“Una, kau balik dulu lah.. Aku dah janji nak pergi kedai buku dengan ibu lepas balik sekolah ni..”
“Tak apa ke kau tunggu sorang-sorang, Rin?”
“Alah.. Kejap lagi sampailah ibu aku..” Tersengih gadis itu pada sahabatnya, Husna, yang dipanggil Una.
“Hmm.. Aku balik dulu.. Kalau Usin kacau, kau baling je kasut sekolah kau tu..” Husna ketawa panjang menyambung tawa sahabatnya.
“Kau ni, macamlah teruk sangat abang kau tu sampai suruh aku campak kasut dekat dia.. Alah.. Usin dah baliklah Una.. Aku nampak dia keluar awal tadi..”
Husna ketawa lagi sebelum menyambung, “Biar dia kena ajar sikit.. Suka sangat kacau orang..” Husna tersengih menampakkan pendakap gigi berwarna biru yang dipakainya. “Aku balik dulu tau.. Jumpa esok..” Husna melambai beberapa kali, meninggalkan sahabatnya menanti di tepi pagar dalam panas mentari yang terik.
“Opocot Mak!!” Tepukan di bahu si gadis membuatkan dia melatah kuat. Dia bingkas bangun mendengarkan tawa nakal di sebelahnya. Usapan di kepala gadis itu yang memakai seragam sekolah, berbaju putih dan berkain warna firus serta bertudung putih membuatkan dia melangkah setapak ke belakang.
“Abang buat apa kat sini?” Pantas dia bertanya. Pemuda di hadapannya tersenyum lebar. Senyuman yang sentiasa memikat hati si gadis cilik.
“Abang ganti ibu..” Pantas soalan itu dijawab mesra.
“Ibu mana?”
“Ibu dekat rumah mama la.. Kawan abah datang, satu group.. Maknanya, ibu Nurin lagi diperlukan dekat rumah tu daripada abang..”
Terangguk-angguk gadis itu mendengarkan penjelasan lelaki di hadapannya. Dia yang mendongak memandang lelaki itu, menunduk pantas. Tak betah menahan renungan tajam sang pemuda.
“Nurin nak beli buku latihan, kan? Mak Dah ada bagitahu abang tadi.. Jom.. Abang bawak Nurin pergi Popular..”
“Eh, tak apa lah.. Nurin pergi esok je lah..” Dia menolak lembut.
“Tak apalah.. Abang free hari ni.. Jom..” Tanpa menunggu jawapan, lengan gadis cilik itu ditarik laju menuju ke kereta satria hitamnya.
“Eh, nantilah kejap. Apa tarik-tarik orang ni!” Si gadis yang dipanggil Nurin itu mendengus marah. Lengannya direntap kasar. “Apa senyum-senyum?” Marahnya melihat garis senyuman di bibir merah itu.
“Kenapa marah-marah ni.. Nurin marah abang, kan? Nurin marah abang tak datang rumah sebelum abang balik sana ye?”
Nurin menggeleng dengan wajah yang masam mencuka. “Hii.. Jangan pegang-peganglah! Tak belajar hukum ke?!” Dia menolak kasar tangan kanan lelaki itu yang menepuk kepalanya perlahan.
“Sorry, sorry..” Pantas lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya ke sisi. Alat kawalan jauh kereta satria hitam itu ditekan perlahan. “Jom, masuk.. Kalau tak, abang tarik macam tadi..” Paksanya sambil menjungkitkan kening.
Nurin menjeling geram. Namun, tangannya tetap mencapai pemegang pintu dan ditarik pintu itu kasar. Tubuh kecilnya dihempas ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu sebelum dia menghempas pintu kereta itu kuat. Lelaki yang masih lagi berdiri di tepi kereta tersentak dan tersenyum lebar. Pantas di meloloskan diri ke dalam keretanya.
“Abang tahu Nurin marah abang, kan? Cakaplah Nurin..” Suasana sepi di dalam kereta memaksa lelaki itu bersuara. Sesekali dia mengerling pada gadis itu yang diam membisu dan lebih selesa memandang ke kiri.
“Nak cakap apa? Abang nak Nurin cakap apa?” Gadis membentak perlahan.
“Cakap Nurin marah abang..”
“Ha memang! Memang Nurin marah abang! Nurin tahu Nurin ni budak sekolah lagi.. Budak kecik. Budak hingusan.. Tapi abang jangan ingat Nurin ni bodoh, tak tahu apa-apa.. Nurin tahu kenapa abang tak datang hari tu. Abang jangan nak bagi alasan, tipu Nurin lagi.. Abang jangan ingat Nurin diam, Nurin tak tahu apa-apa.."
