Ammar yang semakin jelas kedengaran membuatkan nafas Ain terhenti seketika. Bulat matanya melihatkan kereta tuannya itu yang meluncur laju masuk ke perkarangan rumah dan berhenti di sebelah keretanya. Dia pun ada jugak? Balik time ni? Hishh.. Semak la semua.. Masak la aku nak melayan dua orang hamba Allah ni.. Boleh sakit jiwa agaknya.. Ibu!!! Nurin nak balik!!!

2 comments: