March 7, 2010

Bayang-Bayang 53


"Nak ikut?"

Dinie yang baru mahu terlelap tersentak sedikit. Dia berpaling ke kanan. Senyum nakal Naqib singgah di matanya. Dinie mencebik. Dia menggeleng pula seketika kemudian.

"Piya tak nak ikut?"

"Em,"

Sepatah jawapan tanpa nada yang diberikan Dinie. Naqib menjungkitkan kening beberapa kali.

"Betul tak nak ikut? Selalunya asal abang keluar rumah je Piya mesti nak ikut. Sekarang tak nak pulak?"

Dinie menggeleng lagi.

"Serius?"

"Yup,"

Dinie berpaling sedikit, melihat Adhana di tempat duduk belakang. Gadis itu sudah lena dibuai mimpi biarpun tidurnya hanya bersandar kepala di tepi tingkap.

"Tak menyesal?"

Isteri muda itu ketawa perlahan sebelum dia tersengih lebar. Dia menggeleng lagi.

"Jom la teman abang. Takut la sorang-sorang. Seram.."

Pecah tawa Dinie. Sempat dia menekup mulutnya sebelum menyambung tawa, perlahan.

"Mengada tau abang. Ingat Piya tak tahu abang ejek Piya.."

Naqib tersengih. Pipi isterinya dicuit lembut. "Jom la sayang.. Bila lagi Piya nak jalan berdua dengan abang.. Nanti dah jauh, baru Piya tau rasanya tak dapat jalan dengan abang,"

Dinie tersenyum lagi. "Sekarang bukan jalan dengan abang ke? Jauh lagi nak ke Ipoh nu.."

Cebikan Naqib dibalas Dinie dengan tawa perlahan sebelum dia memuncung. Laju tangan menggosok pipi yang dicubit suaminya itu.

"Em ye la, ye la.. Piya ikut mana je abang nak pergi.. Abang masuk toilet pun Piya ikut jugak.."

Naqib ketawa lepas. Tawa lelaki itu mati saat sang isteri menjegil geram.

"Abang, Hana tidur tu.."

Naqib tersengih. "Piya nak ikut abang masuk toilet buat apa? Nak jadi mak guard?" Naqib kembali menyambung tawa, masih tidak puas mengusik Dinie. "Janganlah marah sayangku Dinie Sophea.." Sambung Naqib perlahan saat melihatkan seraut wajah itu sudah kembali memuncung. Pipi isterinya dielus lembut. "Dah tak comel tau muncung-muncung macam ni.." Hujung hidung Dinie pula dicuit Naqib. Bibir isterinya itu mula menguntum senyum. Naqib membalas senang hati.

"Dah pukul tujuh setengah ni bang. Jom la kita turun sekarang.."

Naqib menggeleng perlahan. "Piya tidur la dulu. Biar abang turun beli sorang. Sekejap je pun. Kalau Piya turun sekali, sejam la kita kat Rawang ni,"

"Tak bagi ikut pulak?"

"Em, tak jadi dah.."

"So Piya kena reject la ni?"

"Yep. Rejected."

"Abang~"

Jeritan halus Dinie mula kedengaran. Pantas tangan kasar Naqib menekup lembut mulut isterinya.

"Hep, Hana tidur kan tu.."

Dinie mencebik sedikit dan berpaling ke belakang. Mata adiknya sudah terbuka luas, memandang pelik ke arah mereka. Dinie tersengih.

"Belum sampai lagi Hana.. Tidurlah dulu nanti angah kejut,"

Adhana yang masih mamai kembali melelapkan mata. Naqib tersenyum nakal pada isterinya.

"Tak kira. Piya nak ikut jugak. Nanti karang abang ngorat pulak orang yang jaga gerai tu," Dinie Sophea berbisik perlahan. Laju sahaja tangannya membuka pintu kereta dan memboloskan dirinya ke luar. Tudung di kepala dibetulkan sedikit sambil mata memandang pada suaminya yang turut keluar dari perut kereta. Dinie tersenyum lebar. Langkah diatur menghampiri Naqib yang sedang menggeliat, membetulkan urat. Lengan kiri suaminya dicapai dan dipeluk erat.

"Haish. Tak malu ke orang tengok.." Usik Naqib.

Dinie melilaukan pandangan ke tempat letak kereta di kawasan rehat Rawang itu. Sunyi. Sepi. Hanya ada sebuah kereta kosong beberapa petak dari kereta mereka di hujung tempat meletakkan kenderaan itu. Dinie menggeleng kepala senang hati.

"Abang la yang ajar Piya jadi tak tahu malu.."

Dinie ketawa lepas saat Naqib mencuit pipinya.

"Semua yang tak elok kena dekat abang. Mana yang elok semua dapat kat Piya. Pandai tau dia.."

Dinie tersengih lebar. Lengan Naqib dalam pelukannya dihayun perlahan ke hadapan dan ke belakang.

"Tak jugak.. Mana yang baik tu pun Piya belajar dari abang jugak. Abang je yang tak tahu.." Sambil melangkah, Dinie bersuara lembut. Naqib membalas dengan senyuman. Masing-masing melangkah beriringan menuju ke deretan kedai di dalam kawasan rehat itu. Hujan turun dengan lebat tiba-tiba sebaik sahaja langkah mereka berhenti di hadapan kedai yang menjual nasi lemak bungkus dan bahulu nenas.

Hampir 15 minit menunggu, hujan yang mencurah-curah tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Naqib menoleh pada Dinie di sisi. Isterinya itu terkebil-kebil menahan mata daripada terlelap. Susana dingin sebegini sentiasa mengundang kantuk. Naqib tersenyum, menggelengkan kepala sekali. Perlahan tangan kanannya menolak lembut kepala Dinie, bersandar di bahunya.

"Degil tau sayang abang ni. Tadi abang dah suruh Piya tunggu dalam kereta je kan." Sempat Naqib membebel perlahan.

Dinie tersenyum sedikit. "Nasib baik Piya ikut.. Boleh jugak teman abang tunggu hujan reda sikit.." Balasnya lembut sambil menyelesakan sandaran kepala di bahu suaminya.

"Makin lebat dah hujan ni. Pukul berapa tah nak sampai Ipoh nanti. Lebat-lebat ni bukan nampak jalan pun. Nak tunggu reda entah berapa lama lagi.. Lambat lagi la boleh nak gerak macam ni,"

Dinie tersenyum menggelengkan kepala. Duduknya sudah tegak menghadap suami di sisi.

"Sejak bila abang pandai nag ni,"

Naqib tersengih.

"Abang tak ingat tazkirah abang subuh tadi?"

Naqib tersengih lagi. Dinie membalas dengan senyuman.

"Surah At-Talaq penghujung ayat 2 dengan ayat 3. Firman Allah, ... Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

"Piya ingat lagi apa abang kata?"

"Emm.." Dinie membalas senang hati. Dia tersenyum lebar. "Kan Piya dah kata, mana yang baik pun Piya belajar dari abang jugak.. Abang nak Piya ulang balik semua yang abang cakapkan subuh tadi?"

Naqib tersenyum dan menggeleng. "Alhamdulillah.. Bagusnya zaujah abang ni.. Nanti anak kita semua bagus-bagus macam umminya jugak.."

Dinie ketawa perlahan. Lengan suaminya ditampar lembut.

"Abang sendiri pun jangan lupa apa yang abang kata. Nagging macam orang tua pulak tadi,"

Bulat mata Naqib memandang isterinya di sisi. "Dalam kita dok puji dia sempat pulak ngata kita ye.."

Tersengih Dinie menayangkan barisan giginya. "Bukan ngata la abang sayang..—"

"Eh buat apa ramai-ramai dekat sana tu?"

Naqib memintas suara isterinya tiba-tiba. Dia bingkas, bercekak pinggang memandang pada sekumpulan pemuda bermotosikal yang mengelilingi keretanya.

"Ya Allah. Piya, abang lupa nak kunci kereta. Hana tengah tidur dalam tu," Beristighfar panjang Naqib melihat dua orang anak muda mengetuk cermin pintu keretanya manakala beberapa lagi yang lain sedang bergelak ketawa di dalam hujan yang masih lebat.

"Macam mana ni bang?" Bergetar suara halus itu. Risau memikirkan keselamatan adiknya.

"Piya tunggu sini. Abang pergi sana dulu,"

"Piya nak ikut,"

"Jangan sayang. Bahaya. Diorang ramai tu,"

"Abang pun sorang jugak. Piya risau.."

"Allah kan ada," balas Naqib tenang. Dia tersenyum sedikit biarpun ada gusar yang tersirat. "Piya tunggu abang, emm?"

Dinie mengangguk dalam keterpaksaan. Matanya tunak memandang langkah Naqib yang semakin laju. Hatinya sarat dengan doa yang tidak putus.

"Ya Allah, abang!!!"

Jeritan Dinie memecah sepi. Serasa gugur jantung melihat tubuh suaminya yang melambung dilanggar sebuah motosikal. Penunggang itu memecut laju saat Naqib makin menghampiri. Tanpa sebarang isyarat tubuh suaminya dirempuh tiba-tiba. Manusia hanya pada nama itu sempat bersiul memanggil teman-temannya yang lain sebelum memecut laju membelah lebuh raya yang semakin sibuk. Berdecit tayar motosikal masing-masing melarikan diri setelah membuat onar.

"Abang!!"

Dinie berlari laju mendapatkan suaminya yang terbaring berlumuran darah. Tidak dipedulikan lagi hujan lebat yang semakin mencurah-curah. Hatinya seakan dikisar lumat. Jantungnya serasa tidak berdenyut. Adhana yang sudah segar melompat keluar dari kereta. Terpisat-pisat memandang. Hampir tidak percaya dia melihat segalanya di hadapan matanya sendiri. Air matanya merembes laju, bergegas mendapatkan Dinie yang sudah pun di sisi Naqib.

"Mengucap, bang. Mengucap.. Hana call ambulans, Na. Hurry up!"

"Ke-ket-keten-tt-tuan Allah b-bb-ba-gi s-setiap ss-sesu-atu.." Terputus-putus suara Naqib.

"Abang, mengucap, bang.." Dinie menundukkan kepalanya, merapati wajah Naqib. Dia mengangguk laju mendengarkan suara suaminya yang semakin lemah. Air mata yang sudah berkolam di mata dikesat pantas.

"Abang akan selamat, bang. InsyaAllah. InsyaAllah.."


"Piya,"

Dinie tersentak. Hilang lamunan panjangnya. Pantas kepalanya didongakkan. Al-Quran dalam dakapan dipeluk kemas, erat dan rapat ke dada. Tersenyum sedikit pada seraut wajah yang mengundang damai di hati.

"Piya tak nak makan? Ummi nak turun dengan mama. Piya nak ikut?"

Dinie menggeleng lembut. "Piya kenyang lagi, mi. Nanti lepas Asar, Piya ajak Hana dengan baby makan dekat bawah,"

Hajjah Sufiah mengangguk dan tersenyum sedikit. Biarpun hati tuanya risau melihatkan keadaan menantu yang sedang kritikal, risau lagi dia memikirkan anak kesayangan yang nampak tenang di luar. Bimbang kekacauan di dalam makin serabut. Namun dia tahu, dia sepatutnya bersyukur anaknya mampu menerima dan menghadapi dugaan itu dengan hati yang tenang.

"Nanti ummi balik la dulu dengan mama. Hana dengan baby nanti Piya hantar lepas makan,"

Hajjah Sufiah mengangguk lagi. Pipi anaknya dielus lembut. "Ummi turun dulu, assalamualaikum,"

Dinie membalas salam penuh. Nafasnya dihela lemah. Mata menghantar langkah ibunya sehingga hilang dari pandangan.

"Janji dengan abang, jangan menangis sebab abang,"

Biarpun suara itu terlalu perlahan dan terputus-putus, dia masih dapat menangkap isi yang hendak disampaikan suaminya. Dinie pantas menyapu air mata yang berlinang di pipinya. Al-Quran diletakkan kembali di atas rak. Telekung di kepala dibetulkan sedikit. Ikatan kain dirapikan semula. Dia bingkas. Tegak berdiri menghadap kiblat. Hanya kepada-NYA dia mampu untuk melepaskan segala yang terbeban di hati. Hanya kepada-NYA dia mampu untuk mengadu perit di hati. Sungguh dia terseksa. Namun dia tahu, janji tetap janji..

7 comments:

  1. sedihnya jat..
    thanks 4 da n3

    ReplyDelete
  2. Jat..
    sedihnya.. jgnlah jadi apa2 lagi kat Naqib..

    ReplyDelete
  3. hohohhoo....
    hrp2 x ada pe2 brlaku kat naqib...
    nak crta ni hepy ending....
    best2x...

    ReplyDelete
  4. ala...
    sedihnyer..
    nak hepi ending jat..
    x mo sedih2...huhuh

    ReplyDelete
  5. ala sedihnya...
    jgn la bg ending sedih.. tak sanggup la..
    parah ati ni..

    ReplyDelete
  6. jgnla jd ape2 yg buruk kt naqib..
    sean piya n baby..
    xdpt jmpe abg die, tgk2 da eksiden..
    sean sgt2 kt piya..

    ReplyDelete
  7. salam..
    masih takde sambungan lagi ..

    ReplyDelete