July 28, 2019

Kita Serupa ...18


"Allahu Akbar! Ya Allah.. Astaghfirullah al-azhim..."

Panjang latah Raihan. Pisau dalam genggaman tangan kirinya sudah terjatuh ke dalam sinki. Rangkulan di bahunya terasa lebih kemas.

"Ya Allah, abang."

Pantas Raihan berpaling dan mengurut dadanya perlahan. Terlepas pelukan kejap di bahunya.

"Tak baik tau. Dah banyak kali Raihan pesan jangan buat macam tu, kan.."

'Ali Hasif menayang sengih.

"Mujur pisau terjatuh dalam sink. Kalau Raihan terpusing lepas tu pisau terkena abang, macam mana?"

"Famous la Raihan nanti, jadi headline berita.." selamba 'Ali Hasif membalas, berlelucon.

"Merepek,"

Malas melayan, Raihan berpaling menghadap sinki, kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Raihan buat apa ni?"

"Belah dada abang, nak ambik jantung buat lauk," laju Raihan menjawab soalan 'Ali Hasif.

"Auch!"

'Ali Hasif menyandar di tepi sinki. Spontan tangan kanannya memegang dada, menayangkan riak wajah menahan sakit.

"Padan muka,"

"Padan dengan sayang, kan.."

Lelaki itu sudah menempek pula di sisi isterinya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Hmm sedapnya.. Sweet bau dia,"

'Ali Hasif tunduk sedikit mencium bau nenas yang sudah dipotong kecil di dalam mangkuk. Raihan segera menyigung suaminya.

"Makruh ni puasa-puasa,"

"Meh abang sambung pulak,"

Tanpa menunggu jawapan Raihan, 'Ali Hasif mengambil pisau dari tangan kiri isterinya dan menyambung kerja mengupas buah nenas.

"Raihan nak buat apa nenas banyak-banyak ni?"

"Jam,"

"Tart?"

"Juice,"

"Makan?"

"Nanti Raihan blend asam sikit,"

'Ali Hasif pantas berpaling dan mengerdipkan matanya.

"Bagus la zaujah abang ni.. boleh baca apa yang abang fikir,"

Raihan diam tak membalas. Matanya hanya memerhatikan gelagat sang suami mengerjakan nenas yang dibelinya siang tadi.

"Abang pandai tak ni nak operate nenas?"

"Operate?"

Raihan hanya tersengih.

"Sayang,"

"Hm,"

"Abang ada satu teka-teki,"

"Hm.."

"Kalau Raihan dapat jawab, abang belanja Raihan... Hm Raihan nak abang belanja apa?"

"Apa-apa pun boleh,"

"Apa-apa tak ada la sayang eyy. Lagi susah abang nak kena fikir,"

Raihan mencebik sedikit.

"Raihan tak kisah pun abang nak belanja apa.. Jawab pun belum, takkan nak demand macam-macam.."

"Hm okey.. Raihan boleh jawab tiga kali je tau."

Raihan membalas dengan anggukan.

"Raihan cuba teka, dalam nenas ada apa?"

'Ali Hasif mengerling sedikit pada Raihan dan menjungkitkan keningnya beberapa kali. Raihan sudah berkerut dahi.

"Tak ada soalan susah lagi ke?"

"Dua kali lagi,"

Bulat mata Raihan memandang sang suami. Lelaki itu menayangkan riak selamba sambil meneruskan kerja memotong buah nenas.

"Mana aci, Raihan belum jawab lagi.."

"Sekali lagi,"

"Abang,"

Spontan Raihan terjerit sedikit. Memuncung dia memandang 'Ali Hasif yang sudah ketawa nakal. Dicubit geram pinggang lelaki itu.

"Adui, sakit la sayang. Mana boleh dera husband,"

'Ali Hasif mengaduh manja. Kesempatan yang ada diambil untuk bermesra dengan isteri kesayangan. Dia segera menyudahkan potongan nenas yang terakhir sebelum pisau dan papan pemotong dibasuhnya. Raihan diam tak membalas. Mata setia menurut tiap pergerakan suaminya.

"Cepat sayang, I'm waiting for your answer.."

Raihan masih lagi dalam mode berdiam diri. Ekor mata mengikut langkah 'Ali Hasif. Dalam kepala ligat memikir. Jawapan apa yang patut dia bagi. Biji? Mana ada biji dalam nenas.. Mata! Ha mata la kan orang panggil kat dalam nenas ni? Raihan menggeleng sendiri bertingkah dalam hati sebelum dia dikejutkan dengan soalan daripada sang suami.

