Krekkkk... Kreuuk... Tapp.
Bunyi pintu dibuka dan ditutup. Rapat. Namun, tidak dihiraukan Zulfah Zayanah di atas tikar sejadah. Bacaan ayat suci al-Quran terus dialunkan perlahan dan bertajwid. Khusyuk.
Sepuluh minit berlalu. Doa sesudah membaca al-Quran diaminkan sebelum kitab suci itu diletakkan semula di atas rak buku. Usai solat maghrib tadi dia meneruskan rutin membaca kalamullah sambil mengintai makna baris-baris ayat yang dialunkan sementara menunggu isyak. Teringatkan pintu bilik yang dibuka sebelum ini, Zaza pantas berpaling.
“Zaim,” lembut teguran Zaza bersama senyuman sebaik sahaja terpandangkan Zaim. Lelaki itu duduk berlunjur sambil memejamkan mata di atas kerusi jati bersebelahan pintu. “Buat apa masuk bilik Kak Dik senyap-senyap je ni?”
Mata terbuka luas sebelum dikerdipkan beberapa kali. Lelaki itu menayang sengih.
“Bajet comel la tu,”
Zaim mencebik. “Kak Dik free?”
“Sampai bila-bila pun takkan free,”
Zaim mendengus perlahan. Zaza tersengih lebar sambil membetulkan ikatan telekung di belakang kepala.
“Orang nikah pun sekurang-kurangnya bagi sebuah quran buat mahar, ni tanya Kak Dik free ke tak pulak..” Zaza membalas selamba, berlelucon.
“Kak Dik...”
“Um um,”
“Kak Dik okay tak ni?”
“Okay. Sihat Alhamdulillah. Still breathing. Still standing.”
Tersengih Zaza menjungkitkan kening beberapa kali. Zaim mencebik.
“Kak Dik ni.. Zaim tanya betul-betul tau,”
“Kenapa tiba-tiba concern terlebih ni. Risau pulak Kak Dik. Kau sihat kan, Zaim?”
Meletus tawa anak muda itu. Dia bingkas. Tegak berdiri menghadap Zaza.
“Zaim dah baca new entry Kak Dik petang tadi. Post semalam, kan?”
“Ya, so?”
“So Zaim nak gelak.. Boleh?”
“Ya, sure,”
Zaim tersenyum. Langkahnya maju beberapa tapak. Zaza sudah bersila di birai katil. Zaim merapati Zaza. Pipi Kak Diknya itu dicubit geram.
“Kak Dik ni.. Cuba berani sikit. Cuba bangun sikit luahkan apa yang Kak Dik rasa. Kalau diam je takat post dekat blog tu apa boleh jadi? Siapa boleh tolong?”
“Macam-macam. Zaim.”
Sepatah-sepatah jawapan Zaza. Mendatar tanpa nada. Zaim menggeleng perlahan.
“Ini life Kak Dik tau,”
“Um, tau.”
“So?”
Zaza menggeleng. “Follow the flow, I guess..”
Giliran Zaim menggeleng. Dia menempel di sisi Zaza. Ketayap putih di atas kepala ditanggalkan.
“Kak Dik, Kak Dik.. Zaim yang belum lepas SPM ni pun boleh fikir. Susah hati. Kak Dik pulak tak nak gerak. Problem takkan settle macam ni Kak Dik.”
Zaza menghela nafas perlahan. Kepala dipaling sedikit memandang Zaim. Lelaki itu menjungkitkan keningnya sekali. Zaza menghela nafas lagi.
Kau tak faham Zaim. Aku lagi susah hati. Tapi aku tak boleh nak tunjuk. Kak Dik bukan macam Zaim. Kak Dik tak cukup berani macam Zaim. Bukan Kak Dik tak nak gerak. Bukan aku nak mengalah macam tu je Zaim. Tapi aku... Aku tak cukup kuat.
Wajah Zaim dipandang lagi. Adiknya itu sudah berkerut dahi membalas pandang.
“Abang Zarfan tu baik, Kak Dik. Kenapa tak nak cuba?”
Zaza pantas menggeleng. Istilah cuba tak sesuai aku rasa, Zaim. Tak ada istilah cuba untuk mengingkari sesuatu prinsip yang memang dah tertanam dalam hati. Macam mana hendak mencuba sesuatu yang bukan datang dari hati.
“Fake,”
“Hm? Come again?” Pantas Zaim bertanya saat terdengar Zaza berkata sesuatu. Zaza segera menggeleng. Pada Zaim diukir senyum yang cuba dibuat-buat.
“Kak Dik, pelik senyum gitu. Tak payah senyum kalau tak rasa nak senyum.” Zaim tersengih menghabiskan kata.
“That’s it. Pelik kan. Nampak fake, right?”
Zaim mengangguk tanpa menunggu lama.
“Sama la jugak dengan apa yang Kak Dik rasa, Zaim.. Bagi Kak Dik, there’s no trial and error in marriage. Unless Allah dah bagi dorongan hasil istikharah yang kita buat.”
Zaim mengangguk bersetuju. Namun, dia menggeleng dan berdehem seketika kemudian.
“Itu sebab abah kata tunang dulu. Dalam tempoh tu Kak Dik boleh cuba kenal abang Zarfan lagi,”
“Kalau tak serasi?”
