September 6, 2010

Anak Dara Papa


"Mama~~"

"Assalamualaikum sayang,"

Bulat mata Nurin Ain memandang Dayana Falah yang tersengih lebar. Pintu luncur yang terbuka luas kembali tertutup rapat.

"Waalaikumussalam warahmatullah, ma.."

"Happy ni kenapa? Report card dah keluar ke?"

Dayana Falah ketawa lepas menampakkan barisan gigi kekalnya yang tersusun indah. Dia yang baru pulang dari kelas tambahan menggeleng laju sambil tangan mencabut tudung di kepala.

"Then what? Papa promise something to you?"

"Na aa.."

Laju sahaja anak gadis menginjak remaja itu membalas. Dia masih lagi tersengih lebar. Matanya tunak memerhati kecekapan mamanya menukar lampin pakai buang si kecil Fathiyah.

"Ma..."

Suara manja Falah kedengaran meleret. Ain mendongak sedikit, mengecilkan mata sambil bibirnya terjungkit sedikit. Senyum penuh curiga dihadiahkan kepada anak dara Ammar Ghazi yang sudah berumur 15 tahun.

"Falah termasuk dalam 4 contestants Spell it Right?"

Teka Ain dalam samar.

Dayana Falah kembali menggeleng dengan senyum penuh makna yang tersirat.

"Sayang menang spelling bee?"

Falah ketawa lepas. Dia menggeleng lagi.

"Emmm.. something fishy,"

Selesai memakaikan baju Dayana Fathiyah, Ain bingkas bangun sambil mendukung si kecil itu. Bulat mata Fathiyah memandang kakaknya. Pantas Falah mengagah adik bongsunya dan meraih si kecil itu dalam dakapan. Pipi Fathiyah dicium sekali. Lama.

"So what sayang? I'm all ears,"

Dayana Falah mengalihkan pandangan kepada mamanya. Dia tersenyum lebar.

"Ma, Falah nak buat puding caramel hari ni.. Can I?"

"Then what?"

Falah menyengih lagi.

"I love you, ma!"

Ain menggeleng sambil tersenyum. Kepala Falah diusap lembut.

"Firas?"

Falah tersentak. Dia berpaling laju memandang Ain di sisi. Matanya bercahaya indah, menatap wajah mamanya tanpa kelip.

"What about Firas? Do you like him?"

Giliran Ain ketawa lepas. Soalan Falah memerangkap dirinya sendiri.

"Obvious sayang.. You like him, not me. I have papa,"

Ain mencuit pipi Falah. Gadis kecil molek itu sudah memuncung.

"Mesti Falah nak bagi puding caramel dekat Firas kan?"

Teka Ain penuh yakin. Matanya dikerdipkan sekali sambil tersengih memandang Dayana Falah. Wajah gadis itu sudah memerah. Ain ketawa lagi.

"Ma.."

Falah merengek manja. Dia bingkas. Fathiyah diletakkan di dalam stroller. Tudung yang diletakkan di atas sofa seketika tadi dicapai pantas. Sekejapan Dayana Falah sudah lengkap bertudung kemas.

"Ma, Falah bawak Tiya pergi playground sebelah ya ma,"

"Careful sayang. Kalau jumpa Firas, sampaikan assalamualaikum mama ya,"

Usik Ain senang hati. Dayana Falah tersengih sebelum dia ketawa lepas.

"Nanti Falah nak buat caramel tau ma,"

"Tonight dapur tu all yours sayang,"

Ain mengerdipkan matanya sebelum dibalas Falah. Dua beranak itu ketawa serentak.

"Siapa parents Firas? Suruh datang jumpa papa dulu,"

Tawa Ain dan Falah mati. Dua pasang mata terarah tepat pada pintu kayu di bahagian kiri rumah. Si kembar Amir dan Aiman di hadapan Ammar Ghazi tersengih melihat wajah kelat kakak mereka.

"Apa possibility nak bump into that boy dekat playground nanti?"

"50-50,"

"Is it?"

"Em.. 90%"

"Papa tak nak Falah keluar hari ni,"

"Macam mana sayang tahu 90%"

Ain berbisik perlahan. Bahu anak dara kesayangan itu dirangkul lembut.

"Em pagi tadi Firas kata nak main futsal dekat court sebelah playground,"

Hampir tak kedengaran balasan Dayana Falah. Jegilan papanya benar-benar membuatkan dia kecut perut.

"Tapi pa, can I make caramel for Firas. Firas tak pernah rasa puding caramel,"

"Kenapa mak dia tak buatkan? Kalau tak tahu nanti suruh mama bagi resepi dekat mak dia. Susah-susah sangat nanti papa pergi jumpa ayah that boy,"

Dayana Falah mencebik. Dia teresak seketika kemudian. Ain tersentak. Ammar memandang selamba menayangkan wajah tak bersalah. Ain mengeratkan dakapannya.

"Sayang kenapa ni? Don't cry.. Shame dekat Amir, Aiman.. Tiya.."

Tangan Ain menyeka pentas pipi gebu Falah yang berlinangan air mata.

"Sampai hati papa,"

Falah bersuara perlahan. Tersengguk-sengguk dia menahan tangis.

"Bukan senang papa nak jaga anak dara papa tau,"

Dayana Falah kembali teresak. Ain bingkas mendapatkan Ammar yang sudah bersandar di sofa. Lengan suaminya diraih.

"Bang, Falah kan tengah nak besar tu. Tegur baik-baik, tak payah la garang sangat,"

Perlahan Ain menegur suaminya. Ammar menghela nafas.

"Amir, Aiman, pergi naik mandi dulu,"

Lembut Ain mengarahkan Amir dan Aiman untuk membersihkan diri selepas penat beriadhah sepanjang petang. Si kembar yang baru seminggu menginjak 9 tahun itu pantas berlari menuju ke tingkat atas. Gelak tawa mereka kedengaran sayup-sayup.

"Falah nak buat caramel jugak. Papa tak bagi Falah bagi dekat Firas, nanti Falah pesan dekat kawan Falah mintak tolong pass dekat Firas,"

Dayana Falah kembali bersuara setelah sepi menemani mereka beberapa ketika. Ammar memandang tepat pada anak gadisnya itu.

"Ya Allah Falah, mama lupa,"

Wajah sayu Falah terarah pada mamanya pula. Ain mengusap kepala anak gadisnya itu.

"Telur dah habis. Mama buat prun cake tadi,"

"Nak beli berapa biji? Abang pergi beli,"

Ain tersentak. Dia berpandangan dengan Falah. Masing-masing menahan senyum.

"Falah ikut papa,"

Falah memandang Ain, menunggu respon mamanya. Ain mengangguk laju. Keningnya dijungkitkan sekali. Bibirnya menguntum senyum.

"Falah nak bawak Tiya sekali boleh pa?"

Ammar Ghazi bingkas bangun dan mengangguk.

"Kalau mama nak ikut pun boleh,"

Ain ketawa lepas dan menggeleng laju.

"Mama tak nak ikut la. Biar papa pergi bawak anak-anak dara papa sekali. Mama nak tengok bujang senang dekat atas tu,"

Balas Ain senang hati. Bahu Falah ditepuk perlahan.

"Careful ya sayang,"

Ain menghantar Ammar, Falah dan Fathiya di muka pintu. Sempat diciumnya dahi si kecil Fathiya dalam dukungan Ammar Ghazi. Mereka berbalas salam sebelum pintu ditutup rapat.


********************

"Firas?"

"Firas, Firas. Papa kahwinkan Falah hujung tahun nanti, nak?"

Falah menggeleng laju.

"Tak nak?"

"Papaa, tu.."

Falah Dayana bersuara geram. Bibirnya memuncung ke arah sekumpulan budak lelaki yang sedang berkumpul di tepi padang permainan.

"Budak gaduh ke?"

"Firas pa,"

Cemas suara Falah. Ammar meliarkan pandangan mencari susuk tubuh milik empunya nama yang disebut-sebut anaknya.

