February 21, 2013

Kita Serupa ...2



“Weyh, kau ni biar betul An.. Dah nak dekat sejam kita tunggu dekat KL Central ni. Tak nampak pun batang hidung so called tunang kau tu,”

“Ala sabar la kejap Mala.. ‘Ali Hasif tu terlepas train agaknya. Kita tunggu lagi setengah jam, ya?”

“Setengah jam je ya. Janji tau. Aku dah rimas dengan serkup-serkup kepala gini.”

“Okay-okay, aku janji, setengah jam je. Lebih dari tu, kita balik, okay. Kita balik. Aku janji..”

Mulut Raihan riuh membalas tapi mata tetap meliar memerhatikan wajah-wajah yang semakin memenuhi ruang menunggu bawah tanah. Sesekali bibirnya menguntum senyum nakal, melihatkan Kamala yang berserkup ala turban. Namun sengihan nakal itu tak terlihat dek purdah yang menutupi sebahagian daripada wajahnya.

“An,”

“Hmm,”

“Kau memang serius tak mau jumpa tunang kau ni ke?”

“Aku.. Hurmm ala macam yang aku beritahu kau la, Mala.. Aku nak tengok dulu dia ni macam mana. Macam seram pulak nak jumpa terus. Aku takut mamat tu psiko. Boleh pulak bagi cincin tikam 50 sen kat aku. Betul ke tak betul... Tak pernah dibuat orang.”

Panjang jawapan Raihan lengkap dengan huraian. Kamala di sisi terangguk-angguk. Seakan mahu tercabut serkup kepala yang dipakainya itu dek kerana besarnya sanggul tiruan yang tersarung di sebaliknya.

“Mujur cincin 50 sen bukan cincin dari penyangkut keychain,” sergah Mala sambil mengipas-ngipas muka dengan tangan kanannya.

Raihan menjegilkan mata memandang Kamala. “Kau dengan ‘Ali Hasif ni sama je tau. Pemikiran macam kanak-kanak sekolah rendah. Cincin tikam la cincin penyangkut keychain la..”

“Dah tu yang kau ni menyamar dengan berpurdah bagai, siap dengan aku kena bungkus kepala gini, matang dah la tu pemikiran kau?” Sergah Kamala, membalas jegilan Raihan.

Raihan tersengih. Tangannya mencapai lengan kiri Kamala.

“Sorry, sorry.. Kau kan best friend aku, Mala... Kau sayang aku tak?”

Kamala mencebik.

Raihan ketawa perlahan. Lengan Kamala ditarik rapat  ke arahnya. Kamala mencebik lagi.

“Hmmm sayang, sayang..”

Tawa Raihan bersambung lagi, mendengarkan jawapan terpaksa yang keluar dari seulas bibir temannya itu.

“An, aku nak tanya lagi ni..”

“Hm tanya la,”

“Ermm.. Dah kalau kau tak mau jumpa sama tunang kau tu, kenapa pula kau nak juga teman aku dekat sini?” Masih kedengaran nada Sarawak Kamala biar pun sudah hampir 15 tahun dia bemastautin di Kuala Lumpur.

“Aku takut kau kena kidnap.”

“Mengarut kau,”

“Sungguh.. Aku kena pastikan tahap kewarasan si ‘Ali Hasif ni dulu. Kalau jadi apa-apa dekat kau nanti, tak ke naya.”

“Kau ni.. Hmm betul ke ni muka aku serupa kau?”

“Kau ni Mala... Dah tujuh tahun kita kenal. Tujuh tahun tu jugak orang dok kata kita kembar. Tu pun mau tanya lagi ke?”

“Bukanla.. Maksud aku bila aku pakai gini ha. Aku ni bukannya muslim, tak biasa pakai tutup-tutup kepala gini,” Riuh Kamala sambil membetulkan turban di kepala.

Raihan tersenyum. “Ini bukannya pakaian orang muslim pun Mala.. Tak elok pakai gini. Boleh jatuh hukum haram,”

“Really?”

Raihan mengangguk. “Ni...” Raihan mengusik hujung sanggul tiruan yang terletak di atas kepala Kamala. “Bonggol tiruan ni. Haraaamm..” Panjang sebutan haram Raihan.

“Aku tahu pakai benda tiruan macam rambut palsu dengan bulu mata palsu itu haram, tapi yang kat dalam serkup ni, yang tak nampak ni pun haram juga ke?”

Raihan mengangguk.

“Ini, toncet kat kepala tinggi-tinggi gini, serupa bonggol unta. Haram, bak kata Ustaz Don—”

“Ey, aku suka juga tengok kuliah 30 minit Ustaz Don tu,” celah Kamala tersengih-sengih.

Raihan menguntum senyum lebar. Tahu minat temannya yang semakin ke arah Islam.

“Hm so kesimpulannya, tak payah nak bonggol-bonggol gini kalau dah namanya orang Islam. Serupa anak jin toncet je aku tengok. Buat dosa je tak ada pahala pun. Paham, Kamala?”

“Kau yang suruh aku pakai gini kan, An?”

Raihan ketawa lepas sesaat.

“Sorry sayang.. Kau kan non muslim, apa salahnya aku gunakan kau sekejap sebelum hati kau betul-betul nak join agama aku..” Usik Raihan penuh makna. Kamala hanya membalas dengan kuntuman senyum yang mekar.

“Ey babe, dah hampir half an hour ni.” Tegur Kamala beberapa ketika kemudian.

Raihan menjeling jam di pergelangan tangan kanan. Telefon bimbit di dalam beg sandang tepinya dikeluarkan saat dia terdengar bunyi bip yang menandakan ada mesej yang baru masuk.

“Sekejap ya,”

Butang hijau ditekan. Jemari kanannya bergerak di atas papan sesentuh telefon bimbit hitam pink itu. Berkerut-kerut dahinya membaca mesej yang baru diterima. Matanya meliar ke sana ke mari. Gigi diketap geram sebelum dia menggumam.

“Memang dasar ‘Ali Hasif sungguh! Terkena lagi aku. Kat mana la wan dengan tok jumpa mamat ni,” bebel Raihan perlahan.

“Why?”

Raihan mencebik. Telefon bimbitnya disuakan pada Kamala. Tawa gadis kacukan Cina dan Iban itu mula kedengaran perlahan sebelum terhenti seketika cuba memahami mesej yang disampaikan. Namun tak sampai sesaat, gadis itu tertawa lagi. Sia-sia Raihan berpakat dengannya, untuk menyamar pada pertemuan pertama ini.

Kamala ketawa lagi. Raihan hanya memandang dengan riak tak puas hati. Terbayang-bayang di mata mesej yang baru sahaja dibacanya...

Assalamualaikum. Kita jumpa lain kali je la. Malu saya. Sorang macam orang afrika kulit putih sorang lagi macam minah arab. Kalau saya datang juga jumpa awak, nanti orang pikir saya ni tourist guide pulak. Awak ingat dengan pakai purdah tu saya tak cam ya tunang saya yang mana? Awak sendiri tak ingat pun muka saya macam mana kan? Jangan risau, saya bukannya psiko. Saya normal. Jumpa lagi nanti.

to be continued,
one fine day,
insya Allah..

8 comments:

  1. Haha.. Interesting nya... I wang more n more... Hehe

    ReplyDelete
  2. best!!! suka!!! nak lagi please.... :)

    ReplyDelete
  3. sis, i like. keep up ur good work. haha da mcm bg comment kat students di smk adela plak. hurry up cont this story...

    ReplyDelete
  4. hahaha....amek ko...smbg lh cecepat dek...akk nk lggggg.......

    ReplyDelete
  5. http://wawaarifin.blogspot.com/2014/04/misi-mustahil-buffet-pak-john-steamboat.html jom layan blog aii

    ReplyDelete
  6. http://juwitapartner.blogspot.com/
    saya shaklee independent distributor
    baru berjinak dengan blog. sudi2 la join

    ReplyDelete