August 21, 2018

Kita Serupa ...12


°° Selamat menyambut hari raya qurban dan selamat menjalani ibadah qurban buat sesiapa yang berhajat. Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya dan mengambil iktibar daripada peristiwa qurban pada zaman nabi dahulu.. °°


thanks for reading..



=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=°•=


"It wasn't me,"

"It wasn't me,"

Raihan menarik kasar tangannya dalam genggaman 'Ali Hasif. Dia menutup kedua-dua belah telinga rapat. Seakan melantun-lantun, bergema sebaris ayat itu di telinganya.  Kepalanya digelengkan, cuba menghilangkan suara itu dari mindanya. 

"It wasn't me,"

"It wasn't me,"

Semakin dicuba semakin dia dihantui dengan kata-kata itu. Raihan mengetap bibir, menahan tangisannya dari berbunyi. Tidak mahu mengundang curiga wan dan tok Teh. Bahunya tersengguk-sengguk dek kerana tangisan yang tertahan. Tidak dipedulikan 'Ali Hasif yang cuba memeluknya.

Sungguh dia rasa sedih yang teramat. Pedih. Bertahun kisah itu disimpan sendiri. Tiada ibu mahupun ayah untuk berkongsi kisah suka duka hidupnya. Ingin diceritakan dengan tok dan wan, dia bimbang kedua-duanya terlalu risau dan susah hati. Kepalanya mula terasa berat akibat tangisan yang tiada tanda untuk berhenti. Bibirnya diketap kuat. 

"Raihan," panggil 'Ali Hasif perlahan. Ditarik kepala Raihan rapat ke bahunya. Terasa lencun bajunya dek limpahan air mata yang tiada tanda hendak berhenti.

"Cry your heart out for I'll be right by your side,"

'Ali Hasif bersuara seakan berbisik sambil menepuk perlahan bahu Raihan. Surah ad-Dhuha dibacakan perlahan di telinga Raihan. Cuba memujuk sang isteri. Tersentuh hatinya melihatkan Raihan dalam kesedihan yang tertahan-tahan. Dia yang sudah lena sebentar tadi tersedar dari tidurnya saat terasa sentuhan di dahi.

Sejuk jari jemari halus itu menyentuh parut di pelipisnya. Lengan Raihan dicapainya pabila dia terasa titisan air mata di lengannya. Raihan menangis di luar sedar. Matanya terbuka tetapi mindanya bukan di situ. Panggilan namanya tidak diendahkan dan makin kejap genggaman 'Ali Hasif pada lengan Raihan sehinggakan isterinya itu tersentak.

Beberapa minit kemudian, esakan Raihan kedengaran perlahan sebelum ia hilang. Sepi. 'Ali Hasif menghabiskan bacaan surah ad-Dhuha dan menghentikan tepukan di bahu isterinya. Wajah lembut yang nampak lena itu diusap perlahan. Dikucup dahi isterinya penuh kasih. Air mata yang bersisa dikesat lembut penuh berhati-hati, bimbang Raihan tersedar.

Nafasnya dihela perlahan. Terbayang di matanya. Susuk tubuh lelaki itu yang keluar dari tandas muslimah dengan senyum penuh muslihat. Dia yang melihat Raihan dan Aimi menuju ke tandas itu sebentar tadi mula rasa tidak sedap hati. Bukan tidak dikenalinya lelaki itu. Sekelas mereka berdua sejak dari tingkatan 3.

Bukan juga di luar pengetahuannya lelaki itu menaruh hati pada Raihan. Hanya Raihan yang tidak melayan malah tidak diendahkan langsung sehinggakan lelaki itu berani mengikut Raihan pulang ke kampung tanpa Raihan sedari. Dia pula seperti polis pencen, detektif tak berbayar untuk diri sendiri. Semuanya kerana dalam diam hatinya seakan telah dicuri oleh gadis itu.

'Ali Hasif bergerak sedikit. Kepala Raihan diletakkan perlahan-lahan di atas lengan kirinya. Tangan kanannya mengusap pipi sang isteri lembut. Bertahun dia memendam rasa. Terasa syukur yang amat saat Allah mengarahkan laluannya ke situ, memudahkan perjalanannya biarpun masih berliku. Syukur ditakdirkan menjadi imam gadis itu bagi melengkapi kekurangan dirinya.

Tubuh Raihan yang sudah lena dipeluk perlahan dan dikucup dahi isterinya sekali. Tak puas dipandang seraut wajah itu sebelum matanya mula bagai ditarik-tarik. Tangan kanan Raihan ditarik perlahan. Dicium belakang tangan itu lembut sebelum dibawa ke dadanya. Didakap erat. Damai terasa di hatinya.


~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Deringan panjang dari jam loceng di hujung kepala mengejutkan Raihan. Melompat dia turun dari katil. Sangat terkejut. Jam yang menjerit nyaring di hujung kepalanya sebentar tadi ditekan laju. Sepi. Raihan beristighfar panjang. Tangan mengurut dada.

Siapa punya angkara?! Tidak pernah dia mengunci jam itu. Dan lagi, bagaimana jam yang sepatutnya terletak elok di meja solek boleh berjalan ke atas katil?! Arghhh!! Raihan menjerit dalam hati. Sudah boleh diagak siapa. Mustahil tok dan wan berubah laku. Mesti dia!

Raihan duduk di birai katil. Matanya bulat memandang jam loceng yang terdampar di atas katil sebelum beralih ke jam yang tergantung di dinding. Seakan tidak percaya. Matanya dipejam celik beberapa kali. 8.30. 8.30 pagi! Dia belum sahur. Sahur?! Raihan menelan liur. Kedua-dua belah tangan sudah melekap di kepala. Mata dipejam rapat cuba memikir.

Namanya dipanggil perlahan.

Pipinya disentuh lembut.

Namanya diseru lagi.

Matanya masih lagi terpejam.

Dipeluknya erat bantal di kepala.

Terasa selesa. Sangat.

Namanya diseru lagi.

Matanya masih lagi terpejam. Rapat.

Ada suara bertanyakan sesuatu.

Dia hanya mengangguk lemah. Tanpa suara.

Bantal di kepalanya ditarik.

Digantikan dengan bantal yang lain.

Dia kembali lena.

Arghhhhhhh!! Raihan menggeleng kepalanya laju. Peristiwa dinihari yang terakam di kepalanya membuatkan dia menjerit di dalam hati.

"Raihan, bangun sayang.. Sahur.."

"Hmmm..."

"Dekat pukul lima ni sayang. Bangun jom, sahur.."

"Hmmm..."

"Raihan... Eh sedap lagi tidur rupanya,"

"Hmmm..."

"Raihan cuti ya?"

Kepalanya digerakkan ke atas dan ke bawah sebagai jawapan tanpa suara.

"Raihan lepas tangan abang ya, abang nak turun sahur dulu.."

Raihan membuka matanya semula. Luas. Dia sudah ingat semuanya. Tapi entah bagaimana kepalanya boleh mendarat di tangan lelaki itu. Bantal di kepala katil diambil dan ditekup ke mukanya. Dia menjerit di balik bantal itu. Mati jeritannya saat pintu dikuak perlahan. Dia terkaku di situ. Telinganya menangkap tawa nakal 'Ali Hasif.

Tindakan refleks, bantal yang ditekup ke muka dicampakkan ke arah sang suami yang sudah berdiri di sisi. Mati tawa lelaki itu. Senyum terlukis di wajahnya. Dia menempel di sisi Raihan. Dipeluk pinggang sang isteri. Raihan menepis perlahan.

"Eh tak suka pulak?"

Raihan menelan liur. Malu untuk membalas.

"Tadi pegang tak nak lepas," lelaki itu menggiat dengan lirikan mata.

Raihan tunduk. Diam seribu bahasa.

"Padan la ada orang tu mood lain macam je tiba-tiba.. Salah siapa ni? Estrogen ke progesteron ke testosteron?"

'Ali Hasif masih belum puas mengusik. Raihan malu sendiri. Kepalanya masih lagi menekur lantai.

'Kot iya pun, tak payah la nak sebut semua hormon orang perempuan tu. Dah kenapa dia ni? Buat kajian pasal orang perempuan ke?' Panjang lebar bebelannya di dalam hati.

"Raihan okay?"

Erk? Raihan telan liur. Baru sesaat tadi lelaki itu galak mengusik. Tiba-tiba bertukar mood. Raihan diam. Dapat dirasakan pelukan yang semakin erat di pinggang. Dia hanya membiarkan. Selesa bertamu di hati.

"Abang nak cakap something,"

Raihan masih lagi diam tak berkutik, menanti butir bicara yang selanjutnya.

"Anything you fear is teaching you courage to overcome your fear. Stop looking back, sayang. There's nothing there. Your healing, blessings and miracles are ahead of you, not behind you."

Perlahan 'Ali Hasif bersuara, lembut di telinganya seakan memberikan semangat untuknya.

"And you know what, the worst distance between two people is misunderstanding.."

Serentak dengan itu tangan Raihan dicapai 'Ali Hasif. Digenggam perlahan.

"Abang tak sejahat yang Raihan sangkakan. I just happened to be in the wrong place at the wrong time.."

Raihan terus-terusan membisu. Rasa bersalah menerjah tangkai hatinya. Dia tunduk memandang tangan dalam genggaman sang suami. Terasa seperti ingin dibalas genggaman itu, menyerap segala kekuatan 'Ali Hasif. Tetapi dia kaku.

"Come to think of it, not bad at all.." 'Ali Hasif menayang senyum biarpun Raihan tak melihatnya. Dia kembali menyambung, "At least abang dapat hadiah yang tak ada expiry date, everlasting." meleret senyumnya sambil menepuk perlahan tangan Raihan dalam genggamannya. Telinganya menangkap tawa halus Raihan. Makin lebar senyumannya.

"Kan comel Raihan suka macam tu,"

Tersipu Raihan seketika.

"Cute tapi hmmm..." 'Ali Hasif menjungkitkan hidungnya sedikit, menunjukkan gaya bau busuk.

Mati senyuman Raihan. Geram. Suaminya sudah kembali ke mode mengusik. Dia yang berkira-kira untuk bangun terhenti pergerakkannya dek rangkulan yang semakin kuat di pinggangnya. Wajah serius 'Ali Hasif dipandang dengan kerutan di dahi.

"Aih cepat benar berubah watak. Siapa yang mood swing sekarang ni?" Gumam Raihan.

"Risham."

"Ha?"

Sepatah balasan Raihan dalam bentuk soalan. Dia pasti suaminya menyebut sesuatu tetapi tidak jelas butirannya.

"Risham. Aizat Risham."

"Ha?"

Raihan masih belum menangkap makna di sebalik dua patah nama itu.

"Aizat Risham. Ma'din."

"Hah?"

Makin melopong raihan. Tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan suaminya. Ma'din, dia tahu.. Singkatan bagi nama sekolah mereka. Maahad ad-Diniyyah. Aizat Risham? Siapakah?

"Raihan tak ingat?"

"Apa tu? No, I mean who's that and why?"

"Raihan memang tak ingat? Betul-betul tak ingat?"

Raihan kerut dahi. "Should I?" Soalan dibalas dengan soalan.

'Ali Hasif menghela nafas perlahan sebelum dia menggaru pelipis kanannya. Tubuh Raihan dipalingkan menghadap dirinya.

"Herm.. Nama abang pun lambat Raihan nak ingat, apatah lagi Risham.. Kan?"

Raihan menelan liur. Bibirnya tersungging senyum lakaran rasa serba salahnya. Siapa la Risham ni? Penting sangat ke untuk dia ingat?

"Abang rasa memang Raihan dah block otak Raihan daripada certain memory yang tak best.. That's why you cannot remember well,"

Apa kes? Nak jadi doktor pulak ke dia ni? Raihan menayang wajah serius pula. Masih lagi tak puas hati.

"Jom,"

"Nak pergi mana?"

Melopong Raihan. Tangan ditarik tiba-tiba memaksanya berdiri tegak.

"Mandi,"

"Ehhh?"

Makin melopong Raihan. Terasa seperti jatuh rahangnya.

'Ali Hasif ketawa lepas. Sesaat.

"Raihan pergi mandi cepat. Kalau tak, abang mandikan nanti,"

Bulat mata Raihan. Tangan pantas mencapai tuala dan berlari keluar bilik dengan mulut yang mengomel geram.

"You owe me a clear explanation."

Raihan muncul semula di muka pintu. Tiba-tiba. Tuala di tangannya sudah disangkut di bahu. 'Ali Hasif yang sedang berjalan menuju ke pintu berhenti melangkah. Terkejut. Tidak menyangka Raihan akan berpatah balik.

"A lot, I mean.."

Sambung Raihan sebelum dia menghilang di balik pintu. 'Ali Hasif ketawa perlahan. Kepalanya dianggukkan beberapa kali biarpun isterinya tiada di situ. Dia menghela nafas panjang. Langkah kaki diatur menuju ke luar bilik. Kepalanya ligat memikirkan di mana dan bagaimana perlu dia mulakan bicara. Dalam hati tak henti berdoa semoga semuanya dipermudah. Dengan izin-Nya..





**credit to: Dr. Bahsha's quotes



to be continued,
in shaa Allah..



August 16, 2018

Kita Serupa ...11


Dentingan deraian hujan di atap zink membuatkan Raihan terjaga dari lenanya. Sejuk terasa mencengkam hingga ke tulang. Selimut yang sudah turun ke hujung kaki ditarik menyelubungi tubuh. Matanya yang masih terpejam sebentar tadi sudah terbuka luas, mendengarkan alunan ayat suci al-Quran.

Dia memasang telinga. Surah al-Mulk. Kepalanya diangkat sedikit, melihat jam di dinding. Menghampiri ke pukul satu pagi. Pandangan diarahkan pula pada susuk tubuh sang suami yang sedang duduk membelakanginya, di meja belajar bersebelahan almari baju. Raihan memerhati dalam diam. Terbuai dia seketika, mendengar kelunakan suara itu.

Rasa bersalah menyelubungi hati. Entah kenapa dia tidak boleh mengawal perasaannya malam tadi sehinggakan dia meninggi suara. Berbeza dengan suaminya yang kekal tenang. Raihan menghela nafas. Perlahan-lahan dia bangun dan keluar dari bilik sebelum sempat 'Ali Hasif menghabiskan bacaannya. Tersentak lelaki itu mendengar bunyi pintu ditutup perlahan.

Raihan kembali ke biliknya hampir setengah jam kemudian. Matanya mencari kelibat sang suami. Lelaki itu sudah berbaring elok di atas katil. Raihan mendekat. Wajah 'Ali Hasif yang nampak lena dipandang tak lepas. Rasa bersalah kembali menjentik hati. Perlahan-lahan dia memanjat katil dan berbaring mengiring, menghadap suaminya.

Selimut di hujung kaki ditarik dan berhati-hati Raihan menyelimutkan sang suami. Nafasnya dihela dan dilepas perlahan. Berat. Semakin dia cuba menjauh, semakin kuat tarikan 'Ali Hasif terhadapnya. Lelaki itu seperti mempunyai auranya yang tersendiri. Tidak pernah dia terfikir akan berjumpa 'Ali Hasif semula apatah lagi memasang angan menjadi suri lelaki itu.

Aturan kehidupan yang tidak terjangkau dek fikirannya. Serasa agak rumit. Namun dia percaya dengan janji-Nya, tidak akan diberatkan seseorang itu dengan sesuatu yang melebihi kemampuannya.. Dia yakin dan berpegang dengan janji Yang Satu. Dia mampu menghadapinya, biiznillah..

Raihan menarik nafas panjang. Pandangannya beralih pada parut kecil di pelipis kanan 'Ali Hasif. Kurang 2cm parut berhampiran anak rambut lelaki itu. Terselindung dengan rambut yang  sedikit panjang di bahagian sisi. Raihan memberanikan diri dalam debaran, merapati suaminya, menyentuh dan menilik kesan parut itu. Lama. Tak berkelip.

Parut 14 tahun dahulu. Dia pasti itu. Jendela memorinya terbuka luas, mengenangkan peristiwa lalu. Peristiwa yang memberi kesan kepada hidupnya, yang membuatkan dia kecewa dengan 'Ali Hasif sehinggakan dia betul-betul melupai sebaris nama lelaki itu selama beberapa tahun sebelum lelaki itu muncul tiba-tiba.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Kita mandi kat toilet masjid la Aimi, dekat sikit.. Air dekat tangki dengan kolah masjid pun mesti banyak lagi.." Suara Raihan memecah hening. "Jauh pulak nak menapak pergi bangunan sekolah. Time gini la nak takda air.. kolah pulak dah dikosongkan takut jentik-jentik membiak cuti panjang ni.. leceh aih," Raihan merungut panjang.

Sepi, tiada balasan. Raihan pusing kepala, mencari Aimi di belakangnya.

"Kenapa?"

Sepatah soalan diberikan melihatkan Aimi terpusing-pusing seperti mencari sesuatu.

"Kita tak sedap hati la awak.. Macam ada orang ikut je dari tadi,"

Aimi menayangkan muka ketakutan. Berkerut dahi gadis itu. Raihan merapati Aimi. Tangan kanannya menarik tangan kanan Aimi, perlahan. Dirapatkan tubuh Aimi padanya dan dia merangkul bahu sahabatnya itu. Segaris senyuman dihulurkan seolah-olah mahu berkongsi semangat.

Jika diikutkan takut, dia pun terasa seram. Bulu roma di belakang tengkuknya terasa berdiri sedari tadi. Namun dia cuba juga memberanikan diri, berpura-pura berani di hadapan Aimi. Bahu Aimi ditepuk beberapa kali sebelum dia membetulkan tudung di kepala. Kepala ditelengkan sedikit, memandang Aimi di sisi.

"Perasaan je tu wak.. Cerah lagi ni kan.. Baik kita cepat sebelum masuk maghrib nanti gelap pulak."

"Iya la. Lewat petang dah ni. Dah masuk maghrib nanti lagi gelap kan.." Sokong Aimi. "Jom Rai, laju sikit.. Perut kita memulas dah ni." 

Kedua-duanya melangkah laju menuju ke tandas muslimah di bahagian kiri masjid. Sunyi sepi petang itu. Cuti penggal persekolahan sudah bermula. Hampir semua penghuni asrama telah pulang ke rumah masing-masing dua hari yang lalu.

Hanya tinggal Raihan, Aimi dan tiga orang senior tingkatan 4 di aspuri. Mereka berlima baru sahaja pulang dari Perkhemahan Hari Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Perkhemahan tiga hari dua malam peringkat negeri itu telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.

Baldi biru sederhana besar di tangan kiri diletakkan di bilik mandi tengah. Terdapat tiga bilik mandi kecil di ruang itu. Tuala di bahu disangkut ke pintu bilik. Bakul berisi perlatan mandi dikeluarkan dari dalam baldi dan disangkut pada besi penyangkut. "Aimi," panggil Raihan. Pelik bila Aimi tiada di situ.

"Aimi," panggil Raihan lagi. Dia bergerak ke bahagian bilik air pula. Kedengaran bunyi air di tandas paling hujung.

Raihan tersenyum, mengurut dada. Dia kembali semula ke kamar mandi yang letaknya bersebelahan dengan bilik air. Hanya dipisahkan dengan satu tembok panjang yang dilengkapi dengan barisan paip untuk kemudahan mengambil wudhuk.

Tudung di kepala ditanggalkan dan disangkut di penyidai. Beberapa minit kemudian Raihan mula menyental hujung seluar track yang berselut. Hajat di hati hendak mencuci apa yang perlu sebelum dia pulang ke kampung esok pagi. Tetapi dia hanya membawa tiga helai seluar track, sepasang baju kurung dan beberapa pasang stokin untuk dibasuh kerana bimbang air takungan tidak mencukupi. Ketukan di muka pintu membuatkan Raihan terkejut.

"Kenapa, Aimi?"

Sepi tiada jawapan. Pelik.

"Aimi?"

Panggil Raihan sambil membuka pintu sedikit, mengintai di luar. Ada kelibat yang berlari keluar. Raihan berdebar. Laju-laju dia menutup pintu. Menyembunyikan diri di dalam bilik mandi. Tergamam dia seketika. Setelah bertenang beberapa minit kemudian, Raihan memberanikan diri, membuka pintu bilik mandi itu dan perlahan-lahan dia bergerak ke luar.

"Allahuakbar!" Raihan mengurut dada. Tidak menyangka dia akan bertembung dengan Aimi di pertengahan jalan.

Aimi tersengih. "Rai dah habis mandi ke? Lama pulak kita kat dalam toilet tadi,"

Raihan menjungkit kening, menelan liurnya sekali. Bibirnya tersungging senyum. "Belum," sepatah dia membalas sebelum menyambung, "Kita nak kunci pintu kejap,"

"Kita masuk shower hujung ya,"

Raihan mengangguk dan membalas, "Kita ada kat shower sebelah awak.. Tinggal nak bilas, lepas tu baru nak mandi,"

Aimi mengangguk sedikit dan berlalu masuk ke bilik mandi paling hujung, bersebelahan deretan tingkap nako di bahagian atas. Raihan bergegas ke pintu utama tandas, dikunci pintu dari dalam dan berjalan laju ke bilik mandi semula. Tidak pula dia bercadang untuk memberitahu Aimi tentang kelibat yang terlihat olehnya tadi.  Bimbang Aimi lebih ketakutan. Dia cuma berharap untuk segera pulang ke asrama.

Selesai membasuh baju, Raihan membuka pintu dan berjalan ke hadapan sedikit, menghampiri dinding bertentangan dengan bilik mandinya itu. Diletakkan baldi yang berisi pakaian yang sudah dibasuh di tepi dinding itu. Bulu romanya terasa meremang tiba-tiba. Segera dicapai penyangkut baju besi yang tergantung di pintu.

Pandangannya diliarkan sekitar ruang bilik mandi itu. Matanya tertancap pada tingkap nako di hujung bilik mandi. Ada sepasang mata sedang mengintai! Raihan tergamam seketika. Tidak sampai sesaat jeritan Aimi pula kedengaran. Kedengaran bunyi derap kaki seakan berlari. Tindakan refleks, dia melempar hanger besi di tangannya pada cermin nako itu. Kuat. Pecah berderai.

"Allah!"

Raihan segera melompat masuk ke bilik mandinya. Dia kenal suara itu! Jantungnya berdegup kencang. Tangannya menggigil. Terdengar esak tangis Aimi. Raihan mengurut dada. Pantas dikesat air matanya  yang mengalir laju. Cuba menenangkan diri sendiri. Dalam hati dia mengulang zikir sambil dia menyudahkan mandi dan bersiap.

"Aimi,"

Panggil Raihan perlahan. Tiada balasan. Sedu-sedan Aimi masih kedengaran.

"Aimi, Aimi okay?"

Raihan memberanikan diri, keluar dari bilik mandi. Aimi menolak daun pintu perlahan-lahan. Menggigil tangannya. Raihan pantas memeluk Aimi. Ditenangkan sahabatnya itu biarpun hatinya bagai dilanda taufan.

Keadaan suram dan kelam membuatkan pandangan Raihan terhad. Dia tidak dapat melihat dengan jelas bentuk wajah dan sepasang mata di balik cermin tadi. Namun, dia tetap kenal suara yang mengaduh dengan menyebut nama Allah waktu itu. Dia pasti itu orangnya.

Raihan menggeleng kepala. Beberapa kali. Seperti tak percaya. Seakan tidak boleh diterima lelaki itu sanggup berbuat demikian. Tidak dia menyangka ke tahap itu kenakalannya.

"Aimi.. Aimi siap dulu, kita nak tengok luar sekejap,"

Raihan yang sudah lengkap berpakaian dan bertudung bergegas keluar, menuju ke belakang tandas itu. Dia nekad untuk berhadapan dengan manusia yang sakit rohani itu. Namun, tiada sesiapa di situ. Hanya tinggal serpihan kaca yang bertaburan di atas simen dan kesan darah menitik di sepanjang jalan menuju ke bangunan sekolah mungkin.

Raihan kembali ke bilik mandi. Beberapa minit kemudian, kedua-duanya beriringan laju menuju ke asrama. Sepi beraja antara mereka berdua. Masing-masing memilih untuk berdiam diri daripada berbicara tentang peristiwa itu. Persoalan tentang siapa yang terlibat, tidak pernah diajukan. Seperti dibawa angin lalu, kisah itu tergantung begitu sahaja.

Peristiwa yang benar-benar memberi kesan dalam hidup Raihan. Aimi berpindah sekolah dua minggu selepas kejadian. Sahabatnya itu benar-benar trauma. Dia pula mengambil keputusan untuk menyendiri. Terasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai biarpun dek angkara seorang, maruahnya tetap telah tercalar.

Lelaki itu? Masih bertahan sehingga tamat tingkatan enam atas. Lagaknya seperti tiada apa yang pernah berlaku biarpun di wajahnya tercalit bukti yang kukuh lagi nyata. Pernah beberapa kali lelaki itu cuba menghampirinya. Namun dia lebih pantas mengelak dan menyembunyikan diri. Memang tidaklah untuknya sengaja bertembung dengan 'Ali Hasif biarpun terlihat dari jauh. Lelaki itu seakan sudah menjadi pantang larangnya.


~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Raihan tersentak. Tangannya terasa digenggam tiba-tiba. Peluh jernih muncul di dahi. Dia mengangkat kepala sedikit. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik sang suami. Raihan pantas menundukkan kepalanya kembali. Kecewa, sedih, marah, kecil hati, debar, seram. Semuanya bercampur baur. Dia menarik tangan kanannya yang berada dalam genggaman 'Ali Hasif. Cuba menjauhkan diri.

Tapi gagal. Tangannya kemas dalam genggaman sang suami. Kejap. Raihan terasa seperti ingin meraung. Dadanya berdebar hebat. Seakan terbayang peristiwa hitam itu di depan matanya tika ini. Kolam mata sudah sarat dengan mutiara jernih, menanti masa untuk menitiskan limpahannya.

"I'm sorry sayang,"

Raihan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tidak mahu mendengar apa-apa daripada lelaki itu. Air mata sudah laju menuruni pipi. Dia teresak dalam diam. Matanya ditutup rapat, tidak mahu memandang seraut wajah di hadapannya itu.

"It wasn't me,"

Raihan terasa seperti nafasnya direnggut. Lelah. Sebaris kata itu seakan hempasan gunung di atas kepalanya.

"It wasn't me,"




to be continued..
in shaa Allah









August 6, 2018

Kita Serupa ...10


"Mustahil untuk aku tersuka dia buat kali kedua. Tak mungkin, Mala.." Raihan berjeda, memandang Kamala di sisi sebelum kembali menyambung, "Hmm.. That's it. 3 reasons, right?"

Kamala yang khusyuk mendengar terangguk-angguk.

"Hurm.. confident kau,"

"Eh, mesti." Laju sahaja Raihan membalas. Yakin 100%.

"Kau serius ke mau tahu apa yang aku rasa?" Kamala menjungkit kening beberapa kali.

"Apa?" Sepatah Raihan bertanya.

Senyum lebar ditayangkan gadis Borneo itu, sengaja berlengah-lengah.

"Betul kau mau tahu?"

"Try me,"

Kamala tersengih. Keningnya dijungkitkan sedikit.

"Apa dia, Mala?" Tanya Raihan lagi.

"Herm... you know what? Kau boleh deny, An.. But I know you better. Even kau tak pernah mention nama dia way before, aku tetap boleh rasakan sesuatu."

Berkerut kening Raihan memandang Kamala.

"Ey babe, I've told you once.. Masa dekat KL Central last time.. Doesn't ring a bell?"

"Eh hello girl, way before I mean, waaayyyyy before.. Memang kita baru kenal last few months?"

Pecah tawa Raihan. Sesaat. Kamala hanya tersenyum. Tangan Raihan dielus lembut.

"And you know what? I believe his name is already written in your heart. Dah terpahat and you actually cannot get rid of him easily.."

"Nonsense,"

Kamala ketawa perlahan. "Like I said, An.. You can deny... or think of more excuses and whatnot but I know it's different this time. I can feel it. There's something. Believe me.. Deep down inside, An.."

Panjang lebar Kamala membalas. Tersenyum dia melihat Raihan yang tidak senang duduk. Termenung panjang sahabat baiknya itu sebelum  tersentak dengan tepukan kuat di lengannya.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Suara Kamala seakan melantun-lantun di telinga. Raihan menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Rindu pada sahabatnya yang seorang. Bersama mendaki puncak kejayaan, untuk mendapatkan segulung ijazah dan menghabiskan sarjana. Kamala setia bersama ketika jatuh bangunnya.

"Mala... Aku rindu," Bisik Raihan pada angin malam, mengharapkan rindunya sampai pada sahabat yang satu. Kamala mendapat tawaran kerja yang lebih menarik di Kuching. Beberapa hari selepas pernikahannya, gadis itu berangkat pergi dan menetap terus di sana.

"Raihan,"

Panggilan namanya yang diikuti dengan ketukan di muka pintu membuatkan Raihan tersentak. Tegak kepalanya yang dilentokkan di atas meja solek sebentar tadi. Dia berpaling ke arah pintu bilik. Wajah suaminya yang menjenguk di balik daun pintu terbias di kornea. Raihan menjungkitkan kening sekali.

"Raihan nak cakap dengan mama tak?"

'Ali Hasif menayangkan telefon bimbitnya.

Mama?! Berkerut dahi Raihan. Terkejut. Gementar. Namun pantas sahaja dia mengunjukkan tangannya, tanda meminta telefon bimbit itu.

"Line abang tak kuat dalam ni, takut putus nanti.."

"Putus call la balik," Raihan menggumam perlahan sambil tersengih sendiri. "Sekejap Raihan keluar, nak simpan kain pelekat jap." Sebentar tadi dia sibuk mengelamun sehingga terlupa untuk menyimpan tiga pasang kain pelekat suaminya yang baru siap dilipat.

"1 minit je, cepat sikit.."

Mendengarkan kata-kata 'Ali Hasif, Raihan bingkas, bergerak laju menuju ke almari laci empat tingkat di tepi meja solek. Sebaik sahaja tangannya mencapai laci, bilik menjadi gelap tiba-tiba. Tidak sampai sesaat cerah kembali.

Raihan yang sedang membongkok untuk menarik pintu laci tadi sudah berdiri tegak. Matanya diarahkan pada susuk tubuh sang suami di muka pintu. Lelaki itu menayangkan wajah serius, tanpa segaris senyuman. Berkerut dahi Raihan, memusingkan tubuhnya menghadap almari semula.

Gadis itu kembali menunduk, menarik laci kedua dari bawah. Elok sahaja dia meletakkan kain pelekat di dalam laci, bilik kembali gelap. Tergagau Raihan, membetulkan letak duduk kain pelekat di dalam laci. Lebih sesaat, bilik cerah kembali. Raihan yang sudah berdiri tegak, menunduk sedikit untuk menutup pintu laci.

Tap! Gelap pekat. Kali ketiga! Teraba-raba Raihan berjalan perlahan menuju ke pintu bilik. Tap! Bilik sederhana luas itu kembali cerah. 'Ali Hasif ketawa nakal. Raihan yang sudah sampai di muka pintu menyigung perlahan perut suaminya sebelum dia melintasi lelaki itu dan bergegas keluar bilik.

Bersambung tawa 'Ali Hasif. Senang hati dapat mengusik Raihan. Dapat ditangkap senyuman sang isteri saat Raihan melintasinya sebentar tadi. Langkah diatur ke ruang tamu rumah dengan tawa yang masih bersisa. Raihan yang sudah menyelesakan diri di atas kerusi menyelak helaian majalah Anis, pura-pura tidak mendengar tawa nakal sang suami.

Jam di dinding dikerling Raihan sedikit. Sudah melepasi 10.30 malam. Tok dan wan masih belum pulang dari masjid. Dia pulang beriringan dengan suaminya usai solat terawih tadi. Kebiasaan barunya sejak beberapa hari yang lalu. Pasti tok dan wan sedang bertadarus waktu ini, fikir Raihan.

"Eh, mama?" Terpacul soalan di bibir Raihan. Dia beralih duduk, menghadap 'Ali Hasif di kerusi bertentangan. Lelaki itu menayang senyum. Raihan menjungkit kening sekali dan dibalas suaminya dua kali. Raihan mencebik.

"Tipu ya?"

"Tipu apa?"

"Habis tadi tu..?"

'Ali Hasif tersenyum. "Tadi apa sayang?"

"Tadi la.. Tanya nak cakap dengan mama ke tak kan?"

"Siapa tanya?"

Raihan diam tak membalas. Tahu dia kalah di situ.

"Herm... Siapa tanya?"

Tiada sebarang jawapan lisan mahu pun gerak tubuh. Raihan hanya terpaku, tunduk memandang majalah.

"Abang baru tanya Raihan dulu nak cakap dengan mama ke tak.. Abang belum call mama lagi, sayang.." Lembut 'Ali Hasif bersuara kemudiannya. Tangannya cuba mencapai tangan sang isteri di atas meja kopi tetapi gagal.

Raihan terlebih dahulu menarik tangannya, bersedia untuk bangun dan berlalu. Terasa diri seperti tertipu dengan perbuatan suaminya. Namun jauh di sudut hati, dia tahu lelaki itu tidak bersalah, dia yang salah tafsiran. Tapi entah kenapa hatinya terasa membara.

"Sekejap, sayang. Abang belum habis cakap lagi ni,"

Raihan yang baru menapak, menghentikan langkah. "Nak cakap apa lagi?" Tanpa berpaling dia membalas. Tiada nada untuk ditebak perasaannya tika itu.

"Banyak yang abang nak cakapkan--"

"Kenapa baru sekarang nak cakap?" Potong Raihan. Dia sudah berpaling menghadap suaminya.

"Abang tunggu masa yang sesuai,"

"Sekarang masa yang tepat?"

"Let me explain, dear--"

"Stop addressing me like that," Pintas Raihan sekali lagi. Resah. Seakan tidak boleh didengarinya panggilan sayang daripada lelaki itu.

"Raihan duduk dulu, boleh?"

Tenang 'Ali Hasif memanggil isterinya, ditarik perlahan tangan halus itu. Sebaliknya yang berlaku, Raihan menarik semula tangannya dari pegangan sang suami.

"Listen first--"

"No, I don't think this is the right time. I've had enough,"

"Kenapa tiba-tiba ni Raihan? Tadi kita okay je kan?" 'Ali Hasif sudah tegak berdiri menghadap sang isteri. Suaranya masih lagi lembut, tenang. Bimbang api disimbah minyak akan lebih marak menyala.

"Ask yourself,"

"Raihan, please.. Listen first. Raihan tak bagi peluang untuk abang explain sekarang ni--"

"Masa yang ada selama ni bukan peluang? Kenapa tak sebelum ni? Kenapa baru sekarang? Everything ada expiry date,"

"Let's say this is the time--"

"No, enough is enough."

"Kalau bukan sekarang, bila boleh Raihan dengar?"

"Kenapa tak sebelum ni?"

"Raihan, Hasif, kenapa ni?"

'Ali Hasif dan Raihan tersentak. Masing-masing terkejut dengan teguran wan yang muncul tiba-tiba di muka pintu. Entah bila daun pintu itu dibuka, mereka tidak sedar. Entah berapa lama wan dan tok menjadi saksi, mereka tidak pasti.

"Raihan kenapa sampai tinggi suara dengan suami? Wan dengan tok tak pernah ajar Raihan macam tu,"

"Raihan mintak maaf," Raihan tunduk, bersuara perlahan. Ada mutiara jernih yang bergenang di matanya. Dia bergegas ke bilik, menutup daun pintu rapat-rapat. Terduduk gadis itu, menyandar di pintu. Teresak sendiri.

'Ali Hasif menghela nafas, perlahan. Dia kembali duduk di kerusi rotan itu, meraup wajahnya sekali.

"Bukan salah Raihan, wan... tok... Hasif minta maaf. Semuanya silap Hasif.. Hasif yang jadi punca Raihan hilang sabar,"

Lelaki itu menghela nafasnya sekali lagi. Tok dan wan menggeleng kepala. Tidak menyangka hubungan cucu dan cucu menantunya itu agak keruh. Patuh Raihan mungkin kerana dia seorang isteri.

Wan berjalan ke arah 'Ali Hasif dan duduk di sebelah lelaki itu. Ditepuk bahu bahu cucu menantunya beberapa kali. Tok Teh hanya menjadi pemerhati.

"Wan pasti ada jalan penyelesaian untuk semua ni, Hasif. Wan tak tahu apa yang telah berlaku antara Hasif dan Raihan. Tapi wan tahu marah Raihan tak lama.. Wan percaya Hasif boleh lembutkan hati Raihan,"

'Ali Hasif meraup wajahnya sekali sebelum tangannya menggosok belakang kepala beberapa kali. Nafas ditarik panjang, matanya memandang wan dengan penuh harapan..




to be continued
in shaa Allah..















August 2, 2018

Kita Serupa... 9


Bersilih ganti awan hitam berarak. Mendung langit seakan tidak mahu cerah. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi tetapi keadaan di luar seakan senja menanti malam. Burung-burung berterbangan laju mencari tempat berteduh.

