February 1, 2011

Bayang-Bayang 56



Angin berpuput lembut, mencuri masuk dari balik langsir yang terselak luas. Mentari memancar cerah menerangi ruang bilik tidur utama itu. Dinie Sophea terpisat-pisat. Serasa seperti baru terjaga dari lena yang panjang. Dia bingkas dari katil dan menggeliat sedikit. Pintu bilik yang dikuak perlahan membuatkan hatinya berdebar. Debar menanti siapakah yang bakal muncul kerana seingatnya dia sendirian di rumah itu tika ini. Pintu terkuak luas. Sekujur tubuh melangkah cermat. Tersenyum.


“Abang!” Dinie mengurut dada, membalas senyum mesra itu. Dia segera bergerak mendapatkan Naqib. Lengan lelaki itu dipeluk erat.


“Bila abang balik? Kenapa tak bagitahu Piya dah boleh discharge?”


Naqib hanya tersenyum. Pipi isterinya dipegang lembut. Lama matanya menatap wajah sang isteri penuh kasih. Hanya mata yang berbicara, menyampaikan kata rindu.


“Bang,” panggil Dinie lembut, Tangan suaminya ditarik perlahan. Ditekup rapat ke perutnya yang sudah menampakkan bentuk. “You’ve missed our baby for months, bang..”


Naqib tersenyum lagi. Dia tunduk sedikit, mencium ubun-ubun kepala isterinya. Lama. Tangan mengusap lembut perut isterinya seakan membelai permata mereka. Lelaki itu terus tersenyum.


“He even much happier, abang,” riang suara Dinie saat terasa pergerakan bayinya tiba-tiba. Dia mendongak sedikit, menentang pandangan Naqib. Ada sendu di mata lelaki itu.


“Kenapa, bang?”


Naqib menggeleng. Tangan isterinya ditarik lembut, mengarah ke sofa dua tempat duduk berhampiran pintu bilik.


“Bang, Piya syukur sangat abang dah sihat, dah boleh balik rumah. Piya betul-betul rindu dekat abang. Baby pun sama tau,” manja Dinie bersuara sambil memeluk erat lengan suaminya.


Naqib di sisi tak putus senyum.


“Bang, baby dengan papa dah kamceng tau. Abang tak perlu risau lagi,”


Naqib nampak sedikit terkejut. Kedua-dua belah keningnya dijungkitkan sekali.


“Em serius bang. Piya tak main-main tau. Abang beruntung ada adik macam baby, ada ayah macam papa. Piya pun tumpang untung jugak, dapat peluang bersama family abang, be part of your family..” Ujar Dinie penuh semangat.


Naqib tersenyum. Bahu isterinya diraih lembut. Didakap mesra. Kejap. Ubun-ubun kepala isterinya dicium lembut.


“Bang, say something please. Lama dah tau Piya tak dengar suara abang.. Baby ni pun mesti teringin dengar suara abang tau,” Bibir menguntum senyum. Meleret senyuman Dinie saat terasa tangan Naqib mengusap lembut kepalanya.


“Dinie,” Hilman menyentuh lembut bahu Dinie Sophea sambil memanggil nama menantunya itu sekali.


Dinie tersentak. Dia bingkas. Tegak berdiri di sisi katil. Tangan Naqib di hujung kepalanya terjatuh dengan pergerakan itu. Dinie beristighfar panjang. Dia terpisat-pisat.


“Ya Allah, pa, Dinie mimpi.. Abang—”


Dinie tidak menoktahkan ayatnya. Dia pantas mengalihkan pandangan pada Naqib yang masih terbaring di atas katil. Teringat dia pada tangan Naqib yang terjatuh sebentar tadi. Dia pasti tangan itu menyentuh kepalanya. Dia pasti ada pergerakan daripada suaminya. Jika tidak masakan tangan itu terjatuh tiba-tiba sedangkan dia terlelap sebentar tadi. Dinie terdiam memikir.


“Abang.. Abang bergerak, pa.” Perlahan Dinie bersuara, sepatah-sepatah.


“Are you sure my dear?”


Dinie mengangguk beberapa kali. Matanya terasa kabur, digenangi mutiara jernih. Dia tersenyum.


“Papa tak perasan?”


Hilman diam, memikir. Dia menjungkit bahu pula seketika kemudian.


“Papa tak sure, Dinie. Papa tak expect and that’s why I don’t remember seeing anything. Hmmm... papa ingat papa tegur Dinie, sebab masa masuk bilik tadi papa macam dengar suara Dinie tapi Dinie tengah tidur, tekup kepala dekat sisi Naqib..... Ya! Ya! Papa ingat dah sayang. Papa ingat tangan Naqib— Ya Allah, papa tak terfikir pun tadi,” panjang Hilman menutur kata seakan bermonolog sendirian.


Terangguk-angguk Dinie mendengar. Begitu yakin. Pantas butang di sisi katil ditekan sekali. Dinie bertukar senyum dengan Hilman. Masing-masing berdebar menantikan kedatangan jururawat dan doktor.


***********


DInie memeluk tubuh di sis katil. Sesaat kemudian punggung dilabuhkan di birai katil pula. Dekat dengan Naqib. Mata masih lagi tak lepas memandang seraut wajah tenang milik suaminya yang masih lagi terbaring di atas katil. Perlahan Dinie memegang tangan kanan lelaki itu. Digenggamnya kemas dengan kedua-dua belah tangan. Erat. Umpama menyampaikan tenaga untuk dikongsi bersama. Dinie tersenyum tiba-tiba.


“Assalamualaikum, abang,”


Dalam senyuman Dinie mengusap kepala suaminya pula. Lembut.


“Abang tak nak bangun lagi? Abang tak rindu kami?”


Dalam senyuman Dinie menepuk perlahan tangan kaku itu. Beberapa kali.


“Dah lama abang rehat dekat dalam ni. Abang mesti letih kan. Doktor kata, abang semakin positif. Abang tahu siapa paling gembira? Em mestilah Piya dengan baby..”


Dalam senyuman Dinie menunduk sedikit, mencium ubun-ubun kepala suaminya. Lama.


“Nanti abang dah sedar, Piya nak buli abang pulak tau. Sekarang ni abang macam buli Piya la jugak. Buli my feelings. Penantian itu satu penyeksaan kan abang. Tapi tak apa, abang jangan risau. Piya redha dengan semua ni, bang. Piya pegang janji Piya, tak menangis sebab abang. Piya ingat pesan abang, ketentuan Allah bagi setiap sesuatu.”


Dinie masih lagi tersenyum . Tangan Naqib kembali digenggam erat.


“Abang, papa tak pernah miss melawat abang tiap-tiap hari tau. Papa tak sabar nak tengok abang sihat balik. Nuha pun sama. Nuha dah habis kertas akhir untuk SPM tau abang. Kelmarin dulu. Seronok sangat baby abang tu. Sekarang Nuha ada dekat Kajang. Entah apa projek dia dengan Hana cuti ni. Tapi tiap-tiap petang Nuha tak miss datang tengok abang. Papa bawak. Kadang-kadang Nuha datang dengan abang Id.”


Dinie ketawa perlahan. Tak sampai sesaat. Tangan Naqib dalam genggamannya ditepuk perlahan beberapa kali.


“Abang tau kan abang Id ada hati dengan baby kesayangan abang. Piya suka. Abang Id betul-betul care dengan Nuha. Dekat Piya pun sama. Baik sangat abang Id. Piya suka sangat tengok abang Id dengan baby.”


Nuha ketawa lagi. Perlahan dan sesaat cuma.


“Em hm speaking of him, abang ada rahsia apa ya dengan abang Id? Abang Id ada kata sesuatu berkaitan bayang-bayang. Apa dia bang? Piya betul-betul nak tahu tapi abang Id tak mahu bagitahu. Katanya itu rahsia abang dengan dia.”


Dinie terdiam seketika, memikir. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum.


“Emm abang.. InsyaAllah, abang sedar nanti, dah balik rumah, Piya nak duduk dekat rumah kita. Piya tak nak stay kolej dah. Piya nak dekat dengan abang je. Hmm. Abang mesti lagi suka. Piya tau yang tu,”


Dinie kembali tersenyum. Rasa puas dapat berbicara dengan suaminya biar pun hanya satu hala. Dia tahu lelaki itu boleh mendengar apa yang disampaikan.


“Abang, Piya nak kena pergi kampus sekejap. Ada kelas petang ni. Nanti malam Piya datang lagi. Esok pun Piya ada kelas petang. Dekat nak exam ni, lecturer kalut buat kelas ganti. Hampir tiap-tiap petang Piya ada kelas ganti. Tapi abang jangan risau. Piya akan jaga diri baik-baik. Tak dapat datang siang, malam Piya datang tengok abang. Rindu tau tak dapat tengok satu hari. Piya rindu nak tengok senyuman abang. Abang tak tahukan yang itu? Piya suka tengok abang senyum... dan lagi, Piya rindu nak tengok muka nakal abang,”


Dinie masih lagi tersenyum. Seraut wajah yang tenang itu dipandang tak kelip. Dia tersenyum lagi. Puas. Perlahan-lahan tangannya diangkat sedikit. Pipi suaminya diusap lembut sekali sebelum tangan beralih ke kepala lelaki itu.


Tunak mata Dinie memandang Naqib. Dia menunduk sedikit. Bibir didekatkan ke telinga suaminya. Rapat.


“Abang lagi handsome botak macam ni tau,”


Dinie tersenyum nakal. Kepala lelaki itu diusap lembut sekali lagi sebelum beralih beralih ke pipi.


“Piya doakan yang terbaik untuk abang dan keluarga kita. Kami semua doakan yang terbaik buat abang. Assalamualaikum, bang.”


Perlahan-lahan Dinie menarik tangannya dari pipi Naqib. Dia berpaling, mengatur langkah kemas menuju ke pintu. Bayangnya hilang di balik pintu sebelum daun pintu berwarna kelabu itu kembali tertutup rapat.


:. to be continued .:



p/s: million thanks to everyone yang keep reading this bayang-bayang sampai ke penghujung harapnya, soon, insyaAllah. thanks a lot! (",)

7 comments:

  1. jgn lambat sgt nk sambung next n3 ye..
    semuga naqib cpt sedar dari koma...
    kesian dgn piya ye begitu tbh dia
    menghadapi segala dugaan walaupun
    sedang mengandung dn sebagap student lagi.

    ReplyDelete
  2. thanks sis..
    harap2 piya tabah...

    ReplyDelete
  3. HUWAH! Dinie sangat nakal eh...
    cian Dinie...muda-muda dah ujian berat. ^^ Ujian tu x kira umur,kan?
    Cite best, kak jat!

    ReplyDelete
  4. huhu cana muka nakal 2.. tnjuk skit haha

    ReplyDelete