April 23, 2022

Kita Serupa... 21

"Allahu akbar!"

'Ali Hasif menghela nafas perlahan mendengarkan balasan itu.

Macam mana boleh jadi begini bang?" Lirih suara di balik telefon itu bertanya pula.

"Silap abang, Kamala.."

"Apa sebenarnya yang dah jadi?"

"Abang tunjuk gambar Aizat Risham --"

"Siapa tu bang?" Potong Kamala. Sungguh dia terkejut yang amat menerima perkhabaran yang tidak disangka, awal pagi itu.

"Raihan tak pernah cerita ya?"

"I've no idea. Actually..."

Kamala berjeda seketika. 'Ali Hasif sudah tegak duduknya, tidak senang hati.

"Raihan pernah jadi macam ni masa study dulu, bang. Almost a year dia menyendiri before she got better, on her own.. Tapi Raihan tak pernah cerita apa-apa.." Kamala berjeda lagi sebelum terus menyambung laju, "And I didn't dare to ask.."

Terdiam 'Ali Hasif mendengar jawapan Kamala. Dia meraup wajahnya sekali sambil beristighfar panjang. Tersalah percaturan. Lelaki itu panggung kepala. Bebanan trauma apakah yang ditanggung sang isteri sendirian? Dia buntu. Sejenak, Raihan yang baru kembali lena di atas sofa tiga tempat duduk dipandang tak lepas.

"Kamala boleh turun KL? Tolong abang?"

"Give me two days, boleh bang? I have to settle everything first."

"Thanks a lot, Kamala.."

"Don't say a word to her family tau bang.. Tok Teh, Wan dengan Mak Ngah tak pernah tahu she wasn't 'herself' back then,"

Kalimah herself yang ditekan Kamala ketika menyebutnya membuatkan 'Ali Hasif beristighfar panjang di dalam hati. Kelu dia seketika, mendengarkan pesanan itu. Mujur juga tidak dikhabarkan apa-apa kepada mereka di kampung. Dia hanya membuat panggilan kepada Kamala dek kerana Raihan yang tak putus menyebut nama sahabat baiknya nan satu itu sejak dia sedar dari pengsan semalam.

'Ali Hasif merapati Raihan sejurus dia menamatkan panggilan. Dia melutut di sisi sofa sebelum telapak tangan kanannya mendarat di atas kepala Raihan. Perlahan-lahan diusap kepala sang isteri, beberapa kali, seakan menyalurkan kekuatan pada isterinya.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Jangan dekat!!! Pergiiii! Pergi!!!!"

Jeritan yang kuat kedengaran membuatkan 'Ali Hasif tersentak. Terus matanya celik luas biar pun baru sahaja terlena. Lelaki itu bingkas, menyedari Raihan tiada di sisi. Lampu di sisi katil yang sedikit malap dipasang terang. Berpusing kepala mencari sang isteri di serata kamar peraduan.

Di hujung sudut kamar menghampiri ke ruang yang dikhaskan untuk almari pakaian, Raihan terlihat sedang duduk memeluk lutut. Kepalanya dibenamkan di antara dua lutut. Tubuh kecil itu menggigil. Pantas 'Ali Hasif mendekat. Rapat duduknya di sebelah Raihan. Tangan kanannya memeluk lembut bahu sang isteri dari sisi sambil perlahan suaranya memujuk.

"Raihan... Abang ni sayang.. Abang ada dengan Raihan.."

Bahu Raihan dipeluk kemas. Hujung jarinya menepuk-nepuk perlahan bahu sang isteri.

"Sakit..." Lirih suara itu mengaduh perlahan, hampir tak kedengaran. 'Ali Hasif menahan sebak. "Raihan takut..." Menggigil-gigil suara itu. 'Ali Hasif semakin sebak. Terasa seolah hatinya ditoreh-toreh. Sungguh dia sedih yang amat melihatkan keadaan isterinya.

"Raihan ada dengan abang ni sayang.. Dekat rumah kita. Abang ada untuk jaga Raihan sekarang. Tak ada sesiapa yang boleh apa-apakan Raihan lagi.." Lembut suaranya memujuk sang isteri. Dia semakin sebak saat Raihan kembali mengaduh kesakitan dengan tangisan yang semakin berlagu. Hatinya seperti hancur lumat. Sedih memikirkan apa yang telah terjadi kepada isterinya.

Lelaki itu tetap setia di sisi, menepuk perlahan sang isteri sambil bibir membisikkan kata-kata semangat. Hampir lima belas minit mereka tetap begitu, berteleku di sudut kamar peraduan sebelum 'Ali Hasif bergerak sedikit, meluruskan tubuh dan memimpin Raihan untuk bangun. Lelaki itu memusingkan tubuh sang isteri menghadap dirinya.

Raihan hanya tunduk memandang lantai. Sedu sedannya sudah tidak lagi kedengaran. Dia menghela nafas dan menghembusnya perlahan. Berat. 'Ali Hasif turut sama menghela nafas. Perlahan. Tangan kanan Raihan dicapainya dan digenggam erat telapak tangan halus itu. Sebelah lagi tangannya menolak perlahan dagu sang isteri, memaksa Raihan memusatkan pandangan ke arahnya.

"Raihan," lembut suara itu memanggil sang isteri.

Raihan tidak segera menjawab. Hanya mata yang tepat berpusat ke mata sang suami.

"Raihan..." Panggil 'Ali Hasif lagi. Matanya tunak memandang sang isteri sebelum dia menyambung ayat, "Until you heal, it will hold you hostage, dear.. Raihan kena kuat ya sayang.. Abang akan sentiasa ada dengan Raihan, in shaa Allah.."

Mata Raihan kembali berkaca. 'Ali Hasif tidak menunggu lama. Terus dipeluk kejap tubuh sang isteri. Perlahan dan lembut dia mengusap belakang tubuh sang isteri beberapa kali, menghantar isyarat isterinya itu selamat di sisinya.

 

●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Mala!! Tolong aku, Mala!!!"

"Allahu akbar!" 'Ali Hasif yang baru keluar dari bilik air terkocoh-kocoh mendapatkan sang isteri di atas katil. Raihan nampak cemas. Peluh merenik di dahi. Mata masih terpejam hanya mulut yang rancak bersuara mendayu-dayu, meminta tolong dari Kamala.

"Raihan, tidur sayang.. Raihan mimpi ni.. Tidur dulu ya.. Nanti nak sahur abang kejut.." Lelaki itu yang sudah bertenggek di birai katil menepuk-nepuk bahu isterinya perlahan. Sempat dikerling jam dinding yang tergantung tiga kaki dari atas kepala katil. Sudah menghampiri ke pukul empat pagi.

Dia merebahkan tubuh di sisi Raihan, mengiring baringnya menghadap sang isteri. Perlahan-lahan bibirnya mengalunkan bacaan surah Al-Insyirah dan dihembus lembut ke ubun-ubun kepala sang isteri. Beberapa kali 'Ali Hasif mengulang perbuatan yang sama sehingga Raihan dilihat kembali tenang dan terlena.

Lelaki itu bingkas dari katil kemudiannya. Telefon bimbit di atas meja sisi katil diambil dan perlahan-lahan dia bergerak keluar dari kamar peraduannya. Pintu bilik ditutup rapat.

'Ali Hasif menghenyakkan tubuh di atas kerusi jati sampan dua tempat duduk di luar biliknya itu. Dia menekan-nekan skrin telefon bimbitnya pula sebelum dilekapkan ke telinga kiri.

"Assalamualaikum, Sif.."

Panggilannya disambut dengan salam tidak sampai beberapa saat dia menunggu.

"Waalaikumussalam warahmatullah.. Sorry Dzal, aku kacau kau time ni,"

"Tak ada hal. Aku dekat office sekarang. Ada kerja sikit,"

'Ali Hasif terangguk-angguk sedikit sebelum dia kembali bersuara.

"Tolong aku Dzal.."

"Risham ke?" Laju Afdzal membalas.

"Aku nak cari Sham sampai dapat. Aku nak dia hidup-hidup," Berapi penuh bersemangat 'Ali Hasif menyatakan isi hatinya.

"Bawak bertenang, Sif.." Afdzal cuba memujuk sebelum menyambung kata. "Memang Sham dah lama dalam wanted list kami tapi dia ni teramat licik. Sekejap je bolos. Anak buah aku banyak kali dah dapat track Sham ni tapi bila nak tangkap, dia hilang begitu je," Panjang lebar Afdzal memberi huraian yang cukup meresahkan.

'Ali Hasif yang tekun mendengar meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang kemudiannya. Dia tahu itu. Sepi beraja seketika.

"Atau ada informer dalam group kau, Dzal?" Tebak 'Ali Hasif tiba-tiba.

Afdzal terdiam sedetik. "Aku check dulu. Nanti apa-apa aku inform kau ya,"

"Terima kasih banyak, Dzal. Aku dah hilang punca sekarang. Wife aku tak sihat Dzal. Aku tunjuk gambar Sham semalam.. Tak sangka dia pengsan lepas tengok gambar tu."

"Allahu akbar, apa dah jadi?"

"Raihan macam dalam dunia dia sendiri. Ada masa dia sedar, ada masa dia meracau-racau.. Aku syak something worst had happened between them,"

"Aku doakan yang terbaik untuk kau dan Raihan, Sif. We will try our utmost best. In shaa Allah.."

"Please do.. Aku tak boleh tengok Raihan macam ni. Dia trauma sangat sekarang. Couldn't imagine what happened back then.."

"You have to stay strong, Hasif.. Untuk Raihan. Aku akan tolong kau, no matter what.."

'Ali Hasif mengangguk-angguk beberapa kali seakan Afdzal berada di hadapannya. Panggilan ditamatkan sebaik sahaja mereka berbalas salam. Lelaki itu bingkas, menjengah ke bilik sebentar sebelum bergerak turun ke dapur untuk menyediakan sahur mereka berdua. Dalam hati sarat dengan doa semoga dipermudah perjalanan hidup mereka yang penuh berliku.


♥️ To be continued,  in shaa Allah.. ♥️



April 8, 2022

Kita Serupa... 20



Hahahahahaha~ Raihan ketawa lepas. Pantas kedua-dua belah tangannya menekup mulut rapat, menahan tawa. Berair matanya saat mendengarkan hikayat yang pertama kali didendangkan sang suami. Kisah yang tidak pernah dia tahu sebelum ini biar pun dia watak utama jalan cerita itu.

"Betul, abang tak tipu.. Macam budak lari dari rumah.. Kalau abang tak dengar Raihan borak-borak dengan pakcik bas tu, abang pun tak tahu Raihan nak masuk asrama.."

Sekali lagi Raihan ketawa sambil menyapu air mata yang bersisa. Dia mengurut dada pula seketika kemudian.

"Mana ada orang lari dari rumah bawak baldi, bang.." Tertahan-tahan suara Raihan menahan tawa.

Giliran 'Ali Hasif ketawa lepas sebelum dia membalas, "Mana la tahu Raihan jadi orang pertama yang lari dari rumah bawak baldi.."

"Dah la bang.. Yang abang pergi buka cerita zaman dulu kala tu kenapa...--"

"Kan Raihan yang tak ingat kenapa dengan tahun 2003 tu.. Abang pun excited la nak cerita first time abang jumpa Raihan macam mana..."

Potong 'Ali Hasif sebelum sempat Raihan menghabiskan ayat. Matanya menangkap cebikan sang isteri. Kenangan bertahun dulu yang lama disimpan dalam lipatan memorinya kembali segar diingatan.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Aduh ya Allah--"

Kepala 'Ali Hasif berpusing 90° mendengarkan suara halus yang mengaduh itu. Matanya menangkap kelibat seorang remaja perempuan yang sudah terduduk di atas tanah. Tersadung barangkali. Dia bangun dari duduknya, segera mendekati remaja perempuan itu. Namun belum sempat dia membantu, seorang lelaki separuh umur muncul terlebih dahulu menghulurkan bantuan. 'Ali Hasif mematung di belakang mereka, menjadi pemerhati.

"Terima kasih pakcik, susahkan pakcik pulak saya ni.." Tersipu-sipu remaja perempuan itu, bangun dari jatuhnya. Dia menepuk-nepuk belakang tubuh, membuang debu yang melekat di baju kurungnya sebelum membetulkan tudung di kepala yang sudah menutupi dahinya. Beg hitam berjalur merah terdampar di sebelah kiri manakala baldi yang berisi gayung sudah tergolek ke kanan. Hanya sebuah beg galas biru gelap yang masih terletak elok di bahunya.

"Anak nak ke mana ni?" Pakcik itu mengangkat baldi dan memasukkan semula gayung yang terkeluar dari baldi tersebut. Baldi biru bertukar tangan. Remaja perempuan itu kembali menjinjit baldinya yang sederhana saiz di tangan kanan.

"Saya baru nak mendaftar masuk asrama, pakcik.."

"Laaa.. Kenapa seorang diri ni? Anak dari mana? Umur berapa anak ni?

Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut pakcik tersebut. Remaja perempuan tadi sudah tersipu-sipu.

"Ada tadi family hantar sampai stesen bas ni.. Saja saya nak tahu jalan nak ke sekolah. Senang nanti nak balik masa cuti.."

Pakcik berkopiah hitam yang sedang mengepit sejadah di ketiak kirinya mengangguk sedikit. 'Ali Hasif di belakang kedua-duanya turut sama menganggukkan kepala.

"Kat mana sekolahnya tu?"

"SMKA ad-Diniyyah," sepatah jawapan yang keluar dari seulas bibir itu.

'Ali Hasif terbatuk kecil mendengarkan jawapan yang mengetuk gegendang telinganya. Dua pasang mata beralih memandangnya. Pantas dia memusingkan tubuh membelakangi mereka berdua dan bergerak menjauh sedikit sebelum dia kembali memasang telinga dan mata.

"Tak jauh dah tu. Boleh la naik bas nombor 79 kat hujung sana tu." Pakcik tadi menunjukkan ke arah sebuah bas yang terletak di kotak parkir paling hujung di stesen bas itu.

"Macam tak ada orang lagi dalam bas tu pakcik," lurus suara itu bertanya sebelum kedengaran tawa pakcik itu seketika.

"Betul dah tu. Pakcik belum buka pintu lagi sebab pakcik baru sudah solat zuhur je ni."

"Ohhh bas pakcik la tu ya,"

"Bas company, nak.. Pakcik pun baru hari pertama bertugas di kawasan ni. Sebelum ni pakcik bawa trip ke KL cuma sekarang ni pakcik dah tak larat nak bawa bas jauh-jauh.."

"Ohhhhh.." Ringkas jawapan remaja itu, polos. Kepalanya dianggukkan beberapa kali.

'Ali Hasif yang berada tidak jauh dari mereka turut sama mengangguk. Terjawab persoalannya sejak menunggu di stesen bas itu sejam yang lalu. Pelik kerana tak terlihat bayang Abang Soleh yang biasa memandu bas bernombor 79 tersebut.

"Nama anak ni apa?"

'Ali Hasif yang mendengarkan soalan itu bergerak sedikit, mendekat.

"Raihan... Zunnur Raihan, pakcik.." Sebuah senyuman terlukis indah di wajah remaja perempuan itu saat menyebutkan namanya.

Dalam tak sedar, 'Ali Hasif pun turut sama tersenyum.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Bang, senyum sorang-sorang dari tadi dah kenapa.."

Tepukan lembut di pehanya membuatkan 'Ali Hasif tersentak, jaga dari lamunan yang panjang. Dia tersengih memandang sang isteri.

"Ha ada la tu dok sengih-sengih pulak..." Raihan merungut perlahan.

"Tak sangka pulak isteri abang ni pandai mengomel jugak.." Lelaki itu ketawa lepas melihat muncung sang isteri.

"Abang dengar tak Raihan tanya apa tadi?

"Tanya apa sayang?"

Raihan pantas kalih wajah. Tak betah melihat mata suaminya saat itu. Seakan belum terbiasa dengan panggilan sayang, dia malu. Melihatkan keadaan itu, 'Ali Hasif bingkas dan berkalih duduk, menghadap isterinya.

"Raihan tanya apa tadi? Sorry abang tak perasan.."

"Takda apa.. Tak jadi nak tanya.."

"Merajuk eh?"

"Heee tak kuasa la nak merajuk bagai,"

'Ali Hasif ketawa lepas.

"Dah tu tak nak tanya balik,"

"Takda apa pun.. Raihan cuma tanya abang buat apa kat stesen bas tu.."

"Ohh.. Itu je?"

Raihan tersenyum simpul sambil mengangguk.

"Baru balik dating.." Bersahaja lelaki itu menyambung ayat, menjawab soalan sang isteri. "Kenapa? Tak percaya?" Tanya 'Ali Hasif saat dia mengesan bibit tawa di wajah isterinya.

Raihan menggeleng laju dengan tangan kirinya sudah menekup mulut, menahan tawa.

"Tak percaya?" Tanya lelaki itu lagi.

"Hermm.. Ada ke orang yang nak kat abang?"

"Kenapa tak ada pulak? Tak handsome ke abang?"

"Boleh la.."

'Ali Hasif ketawa lepas, mendengarkan jawapan Raihan. Dicubit pipi isterinya itu sekali.

"Sapa je la yang nak kat abang.. Dah la garang tak bertempat, serius memanjang.. Naughty pulak tu.." Selamba Raihan mengata sang suami. Dia mengaduh spontan saat tangan lelaki itu mencubit perlahan pipinya sekali lagi.

"Sedapnya dia mengata kita..."

Raihan menayang sengih.

"Abang baru balik dari rumah umi masa tu.." Sambung 'Ali Hasif kemudiannya.

Raihan terangguk-angguk mendengar.

"Kalau Raihan nak tahu, sejak hari tu memang abang selalu jadi penunggu stesen bas.."

Lelaki itu kembali membuka cerita. Isteri di sebelah sudah berkerut dahi memandang.

"Raihan perasan tak ada orang selalu ikut Raihan dari sekolah sampai stesen bas?"

Gelengan laju Raihan dibalas dengan anggukan 'Ali Hasif, beberapa kali.

"Raihan tahu tak ada orang yang suka dekat Raihan masa sekolah dulu?"

Sekali lagi gelengan laju Raihan dibalas 'Ali Hasif dengan anggukan.

"Raihan memang tak ingat ya Aizat Risham?"

Seperti tadi, Raihan masih lagi menggeleng. Sepatah kata tak terucap dari seulas bibir itu. Kali ini gelengan Raihan lengkap dengan kerutan di dahinya.

"Abang rasa Raihan tahu tapi Raihan tak ingat atau pun Raihan sendiri yang tak nak ingat.." Lelaki itu berjeda sebelum kembali menyambung kata, "Atau mungkin Raihan kenal dia dengan nama yang lain..."

Raihan masih lagi menyepi. Hanya bahunya dijungkitkan sekali, isyarat menghantar jawapan.

"Hah!"

Tersentak Raihan saat suaminya tiba-tiba memetik jari sambil bersuara sedikit kuat.

"Jom abang tunjuk gambar dia,"

Raihan bingkas, menuruti langkah sang suami menuju ke luar bilik. Kedua-duanya merapati meja kerja di bilik bacaan. 'Ali Hasif mengambil telefon bimbitnya. Lincah jari mencari-cari gambar di dalam galeri telefon bimbitnya itu.

"Erm, ni.. Cuba Raihan tengok baik-baik gambar lelaki yang pakai snow cap maroon ni," 'Ali Hasif mengunjukkan telefon bimbitnya.

Samsung ditangan 'Ali Hasif disambut Raihan. Ditilik skrin telefon bimbit itu dengan kerutan di dahi. Sesaat kemudian, dadanya berdebar yang amat. Nafasnya terasa berat. Tercampak telefon bimbit dari tangannya. Melihatkan seraut wajah itu seakan menyempitkan dadanya, mengurangkan oksigen ke kepala. Dia terasa seperti hendak pitam. Suara sang suami memanggil-manggil namanya seakan tak kedengaran. Raihan pengsan tiba-tiba.

 

♥️ to be continued, in shaa Allah..♥️


 


March 27, 2022

Rindu...♥️


Assalamualaikum wbt and good evening every one..♥️


Maaf. Sorry. Pardon me....


Sungguh. Deep down inside, I really miss writing stories, sharing thoughts, ideas and knowledge thru writing...



Perhaps it's my bad..

Gagal nak menguruskan masa dengan baik.

Gagal nak bahagi-bahagikan urusan hidup, keluarga, kerja, kesihatan fizikal mental, dunia dan akhirat dgn baik...


In fact all of us are given 24 hours, EQUALLY.

NO LESS and NO EXTRA.


So obviously, it's my bad..


Still trying my very best to at least finish Kita Serupa.

Dying to finish this one..😌


Just finished reading Bayang-Bayang. Marathon. Trying to get back on track. Planning on "marathoning" Kita Serupa.



Sempena Ramadhan yg bakal menjelma tak lama lagi, saya menyusun 10 jari memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang berblogging, dalam sedar atau pun tak sedar..


Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yg terbaik dan semangat yg luar biasa untuk beribadah pada Ramadhan kali ini.. Semoga kita bertemu dgn Laylatul Qadr, Allahumma aaamiiin..🤲🏻


So I'll see you when I see you, in shaa Allah..♥️