August 30, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H....... salam aidilfitri


Assalamualaikum semua.. Dalam kesibukan, emm agak terlambat rasanya untuk buat ucapan selamat datang bulan penuh keberkatan. Tapi tak apa, ahlan wasahlan Ramadhan kareem. Selamat berpuasa semua kenalan dan sahabat.. Semoga kita semua istiqamah dengan setiap amalan kita, insyaAllah..



Em ya, thats it. Mari kita tingkatkan kualiti amalan wajib kita. Jangan kerana amalan sunat, yang wajib kita leka. Peringatan untuk jat sendiri.. Tarawikh turun jemaah tapi turun lepas isyak. APA itu?? Solat sunat nak jemaah, solat wajib buat sendiri. Mana lagi afdhal? Bukan senang nak kejar 27 kali ganda pahala berjemaah tu. Zaman sekarang kita kena kejar saham akhirat untuk cover lubang-lubang khilaf dalam sedar atau tak.. Em lepas dah terfikir, baru jat turun jemaah dari isyak. Baru rasa seronok nak raya nanti. Baru rasa ada perubahan pemikiran Ramadhan kali ni. Alhamdulillah. Mari kawan-kawan, kita tingkatkan kualiti dan prestasi bukan saja tingkatkan kuantiti.. ('',)


Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian,"


Tak lupa, salam aidilfitri buat semua kenalan dan sahabat.. Moga keberkatan Ramadhan membawa kepada kemeriahan Syawal, insyaAllah.. Tapi, saat kita meriah dekat Tanah Melayu ni, jangan lupa ikhwanul muslimin yang sedang teruji di bumi Palestin. Makanya mari kita menyambut aidilfitri dengan penuh kesederhanaan. Teruskan berdoa untuk saudara seagama dengan kita. Moga syiar Islam terus berkembang dan bertahan, insyaAllah..




Minta maaf andai ada khilaf jat dalam tak sedar.....

No comments:

Post a Comment