Lelaki itu tersenyum lebar mendengarkan jawapan gadis di sebelahnya. Hatinya tenang mendengarkan suara gadis itu biarpun dia sedang dimarahi..
"Hah! Yang abang senyum-senyum ni kenapa? Dah gila?” Marahnya semakin membuak, melihatkan lelaki di sebelahnya yang tenang memandu dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. “Nurin nak balik..” Dia kembali tenang selepas nafasnya dihela perlahan.
“Nurin.. Dengar dulu apa abang nak cakap..”
“Tak payah. Nurin dah malas nak dengar alasan abang lagi.”
"Nurin.. Memang Nurin budak sekolah, budak kecik, bu...”
“Jadi abang boleh tipu Nurin, bodohkan Nurin?”
“Nurin, dengar dulu..” Lelaki itu menghela nafasnya perlahan. “Abang mengaku abang salah tipu Nurin hari tu.. Tapi abang tipu Nurin bersebab.. Abang tak nak Nurin kecil hati..”
“Dah tu abang ingat sekarang ni Nurin besar hati nak dengar pengakuan abang? Dah la abang.. Nurin sedar Nurin ni siapa..” Gadis itu sudah teresak menahan tangis. Lelaki di sebelahnya terdiam. “Nurin nak balik..”
______________________________________________________________________
“Ma!!” Gegaran pada badannya membuatkan Ain bingkas bangun. Dia menegakkan badannya, menyandar pada kepala katil. Falah yang sedang menarik-narik tangannya dipandang pelik. “Mama nangis?” Tangan comel itu menyapu mata mamanya lembut. Ain pantas menggeleng dan menarik Falah ke dalam dakapannya. Matanya dikesat perlahan. Kenangan yang mengusik jiwanya itu kembali bertamu. Biarpun sudah sembilan tahun berlalu, ia tetap menghantui dirinya, membuatkan dia keresahan, memikirkan kesudahan yang tak pasti.
“Falah dah lama bangun ke?” Si kecil itu mengangguk laju. “Papa dah balik?”
“Hmm.. Papa suruh Falah kejut mama.. Papa kata dah Asar tak boleh tidur..” Ain tersenyum mendengarkan jawapan si kecil itu. Dia mengusap kepala Falah lembut.
“Falah dah mandi?” Falah dalam dakapan Ain mengangguk laju dengan sengihan di bibirnya. “Hmm.. Padanlah sayang mama ni dah wangi..” Ain mencium lembut ubun-ubun Falah. Haii.. Rajin pulak Encik Ammar hari ni.. Ain tersenyum lebar.. “Falah turun dulu, duduk dengan papa.. Mama nak mandi kejap.. Lepas tu mama nak balik dah.”
“Falah nak duduk dalam bilik, boleh ma?” Tanya Falah manja. Ain tersenyum lagi.
“Boleh.. Kenapa pulak tak boleh.. Falah tunggu kejap ye. Mama mandi dulu..” Ain bingkas bangun dari katil.
“Ma..” Panggilan manja Falah kedengaran tiba-tiba saat Ain hampir melangkah ke dalam bilik air.
“Hmm?”
“Mama tinggal la dengan Falah..”
Bulat mata Ain mendengarkan permintaan si comel itu. Tuala di bahunya disangkutkan kembali pada penyidai di tepi bilik air. Dia melangkah perlahan menghampiri Falah yang sedang duduk di birai katil, menjuntaikan kakinya. Kepala Falah diusap lembut sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah si kecil itu.
“Falah..” Falah mendongak sedikit. “Sayang, kalau mama tinggal dekat sini, siapa nak jaga Tok Dah?”
“Falah? Siapa nak jaga Falah?”
Ain tergelak perlahan. “Papa kan ada, sayang..” Falah mencebik. “Kenapa? Falah dah tak sayang papa?” Umpan Ain.
“Sayang!” Pantas Falah menjawab dengan anggukan laju. Dia tersengih lebar.
“Hmm.. Mama mandi dulu tau..” Ain bingkas bangun, mengusap perlahan kepala Falah dan melangkah ke bilik air di sebelah kiri katil. Nyanyian kecil Falah mengiringi langkah Ain. Gadis itu tersenyum lebar. Sempat dia mengenyitkan matanya pada Falah yang masih memerhati sebelum bayangnya hilang di balik pintu.

siapakah lelaki tu...
ReplyDeleteadakah.....????
ish ish ish...
ish..ske sgt dekat falah..
ReplyDeletecomel jer..
hehehe