"Berhenti pa, berhenti. Firas.."

"Ya Allah kenapa tu?"

Bulat mata Ammar melihat dua orang budak lelaki yang sedang bertumbuk. Lelaki itu segera memberikan lampu isyarat ke kiri. Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Ammar dan Falah bergegas keluar sambil Falah mendukung Tiya cermat.

"Eh, eh. Kenapa ni? Kenapa bergaduh?"

Pantas Ammar meleraikan pegangan kejap dua orang budak lelaki yang sebaya Dayana Falah. Anak gadisnya itu meluru ke sisi kanan dan bukannya ke arah dua budak yang sedang bertumbuk tadi.

"Firas macam mana boleh jadi macam ni?"

Kepala Ammar berpaling laju mendengarkan kata-kata anaknya. Mengucap panjang dia melihat seorang budak lelaki yang berlumuran darah.

"Pa, kita bawak Firas pergi klinik, pa.. Hurry,"

Pantas Ammar memapah anak muda yang dipanggil Firas itu ke keretanya.

"Call his parents, Falah,"

Telefon bimbit di dalam kocek seluar dikeluarkan pantas sebelum dia melompat masuk ke tempat duduk bahagian pemandu. Falah di tempat duduk penumpang bahagian hadapan menyambut tanpa kata. Dia berpaling memandang Firas yang berkerut dahi menahan sakit sambil tangan lelaki itu menekup kepalanya yang berlumuran darah. Perlahan Falah bersuara,

"No need, pa,"


********************


"Firas boleh jalan?"

"InsyaAllah boleh uncle,"

"Teruk jugak ni sampai kena jahit. Nasib baik tak admitted,"

"Alhamdulillah, mujur tak kena masuk wad. Terima kasih uncle,"

Ammar mengangguk. Matanya mengerling Falah yang menyepi di sisi.

"Macam mana boleh bergaduh teruk sampai macam ni?"

Lembut Ammar bertanya. Pada hemahnya Firas bukanlah dalam kalangan budak-budak nakal yang senang diajak bertumbuk. Namun, anak muda itu hanya diam tak membalas. Ammar mengerling cermin pandang belakang. Firas dilihatnya hanya menunduk. Riak wajah suram yang terbias di wajah lelaki itu membantutkan hasrat Ammar untuk bertanya lebih lanjut.

Hampir sepuluh minit memandu, Ammar berpaling sedikit, memandang Firas di tempat duduk belakang. Anak muda itu sudah tersandar di tempat duduk dengan mata yang terpejam. Ammar mengerling Falah di sisi pula. Fathiya dalam dakapan Falah sudah pun terlena.

"Rumah Firas dekat mana sayang?"

Perlahan suara Ammar bertanya pada anak gadisnya. Falah menghela nafas perlahan sebelum membalas,

"Bayt al-'Izzah, pa.."

Ammar tersentak.

"Bayt al-'Izzah?"

Falah mengangguk lemah.

"Firas anak yatim?"

Bisikan Ammar hampir tak kedengaran tapi butir bicara itu dapat ditangkap anaknya. Sekali lagi Falah mengangguk lemah. Ammar beristighfar panjang memikirkan keterlanjuran katanya sebelum ini. Dia memandu perlahan menuju ke Bayt al-'Izzah yang terletak berhampiran kawasan perumahan mereka. Tidak sampai lima minit, kereta meluncur laju masuk ke perkarangan Bayt al-'Izzah.

"Falah duduk dalam kereta, papa nak jumpa pengetua Firas sekejap,"

Falah mengangguk laju. Kepalanya dipalingkan pada Firas yang nampak lena di tempat duduk belakang.


********************


"Siapa ni, bang?"

Perlahan suara Ain bertanya saat Ammar melangkah masuk ke dalam rumah sambil memapah seorang budak lelaki sebaya Dayana Falah. Dayana Falah yang berjalan di belakang papanya itu hanya tersenyum lebar sebelum memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas.

