June 10, 2009

Bayang-Bayang 6


"Eh, korang berdua ni buat apa lama-lama kat dalam sana tu?" Encik Idraki menegur Humaira dan Dinie yang baru keluar dari pantry. "Pegang-pegang tangan pulak tu. Entah apa yang korang buat dekat dalam ye," Sambung Idraki lagi. Matanya terarah pada tangan Humaira yang masih memegang tangan Dinie. Serentak dengan itu Humaira melepaskan tangan Dinie. Dia tersengih memandang Idraki.

"Jangan risau, kita orang tak buat maksiat dekat dalam," Humaira bersuara memandang Idraki. Dia menyambung lagi, "Rasanya mesti..."

"Assalamualaikum.."

Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya bila tiba-tiba Iqlima masuk dan memberi salam.

"Awalnya sampai cik kak oii.." Perli Idraki. "Abang tak dengar pun bunyi orang bukak gril tadi," sambungnya lagi.

Iqlima tergelak. "Magic!" Sepatah jawapannya buat Idraki. "Dah lama abang sampai? Sorry lah Ima lambat pulak hari ni. Jam kat Imigresen tadi." Iqlima bersuara sedih memandang Idraki.

Idraki tergelak melihat memek muka Iqlima. Ditepuknya perlahan pipi Iqlima dan berkata, "Dah, dah.. Toksah nak buat sedih pulak depan abang. Ini ha, dia orang nak tau apa cerita yang nak jadi kat office ni.." Idraki menunjukkan ke arah Humaira dan Dinie yang masih berada di depannya. Terangkat keningnya memandang Iqlima.

Iqlima tersenyum dan berkata, "Kita tunggu Aina sampai dulu, lepas tu nanti semua masuk conference room, ye." Dia kemudiannya melangkah masuk ke biliknya diikuti Idraki dari belakang.

"Alaa.. Tak sempat akak nak tanya Encik Idraki." Humaira mencebikkan bibirnya dan kembali ke tempat duduknya. Dinie tersenyum melihat Humaira.

"Alaaa.. Kesian Kak Mai. Tak maulah sedih-sedih. Tak comel buat muka macam tu," Dinie berjalan menghampiri Humaira dan mencuit perlahan pipi Humaira.

"Eh, tak boleh usik-usik. Mahal tau pipi ni," Humaira menampar perlahan tangan Dinie.

"Sebab mahal la kena usik.." Dinie bersuara riang. Dicuitnya lagi pipi Humaira dan kali ini pipi kanan Humaira yang menjadi mangsa. Pantas Dinie menjauhi Humaira apabila melihat Humaira yang mahu menampar tangannya lagi. Tergelak dia melihatkan Humaira yang jelas seperti tidak puas hati melihatnya.

"Eh, eh. Apa ni.."

Dinie segera berpaling tatkala mendengar suara Idraki di belakangnya. Humaira sudah tergelak melihat gaya Idraki yang berusaha mengelak dari berlanggar dengan Dinie.

"Lain kali nak jalan pandang belakang dulu," tegur Idraki perlahan. Tangannya memegang telefon bimbit dan dia melekapkan semula telefon bimbit itu ke telinganya, kembali meneruskan perbualan yang terhenti seketika.

"Hmm.. dah, dah. Aku dah jumpa. Pandai ye kau. Melepaslah aku,"

Sempat telinga Dinie menangkap butir bicara Idraki yang berjalan terus ke muka pintu. Dinie mengalihkan pandangannya menghadap Humaira.

"Hiii.. malunya saya kak. Dahla semalam accident dengan Encik Naqib. Hari ni.. hmm.. nasib baik tak sempat langgar." Dinie bersuara perlahan, bimbang didengari Iqlima.

"Semalam? Accident dengan Encik Naqib?" Bulat mata Humaira memandang Dinie. Melihatkan Dinie mengangggukkan kepalanya, Humaira bertanya lagi, "Dia macam mana? Mengamuk tak?"

"Hmmm? Mengamuk? Dia tak adalah mengamuk tapi macam singa la jugak. Ada gaya-gaya macam nak telan orang je," Dinie mencebikkan bibirnya.

"Ohh.. padanlah.."

"Hah? Apa yang padan?" Tanya Dinie, pelik dengan kata-kata Humaira.

Humaira tersengih memandang Dinie. "Tak ada apa."

"Hmm.. Kak Mai, kenapa Encik Naqib tu panggil Encik Ihsan, Encik Ihsan? Kenapa tak panggil Pak Ngah je?" Dinie bertanya sesuatu yang menjadi tanda tanya di benaknya sejak semalam.

"Ohhh.. Encik Naqib memang macam tu. Time kerja dia memang serius. Kalau dia datang sini, selalu jugak akak dengar Encik Ihsan bahasakan diri dia Pak Ngah tapi Encik Naqib still panggil dia Encik Ihsan."

Dinie menganggukkan kepalanya sekali dan bersuara lagi, "Akak, tadi akak tanya Encik Naqib mengamuk tak? Kenapa pulak nak mengamuk?"

Humaira tergelak mendengar soalan Dinie. "Tak adalah. Saja akak tanya takut pulak kalau dia mengamuk kat Dinie. Sebab dia tu pantang sikit dengan perempuan ni. Ada saja yang tak kena. Ei. kenapa tanya ni? Berminat nak tahu pasal Encik Naqib ye." Humaira mengusik Dinie.

Alamak Kak Mai ni, tanya terang-terang pulak.. Dinie tersengih malu. Dia membesarkan matanya melihat Humaira.

"Pandai aje akak ni. Dah.. Dinie nak sambung kerja semalam." Dinie terus melangkah ke biliknya tanpa menghiraukan Humaira yang masih tergelak.

Eh.. Dinie, Dinie.." Panggil Humaira.

Dinie menoleh ke belakang dan mengangkat keningnya pada Humaira isyarat bertanya kenapa.

Humaira tersengih memandang Dinie dan berkata, "Dinie tak nak tahu ke kenapa Encik Naqib tak formal dengan Puan Ima?"

"Tak nak." Selamba Dinie menjawab sambil membulatkan matanya memandang Humaira.

Tergelak Humaira mendengar jawapan Dinie. "Tak nak tahu takpelah," Humaira tunduk memulakan kerjanya.

Hmmmm.. Kenapa ye? Kak Mai ni tanya pulak. Bagitahu aje lah.. Ala nanti mesti jawapan dia, sebab dia orang tu sepupu.. Tapi Encik Ihsan dengan Naqib tu pangkat pak sedara dengan anak buah, lebih kurang je.. Peliklah Naqib ni. Hmm..tak tahu pun tak apa kot...

Dinie tergelak perlahan. Dia bergerak mendekati mejanya. Fail yang tersusun di atas meja ditarik ke sebelah komputer. Dia meneruskan kerjanya menaip letter of demand dan letter of termination yang baru diberikan kepadanya lewat petang semalam.

"Eh, Dinie..." Tiba-tiba Humaira datang menjengah ke dalam bilik. Dinie yang separuh terkejut memalingkan mukanya memandang Humaira. "Semalam akak lupa nak bagitahu dekat Dinie," sambung Humaira dengan senyuman terukir di bibirnya melihatkan Dinie yang agak terkejut dengan kedatangannya.

"Hmmm? Apa dia?"

"Semalam punya tu selain daripada LOD dengan LOT, ada LODT sekali tau."

"LODT?" Tanya Dinie, pelik.

"Hmm.. LODT. Letter of demand and termination. Bak sini dokumen semalam tu akak tunjuk dekat Dinie yang mana satu."

Dinie mengunjukkan fail-fail yang berada di hadapannya kepada Humaira. Humaira mengambil fail-fail tersebut dan meletakkannya ke atas meja besar di dalam bilik itu. Dinie bangun mendekati Humaira yang sedang meneliti surat dari bank.

"Kalau yang ada dua ni, tunggakan dengan baki pembiayaan, Dinie kena buat LODT." Jelas Humaira sambil tangannya menunjukkan tiga surat dari bank kepada Dinie. "Hmm.. yang lain ni, Dinie tahu kan notis tujuh hari ni nak buat apa, yang sepuluh hari nak buat apa.."

Dinie menganggukkan kepalanya sambil matanya menatap dokumen-dokumen di hadapannya.

"Dalam tu ada contoh tak kak?" Tanya Dinie dengan tangannya menunjukkan ke arah komputer di belakang mereka.

"Ada tak silap akak. Kalau tak ada kat dalam C, Dinie tengok dalam D, okay?"

"Okay... Before lunch, kan?" Dinie bertanya meminta kepastian.

"Hmm.. Pandai pun." Humaira mencubit pipi Dinie perlahan sebelum sempat Dinie mengelak. Dia tersengih dan segera bergerak ke luar tatkala mendengar Dinie yang mengomel perlahan.


*******************


"Angah, bangunlah solat." Adhana menggoyang-goyangkan badan Dinie yang masih berbaring malas. "Panggil mama karang, tahulah..." Sambungnya lagi melihatkan tiada reaksi daripada Dinie. "Angah.. cepatlah. Hana nak pergi sekolah dah ni."

Dinie bingkas bangun tatkala mendengar bunyi pintu yang diketuk dari luar. Adhana tergelak melihat Dinie yang agak terkejut.

"Hiii.. ni mesti si Ad baru nak masuk bilik. Kacau betul," rungut Dinie perlahan. Dia mengambil tualanya yang tersangkut di penyidai, menarik t-shirt putih yang diletakkan di kepala katil dan melangkah laju ke bilik air. Tak lama kemudian dia keluar semula dari bilik air. Adhana masih lagi bersiap, baru hendak menyarungkan tudung ke kepalanya.


"Oii.. tadi kata nak pergi sekolah dah. Bersiap mengalahkan mak datin," tegur Dinie perlahan.

Adhana hanya tersengih memandang Dinie. Dia mengemaskan tudung di kepalanya, melipat sedikit di bahagian hujung muka dan berkata, "Tadaaa! dah siap.." Adhana mendepangkan tangannya memandang Dinie yang sedang memakai kain telekung. "Ala ngah.. Hana siap cepat-cepat pun, Ad tu confirm tak siap lagi. Lagi teruk bersiap macam perempuan." Sambung Hana lagi melihatkan Dinie yang mencebik padanya.

Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilik mereka serentak dengan suara Adhan yang menyindir, "Siapa yang macam perempuan tu. Berdosa tau kutuk-kutuk orang kat belakang." Adhan membuka sedikit pintu dan menjengahkan kepalanya ke dalam. Dia menjegilkan matanya memandang Adhana yang tersengih.

"Okay angah.. Hana keluar dulu," Adhana mendekati Dinie yang sudah siap bertelekung. Dia mencapai tangan Dinie, bersalaman dengannya dan terus bergegas keluar. "Angah, dah enam setengah lebih dah ni," sempat Adhana mengingatkan Dinie sebelum hilang sebalik pintu.

Dinie menjeling jam loceng di kepala katilnya dan dia segera menunaikan solat subuh selepas Adhana melangkah keluar dari bilik. Selesai solat dia mengambil kitab Al-Ma'thurat dari rak buku dan membacanya dengan penuh tertib. Sesudah menghabiskan sarapan awal paginya itu, Dinie melipat semula telekung yang dipakai dan menyangkutkannya di penyidai yang terletak di sebelah almari pakaian.

Dinie membuka almari pakaian dan mengintai ke dalam. Huuu.. malasnya nak iron baju. Malasnya nak pergi kerja. Malasnya nak jumpa Encik Idraki lagi. Dinie mengeluh perlahan. Eh.. tak baiklah mengeluh!

Dinie tersenyum seorang diri. Dia mencapai baju kurung berwarna merah dan berbunga coklat yang tergantung di dalam almari. Laci almari dibuka dan dia mengambil sehelai tudung berwarna coklat muda. Langkahnya diatur ke papan penggosok yang terletak di ruangan rehat di luar biliknya itu.

Sesudah siap menggosok baju kurung dan tudungnya itu, Dinie merebahkan badannya ke katil. Matanya asyik menatap siling biliknya seakan terbayang-bayang sesuatu di situ. Berat hatinya untuk pergi ke pejabat semenjak Idraki mengambil alih tempat Iqlima. Ada sahaja arahan mandatori daripada Idraki. Malah Idrakilah satu-satunya manusia di dalam pejabat itu yang suka mendera mentalnya. Mujur ada Aina dan Humaira yang rajin menyebelahinya setiap kali Idraki mencari kesalahannya dan menyalahkannya atas suatu kesalahan yang bukan dibuatnya.

"Dinie, tak nak turun sarapan?" Puan Dahlia tiba-tiba menjenguk di sebalik pintu yang tidak bertutup rapat. Dia menghampiri Dinie yang bingkas bangun mendengarkan suaranya itu. "Terkejut? Berangan ye?" Tanya Puan Dahlia sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah Dinie yang sudah duduk tegak. "Aiii... sejak bila pulak anak mama yang sorang ni pandai berangan..." Puan Dahlia bersuara lagi dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Mana ada berangan ma.. Berfikir sebenarnya ni." Dinie tersengih memandang Puan Dahlia. "Fikir macam mana nak berhenti kerja," sambung Dinie sambil matanya memandang sekilas pada Puan Dahlia.

"Aik.. mama ingat dah masuk dua bulan Dinie kerja, dah okay tak ada apa-apa masalah."

Selama dua bulan tu la Dinie sakit jiwa ma.. Tapi mama tak tahu sebab apa. Ermm tak payah tahu pun lagi baik rasanya ma. Dinie tersengih memandang Puan Dahlia.

"Memang tak ada masalah pun ma. Cuma Dinie yang rindu pulak nak tengok muka mama tiap masa.." Sedaya-upaya Dinie menunjukkan riak wajah yang ceria di hadapan Puan Dahlia.

"Eh mengadalah dia. Awak tu dah besar.. Esok lusa dah kahwin, jenguk mama sebulan sekali pun susah agaknya.." Puan Dahlia menepuk perlahan peha Dinie.

"Mama.." Memuncung Dinie mendengar kata-kata Puan Dahlia.

"Iyelah.. masa depan mana kita boleh nak predict apa yang nak jadi.."

"Hmm.. itu Dinie tahulah tapi mama janganlah cakap macam tu. Kan setiap apa yang keluar dari mulut kita ni ibarat doa.." Dinie tersengih lagi memandang Puan Dahlia.

"Iya. Dah.. turun sarapan. Babah buat cucur badak pagi tadi,"

"Really? Sekarang jugak Dinie turun ma." Dinie bingkas bangun dan melangkah bersama-sama Puan Dahlia menuju ke tingkat bawah. Sempat telinganya menangkap bunyi telefon bimbitnya yang menandakan ada message baru yang masuk.

Ah nanti-natilah tengok.. Hati kecilnya bersuara. Entah-entah si 'antu' tu lagi tak? Dia ajelah yang rajin hantar message time-time ni. Hmm.. apa pulak yang dia nak kata pagi ni...

Dinie tersenyum. Dia melangkah laju menghampiri Puan Dahlia yang sudah mendahuluinya dan berkata, "Mama turun dulu ye, kejap lagi Dinie turun. Dinie ada hal sikit.." Melihatkan dahi Puan Dahlia yang sudah berkerut Dinie berkata manja, "Sekejaaaaaappp je ma.." Dia terus berlari naik ke biliknya.

Dinie segera mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja studi Adhana. Dia menekan-nekan butang pada telefon bimbit itu untuk mengaktifkan keypad. Selepas dia menekan butang hijau, message yang baru masuk tadi tertera di skrin telefon bimbitnya itu.

aku mengenalimu melalui 1 nama,
aku mengingatimu melalui 1 kenangan,
aku memahamimu melalui 1 renungan,
aku menyayangimu melalui 1 perkataan.. teman.
err... teman istimewa ye.. ;p

morning sweetie.. assalamualaikum..

Tersenyum Dinie membaca message itu. Dia menekan-nekan lagi butang untuk mengetahui pengirimnya. "Hmm.. Sah lah si 'antu' ni lagi," Dinie bersuara perlahan. Dia turut membaca nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu.

Siapalah yang rajin sangat buang kredit dia untuk aku ye. Lepas dari missed calls sembilan kali dulu tu sampai sekarang, tak putus-putus dia hantar message. Pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, malam sekali. Empat kali sehari!

Nasib baik guna line celcom jugak. Save la sikit. Tapi full la inbox aku sebab sayang pulang nak delete message yang best-best tu. heheheh. Dinie tergelak perlahan. Puas bermonolog sendiri, dia meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja studi Adhana dan bergegas turun ke bawah.

No comments:

Post a Comment