"Raihan, nenas ni nak simpan mana?"

"Letak je kat atas kaunter tu bang. Kejap lagi Raihan nak blend."

"Okay,"

'Ali Hasif menyudahkan kerjanya dan berpaling menghadap sang isteri.

"Dah kenapa dari tadi dok tengok abang je ni. Rindu la tu.." Usik lelaki itu. Tubuhnya sudah dirapatkan ke sisi isterinya.

Raihan mencebik sedikit sebelum membalas, "Perasan la sorang-sorang,"

'Ali Hasif ketawa lepas. "Dah kalau bukan abang yang perasankan diri sendiri, siapa lagi nak perasankan abang.. Raihan dah la jual mahal dengan abang.."

Raihan hanya tersengih. Tidak dibalasnya kata-kata itu.

"Raihan sayang ke tak kat abang sebenarnya?"

'Ali Hasif sudah berpaling, berdiri tegak menghadap Raihan. Isterinya itu pula sudah tegak kepala memandang dirinya. Mata bertentang mata seketika. Dapat dilihatnya kerutan di dahi sang isteri sebelum bibir merah jambu itu menutur kata.

"Kenapa abang tanya?"

"Sebab abang nak tahu,"

"Selama ni abang tak tahu ke?"

"Dah,"

"Habis tu?"

"Saja abang nak dengar dari mulut Raihan sendiri.."

Raihan jungkit kening sekali. Dibalas dengan senyum lebar di wajah 'Ali Hasif.

"Kalau dah tahu tak payah la Raihan nak sebut-sebut lagi.."

"Tak sama tahu sendiri dengan dengar dari mulut Raihan.."

"Iya ke?"

"Hm iya la sa--"

Dentingan loceng pintu rumah memintas bait kata 'Ali Hasif. Berpandangan seketika mereka suami isteri.

"Waiting for someone?"

Pantas lelaki itu bertanya. Raihan menggeleng laju.

"Okay then, Raihan stay sini dulu. Abang pergi tengok,"

Raihan mengangguk beberapa kali. Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif kembali. Terkocoh-kocoh. Plastik hitam di bakul plastik ditarik sebelum lelaki itu menghilangkan diri sebalik pintu luncur dapur, pembahagi antara ruang tamu dan dapur. Sepantas kilat tanpa sepatah kata.

Raihan garu kepala yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia mengikut jejak suami ke ruang tamu. Jendela yang menghadap halaman rumah dihampirinya sebelum tangan menyingkap sedikit kain langsir yang tergantung. Matanya dikecilkan melihat gelagat suaminya. Dada berdegup kencang tiba-tiba.

Pecahan serakan pekat merah berdarah di pintu pagar automatik dipandang Raihan cemas. Jelas di matanya 'Ali Hasif sedang memasukkan sesuatu kelihatan seperti bangkai ayam ke dalam plastik hitam yang diambilnya tadi. Terpacul kalimah istighfar di bibir. Terkumat-kamit mulutnya berdoa yang baik-baik.

"Raihan, pintu dapur dah kunci ke?"

Raihan mengucap panjang. Tidak sedar 'Ali Hasif sudah kembali ke dalam rumah. Tangannya melekap di dada.

"Apa tadi tu bang?"

Bergetar suara Raihan, membalas soalan suaminya dengan pertanyaan.

"Raihan stay here, please. I'll go around and check."

Tegas lelaki itu bersuara. Tanpa menunggu balasan Raihan, dia melangkah laju ke dapur sebelum berlari anak ke tingkat atas. Raihan pula perlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa PVC berangkai dua di sudut ruang tamu itu.

Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif muncul semula di hadapan Raihan. Langkah diatur cermat menghampiri sang isteri. Wajahnya kembali tenang. Tangan Raihan ditarik dan digenggam perlahan sebelum ditepuk lembut, beberapa kali.

"Raihan jangan risau, abang ada. Allah ada,"

"Apa tadi tu bang?"

"Bangkai ayam. Darah ayam."

'Ali Hasif menjawab tenang, tanpa berselindung.

"Abang ada nak tunjuk something dekat Raihan.. Come, sayang.."

Lelaki itu bingkas, menarik perlahan tangan sang isteri untuk menuruti langkahnya menuju ke tingkat atas. Raihan mengekor tanpa suara. Jeritan hatinya melantun sendiri bertingkah tanpa henti. Sepantas itu juga dia beristighfar, berdoa memohon diberikan kekuatan dalam dirinya.



^°•^°•^°•^°•^°• ^to be continued^°•^°•^°•^°•^°•^











No comments:

Post a Comment