"Menantu Ain,"

Ammar berbisik lembut pada isterinya di sisi. Tersenyum dia pada Firas yang berkerut dahi memandang.

"Assalamualaikum, aunty,"

Ain membalas salam penuh hormat itu sambil tersenyum lebar biarpun kepalanya sarat dengan tanda tanya.

"Kenapa kepala bertampal ni?"

"Luka sikit,"

Ammar menjawab ringkas bagi pihak Firas. Dia memapah Firas ke bilik di bahagian bawah sebelum mendudukkan anak muda itu di birai katil.

"Firas rehat dulu ya,"

Anak muda itu mengangguk perlahan. Kepalanya semakin berat.

"Saya minta maaf susahkan uncle,"

Perlahan suara Firas bimbang kehadirannya menyusahkan keluarga itu.

"It's okay, Firas kan kawan Falah. Kawan Falah, kawan uncle jugak,"
Ammar mengerdipkan matanya sekali dan tersenyum penuh makna.

"Have a good rest. Jangan fikir apa-apa dah, yang penting luka dekat kepala tu sembuh dulu,"

"Terima kasih, uncle,"

Ammar mengangguk dan tersenyum. Perlahan-lahan dia menutup daun pintu. Jungkitan kening Ain dibalas dengan senyuman nakal.

"So that's Firas?"

"Em hm,"

"Now what? Papa surrender dengan anak dara papa ke ni?"

Ammar ketawa perlahan.

"Apa yang jadi sebenarnya bang? Kenapa dengan kepala Firas?"

"Panjang ceritanya,"

"In short?"

"Abang pun tak tahu asalnya macam mana boleh jadi macam tu,"

Ammar membalas dengan sengihan lebar. Ain mengetap bibir geram.

"One thing for sure, he'll stay here for the time being,"

"Eh? Firas?"

"Firas anak yatim piatu, sayang. Abang baru tahu. Dia tinggal dekat Bayt al-'Izzah selama ni. Abang dah jumpa pengetua Bayt al-'Izzah tadi, minta izin jaga Firas sampai sembuh,"

"Pengetua approve?"

"Em hm alhamdulillah. Mujur suami Ain ni nampak macam orang baik-baik and can be trusted. Kalau tak mana boleh lepas senang-senang je, Ain. Tadi pun abang kena isi tiga jenis borang,"

Ain tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Dah tu anak dara abang macam mana? Falah dah besar tau bang,"

Ammar tersenyum penuh makna. Janji anak gadisnya itu dalam perjalanan tadi terngiang di telinga..
 
"Falah promise, Falah stay dengan Tok Mama and Tok Abah sampai Firas sembuh."

"Promise?"

"InsyaAllah,"

"Bang,"

Ammar tersentak. Sentuhan Ain pada lengannya mengembalikan dia ke alam nyata.

"Falah nak pergi mana sayang?"

Ain bertanya cemas dengan suara yang sarat dengan kerisauan saat terlihatkan Falah yang berpakaian lengkap sambil menggenggam erat tangkai beg Polo beroda. Gadis kecil molek itu hanya tersenyum lebar.

"Falah nak duduk dengan Tok Mama and Tok Abah for the time being,"

Ain mengalihkan pandangan pada suaminya di sisi.

"Apa pulak ni bang?"

Ammar tersengih.

"Sayang nak tahu anak dara sayang kata apa tadi?"

Ain menjungkitkan keningnya sekali isyarat bertanya.

"Pa, Nabi S.A.W pernah bersabda, sebaik-baik rumah orang Muslim ialah rumah yang ada anak yatim yang dijaga dengan baik,"

Ammar mengulang kembali kata-kata Dayana Falah. Anak gadisnya itu hanya tersenyum tanpa kata sambil memeluk lengan mamanya.

Ain tersenyum lebar dan membalas,

"Emm anak dara papa,"


:.The End.:


Hadis Nabi Muhammad S.A.W riwayat Ibnu Majah;
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin ialah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya,"


9 comments: