“Saya harap pelajar semua dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ini yang agak unik... dan pelajar lama diharap dapat membantu kawan-kawan baru anda semua.” Serentak dengan itu, sekumpulan pelajar lelaki yang lengkap berseluar slack putih dan berbaju kemeja putih di hujung dewan bersorak kuat. Ada juga yang bersiul, mendengarkan amanat pengetua sebelum mengakhiri perasmian majlis penutupan minggu suai kenal bagi pelajar tingatan enam sesi 2004/2005.
“Wan!” Satu suara yang agak kuat kedengaran memangil nama seseorang. Keriuhan di dalam dewan membuatkan nama itu dilaungkan buat kali kedua. “Uitt Wan!!” Panggilan itu disusuli dengan siulan panjang.
“Yo!” Empunya badan yang bernama Wan tadi segera menoleh ke belakang, mengangkat tangannya pada si pemanggil. Pantas langkahnya yang sudah menghampiri pintu dewan itu dialihkan haluan ke tengah dewan. Dirempuhnya sahaja bahu seorang gadis yang terkial-kial menyimpan fail di dalam beg sandang. Tergamam gadis itu seketika
“La ila ha illallah!” Pantas si gadis bersuara, membulatkan matanya memandang lelaki yang merempuhnya itu. Lelaki itu hanya tersengih sambil menunjukkan tanda “peace” sebaik sahaja tangan kirinya itu diangkat sedikit.
“Hish takleh pakai betul budak sewel tu!” Celah satu suara di sebelah gadis tadi. Pantas si gadis menepuk perlahan lengan kawannya itu sambil tergelak perlahan.
“Betul apa.. Nak tunjuk besar kepala la tu. Mesti budak lama sekolah ni jugak tu. Tia nampak tak batch kat baju sekolah dia tu? Dah lusuh!”
Pecah tawa Atia mendengarkan rungutan panjang kawan barunya itu. “Dah la Yus. Jom masuk kelas..” Pantas dia menarik lengan Yusra menyaingi langkahnya ke pintu dewan.
*****************
“Adoiii.. Baru sampai separuh jalan ni ha! Mau patah kaki tangan ni sementara nak sampai kat kelas nu..” Panjang muncung Yusra menghala ke arah kelas mereka di atas bukit di hujung sekolah itu. Langkah kakinya terhenti di hujung tangga.
Atia di sebelahnya mengangguk laju. “Patah pinggang sekali..” Sebaris ayat Atia mengundang tawa Yusra tiba-tiba. Berkerut dahi Atia mendengarkan tawa yang belum bernoktah itu.
“Ingatkan Tia tak rasa apa-apa. Relaks je muka. Cool macam dah biasa usung meja ke hulu hilir!” Yusra kembali menyambung tawanya. Atia hanya mencebik.
Biasa la sangat.. Sekolah ni memang unik betul! No doubt! Ada pulak letak student form six kat hujung dunia ni! Dah tu kena angkut sendiri kerusi meja dari bangunan dekat blok bawah pulak tu. Huh. Haru.. Macam nak tercabut pinggang aku ni..
Hahahahaahaaahhhhh~ Tawa yang panjang dan kuat kedengaran mematikan monolog Atia. Pantas kepalanya dihala ke depan. Susuk tubuh yang tinggi dan tegap itu menjengah ke anak matanya. Relaks sahaja lelaki itu berbual dengan rakannya, membiarkan pelajar lain membawakan kerusi dan meja mereka. Buli budak junior la tu!
“Sorry, service is out of order..” Laju sahaja lelaki itu menuturkan kata saat dia melintas di sebelah mereka. Yusra mendengus geram.
“Tak mintak tolong pun lah!” Jerit Yusra sedikit perlahan, namun cukup jelas untuk didengari lelaki tadi dek kerana jarak mereka yang tidak sampai dua meter kala itu. Lelaki itu menoleh dan tersengih.
“Sibuk je minah!” Lancar sahaja lelaki itu menuturkan kata.
Hah sudah.. Perang mulut pulak ke nanti... Atia hanya memandang sepi pada lelaki itu. Sekali lagi bibir merah itu mengukir sengihan nakal. Dia menayangkan peace lagi sebelum kembali mengatur langkahnya. Atia melepaskan nafas kelegaan kerana apa yang ditakutinya tadi tidak terjadi.
“Huh! Boleh sakit jiwa dengan budak tu.” Sekali lagi Yusra merungut. “Jom Tia, sambung journey kita ni.. macam nak jungle trekking pun ada...” Yusra tersengih lebar sambil matanya ditebarkan ke serata kawasan. Atia tergelak kecil. Senang hati melihatkan Yusra yang sudah boleh melawak, petanda kawannya itu sudah kembali sejuk. Matanya turut sama meliar ke sekelilingnya.
Creepy! Bakal bangunan kelasnya itu dikelilingi dengan hutan! Rasa macam sekolah kat hulu mana la pulak... Atia menggeleng laju sambil menggerak-gerakkan bahunya tanda seram yang dirasakannya tika itu. Pantas langkahnya diatur laju menuruti langkah Yusra yang sudah jauh ke depan.
*****************
“Haii.. I’m Aliff Izwan..” Sapa satu suara yang sudah pun menarik kerusi dan duduk berhampiran dengannya. Baru sahaja dia hendak melepaskan lelah setelah berhempas-pulas mengemaskan kelas yang serupa tempat jin bertandang itu, dah ada yang datang mengganggu. Keriuhan kelas kala itu membuatkan Atia malas untuk mengangkat kepalanya yang ditundukkan, menekup ke permukaan meja.
“Alah.. Sombongla pulak ustazah ni..” Tawa lelaki itu yang bergabung dengan beberapa suara yang lain membuatkan Atia mengetap bibrnya. Geram dengan usikan itu.
“Oit! Apa yang kau buat kat kawan aku ni hah?” Sergah satu suara tiba-tiba.
Good! Thanks Yus! Just on time.. Terukir senyuman di balik wajah yang tersorok itu.
“Tia..” Panggil Yusra perlahan. Tangannya menepuk lembut bahu kawannya itu. Atia membatukan diri. Malas hendak menghadap siapakah gerangannya Aliff Izwan itu.
“Oi kau!” Panggil Yusra kuat melihatkan lelaki yang berada di tempatnya tadi telah memanjangkan langkah ke pintu kelas.
Lelaki itu menoleh dan bersuara, “Ei minah. Oi.. Oi.. Aku ada nama la wei!”
“Apa kau dah buat kat Tia hah?” Tanya Yusra geram.
“Tia? Siapa Tia?” Aliff Izwan menjegilkan matanya, sengaja buat-buat tidak faham. Laju sahaja dia mengatur langkahnya, keluar dari kelas itu.
Yusra mendengus geram. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Atia.
“Budak Aliff tu ada lagi tak?” Bisikan Atia menjengah ke gegendang telinga Yusra.
“Hah?” Sengaja Yusra bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Budak Aliff tu.. Ada lagi ke tak?” Bisik Atia sekali lagi di balik wajahnya yang masih lagi menekup pada kedua belah lengannya di atas meja.
“Aliff? Nama dia Aliff ke? Hurm.. Dah blah dah budak Aliff tu..”
Pantas Atia mendongakkan kepalanya. Bulat matanya meliar ke serata kelas.
“Tia cari siapa?” Tanya Yusra pelik.
“Aliff Izwan.” Pendek jawapan Tia.
“Aliff Izwan nama mamat tiga suku tu.. Ooohhh.....” Meleret suara Yusra.
“Mamat tiga suku?”
“Iyela. Budak yang entah apa-apa tu... yang langgar Tia masa kat dewan pagi tadi tu...”
“Hmm... No wonder la macam pernah dengar suara husky tu tadi..” Balas Atia sambil tergelak perlahan.
“Dia cakap apa kat Tia? Kenapa Tia macam menangis tadi?”
“Mana ada nangis.. Tia penat tadi.. Saja tekup kepala kat meja nak rest la kononnya.. Tapi tiba-tiba datang si Aliff tu, introduce diri dia..” Jawab Atia panjang lebar.
“Oohh.. Ingatkan dia kacau Tia, buat Tia nangis..” Yusra mengekeh. Pantas Atia menampar lembut peha kawannya itu.
“Dia panggil Tia ustazah..” Lembut Atia bersuara. Yusra membulatkan matanya. Seketika pandangannya tertumpu sepenuhnya pada Atia di sebelahnya. Seraut wajah manis itu terhias sebuah senyuman.
“Look at you..” Pendek jawapan Yusra dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. “Tia sorang je yang pakai tudung labuh even bukan tudung bulat. Rata-rata girls kat sini pakai tudung pendek je macam tak ikhlas. Kalau baik sikit macam Yus ni.....” Yusra meletakkan tapak tangan kanannya ke dada dan menyambung kata-katanya, “Tak pakai tudung...” Yusra tersengih. Atia tersenyum. “Hurmm.. That’s why he called Tia ustazah. It suits you..” Sambung Yusra lagi. Gadis itu tersengih lebar. Buat pertama kalinya Yusra bersetuju dengan lelaki itu.

cm best la cter ni..
ReplyDeletesuke2..
first2 bce
ReplyDeleterse cam best lak
ni lah nk cambung ni
hehehe
xleh nk kate ape
ReplyDeletebb x bace ag..
6t nk bace jap yer
n then comment..huhu
huhu..
ReplyDeleteskrng daa blh c0mmnet..
best laa cite nie..
shuke shuke...
http://lizakendo.blogspot.com/
ReplyDeletekorang datang tau dekat blog ni , ni nak promote sikit lah . kalau korang nak bace atau berminat nak bace novel bersiri i love you . datang la lepas tu join sekali tau