December 5, 2009

Forever Yours 33

“Ain, bangun sayang..”

“Hmmm..”

Ain membalas perlahan. Baringnya bertukar arah.

“Ain, bangun solat subuh..”

“Emmm..”

Sekali lagi Ain membalas tanpa mencelikkan mata yang terpejam rapat. Kali ini comforter ditarik rapat ke dada.

Ammar tersengih, menggelengkan kepala. Dia duduk di birai katil, memandang wajah isteri yang baru dinikahi. Tangannya mengusap lembut wajah Ain sebelum dia membelai rambut lurus Ain yang ikal di hujungnya. Rambut hitam lebat yang panjang separas pinggang itu hanya diikat ekor kuda. Ain berkalih baring sekali lagi. Kali ini tangannya mendakap erat lengan Ammar tanpa sedar.

“Ain, bangun..” Ammar bersuara lembut. Senyum tak lepas di bibirnya.

“Mmm..”

“Nurin Ain.. Enam setengah dah pun ni.. Bangun,” Pipi isterinya ditepuk lembut sekali.

“Hah!” Ain bingkas bangun. Matanya dipejam celik beberapa kali sebelum dia beristighfar panjang. Ammar hanya tersenyum memandang.

“Enam setengah dah ni.. Bangun solat subuh cepat,”

“Abang dah solat?”

Ain membalas dengan pertanyaan. Dia bingkas bangun tanpa menunggu jawapan suaminya.

“Cepat sikit. Abang tunggu Ain,” Ammar bersuara sebaik sahaja isterinya melangkah masuk ke bilik air.

Usai solat, Ammar dan Ain berbual di beranda bilik. Keheningan subuh diselangi suara pasangan pengantin baru itu berbual.

“Mana ada Ain susah bangun pagi.. Abang la ni.”

“Abang pulak. Abang tak buat apa pun semalam, kan?”

Ain menjegilkan mata mendengarkan balasan selamba daripada suaminya. Ammar tersengih, menarik Ain rapat ke dalam dakapan.

“Sampai hati abang kacau Ain tidur semalam. Kalau sembap mata macam mana nak pergi kenduri nanti..”

“Alah zaman sekarang ni kan pakai make up boleh cover semua... even tiny pimples..”

Ain mencebik. Bukannya sembap di mata yang difikirkan tetapi lebih kepada rasa geram kerana tidurnya yang terganggu. Ammar tersengih lebar sebelum dia kembali membalas selamba.

“Nanti-nanti lepas ni kalau kita ada baby kecik, Ain kena berjaga malam jugak tau..”

“Mana sama.. Abang memang tau. Saja je kacau. Dah tau bukan minat Ain―”

“Apa pulak tak sama. Dalam konteks berjaga malam la jugak tu.. Stay up,” pintas Ammar laju.

“Hiii.. Mana sama. Ain kata tak sama, tak sama la.. Lain tau konteks stay up for baby dengan stay up for football. Abang football-freak boleh la..”

Ammar ketawa lepas. Jawapan panjang lebar Ain membuatkan tawanya meletus tanpa ditahan. Sengaja dikejut Ain awal pagi tadi sewaktu gadis itu sedang nyenyak tidur untuk menemaninya menonton perlawanan suku akhir Liga Perdana England yang sedang berlangsung antara Manchester City dengan Arsenal. Mujur Manchester City menang 3-0. Tidak sia-sia kiranya dia berjaga dengan ditemani Ain yang bersengkang mata bersama biar pun dia tahu isterinya itu sangat tidak menggemari bola sepak.

“Abang.. Kalau abang kejut Ain untuk qiyam pun okay tau,”

Ammar tersenyum mendengarkan kata-kata yang disuarakan isterinya itu. Rangkulannya dieratkan. Sebuah ciuman singgah di ubun-ubun kepala Ain.

“Praktis, sayang. Praktis untuk kejut Ain qiyam la tu.. Lepas ni takdela Ain terkejut kalau abang gerak pagi-pagi buta lagi,”

“Iyela tu,” Ain membalas perlahan.

Ammar memusingkan tubuh Ain menghadapnya. Pandangan penuh tanda tanya yang jelas di wajah Ain, dibalas dengan sengihan nakal. Kedua-dua belah tangannya sudah mendarat di bahu Ain. Leher isterinya dirangkul kemas. Tanpa isyarat, dia mendekatkan kepala pada isterinya dan sepantas itu bibir Ain dikucup sekali. Rangkulan di leher dilepaskan serta merta. Wajah merah padam Ain dipandang dengan tawa yang sudah berbunga.

