September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


‘Ayah tak kisah apa jawapan Iklil. Apa yang ayah tahu, majlis Iklil jalan, cuti hujung tahun nanti..’

Terngiang-ngiang suara Ayah Amat. Satu pernyataan yang lebih kepada arahan. Mujur tiada ugutan. Tapi... Abang Amin sangat mengecewakan. Sanggup dia mengugut aku! Adiknya sendiri! Darah dagingnya! Kalau bukan Abang Amin yang memihak kepadanya, siapa lagi yang boleh diharapkan.

“Aku harap kau setuju je cakap ayah Mat. Jangan nak menyusahkan aku pulak.”

“Adik tak nak.”

Tajam pandangan Aminuddin pada Iklil saat itu. Iklil menayangkan riak wajah yang tenang.

“Jangan nak menyusahkan aku, adik!”

“Bila adik susahkan Abang Amin? Bila?”

Aminuddin terdiam. Beberapa saat berlalu dengan renungan berbalas renungan tanpa bicara antara dua beradik itu.

“Aku bagi warning, dik. Kalau kau lari, tahulah balasannya. Aku nasihatkan kau terima je orang yang masuk mintak kau tu. Ayah Mat dah ambik deposit dari budak tu pun.”

Deposit?! Bulat mata Iklil memandang abangnya saat itu. Aminuddin senyum sinis. Sebak hati Iklil mengenangkan dirinya seakan dijadikan barang dagangan... dan siapakah lelaki yang dimaksudkan itu? Sanggup dia menjadikan ikatan yang suci ini seakan satu urusan jual beli.. Siapakah dia?

“Kalau kau nak jadi macam mama, beranilah lari..”

“Abang!”

Berombak kasar dada Iklil, menahan marah. Gadis itu menggeleng beberapa kali. Dalam hati dia beristighfar panjang.

“Mama dah tak ada, bang... dah tak ada. Sampai hati abang kata mama... Iklil tak sangka abang sanggup buat kami macam ni.” Iklil menahan nafas sebelum melepaskannya perlahan.

“Sekarang Iklil tahu, pasti tiada tempat bagi kami dalam hati abang. Apa salah kami, bang? Apa salah mama? Istighfar bang, istighfar. Syurga kita bawah tapak kaki mama biar mama dah tak ada dekat dunia ni.” Sambung Iklil sebak. Kolam matanya mula ditakungi mutiara jernih. Dia bingkas bangun dari sofa berangkai dua di hadapan set televisyen.

“Kalau ini yang dapat puaskan hati Abang Amin, hati Ayah Amat, adik terima.” Perlahan Iklil bersuara, sebelum berlalu melintasi Amin yang santai bersandar tanpa perasaan di sofa sebelah. Sempat matanya menangkap senyuman lebar di wajah Aminuddin kala itu.

“Sayang!”

Iklil tersentak. Tangan kasar yang menutup matanya ditarik laju. Terbang lamunannya sebentar tadi.

“Ishh.. Awak.”

“Iya. Kita la.. Ada ke lelaki lain yang boleh pegang-pegang awak..?”

Idin sudah tersengih-sengih memandang Iklil. Serius gadis itu memandangnya tanpa segaris senyuman di wajah manis itu.

“Awak ni.. Lain kali bagi salam dulu. Ini main terjah je. Tu tak lain, berangan nak jadi abang rambut ketak la tu. Tak pun nak ganti Michelle..”

Iklil merungut panjang, masih lagi dengan riak wajah yang serius. Idin tersenyum lebar. Sempat dia mencuit pipi Iklil sekali sebelum bergerak masuk ke dalam rumah semula. Berkerut dahi Iklil melihatkan suaminya yang sudah bergerak meninggalkannya sendirian di halaman belakang dapur rumah itu. Beberapa ketika kemudian..

“Assalamualaikum.. Ada orang tak? Kita nak masuk ni...”

Idin bersuara selamba, mengetuk perlahan permukaan meja kayu di hadapannya. Iklil diam, menahan tawa. Namun ada bunga tawa terukir di wajahnya.

Tanpa menunggu jawapan Iklil, Idin menyelitkan di sisi gadis itu. Tangan kirinya memaut bahu Iklil manakala tangan kanan menayangkan kotak aiskrim yang sudah pun dibuka tutupnya.

“Nuts & macadamia paradise! Nak!! Nak!!” Secepat kilat Iklil merebut aiskrim itu dari suaminya.

Gedebuk!! Iklil terjatuh daripada bangku kayu separa bulat yang didudukinya itu. Dek kerana terlalu asyik hendak mendapatkan aiskrim, dia terlupa kedudukannya yang sudah beralih ke hujung bangku saat Idin datang mencelah tadi. Dek kerana kedua-dua mereka sibuk merebut aiskrim, Idin terlepas pautannya pada bahu Iklil.

Idin bingkas bangun. Melihat wajah masam Iklil, Idin tersengih.

“Wupss.. Sorry, I didn’t mean it.. Iklil yang ganas sangat tarik-tarik tangan Idin.. Kan dah jatuh..”

Idin menghulurkan tangannya. Iklil mencebik.

“No need. Kita boleh bangun sendiri..” Gadis itu bingkas bangun, mengibas-ngibas belakang badannya.

“Sakit tak? Nak menangis ke?”

Iklil menggeleng dan mencebik, serentak.

“Kita kuatlah.. Tak mainla nangis-nangis ni..”

“Good girl.”

Idin mengusap kepala Iklil lembut, beberapa kali.

“Ni, mana tudung ni?”

“Ala.. Dok kat belakang rumah pun nak pakai tudung ke? Bukan ada siapa-siapa tengok pun..”

“Eh, mana tahu kot-kot gardener Uncle Seva belakang ni ngintai kat pagar kayu tu..”

“Tak ada maknanya.. Lain la kalau dok kat compound depan tu. Kat sini mana ada orang..”

“Eh, ada maknanya.. Awak nak dengar satu cerita tak?”

Iklil mengangguk laju. Serentak dengan itu, Idin menarik tangan Iklil perlahan. Pasangan muda itu kembali duduk di bangku kayu separa bulat di hadapan mereka.

“Okay, proceed..”

Idin tersenyum sedikit mendengar suara isterinya itu. “Awak teringin tak nak jadi macam Sayyidah ‘Aishah?”

Iklil mengangguk laju tanpa memikir lanjut.

“Herm.. Awak tahu rumah Nabi Muhammad S.A.W dengan Sayyidah ‘Aishah dekat Masjidil Nabawi?”

“Rumah yang sebelah Masjid Nabi tu?”

“Erm. Betul-betul sebelah Masjid Nabi. Tapi tu masa Nabi masih ada. Sekarang rumah tu dah jadi sebahagian dari Masjidil Nabawi.”

Iklil menganggukkan kepalanya beberapa kali, menandakan dia tahu mengenai hal yang disebutkan suaminya.

“Kecik je kan rumah Nabi dengan Sayyidah ‘Aishah?”

Sekali lagi Iklil mengangguk. “Muat tiga makam je kalau tak silap. Makam Nabi, Sayyidina Abu Bakar dengan Sayyidina Umar.”

“Herm.. Tiga makam je. Kalau rumah kita ni, boleh buat satu kawasan perkuburan Islam..” Balas Idin dengan senyuman.

Iklil mengangguk-anggukkan kepalanya. Akalnya ligat memikirkan kata-kata itu. Betapa dia perlu mensyukuri nikmat Tuhan sebagai pinjaman kesenangan buat mereka di dunia ni..

“Kalau awak nak tahu, Sayyidah ‘Aishah masih lagi tinggal dalam rumah tu biarpun waktu tu Nabi S.A.W. dengan Sayyidina Abu Bakar dah dimakamkan dekat situ. Boleh bayangkan ruang yang terhad?”

Iklil terangguk-angguk lagi untuk kesekian kalinya.

“Erm. Masa jenazah Nabi S.A.W dengan Sayyidina Abu Bakar dimakamkan dekat situ, Sayyidah ‘Aishah masih lagi bebas dalam rumahnya sendiri. Meaning to say, bebas dari segi batasan aurat. Tapi, bila masuk sahaja jenazah Sayyidina Umar, Sayyidah ‘Aishah terus pakai hijab tak bukak-bukak. Dalam rumahnya sendiri, Sayyidah ‘Aishah dah tak bukak auratnya. Iklil tahu kenapa?”

Iklil terdiam.

“Idin sambung ye..”

Iklil mengangguk laju sambil tersenyum sedikit.

“Sayyidah ‘Aishah dengan Sayyidina Umar kan bukan muhrim, sayang.. Nabi S.A.W. suami Sayyidah ‘Aishah. Sayyidina Abu Bakar pulak ayahnya.”

“Tutup aurat biarpun dalam rumah sendiri?”

Idin mengangguk beberapa kali.

“Biarpun Sayyidina Umar dalam alam yang lain?”

Idin mengangguk lagi sebelum membalas, “That’s why Idin kata tadi, ada maknanya.. Cuba bayangkan, dengan Sayyidina Umar yang dalam tanah tu pun Sayyidah ‘Aishah masih jaga batasan auratnya, apetah lagi kita dengan orang yang masih hidup kat sekeliling kita ni. Iklil fahamkan maksud Idin?”

Iklil mengangguk lemah. Terasa dirinya begitu kerdil. Mampukah dia menjadi wanita mulia sebagaimana Aishah R.A.? Menggunung keinsafan beraja di hati kala itu.

Iklil bingkas bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah. Pantas Idin mengikut langkah isterinya.

“Awak menangis?”

Iklil tersenyum, menggeleng kepala sekali. Tangannya pantas mengesat setitis mutiara jernih yang mengalir di pipi. Idin membalas senyum Iklil.

“Jom makan aiskrim..”

Tangan Iklil ditarik Idin lembut. Beriringan mereka ke ruang tamu di bahagian tengah rumah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Why me?”

Hampir habis sekotak aiskrim, Iklil tiba-tiba menghadiahkan sebaris soalan buat Idin.

“Hurm?”

“Why me? Kenapa Iklil yang Idin pilih?”

Soalan yang sudah lama ingin disuarakan Iklil. Baru kini terlontar keluar dari bibirnya. Idin hanya diam memandang Iklil. Beberapa ketika kemudian gadis itu menundukkan kepalanya, malu menentang pandangan Idin.

“Kenapa baru sekarang nak tanya?”

“Sekarangla nak tanya.. Takkan nak tunggu wedding anniversary pulak..” Iklil membalas perlahan, mengharapkan Idin tak mendengarnya.

Namun, pantas tangan lelaki itu mencuit pipi isterinya, tanda suara halus itu sudah mengetuk gegendang telinganya, menghantar isyarat ke otak. Iklil tunduk menyembunyikan senyum. Sebetulnya dia menjadi semakin resah setelah kebaikan demi kebaikan dipertontonkan Idin.

Lelaki itu seakan sempurna bagi dirinya yang serba kekurangan ini. Dalam diam, banyak ilmu yang dikongsi bersama. Banyak pengajaran dan peringatan yang diberikan secara tak langsung, selama dia menjadi isteri kepada pemilik nama Megat Izzuddin Megat Idris ini.

Kenapa awak pilih saya? Betul ke awak bayar untuk dapatkan saya? Kenapa? Siapa saya di mata awak? Kalau diikutkan terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan dan jawapannya ada pada Idin, suaminya. Dalam tak sedar, Iklil mengeluh perlahan.

“Iklil nak tahu kenapa Iklil yang jadi pilihan?” Lambat-lambat Idin bertanya setelah isterinya membisu tanpa kata. Iklil mendongak sedikit, mencari anak mata suaminya.

Idin tersenyum penuh makna. Lelaki itu berdehem seketika sebelum kembali menyambung kata, “Sebab Idin nak mekarkan benih mujahid dan mujahidah dekat dunia ni..”

Lama Iklil terdiam, memikir. Akan wujudkah kasih tak berbelah bahagi antara mereka? Mampukah mereka melahirkan zuriat yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah? Mampukah mereka pertahankan ikatan suci ini? Ikhlaskah Idin memilih dia sebagai suri hidupnya?

Ah.. Siapa dia untuk mempersoalkan keikhlasan seseorang..

“If it's real, it’ll last..”

Makin membisu Iklil mendengarkan kata-kata Idin. Suaminya itu seakan dapat membaca isi hatinya, gelodak perasaannya tika itu. Diam Iklil diburu keresahan..

No comments:

Post a Comment