February 18, 2019

® = Rindu : Mencari Fiqah



Ini bukan novel, ini bukan cerpen, ini bukan fiksyen..

Ini, di sini, dengan medium ini, saya aka jat mencari dia yang dikenali dengan panggilan fiqah. A long-lost adik. Contact number pun dah tak ada. Saya tak tahu cara macam mana lagi untuk mencari dia.

Fiqah yang saya kenal thru internet, pada zaman internet dengan connection line yang sangat bising and annoying. Di rumah saya. Rumah others maybe sudah maju.

Perkenalan dari sebuah laman sembang maya membawa kepada hubungan silaturrahim di alam realiti. Kita berjaya bersua muka akhirnya. Dua kali sahaja. Yang pertama di PWTC. Yang terakhir di rumah saya. On my wedding day, 5 years ago. Pertemuan yang singkat dan terburu-buru. Semuanya sekelip mata dan sepantas kilat. I haven't got the chance to greet both you and mom properly that day.

Akak rasa sangat ralat tau fiqah. Sampai sekarang teringat-ingat.

Nik Norafiqah the name is. If I'm not mistaken. So truly sorry if I got it wrong. My bad... Dik, honestly, I've been thinking of you, every day, ever since I continued writing.

How are you?
Where are you? Abroad or here, for good?
What are you doing now?
Single or taken?
How about your family?
How many nieces and nephews?

Just so you know, I really missed your sweet and soft voice, chit chatting and storytelling like there's no tomorrow... sharing everything. You're my inspiration, you know..

Ugh. Words cannot tell. You know when you miss someone badly, it really hurts inside. There's only one thing for sure I'm not going to miss, praying for you. And me. For us. HE knows the best, right.


If you happen to read this, please drop me a message, sis.
Uhibbuki fillah. Abadan abada.










February 16, 2019

Kita Serupa... 16


"Raihan nak drive?"

"Ha?"

'Ali Hasif tersenyum. Kunci kereta di tangan kanannya diunjukkan pada isteri di sisi.


"Nak test drive?" Lelaki itu menjungkitkan keningnya sekali.


"Drive pergi mana?"

"Drive balik rumah kita la sayang.."


"Boleh ke?"

"Why not? It's yours, anyway.."

Berkerut kening Raihan mendengarkan balasan sang suami.


"Hadiah abang, untuk Raihan..."

'Ali Hasif berjeda. Tangan kirinya menarik tangan kanan Raihan. Diletakkan segugus kunci dalam tangan sang isteri sebelum ditutupnya genggaman tangan itu.

"Tanda terima kasih abang dekat Raihan... sebab Raihan sudi terima abang,"  Sambung lelaki itu perlahan. Tangan kanan Raihan digenggam lembut.

Sepi. Kelu Raihan tidak terkata apa. Sungguh dia sendiri tidak menyangka akan dihadiahkan sebuah kereta. Kaku dia sebentar. Tiada sebarang riak wajah untuk ditebak perasaannya.

"Raihan tak suka ke?"

Kepala Raihan bergerak laju ke kiri dan ke kanan.

"Raihan tak suka?"

'Ali Hasif bertanya sekali lagi.

"Eh tak, bukan." Pantas Raihan membalas. Dia seakan tersentak sedikit.

"Raihan salah dengar tadi,"

'Ali Hasif mengerutkan dahinya. Bibir sudah tersimpul senyum.

"Raihan dengar apa?"

Raihan tidak segera membalas. Dia hanya tersengih.

"Orang kata, rezeki jangan ditolak... Terima kasih ya, ermm..." Raihan berjeda sebelum menyambung, "abang..."

"Erm.. Raihan jangan salah sangka pulak.. Abang hadiahkan kereta je ni. Bulan-bulan Raihan la yang bayar.."

Bulat mata Raihan saat telinganya menangkap balasan selamba 'Ali Hasif. Dalam kepala ligat memikir. Baru hendak dilancarkan misi berbaik dengan suami, serasa seperti terbantut niat suci murninya itu.

"Eh apa ni,"

Tangan Raihan menepis lembut jari sang suami yang mencuit bibirnya perlahan.

"Masam mencuka tiba-tiba dah kenapa.. Kalau Raihan tak suka tak apa, abang ambil balik," Ketawa lepas 'Ali Hasif sesudah dia menoktahkan kata.

"Buruk siku," Laju Raihan menjawab. Tangan kanannya sudah disorok di belakang tubuh, bersama kunci kereta yang digenggam kemas.

"Ada apa riuh umi dengar tu Hasif?"

Makin galak tawa 'Ali Hasif. Dia tersengih kemudiannya saat Raihan mencuit perutnya. Geram. 

"Tak ada apa umi.. Raihan ni nak manja-manja,"

Terjegil Raihan pada 'Ali Hasif. Lelaki itu seperti biasa masih lagi beriak selamba.

"Bila umi sampai?"

"Baru je. Tak ramai budak datang mengaji hari ni.. Kamu berdua nak gerak balik dah ke ni?"

"Ya, mi.. nak gerak dah ni. Hasif ingat nak singgah rumah Tok Ma jumpa umi kat sana tadi."

"Herm budak bertuah ni.. Bukan nak tunggu lepas berbuka ke,"

"Nanti lepas buka kena tunggu lepas terawih pulak.. Dan lepas terawih baik tunggu sahur, kan.."

Umi mencebik sebelum ketawa perlahan. 'Ali Hasif tersengih lebar. Raihan di sisi menyigung perlahan perut sang suami. Ada-ada sahaja lelaki itu.

"Siap dah simpan barang?"

"Dah, umi.. Tinggal nak masuk kereta je ni.."

'Ali Hasif ketawa lepas melihat gelengan umi.

"Memang bertuah sungguh la suami kamu ni, Raihan.. Gini la si Hasif ni. Datang tak dijemput, pergi tak disuruh.."

Pecah tawa Raihan mendengarkan bebelan umi. Umi tersenyum sedikit. Tangannya mencapai lengan kiri Raihan dan dipeluknya mesra.

"Rindu la umi dengan Raihan nanti.. Tak ada dah kawan nak teman umi masak sahur dan berbuka,"

Raihan tersenyum mesra. Tangan kanannya mengelus mesra tangan umi sebelum dia menepuk perlahan tangan wanita tua itu.

"In shaa Allah Raihan datang lagi nanti, umi.."

"Ya, umi... Umi nak pinjam Raihan seminggu dua pun boleh,"

'Ali Hasif menyampuk sebelum menyimpul senyum. Umi menjungkitkan keningnya sekali.

"Pinjam dengan pakej la tu ya. Hm sekali dapat tak lepas dah dia." Balas umi.

'Ali Hasif ketawa lepas. Berkerut dahi Raihan, cuba menangkap isi perbualan umi dan 'Ali Hasif.

"Pakej tu dah semestinya, umi. Wajib. Mana boleh tinggal kan, sayang?"

Raihan diam tak membalas.

"Tak lari gunung dikejar, Hasif.. Kalau dah jodoh, kan.."

"Lari jugak, mi.. Kena track pakai gps baru jumpa.."

Makin berkerut dahi Raihan. Semakin  panjang perbualan Hasif dan umi, semakin dia tidak faham.

"Banyak lagi kisah Hasif ni yang umi tak sempat nak cerita kat Raihan.." Umi yang menangkap riak tertanya-tanya Raihan terus bersuara, berjeda dan menyambung, "Nanti Raihan datang sekali lagi, umi bukak cerita pasal suami Raihan ni. Semuanya dalam poket umi je,"

"Eh malu la Hasif nanti,"

"Kamu tak payah malu la.. Untung-untung makin Raihan bertambah sayang nanti,"

Tersentak Raihan dijadikan bahan cerita terang lagi bersuluh.

"Ha ni Hasif, umi lupa nak tanya seperkara."

"Umi nak tanya apa ya?"

"Semalam yang kamu berbual panjang dengan Afdzal, dah dapat tangkap ke kawan kamu tu?"

Raihan pantas mengalih pandang ke arah suaminya, memasang telinga tidak sabar untuk mendengar balasan lelaki itu. Dia sendiri tertanya-tanya tetapi untuk bertanya, terasa berat di mulut. Namun, saat melihatkan keruh di wajah 'Ali Hasif, dia dapat menebak jawapannya. Kedua-dua mereka berbalas pandang seketika.

"Belum, mi. Hilang tanpa jejak. Afdzal dah letak orang dia kat semua possible places yang Sham mungkin atau biasa pergi tapi belum ada hasil lagi,"

Jelas nada hampa pada suara itu. Umi tarik nafas panjang, beristighfar seketika. Makin erat genggaman tangannya pada Raihan.

"In shaa Allah, Hasif, Raihan.. Kita sama-sama berdoa minta dijauhkan daripada perkara yang tak diingini. Paling penting, kita doakan supaya Sham sedar dan segera berubah,"

"In shaa Allah, umi.."

"Hm kamu berdua gerak la dulu. Lewat pula nanti."

"Ya, mi.. Kami gerak dulu, ya.."

Umi mengangguk. Tangannya meraih salam Raihan. Dipeluk kejap batang tubuh halus itu. Terasa seperti berat hati untuk melepaskan mereka berdua.

"Iya.. Hati-hati drive tu,"

"Hasif jadi co driver je hari ni,"

"Raihan drive balik?"

Raihan mengangguk laju, membalas pertanyaan umi.

"Hati-hati ya Raihan,"

Giliran Raihan memeluk batang tubuh umi kejap. Menitis juga mutiara jernih yang sudah bergenang di tubir matanya. Hatinya jatuh sayang pada umi yang telah dianggap seperti ibunya sendiri. Pantas disapu pipinya dengan belakang tangan.

"Nanti Raihan datang lagi ya, mi.."

"Iya sayang, umi tunggu.."

Umi membalas mesra sebelum mengusap bahu Raihan perlahan. Mata umi memerhatikan bayang 'Ali Hasif dan Raihan yang semakin menghilang di balik pintu kereta. Tangannya melambai sambil mulut membalas salam yang dihulurkan 'Ali Hasif. Terasa sebak melepaskan kedua-dua mereka.






~•~•~•~•~•~•~ to be continued~•~•~•~•~•~•~
in shaa Allah
😆