“Suka?”

Ain menjegilkan matanya. Soalan nakal Ammar tidak dibalas.

Hahaha~ Ammar ketawa lepas. Tangannya diangkat sedikit. Kali ini kedua-dua belah pipi Ain dicubit lembut.

“Abang!” Keluar nada protes Ain dalam diam. Bulat matanya melihatkan Ammar yang terus berlalu pergi dengan tawa yang bersisa.

“Dah lama abang nak buat macam ni,” Ammar bersuara sedikit kuat di muka pintu bilik. Tawanya masih lagi kedengaran.

Buat macam mana? Buat apa? Yang mana satu? Bingung Ain memikirkan ayat suaminya yang sayup-sayup kedengaran sebentar tadi. Dia sudah pun ditinggalkan keseorangan di beranda itu dengan ditemani tawa nakal Ammar yang masih lagi kedengaran, terngiang-ngiang di telinganya.

----------------------------------------------------------------------------------

Tirai senja sudah pun berlabuh. Bulan mula kelihatan berbalam-balam di langit, menggantikan sang mentari. Kawasan banglo dua tingkat milik Dato’ Saifullah yang sebelum ini riuh dengan kehadiran para tetamu hanya dipenuhi dengan beberapa orang saudara mara terdekat sahaja. Masing-masing sedang sibuk mengemaskan kawasan khemah yang dipasang di dalam dan di luar kawasan rumah. Jumlah tetamu yang berganda kerana majlis pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang dijalankan serentak menjadikan jumlah khemah yang dipasang juga berganda.

“Biar dekat situ je Ain. Nanti mama panggil orang cucikan..”

Ain berkalih pandang sekilas. Wajah Datin Suhaili terbias di matanya. Dia tersenyum, menggeleng.

“Ain dah biasa la ma.. Sikit je ni. Orang lain kan sibuk mengemas dekat luar,”

Datin Suhaili membalas senyum Ain. Bahu menantu yang ringan tulang itu ditepuk perlahan. Lengan baju kurungnya disingsing sedikit, berniat mahu membantu Ain di dapur pula.

“Falah mana ma? Sunyi je tak dengar suara si kecik tu,”

“Ada dekat rumah sebelah tu. Jumpa ibu dia agaknya,”

“Eh, kak Reen dah baik demam ke ma?”

“Entah ya? Mama tak sure la, Ain. Ammar yang hantar Falah lepas Asar tadi,”

“Oh,” ringkas balasan Ain.

“Am tak bagitahu dekat Ain?”

“Bagitahu apa ma?”

“Reen tak sihat,”

“Tak sihat? Abang kata kak Reen demam. Rasa dah lama demamnya tu,”

“Takpela nanti Ain tanya la Ammar balik. Ma rasa mungkin dia lupa agaknya,”

Abang lupa nak bagitau apa? Berkaitan kak Reen? Sakit apa? Mungkin ada kaitan dengan apa yang abang nak explain hari tu agaknya.. Ain terdiam lama. Biar pun tangan lincah menyabun pinggan mangkuk di dalam sinki, otaknya tetap ligat berfikir.

“Ma―”

“Ain,”

Suara Ain terhenti saat Ammar memanggil. Dua pasang mata kini terarah pada Ammar yang sedang berdiri di ruang masuk ke dapur. Lelaki itu tersenyum mesra.

“Ain, malam ni kita makan dekat sebelah ye,”

Berkerut dahi Ain mendengarkan permintaan itu. Kenapa harus mereka bersama? Wajarkah dia diletakkan bersama dengan isteri tua sedangkan perkahwinannya belum pun sampai satu hari... biar pun hanya untuk makan malam...

Hey Ain! Wake up! Apa fikir melalut ni. Belum tentu lagi abang Am rujuk balik dengan kak Reen. Kenapa la tak nak tanya je terus dekat abang Am. Bukan ke lagi senang macam tu..

“Ain, dengar tak tu abang Am kamu cakap apa?”

Ain tersentak. Sentuhan lembut Datin Suhaili menyedarkan dirinya yang sedang leka mendengar kata hati.

“Ain okay tak kita pergi makan dekat rumah Nashreen malam ni?”

“Okay, okay,” Ain membalas perlahan. Hampir tak kedengaran suaranya tika itu. Dia kembali berpaling, mahu menyudahkan kerja-kerjanya di dapur.

Sementara itu, Datin Suhaili yang sedang berpandangan dengan Ammar hanya menjungkitkan bahunya sekali. Sengihan Ammar dibalas dengan jegilan mata wanita itu. Ammar tersengih lagi dan dia segera berlalu pergi.

----------------------------------------------------------------------------------

“.وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمد لله رب العا لمين ...”

“Amin..”

Ain mengaminkan bacaan doa usai solat maghrib berjemaah bersama suaminya. Tangan yang dihulur Ammar disambut perlahan. Lambat-lambat dia tunduk mencium belakang tangan kanan suaminya dan sebuah kucupan singgah di ubun-ubun kepala saat dia mendongak sedikit.

“Bang,” panggil Ain perlahan.

“Mm hm?”

Takut-takut Ain menentang pandangan mata Ammar.

“Abang.. Em kalau Ain tak pergi malam ni boleh tak?”

Ammar diam tak membalas. Hanya matanya yang memandang tepat ke dalam mata Ain tanpa sepatah kata.

“Ain tak sampai hati biar ibu balik sendiri. Ain nak hantar ibu―”

“Ibu tak balik, sayang. Ibu tidur dekat sini,” laju Ammar memintas.

“Erm. Hmm Ain tak sedap hati biar saudara-mara abang kat rumah, tapi Ain keluar. Tak elok kan macam tu,”

“Takpe. Mama ada. Abah ada. ‘Imad ada. Ibu pun ada..”

“Mmm.. Nanti tak ada siapa yang tolong mama dengan ibu buat kerja,”

“Ramai lagi ada dekat bawah tu sayang,”

“Diorang semua tu kan tetamu, bang..”

“Takpe. Kejap lagi Una datang. Along dengan abang Megat pun dah janji nak datang lepas maghrib, kan..”

“Tapi bang―”

“Takde tapi-tapi lagi.” Pintas Ammar tanpa memberi ruang pada Ain untuk menyambung kata-katanya. “Ain nak biar abang pergi sorang-sorang dekat sana?”

Ain yang terdiam seketika, membuka peluang pada Ammar untuk terus bersuara.

“Ain tak kisah abang berdua je dengan Nashreen?”

“Falah k―”

“Kalau jadi apa-apa lagi macam mana?”

Berkerut dahi Ain memandang Ammar. Sudahlah kata-katanya terus dicantas. Telinga pula dijamu dengan ayat yang sukar ditafsir maknanya yang sebenar. Beberapa minit berlalu tanpa suara antara mereka. Hanya mata bertentang mata sebelum Ammar menghela nafasnya perlahan.

“She’s right. You’re so naïve,”

Bulat mata Ain memandang Ammar.

“Abang mengata Ain ya,”

Hahaha~ Ammar ketawa lepas. Tangan isterinya dicapai dan dielus lembut.

“Ain baby abang tau sekarang,”

Tersenyum Ammar melihat Ain yang sudah memuncung.

“Rasa-rasanya abang boleh lepas Falah seorang diri, tapi Ain.. Abang tak yakin.”

“Abang!”

Tawa Ammar kembali berbunga, mendengarkan suara isterinya memprotes manja.

“Ain sayang,”

Ain menundukkan kepala sedikit, merenung jari jemarinya dalam genggaman Ammar.

“Cuba Ain cakap betul-betul dengan abang, kenapa Ain tak nak dinner sekali dengan Nashreen?”

Ain menggeleng sedikit sebelum dia membalas perlahan, “Tak baik tinggalkan tetamu, bang..”

“Is it? Are you sure that’s the reason why..?”

Ain diam mematung.

“Come here,”

Tangan Ammar menarik isterinya perlahan, rapat kepadanya. Wajahnya didekatkan pada wajah Ain, rapat ke telinga kanan isterinya yang dilitupi telekung putih bersih.

“Ain cemburu, kan?” Ammar berbisik nakal.

“Mana ada!”

Sedikit terkejut, Ain membalas pantas. Dia bingkas dan membuka telekung yang dipakainya. Lincah tangannya melipat telekung dan sejadah sebelum langkahnya diatur laju menuju ke bilik air. Ammar hanya tersenyum memandang.

“Sayang nak simpan telekung dengan sejadah dalam toilet ke?”

Ain terpinga-pinga memandang telekung dan sejadah di tangan. Ammar tersenyum menyembunyikan tawa melihat tingkah Ain yang sudah kalut. Dia bingkas dan berjalan tenang ke arah isterinya itu.

“Meh sini dekat abang,”

Tersentak Ain saat Ammar merangkul lembut bahunya. Sesaat kemudian, telekung dan sejadah beralih tangan. Ammar kemudiannya meletakkan telekung dan sejadah di tangannya pada penyidai di sudut bilik.

“Ain ikut abang ea. Kita pergi rumah Nashreen. Tak baik tolak rezeki, sayang..”

Ammar memujuk lembut.

“Ain tak nak,”

Ain membalas takut-takut. Kepalanya dihalakan tepat, memandang Ammar. Lelaki itu nampak tenang. Segaris senyuman terukir di wajah suaminya itu.

“Boleh kan kalau Ain tak ikut abang,” sambung Ain perlahan.

Ammar menggeleng laju.

“Kalau Ain tak ikut, nanti abang tak balik macam mana?”

Ain tersentak. Wajah Ammar ditenung lama. Tiada riak untuk ditebak perasaan lelaki itu. Ain menghela nafasnya perlahan.

“Tak boleh. Abang kena balik.”

“Tapi Ain tak nak ikut abang. Abang takut tak boleh nak balik nanti,”

Berkerut dahi Ain seketika. Takkan selemah itu Ammar bila berhadapan dengan Nashreen.

“Tak boleh. Abang mesti balik.”

“Macam mana kalau abang tak balik?”

“Abang hak Ain. Ain ada hak untuk tujuh hari. Abang kena balik. Ain tanggungjawab abang.”

Ain menjawab tenang, sepatah-sepatah. Ammar ketawa lepas. Langkahnya diatur kemas, menghampiri Ain yang kaku berdiri di tengah bilik.

“Ain macam robot la sayang..” Usik Ammar. Pinggang isterinya dirangkul dari depan. Kepalanya dirapatkan, dekat dengan wajah Ain. Merona merah wajah Ain, menahan nafas.

“Ain jealous kan.. Baik Ain ngaku sebelum...”

“Sebelum apa?”

“Sebe―”

Telefon bimbit Ammar berlagu kuat tiba-tiba, membuatkan suara lelaki itu terhenti seketika. Ammar menjungkitkan keningnya sekali.

“Sebelum Nashreen call,” Ammar ketawa menyambung ayatnya. Rangkulan dilepaskan dan pantas dia mencapai telefon bimbit di atas meja solek.

“Yes my dear,”

Ain hanya diam. Mata tak lepas memandang Ammar. Lelaki itu tersenyum, mengerdipkan mata sekali.

“Wupss, sorry.. Waalaikumussalam sayang..”

Ammar menjungkitkan kening sekali pada Ain yang masih lagi memerhati tanpa sebarang riak di wajahnya.

“Yeah baby I’m coming.. We’re coming,”

Perkataan we disebut Ammar dengan terang dan jelas. Dia dan Ain beradu mata seketika.

“Ya, Ya. Love you too..”

Ammar menyambung tawa setelah menamatkan perbualan ringkasnya sebentar tadi. Wajah Ain yang nampak gelisah dipandang tanpa kelip.

“Ain tak nak pergi.”

Bergetar suara halus itu.

“Sure?”

Ain mengangguk laju.

“Abang pergi la sendiri. Tak balik pun tak apa. Ain dah tak kisah lagi. Ain rela..”

“Aii.. Tadi bukan main lagi kata ada hak untuk tujuh hari,” Ammar membalas nakal. Sengaja ditekankan sebutan tujuh dengan keningnya dijungkitkan sekali.

“Kalau abang tahu hukum―”

“Sebab abang tahu hukum la abang ajak Ain pergi sekali,” pintas Ammar dengan senyum terukir di bibir.

“Abang,”

“Iya,”

“Abang tahu tak kak Reen―”

“― dah masak penat-penat and makanan pun dah sejuk agaknya. Abang tahu tu,”

Belum pun sempat Ain menghabiskan ayatnya Ammar terlebih dahulu mencelah. Ain mengetap bibir. Geram.

“Dah. No more excuses. Come, ikut abang. Kita dinner dekat sebelah,”

“Ain tak nak,”

“Ya Allah. Degilnya isteri abang. Baru abang tahu malam ni..” Ammar mengusik dengan nada serius.

Ain terdiam, tidak membalas. Sesaat kemudian terdengar sedu gadis itu. Ammar menggeleng sekali, menyembunyikan senyum. Dia merapati Ain, menarik lembut isterinya menuju ke katil. Kedua-duanya duduk di birai katil, bertentangan memandang antara satu sama lain. Mata Ammar tak lepas memandang Ain yang sudah pun menunduk sedikit, menyapu bekas air mata di pipi.

“Abang pergi la sendiri, please..”

Hampir lima minit berlalu, baru kedengaran suara Ain memecah sepi antara mereka.

“Ain rela tapi Ain tak sanggup,” sambung Ain perlahan.

Pecah tawa Ammar. Isterinya dipandang tanpa kelip. Terkebil-kebil Ain melihat tawa Ammar yang semakin kuat.

“Abang. Apa ni gelak kuat-kuat. Lebih harakat pulak tu,” Ain menampar geram bahu Ammar. Lelaki itu tersengih.

“Ain la ni. Buat lawak. Rela tapi tak sanggup. Apa maknanya tu?”

“Abang la. Baru kejap tadi dengan kak Reen bukan main lagi dear, sayang, baby. Siap love you too pulak.. Kalau macam tu gaya abang, memang Ain tak nak ikut. Tak nak Ain simpan rasa sorang-sorang. Cukupla Ain makan hati selama abang baik balik dengan kak Reen. Ain tak sanggup dah. Ain mengaku Ain cemburu.”

Panjang lebar balasan Ain. Lancar dan tenang sahaja bibirnya meluncurkan kata-kata. Ammar tersenyum lebar. Meleret senyumnya melihat kerutan di dahi Ain.

“Ada lagi Ain nak cakap apa-apa?”

“Emm. Ain harap abang adil dalam hal ni,” takut-takut Ain menjawab. Ammar menggeleng dengan senyuman nakal.

“Ain, Ain, Ain..”

Tangan Ain diraih Ammar dan digenggam erat.

“Ain tau tak dalam marriage, kita kena confront each other kalau ada apa-apa. Barulah tak timbul silap faham.. Macam sekarang ni.”

Ain diam. Khusyuk mendengar. Kepalanya didongakkan sedikit, menentang pandangan Ammar.

“Ain rasa abang dah rujuk balik dengan Nashreen ke?”

Tanya Ammar tanpa selindung. Ain menjungkitkan bahu sekali.

“Rasa-rasa Ain?”

Lambat-lambat Ain mengangguk.

“Kenapa tak nak tanya terus dekat abang? Sebab Ain dok fikir yang bukan-bukan la jadi macam ni,”

“Jadi macam mana?” Tanya Ain lurus.

Ammar tersenyum, menggelengkan kepala.

“Serius abang kata, abang boleh lepas Falah seorang diri tapi untuk biar Ain sorang-sorang, I’m not that sure..”

“Eh-eh. Selama ni Ain yang jaga Falah tau. Bukan Falah jaga Ain. Maknanya, abang boleh je biar Ain sorang-sorang. Falah yang tak boleh,”

Ketawa Ammar mendengarkan bantahan itu.

“Ain faham tak maksud abang?”

Ain diam tak membalas.

“Ain. Abang dengan Nashreen memang dah baik balik. Baik as friends bukan abang rujuk balik dengan Reen. Ain tahu kan abang sayang Ain..”

“Tapi sebelum-sebelum ni... Cara abang...” Ain mematikan kata-kata, membiarkan ayatnya tergantung.

“Cara abang macam abang dah rujuk balik dengan Nashreen?”

Ain mengangguk laju. Ammar tersenyum.

“Nashreen tak sihat,”

“Kan abang dah bagitahu dekat Ain, kak Reen demam..”

“HIV positive. Abang dah pernah cuba nak bagitahu Ain. Tapi Ain tak nak tahu. Tapi no worries. Everything is fine now.”

“Maksud abang?”

“Hospital silap darah,”

“Ha? Macam mana la boleh careless macam tu..”

“Ini semua aturan DIA. Mungkin itu caranya untuk menyedarkan Nashreen. Nashreen mula berubah bila partner dia meninggal because of that. Tambah-tambah lagi bila dapat berita pasal dia pulak lepas tu..”

“HIV positive?”

Ammar mengangguk.

“Start dari situ la Nashreen mula fikirkan hakikat hidup yang sebenar. It isn’t just about what you really want, right..”

“Macam mana pulak boleh tahu silap?”

“Abang advise Nashreen try buat ujian antibodi dekat HKL pulak. Pagi tadi baru tahu result yang sebenar and private hospital yang Nashreen buat test awal-awal dulu baru admit their mistake.. Tak sangka private hospital pun careless jugak sometimes. We’re human being right..”

“Emm,” Ain mengiyakan kata-kata Ammar.

“Tapi apa-apa pun, alhamdulillah. Lega jugak abang tahu berita ni siang tadi. Sebab tu la Nashreen ajak makan sekali malam ni.. Got it?” Sambung Ammar penuh semangat.

“Habis tu tadi love you too tu untuk siapa? Abang jangan tipu Ain, bang..”

“Astaghfirullahalazhim..” Ammar menggeleng sekali sebelum dia ketawa perlahan. “Siapa lagi yang abang sayang selain Ain? Siapa lagi baby abang selain Ain?”

“Falah?”

“Yup. Si kecik tu yang call tadi, sayang. Saja abang usik Ain sebab abang tahu dah Ain fikir apa.. Sebelum-sebelum ni pun memang abang saja tunjuk macam abang memang rapat dengan Nashreen. Sebab abang nak tengok sampai bila Ain boleh bertahan..”

“Abang!”

Ain menjegilkan matanya sedikit. Dia tersenyum pula seketika kemudian. Ammar membalas senyuman mesra itu dengan kucupan pada tangan Ain dalam genggamannya.

“Abang nak Ain always think positive. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kalau ada masalah apa-apa, kita bincang. Masalah takkan selesai kalau kita stick dengan anggapan yang entah betul, entah tak, right?”

Ain mengangguk beberapa kali. “I’m sorry, bang. Really sorry..”

“And I’m sorry for you too..” Balas Ammar nakal sambil mengusap kepala Ain beberapa kali. “I’m yours, sayang. Forever yours. Bukan untuk dikongsi dengan Nashreen a―”

Sekali lagi telefon bimbit Ammar berlagu kuat sebelum sempat lelaki itu menoktahkan ayatnya. Pantas dia memanjangkan langkah, mencapai telefon bimbit di atas meja solek dan kembali menempel di sisi Ain.

“Papa!!”

Jeritan nyaring Falah kedengaran kuat sebaik sahaja Ammar mengaktifkan loud-speaker.

“Pengecualian untuk mem kecik ni and mem kecik coming soon yang lain..” Sambung Ammar dengan kerdipan mata. Nampak nakal senyuman yang terukir di wajah Ammar saat itu. Ain tersenyum menggelengkan kepala.

“Pa.. Bila papa nak sampai ni? Bukannya jauh pun,” Falah membebel manja.

Ammar dan Ain berpandangan seketika. Pecah tawa kedua-duanya tiba-tiba dan suara comel Falah kembali kedengaran..

“Pa!! Ma!! I’m starving..”


**the end**



fiqh munakahat : perkahwinan poligami, anak dara yang baru dinikahi wajib dapat hak giliran bermalam 7 malam berturut-turut manakala bagi janda, 3 malam berturut-turut.

10 comments:

  1. ala...
    da habis ke..
    smbg la lg..
    nway..nice part..

    ReplyDelete
  2. smbung la lg..
    wat la scene dorg dpt new baby..
    hehhe..
    good job..

    ReplyDelete
  3. haha..comey je.
    best...
    sokong yg diatas diatas..

    ReplyDelete
  4. MaY_LiN,
    mm hm dah habis.. =)

    Anon,
    rasa jat x sambung dah agaknya ni..

    keSENGALan terserlah,
    sokong je ea.. ehehe =)


    emm klu ada pun,
    may.be. may.be. jat selit2 dkt cite lain..
    cane? ok ke agaknya?
    neway, thanks to all ya.. =)

    ReplyDelete
  5. dah abes dah..
    tumpang happy utk Ain n Ammar.. =]

    ReplyDelete
  6. warghhh.
    apy ending
    sukesuke
    comel je that family
    -na'dz

    ReplyDelete
  7. best nyer citer ni
    ske ngat ^_^
    klakar tol r
    hahaha
    cute jer couple 2

    gud job to writer
    n troskan bekarya ~0_0~

    ReplyDelete
  8. sentiasa menyokong karya anda. forever yours kaya pertama anda sy baca. terbuai akan rasa itu.

    ReplyDelete
  9. waaa dah lma ea crita ni..haha sy bru je bc...best..sweet sngt fmily mcm ni..ahhaa2..ahha x tau nk ckp mcm na lgi...gud job cik writer....

    ReplyDelete