Raihan yang baru selesai melipat kain di tepi jendela beralih duduk. Sebakul kain yang sudah siap dilipat dijauhkan sedikit dari jendela yang terbuka luas. Rembesan hujan semakin rancak. Dia bingkas menarik daun jendela sedikit, bimbang tempiasnya membasahi kerusi rotan kesayangan Tok Teh.

Langkah kaki diatur laju ke biliknya bersama sebakul kain. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik tok dan wan  pula. Rutinnya ketika berada di kampung sebelum ini membasuh, menjemur, melipat dan menyimpan kain baju diteruskan seperti biasa.

Pejam celik, sudah masuk hari kelima dia pulang ke kampung bersama suaminya. Setiap hari lelaki itu ke kebun, menghabiskan masa di sana bersama wan dan tok biarpun hujan membasahi bumi. Dia? Lebih rela menjadi  penunggu rumah.

Raihan menghela nafas perlahan. Bakul yang sudah kosong diletakkan di tepi mesin basuh. Dia kembali ke ruang tamu. Direbahkan badannya ke kerusi rotan Tok Teh, terkebil-kebil memandang dinding. Tidak sampai sesaat Raihan bingkas tiba-tiba. Ada sesuatu yang menarik minatnya.

Dia bergerak pantas ke kabinet tv. Matanya meliar ke serata ceruk kabinet. Tiada! Pandangannya dikitarkan pula ke seluruh kawasan ruang tamu yang luas itu pula, mencari-cari sesuatu. Namun apa yang dicari tidak terlihat di mana-mana.

Sah! Semua gambarnya dari zaman kanak-kanak riang sehingga remaja sudah tiada. Tergantung elok gambar dia berkonvo ijazah dan sarjana di bahagian atas panel kabinet tv yang terbuka luas. Entah bila gambar-gambar itu berada di situ. Dia kurang pasti.

Bunyi tayar kereta mencecah batu-batu kerikil di hadapan rumah membuatkan Raihan pantas bergerak ke tepi jendela. Dia mengintai di balik langsir. Kereta yang sama! Mitsubishi Evo X merah menyala singgah di hadapan rumah. Berhenti beberapa minit tanpa ada apa-apa pergerakan. Lebih lama dari semalam.

Raihan mengurut dada beberapa kali. Seram. Serasa meremang bulu roma. Terkumat-kamit bibirnya berzikir, bimbang ada orang berniat jahat. Ucapan hamdalah melantun di segenap hati melihatkan kereta itu bergerak membuat pusingan U di halaman rumah. Raihan masih lagi memerhati, hendak memastikan kereta itu benar-benar pergi.

Tidak boleh tidak, dia menaruh rasa curiga dengan situasi yang sama berulang sepanjang dia berada di kampung beberapa hari ini. Cuma masa sahaja yang berbeza. Yang pastinya ketika dia bersendirian di rumah itu. Tidak lena lena tidurnya beberapa malam ini memikirkan perkara itu.

Tidak pula diceritakan kegusarannya kepada tok mahu pun wan. Bimbang kedua-dua mereka menjadi susah hati. Kepada suaminya? Dia masih lagi mogok suara dengan lelaki itu. Bercakap bila perlu. Perasaannya seperti sengaja didera, dibiarkan ternanti-nanti dalam kelam yang sengaja dicipta.

Terrmenung Raihan di sisi tingkap itu kemudiannya. Entah berapa lama dia berdiri di situ mengenangkan misteri Mitsubishi Evo X yang bercermin gelap itu. Misteri yang mengundang gentar di hati, mengganggu tidurnya di malam hari.

"Allahu Akbar!"

Raihan menjerit sedikit kuat. Jantung berdegup kencang. Sentuhan di bahu kanannya membuatkan dia sungguh terperanjat. Pantas dia berpaling dengan debaran. Tangan mengurut dada beberapa kali. Mutiara jernih meluncur laju menuruni pipi, sederas detakan jantungnya tika itu. Tubuhnya terasa menggigil.

"Raihan, sorry sayang.."

'Ali Hasif pantas mendakap erat sang isteri. Tak disangka isterinya terkejut sebegitu.

"Syhhh.. Hushhh... Calm sayang.. Abang betul-betul minta maaf.. I didn't mean to.."

Cemas lelaki itu memujuk saat air mata isterinya tak berhenti mengalir. Tangisan tanpa suara itu mengundang hiba. Dia menepuk-nepuk bahu Raihan perlahan. Raihan tersentak tiba-tiba. Dia pantas menjauh, seakan tersedar dari mimpi ngeri. Air mata yang masih bersisa segera dilap dengan belakang tangannya.

'Ali Hasif memandang isterinya tak lepas. Dia melangkah setapak ke hadapan, menarik lengan Raihan lembut, membawa isterinya ke kerusi rotan dua tempat duduk di tepi pintu. Raihan menurut tanpa bantahan.

"Kenapa?" Sepatah soalan lelaki itu.

Raihan menggeleng.

"No, there must be something.." Balas 'Ali Hasif yakin. Sebentar tadi dia yang masuk melalui pintu dapur ternampak isterinya sedang ralit termenung sambil memerhatikan sesuatu di luar. Niatnya hendak menegur Raihan tetapi lain pula yang terjadi.

"Hm sayang, what happened?" 'Ali Hasif bertanya lagi.

Raihan menggeleng lagi. Kepalanya ditundukkan, memandang jari jemari dalam genggaman suaminya.

'Ali Hasif diam tak membalas gelengan Raihan. Matanya masih lagi tepat ke wajah isterinya. Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran sang isteri. Beberapa minit berlalu sepi sebelum lelaki itu kembali bersuara.

"Abang yakin ada sesuatu berlaku sampai Raihan terkejut sangat. Raihan yang abang kenal bukannya mudah menangis, tanpa sebab. Abang tahu Raihan strong. So I'm pretty sure something's bothering you right now,"

Raihan masih lagi diam membisu.

"Care to share? Hmm?"

Raihan menggeleng.

'Ali Hasif mengelus lembut tangan Raihan dalam genggamannya. Wajah sang isteri yang menunduk diangkat sedikit, memandangnya.

"You can always count on me, you know.. Let me be the shoulder that you lean on, let me be the rock beneath your feet,"

'Ali Hasif berjeda. Matanya menangkap bunga senyum Raihan.

"Wipe away the slate we'll start a new one?"

'Ali Hasif ketawa lepas. Sesaat. Tak menyangka isterinya membalas bicara, lirik antara lagu kegemarannya.

"You'll see baby you can always count on me," sambung lelaki itu dengan senyuman.

Raihan menggeleng perlahan, menyembunyikan senyum. Dia memberanikan diri bertentangan mata dengan sang suami. Semakin dia cuba menjauh, semakin dia tertarik. Seakan ada kuasa magnet yang mendekatkan dia dengan lelaki bernama 'Ali Hasif itu.

"Russell Hitchcock?"

Raihan menjungkit kening mendengarkan soalan itu.

"Air Supply la,"

"Nope... It's Russell Hitchcock,"

"Whatever it is, he's part of Air Supply, right?"

'Ali Hasif senyum lebar. "Alright, you win.." Balasnya sambil mata tak lepas memandang Raihan.

"Raihan pun suka?"

"No. It's wan,"

Laju sahaja Raihan menjawab soalan suaminya itu. 'Ali Hasif mengulum senyum sambil mengangguk beberapa kali.

"Raihan okay?"

"Hmm.."

"Alright then, kalau itu jawapan Raihan--"

"Tok dengan wan mana?" Potong Raihan sebelum sempat suaminya menghabiskan ayat.

"Allahu Akbar!" 'Ali Hasif menggosok belakang kepalanya. "Abang lupa pulak tok dengan wan ada kat kebun lagi," Dia bingkas dari duduknya.

Berkerut dahi Raihan. Pelik. Kenapa tok dengan wan dekat kebun lagi? Kenapa dia tak perasan pun suaminya balik? Lelaki itu dari mana? Baru sekarang persoalan itu menjengah kotak fikirannya.

"Abang tumpang cucu imam tadi.." Seperti mendengar suara hati sang isteri, lelaki itu segera bersuara sebelum dia berhenti seketika dan menyambung, "Tayar kereta wan pancit, Raihan.. Alhamdulillah mujur cucu imam lalu depan kebun tadi. Naik motor. Lencun jugak la sementara nak sampai rumah ni,"

Tersengih 'Ali Hasif memandang Raihan yang sudah berkerut dahi, seakan baru tersedar baju suaminya yang basah dan pakaiannya yang turut lembap dek dakapan erat lelaki itu sebentar tadi. Pantas tangan Raihan meraba kusyen di sebelahnya. Sedikit lembap. Bulat mata memandang sang suami. Lelaki itu masih lagi menayang sengih sambil mengecilkan mata.

"Biarlah nanti tok marah, padan muka.." 

"Takpa, tok sayang abang.."

'Ali Hasif ketawa, membalas selamba. Langkah sudah diatur ke tangga rumah.

"Nak ke mana tu?"

'Ali Hasif yang sudah menuruni dua anak tangga pantas berpaling dan bertanya, "Siapa?" Keningnya dijungkitkan sedikit.

Raihan tidak bersuara. Hanya bibirnya dimuncungkan ke arah sang suami memberi isyarat kepada siapa diajukan soalan sebentar tadi.

"Abang sayang?"

Raihan tak membalas, dia hanya mengetap bibir.

"Sayang abang?"

'Ali Hasif masih belum puas mengusik.

"Sia--"

"Raihan nak ikut, boleh?" pantas Raihan memotong sebelum sempat suaminya menyambung kata. Takut dia tinggal sendirian lagi.

'Ali Hasif tersenyum lebar. "Be my guest.."

"Tak nak tukar baju dulu ke?"

'Ali Hasif ketawa perlahan. Dia memanjat tangga semula, bergerak ke dalam rumah. Sempat dia berhenti di sebelah Raihan, menggosok kepala isterinya perlahan dan bersuara, "Good girl.. Raihan siap dulu, abang nak tukar baju sekejap,"

Hampir lima minit kemudiannya pasangan suami isteri itu sudah berada di bawah rumah. 'Ali Hasif bergerak ke dapur, mengunci semula pintu dapur dan menyimpan kunci di bawah pelapik pasu bunga di tepi pintu.

"Bawak sekali la kunci tu. Bahaya pulak simpan gitu,"

Raihan yang memerhati sedari tadi segera menyuarakan kebimbangannya.

"Tapi tadi tok yang bagitahu abang kunci dapur kat situ siap pesan simpan balik kat tempat yang sama," balas 'Ali Hasif lembut.

"Bahaya la.."

'Ali Hasif terdiam seketika, memikir sebelum dia mengangguk sekali. Kunci yang disorokkan tadi diambil semula. "Okay, nanti abang bagi dekat tok.."

Terangguk-angguk Raihan bersetuju. Seakan paranoid pula dia dengan situasi yang dialaminya beberapa hari itu. Langkah kakinya diatur laju menuruti sang suami selepas dia menutup semua tingkap dan mengunci pintu rumah. Kemudiannya, dia berdiri di sisi kereta, memerhatikan lelaki itu yang sedang memeriksa jack dan pemutar jack di bonet belakang.

"Okay, jom sayang.." Panggil 'Ali Hasif.

Raihan segera menurut. Dia membetulkan duduknya sedikit di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Hampir melompat dia terkejut saat tangan kanannya dicapai 'Ali Hasif tanpa sebarang isyarat.

"Eh silap pulak.. Abang ingatkan gear tadi," Tersengih lelaki itu, cuba memancing senyum sang isteri.

Bulat mata Raihan memandang suaminya. Macam dia tak nampak pedal gear tangan bukan kedudukannya di tengah antara kerusi pemandu dan penumpang. Bibirnya diketap sedikit. Dalam diam dia menyembunyikan senyum, menangkap gurauan sang suami.

Entah mengapa ada rasa selesa yang menjengah bila bersama lelaki itu. Ada rasa selamat yang bertamu. Ada rasa senang yang tercuit. Wajahnya kembali serius, memikirkan sama ada bibit-bibit kasih kembali bertunas tika itu.

Raihan menghela nafas perlahan. Sesekali ekor matanya menjeling 'Ali Hasif di sisi, tenang memulakan pemanduan setelah membaca doa menaiki kenderaan. Honda CR-V modern steel metallic milik lelaki itu meluncur keluar dari garaj di tepi rumah dan bergerak menuju ke kebun di hujung kampung.




to be continued,
in shaa Allah.. biiznillah