Zaim diam tak membalas.
“Putuskan tunang?” Zaza pantas membuang soal. “Macam tu ke Zaim? Putuskan pertunangan kalau tak serasi? Itu ke cuba yang Zaim maksudkan?” Zaza berterusan menjual soalan tanpa Zaim sempat membeli.
Lelaki itu menghela nafas.
“Kak Dik,” lembut Zaim bersuara. Silanya di atas katil sudah berubah arah, menghadap Zaza. “Dalam hati Kak Dik memang dah bulat tak nak terima Abang Zarfan. Sebab tu semuanya Kak Dik nampak negatif. Belum cuba, belum tahu, orang kata.” Zaim memandang tepat ke wajah Zaza.
“Kak Dik kenal Zarfan, Zaim..”
“Dia baik, kan?”
Zaza mengangguk.
“So?”
“Dia baik sangat, Zaim. Tak layak untuk aku.”
Zaim tersenyum. Kepalanya digelengkan sekali.
“Zaim tak faham la dengan Kak Dik ni,”
“Kak Dik lagi tak faham,”
Meletus tawa Zaim mendengarkan balasan Zaza.
“Dah tu macam mana? Abang Zarfan sikit punya baik Kak Dik tak nak. Makcik Faiqah dengan Pakcik Suhaimi tu pun baik-baik orangnya. Tak sayang ke Kak Dik?”
“Bukan jodoh aku, Zaim..”
“Kak Dik pasti?”
Zaza terdiam seketika.
“Zaim..” Zaim masih lagi memandang Zaza, menanti sambungan butir bicara kakaknya. Gadis itu berjeda sedikit. “Aku nak ke tak nak ke, belakang cerita. Apa yang pasti, aku tak boleh hampakan mama dengan abah. Kalau itu yang terbaik buat semua, Kak Dik redha.”
Zaim mengangguk perlahan. Dia diam memandang Zaza yang termenung jauh.
“Kak Dik dah ada someone ke?”
Zaza diam melayan fikiran yang menerawang entah ke mana.
“Kak Dik dah ada someone ke?”
Zaim mengulang tanya.
Zaza masih lagi tidak berkutik.
“Kak Dik,”
Bahu Zaza disigung Zaim. Gadis itu mendongak sedikit. Kedua-dua belah keningnya dijungkit sekali.
“Zaim tanya ni.. Kak Dik dah ada someone ke?”
“Uish. Astaghfirullah al-azhim.. Suci murni lagi tau hati aku ni,” Penuh semangat gadis itu membalas.
Zaim menayang senyum penuh makna sebelum bersuara, “Zaim kenalkan dengan someone, nak?”
Berkerut dahi Zaza. Mencerun matanya.
“Jangan la buat muka gitu Kak Dik oi,”
Zaza masih lagi seperti tadi, dengan riak wajah yang sama dia merenung Zaim.
“Nak tak?”
Kerutan di dahi Zaza makin bertambah. Tawa Zaim meletus.
“Macam orang suruh pi dating pulak,”
“Whatever,”
“Whatever, whatever jugak. So what’s your answer?”
“No.”
“No?”
“Yep. Never.”
“Never say never, Kak Dik..”
“Kau nak aku jawab macam mana sebenarnya Zaim?”
Zaim terdiam. Ligat otaknya memikir.
“Okay la. Ini rahsia tau.” Dalam nada berbisik, Zaim bersuara. “Ada orang nak pinang Kak Dik,”
Zaza ketawa kuat. Berair matanya menahan tawa yang seakan mahu bersambung. Telekung di kepala ditanggalkan perlahan. Zaim menjegil geram.
“Aku tau la yang itu Zaim oii,”
Air mata yang bergenang di tubir mata dikesat pantas. Zaza senyum meleret. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
“Buat lawak betul. Rahsia konon,” usik Zaza. Zaim mendengus perlahan.
“Rahsia la. Mama dengan abah pun tak tahu lagi,”
“Bukan hari tu terang tang-tang ke mama dengan abah yang berbincang dengan family Zarfan, Zaim oi.”
“Yep. Memang that day, family Abang Zarfan. Tapi this time bukan.”
“Meaning?”
“That day memang family abang Zarfan, tapi this one bukan,”
“Straight to the point, please,”
“Abang kawan Zaim nak pinang Kak Dik. Lusa petang. Lepas Jumaat.”
Melopong Zaza mendengarkan susunan kata-kata itu.
:. to be continued, insyaAllah .:
merancang itu mudah. perancangan minda itu sangat mudah.
perlaksanaan itu kuasa-NYA. namun, melaksanakannya perlu usaha.
"merancang itu mudah. perancangan minda itu sangat mudah.
ReplyDeleteperlaksanaan itu kuasa-NYA. namun, melaksanakannya perlu usaha."
really like your qoute^^
keep up writing..tak sabar nak tau kisah seterusnya;)
will followwwwwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeletewah..
ReplyDeletebagusnya perancangan dariNYA kan..
berikan pilihan pada kak dik..
laki kat masjid haritu ek??? mcm tau2x ja dilema kwn kt ni. jd hero yg selamat kan dia dr Zafran. he...
ReplyDelete