February 12, 2013

Setiaku di sini...


Wah macam tajuk novel pulak. Rindunya dah lama tak menulis.....  


dan menaip.



Tipu. Tipu. Tipu.

Saban hari menulis di papan hitam.. Papan hitam you... sekolah I masih lagi mengamalkan chalk and talk... ho ho ho. Herm tak lupa, menulis dalam buku rekod mengajar. Menaip pun hampir saban hari dek kerja-kerja pengurusan.

Tapi menulis dan menaip yang dirindui ni maknanya rindu nak mengarang yang bukan-bukan dan berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan panduan. Serius rindu. Tapi bila dah mula taip satu dua perenggan, jadi blank. Idea terbang entah ke mana. Jadinya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. Ada kaitan ke? eheh~

Ada 1 kisah yang masih lagi pending dalam laptop yang hampir usang dan ditinggalkan dalam gobok di kota. Kisah yang digantung bertali sebab permulaannya ada penghujungnya pun sudah berangka. Cuma isinya yang masih rompong. Mujur bukan kisah hidung Sura Pandaki rompong..

Opss sudah ke laut masuk prosa klasik zaman sekolah dulu kala pulak. Zaman sekarang tak tahulah komponen sasteranya yang bagaimana. Mujur ada kisah Kasut Kelopak Jantung yang boleh tahan menyentuh hati.

Okay, berbalik pada tajuk.. Setiaku di sini. Intipatinya atau pun secara tersiratnya, andai saya kembali mengarang, di sinilah tempatnya untuk kamu-kamu-kamu mengintai. Saya masih lagi bernyawa. Syukur alhamdulillah. Kondisi mental juga masih terkawal biar pun ada ketikanya tersasar sedikit dari landasan.

Setiaku di sini... 


5 comments:

  1. weeeee..
    welcome back..
    xsabar nak tgg n3 novel br..
    :)

    ReplyDelete
  2. salam...
    kak jat...rindu nyerrr...
    ari2 tertunggu2 entri dr blog akk ni.. =)

    ReplyDelete
  3. rindu-rinduan jadi kenang-kenangan
    insan tersayang kini milik orang
    kasih dan sayang jadi benci dan dendam
    di manakah setiamu di manakah janjimu

    errr ada kaitan ke? hohoho (^o^)

    ReplyDelete