June 16, 2009

Bayang-Bayang 24


"Okay long, Dinie naik dulu. Along jangan lambat tau petang nanti.." Dinie mencapai tangan kanan Azran. Kepalanya ditundukkan sedikit, mencium tangan itu. Seperti biasa Azran mengusap perlahan kepala Dinie.

"Along ingat nak pergi rumah kawan kejap lepas hantar Ad dengan Hana dekat Bukit Jalil."

"Ala... Nak buat apa? Esok-esok pun boleh pergi.." Dinie mencebik.

"Tak boleh.. Esok-esok kawan along dah nak pergi balik kampung dia kat Gua Musang. Along kena ambil barang kejap. Kejap je, tak lama." Tergelak kecil Azran melihatkan Dinie yang memuncung. Dia mencuit pipi adiknya itu dan berkata, "Along promise along datang cepat-cepat. As soon as along ambil barang-barang along, along terus datang ambil Dinie, okay?"

"Hm... Okayla.. What else can I say..." Dinie mencebik lagi. Pantas tangannya membuka pintu dan segera dia meloloskan dirinya keluar dari Proton Satria GTi milik Azran.

Azran tersengih melihat Dinie yang muram. Sempat dikenyitkan mata kanannya pada Dinie sebelum menaikkan brek tangan. Perlahan-lahan keretanya itu bergerak meningggalkan Dinie yang masih terpaku di bahu jalan.

Getaran yang dirasakan di poket baju kurungnya membuatkan tangan Dinie pantas menggagau poket baju kurung birunya itu. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan segera dia membaca mesej yang tertera di skrin telefon bimbit itu.

take care sis.i'll fetch u as soon as possible..

Tersenyum Dinie membaca mesej itu. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang masih lagi terukir di bibirnya. Langkah kakinya diatur kemas ke tangga bangunan yang tersergam indah.

"Hah, Dinie.. Awal sampai pagi ni.."

"Oh mak!!" Terjerit kecil Dinie dengan sapaan yang tiba-tiba itu. Pantas kepalanya didongakkan untuk melihat seraut wajah yang menyapanya sebentar tadi. Berkerut dahinya memandang Idraki yang sedang tersengih melihatnya.

"Melatah ye.." Tergelak Idraki melihat Dinie. Lambat-lambat Dinie tersenyum malu. Tidak dia menyangka akan terserempak dengan Idraki awal pagi itu.

"Awal Encik Idraki masuk office.." Perlahan Dinie bersuara. Tersenyum dia memandang Idraki yang tersengih-sengih.

"Saje ubah angin pagi ni.. Dinie pulak, mimpi apa datang awal-awal ni? Nasib baik saya dah sampai, kalau tak nanti tunggula awak tercatuk depan pintu.."

Dinie tergelak kecil. Tersengih dia pada Idraki. "Saya pun saje je ubah angin.." Jawab Dinie selamba berlelucon.

"Eh semalam saya ada dengar satu cerita best.."

Berkerut dahi Dinie mendengar nada suara Idraki. Dia menjungkitkan keningnya sedikit pada Idraki yang tersenyum nakal.

"Hmm.. Ada la satu cerita tu.. Dinie pun mesti lagi tau kan.." Idraki tersengih pula. Matanya dikenyitkan sekali pada Dinie. Lambat-lambat Dinie mencebik, faham dengan apa yang ingin disampaikan Idraki.

"Encik Idraki nak pergi mana ni?" Pantas Dinie bertanya, mengubah arah perbualan mereka.

"Saya nak turun ambil file tertinggal dalam kereta.."

"Hmm... Saya naik dulu la ye.."

"Okay.. Eh, awak tak ada kunci kan? Nah.." Idraki menghulurkan segugus kunci pada Dinie yang sedang tersenyum.

"Thanks.." Sepatah ucapan terima kasih yang keluar dari seulas bibir comel itu.

"Hm.. Dinie nak order apa-apa? Saya nak singgah gerai acik depan tu."

"Erm.. Tak lah kot. Dinie dah breakfast kat rumah tadi.."

"Okaylah kalau macam tu. Abang Id turun dulu lah ye.."

Idraki tersengih nakal pada Dinie. Sempat dia mengerdipkan matanya pada Dinie yang agak terkejut mendengar cara dia membahasakan dirinya.

Lambat-lambat Dinie tersenyum malu mengingatkan kata ganti nama yang digunanya ketika menjawab pertanyaan Idraki sebentar tadi. Kebiasaannya dia hanya membahasakan dirinya 'saya' ketika berbicara dengan Idraki. Namun saat terasa ada kemesraan antara mereka lancar sahaja lidahnya menyebut namanya sebentar tadi. Dinie tersenyum lagi.

"Jumpa kat atas nanti.." Panjang langkah Idraki menuruni anak tangga sebaik sahaja matanya menangkap anggukan Dinie.

Pantas Dinie melangkah naik ke atas, menuju ke firma guaman milik Idraki. Senyuman manis terukir di bibirnya mengiringi langkahnya ke atas.



*******************


"Lambat pulak Dinie balik hari ni?" Tanya Humaira sambil tangannya lincah mengemaskan kertas-kertas yang memenuhi ruang mejanya.

"Hmm.. Itulah.. Adik-adik Dinie kena pergi Sekolah Bukit Jalil petang ni. Lepas tu along Dinie nak pergi ambil barang dia pulak kat rumah kawan dia. Nak tak nak Dinie kenalah tunggu sampai semua settle.."

"Babah Dinie tak boleh ambil ke?"

"Tak.. Lupa pulak nak cakap. Babah dengan mama tak ada. Pergi Langkawi.."

"Wahh.. Honeymoon ke?" Aina yang hanya mendengar dari tadi mencelah tiba-tiba. Tersengih dia pada Dinie yang tergelak kecil.

"Tak ada lah kak.. Babah dapat hadiah pencen dari tempat kerja dia.."

"Hadiah pencen? Dulu babah Dinie kerja dekat mana?"

"Babah dulu kerja Telekom. Telekom memang bagi hadiah pakej kat staff dia yang dah pencen. Sekali seumur hidup kan.."

"Hmm.. Bestla... Dapat pergi Langkawi free.."

"Hmm.. Itulah. Tapi kalau nak ikutkan, babah nak pergi Indonesia atau Sabah Sarawak. Tapi mama pulak tak nak pergi jauh-jauh. So at last Langkawi jugak la yang jadi pilihan. Yang tak bestnya, anak-anak tak boleh la nak ikut. Kalau ikut nanti kena bayar sendiri pulak nanti sebab pakej tu untuk dua orang je.."

"Ohhh.." Serentak Aina dan Humaira bersuara. Terangguk masing-masing mendengar kata-kata Dinie.

"So ni nanti pukul berapa along Dinie datang ambil?" Humaira yang sudah siap berkemas memandang tepat pada Dinie yang sedang duduk bersantai di sofa.

"Entahla kak.. Along tak cakap pulak pukul berapa.."

"Dah tu Dinie nak duduk kat mana? Akak tinggal kunci office kat Dinie, nak?"

"Erm.. Tak payahla kot kak. Esok kan akak nak datang awal lepas tu nak pergi court. Nanti kalau Dinie terlambat esok pagi, susahkan akak pulak.."

Humaira tergelak kecil sebelum berkata,"Eh macam dah plan nak masuk lambat aje esok.."

Dinie tersengih. Bulat matanya memandang Humaira. Majalah di tangan diletakkan kembali ke rak di sebelah kirinya.

"Mana ada plan apa-apa.. Dinie cakap, kalau.. Kalau Dinie terlambat.. Tak boleh nak jangka semua ni.." Dinie tersenyum lebar. Matanya memandang Aina yang sudah bangun mencapai beg tangannya di hujung meja.

"Nak turun dah?" Tanya Dinie perlahan pada Aina dan Humaira. Keduanya mengangguk pantas. "Hm.. Dinie turun sekali lah.."

"Dinie nak tunggu dekat mana ni? Nak akak hantarkan?" Aina bertanya prihatin.

"Eh takpe, takpe.. Rumah Dinie bukan satu jalan dengan rumah akak. Nak kena patah balik pulak nanti. Susahkan akak je. Jangan risau, Dinie tunggu kat bawah ni.. Kan ada banyak kerusi kat second floor ni.."

"Kat food court baru tu?"

"Hmm.." Sepatah jawapan Dinie diiringi dengan senyuman manis di bibirnya.

"Okay. Take care ye. Kalau ada orang datang dekat, jangan layan.." Humaira yang sudah berdiri di luar pintu pagar memberikan nasihat tanda dia mengambil berat dengan keselamatan gadis itu.

Terangguk-angguk Dinie mendengar kata-kata nasihat Humaira. Dia turut meloloskan dirinya ke luar pejabat. Matanya memandang Aina yang sedang mengunci gril. Mereka bertiga mula bergerak menuruni anak tangga sebaik sahaja Aina selesai mengunci gril.

"Okay Dinie.. Jumpa esok ye.." Ucap Aina saat kaki mereka berhenti di tingkat dua.

"Hm.. Jumpa esok.."

"Take care okay.." Aina tersenyum sambil tangannya mengusap bahu Dinie.

"Okay kak.."

"Okay,kita orang turun dulu Dinie.. Assalamualaikum.."

Terangguk-angguk Dinie. Sempat dia menjawab salam Humaira sebelum matanya menghantar langkah Aina dan Humaira menuruni anak tangga. Pantas Dinie mengatur langkah ke dalam food court di tingkat dua. Tersenyum dia pada seorang makcik yang sedang berkemas-kemas. Langkah kakinya diatur ke hujung bangunan. Dia menyandarkan badannya pada tembok menghadap ke jalan raya. Liar matanya memerhatikan kenderaan yang bertali arus.

"Balik, nak..."

Tersentak Dinie dengan teguran yang tiba-tiba itu. Badannya segera dipusingkan menghadap makcik tadi yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Tersenyum dia pada makcik itu sambil tangannya mengurut perlahan dadanya.

"Balik makcik.." Lembut suara Dinie membalas kata-kata makcik tadi. Makcik itu tersenyum. Langkahnya diatur perlahan meninggalkan Dinie yang sedang memandang tiap langkahnya.



*******************


"Eh, mana dia ni.. Tak turun-turun dari tadi. Aina dengan Mai dah selamat balik pun tadi.."

Naqib menggumam perlahan. Matanya mengerling jam di tangannya. Jarum pendek menghampiri ke angka tujuh manakala jarum panjang sudah mencecah ke angka sebelas. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas dashboard. Tangannya menekan-nekan butang di papan kekunci sebelum melekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.

"Hmm.. Waalaikumussalam.." Segera Naqib menjawab salam yang dihulurkan.

"Mimpi apa call tiba-tiba ni Encik Naqib?" Tanya Humaira yang agak terkejut menerima panggilan daripada Naqib tiba-tiba.

Naqib tergelak kecil. Lambat-lambat dia bersuara, "Dinie balik awal ke tadi?"

"Tak la. Ada kat sana lagi rasanya. Dinie kata along dia lambat sikit hari ni. Kenapa Encik tanya?"

"Nothing.. Care, that's it."

Tawa kecil mengiringi kata-kata Naqib. Matanya meliar ke serata bangunan. Pandangannya terhenti pada sesuatu yang benar-benar mencuri perhatiannya. Matanya dikecilkan sedikit untuk memastikan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Mai, Dinie tunggu dekat dalam office ke?" Pantas Naqib bertanya. Suaranya kedengaran sedikit cemas.

"Tak. Dia ada dekat food court baru tu.."

"Okay, okay.. Thanks.." Kelam-kabut Naqib menghentikan perbualan mereka. Pantas dia melompat keluar dari Honda Jazz birunya itu. Langkahnya diatur laju ke arah sebuah motosikal kuning yang bertampal simbol tengkorak di rear mudguard dan juga di front mudguard.

"Piya!" Naqib menggumam perlahan. Laju jarinya menekan speed dial no 3 untuk menghubungi Dinie.

Panggilannya dibiarkan tidak berjawab. Sekali lagi Naqib mencuba. Namun hampa panggilannya ini juga tidak berjawab malah masuk ke peti mel suara.

Mata Naqib memandang tepat pada motosikal di hadapannya itu. Dia cam motosikal itu yang pernah hampir-hampir melanggar gadis kesayangannya minggu lepas. Sekali lagi Naqib cuba untuk menghubungi Dinie. Telefon bimbitnya dilekapkan erat ke telinganya, sabar menanti panggilannya itu berjawab.

"En......."

Sepatah kata yang kurang jelas menjadi santapan telinga Naqib saat itu. Jantungnya berdegup pantas sepantas kakinya yang melangkah panjang mendaki anak tangga. Telinganya dapat menangkap bunyi bising di tingkat atas.

Makin panjang langkah Naqib mengukur anak tangga. Sebaik sahaja kaki Naqib berhenti di tingkat dua, telinganya menangkap bunyi suara jeritan yang nyaring.

"Ya Allah.. Janganlah ada apa-apa yang berlaku pada dia," Naqib berdoa perlahan.

Pantas kakinya melangkah menghampiri pintu food court yang terbuka sedikit. Ditolaknya pintu itu, membiarkannya terbuka luas. Bulat matanya memandang seorang lelaki yang memakai helmet sedang menampar-nampar pipi seorang gadis. Tubuh sasa lelaki itu menindih tubuh kecil si gadis.

"Piya!!!"

Kuat suara Naqib bergema di ruang food court yang kosong itu. Pantas dia berlari menghampiri Dinie dan lelaki itu. Tumbukan sulung dihadiahkan buat lelaki berhelmet itu. Tumbukan demi tumbukan dan tendangan demi tendangan diberikan pada lelaki itu tanpa memberikannya sedikit ruang pun untuk bertindak balas. Tanpa menunggu lebih lama, Naqib pantas menarik helmet yang menutupi seluruh kepala lelaki itu.

"Kau Kamal!!" Pantas tangan Naqib menumbuk muka Kamal bertubi-tubi sebagai membalas perbuatannya terhadap gadis kesayangannya itu.

Suara esakan Dinie membuatkan Naqib menolehkan kepalanya ke arah Dinie yang sudah terduduk di atas lantai. Peluang itu diambil Kamal untuk menyerang balas. Naqib terdorong ke hadapan dengan tendangan Kamal di perutnya. Terduduk dia dengan serangan yang tidak diduganya itu.

2 comments: