September 12, 2018

Kita Serupa ...14


Bunyi ketukan di muka pintu membuatkan Raihan mengangkat kepalanya sedikit. Wajah Kak Shima, ketua pelajar tingkatan 5 yang bertugas di bilik rawatan sekolah pada hari itu terbias di matanya. Dia kembali berbaring.

"Adik dah makan?"

Raihan menggeleng perlahan. Kepalanya terasa sangat berat. Pusing.

"Akak belikan roti, nak?"

Raihan menggeleng lagi.

"Raihan sakit kepala lagi kan? Lepas makan roti nanti akak urut kepala Raihan, ya."

Raihan masih lagi menggeleng perlahan. Kelopak mata seakan digam.

"Makan la sikit, dik. Nanti perut masuk angin lagi tambah sakit kepala pulak. Akak pergi beli roti ya, buat alas perut.."

Raihan menganguk lemah. Matanya dipejam rapat. Minyak angin sudah disapu di serata kepala dan di belakang tengkuk. Entah kenapa sakit kepalanya hari itu semakin teruk serasa seperti migrain. Perut pun terasa bergelodak seperti ingin muntah.

"Okay, akak keluar sekejap ya. Sementara tunggu Cikgu Jamilah habis tugas di padang, baik adik makan sikit, kan.."

Raihan mengangguk lagi. Terharu dia dengan keprihatinan ketua pelajar itu. Beberapa minit kemudian Raihan terdengar daun pintu seperti dibuka sedikit. Dia masih lagi berbaring di atas katil, membelakangkan pintu masuk ke bilik rawatan puteri yang kecil itu.

"Kak,"

Tiada balasan.

"Kak Shima.."

Panggilan Raihan dibiarkan sepi.

"Kak Shima ke tu?"

Raihan cuba mengangkat kepala dan membuka mata. Namun saat dia terasa sakit di kepalanya semakin mencengkam, menyucuk, dia kembali berbaring. Matanya dipejam rapat.

Urutan perlahan di atas kepala dan turun ke tengkuk membuatkan Raihan sedikit lega. Bibirnya menguntum senyum sedikit. Dia mengiringkan baringnya, menghantar isyarat mahu kepalanya diurut lagi. Hampir terlelap Raihan sebelum matanya terbuka luas beberapa saat kemudian.

Urutan di bahagian kepala dan tengkuknya beralih pada sentuhan di pipi. Celik seluasnya mata Raihan saat dia terasa kasarnya tangan yang menyentuh pipi. Hampir melompat dia turun dari katil. Ada sepasang mata yang meneroka wajahnya dalam jarak yang sangat dekat. Semakin mencengkam sakit di kepala akibat rasa terkejut yang amat. Darah seakan menyerbu naik ke kepala.

"Kkk... Kkk... Kau siapa?"

Raihan menjerit kuat. Terketar-ketar suaranya.

"Gila! Kurang ajar!"

Bantal di hujung katil dicampak ke arah lelaki yang menutup sebahagian wajahnya dengan kain pelikat, ala ninja. Hanya sepasang mata jelas kelihatan. Lemah balingan Raihan, jatuh di hujung kaki lelaki itu

"Kurang ajar kau!!!"

Raihan bingkas, dalam pinar-pinar mata dia melihat Kak Shima sudah berada di hadapan pintu. Lelaki yang tidak dapat dikenal pasti siapa itu sudah berlari menuju ke pintu dan berdiri betul-betul di hadapan Kak Shima. Raihan yang tidak dapat menahan sakit di kepalanya sudah terjelupuk di tepi katil. Pengsan.

"Raihan, Raihan... Bangun sayang."

'Ali Hasif memanggil isterinya lembut. Sudah masuk kali ketiga gadis itu mengigau hari ini. Riak wajah yang cemas, desah nafas yang laju dan rintik peluh di dahinya cukup untuk menyampaikan mesej tidurnya diganggu mimpi yang ngeri.

"Raihan, bangun sayang.."

Panggil 'Ali Hasif sekali lagi. Tangannya menyentuh perlahan tapak kaki Raihan. Gadis itu bingkas. Terkejut. Kepalanya menoleh kiri dan kanan seolah-olah mencari sesuatu. Air mata laju menuruni pipi.

"Kenapa ni sayang? Raihan mimpi apa ni?"

'Ali Hasif memeluk Raihan kejap. Dapat dirasakan denyutan jantung isterinya, seakan baru lepas berlumba lari 100 meter. Pelukan dikemaskan dan dia menepuk lembut belakang bahu Raihan, cuba menenangkan isterinya itu.

"Hushhh.. Calm down, sayang.. Istighfar.."

Raihan menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan. Dia menolak tangan 'Ali Hasif perlahan, cuba meregangkan pelukan. Wajah sang suami dipandang tak lepas. Tajam. 'Ali Hasif sudah berkerut kening melihat tingkah Raihan.

"Kenapa sayang?"

Raihan hanya diam. Tumpuannya tidak berkalih walau sedikit. Matanya tidak berkedip walau sekali. Pandangannya seakan menembusi wajah lelaki itu.

"Raihan.. Raihan.."

'Ali Hasif memanggil nama isterinya sambil tangannya melambai beberapa kali di hadapan mata Raihan. Raihan masih lagi tidak berkelip. Mindanya menerawang entah ke mana.

"Raihan.. Kenapa ni? Cuba bagitahu abang,"

'Ali Hasif masih belum puas hati. Raihan seperti di dalam dunianya sendiri. Lelaki itu mengangkat tangan kanannya sedikit, memegang pipi sang isteri. Raihan  tersentak. Pantas tangannya menepis tangan 'Ali Hasif.

"Mata tu!"

"Hah?"

'Ali Hasif berdebar. Menyesal pula dia membawa isterinya ke situ. Bimbang sang isteri disampuk apa-apa.

"Raihan okey tak ni?"

"Mata dia!"

Makin berkerut dahi 'Ali Hasif.

"Kenapa ni Raihan? Mata siapa? Raihan okey tak?"

Lelaki itu menarik tangan isterinya, dielus lembut tangan halus itu. Raihan menghembus nafasnya perlahan. Wajah suaminya dipandang dengan linangan air mata.

"Why sayang? Bad dreams? This is the third time, you know. Tell me what's bothering you,"

Raihan menggeleng. 'Ali Hasif menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus perlahan.

"Raihan okey?"

Gadis itu mengangguk dan menundukkan wajahnya, tidak betah memandang sang suami lama-lama.

"Are you sure? Sebab tadi abang rasa macam Raihan ada cakap something,"

Raihan diam. Bibirnya seakan mahu menuturkan sesuatu tetapi hatinya terasa berat, akalnya seperti menegah.

"You know you can count on me, right?"

Raihan masih lagi diam. Namun, kepalanya sudah tegak memandang 'Ali Hasif. Bertentangan mata berdua. Ditenung mata suaminya dalam-dalam seakan mencari keyakinannya di situ.

"Siapa yang ada kat belakang toilet that day?"

"Er--"

"Siapa orang tu?"

Potong Raihan saat 'Ali Hasif seperti teragak untuk menjawab.

"Siapa dia?"

Soal Raihan lagi. Dia perlu tahu jawapan itu untuk memastikan sesuatu. Dia yakin ingatannya kali ini tepat, pandangannya tidak menipu. Biarpun dalam situasi yang berbeza, dia yakin bentuk mata yang dilihatnya itu sama. Ya! Dia pasti itu.

Bentuk mata yang unik, hujungnya seakan ternaik sedikit membuatkan sepasang mata itu kelihatan seperti sedang tersenyum. Cat eyes. Hanya ada seorang sahaja yang dikenalinya mempunyai bentuk mata seperti itu dan dia perlu mendengar pengesahan jawapan daripada 'Ali Hasif, satu-satunya saksi yang dia ada saat ini.

"Siapa?"

Raihan mengulang tanya. Tidak sabar menunggu biarpun dalam debar yang amat.

"Sham.. Aizat Risham,"

"Siapa Aizat Risham?"

"Raihan tak ingat?"

Raihan menggeleng laju.

"Cham?"

Raihan kerut kening.

"Am?"

Raihan masih lagi menggeleng dengan kerutan di dahi. 'Ali Hasif meraup wajahnya sekali. Serasa seperti telah disebut semua nama panggilan Aizat Risham. Tangan Raihan digenggam erat.

"Is this something to do with your nightmare?"

Raihan diam tak membalas, teringat mimpinya tadi. Berbulan selepas peristiwa dia dan Aimi dihendap, dia pula diusik tanpa disedarinya. Malah dalam keadaan dia yang tidak bermaya! Syukur yang amat tiada yang buruk menimpanya tika itu.

Namun, si durjana itu tetap terlepas. Kata kak Shima, dia bertembung dengan lelaki itu di muka pintu. Dia ditolak kuat ke tepi sehingga terjatuh di luar bilik dan lelaki itu berlari entah ke mana, bernasib baik berjaya meloloskan diri kerana semua warga sekolah sedang sibuk di padang untuk acara kemuncak kejohanan sukan tahunan sekolah.

Raihan menghela nafasnya perlahan. Peristiwa yang terjadi kepadanya membawa kepada titik tolak berlakunya beberapa perubahan di sekolah itu. Bilik rawatan yang asalnya di bahagian hujung bangunan sekolah diubah tempatnya ke kawasan yang lebih terbuka iaitu berhampiran dewan sekolah di pintu masuk utama. Kamera litar tertutup juga telah dipasang di beberapa hotspot sekitar sekolah.

Walaubagaimanapun, tidak dapat tidak, hidupnya memang lebih terkesan dengan peristiwa hitam yang silih berganti dalam tahun yang sama. Demi maruahnya untuk terus kekal di sekolah itu dengan lebih aman, mudir dan guru disiplin tika itu memutuskan untuk menyiasat kesnya secara rahsia dan tertutup.

Bimbang jika dihebohkan maruahnya akan tercalar. Mujur kak Shima yang sangat memahami dan baik hati telah merahsiakan hal itu dari pengetahuan orang lain. Dia rasa sangat terhutang budi. Namun kes itu tergantung begitu sahaja. Tiada penutupnya. Raihan memejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan.

"Raihan,"

Panggilan itu membuatkan Raihan kembali celik. Luas. Wajah tenang 'Ali Hasif dipandang tak lepas. Percaya suaminya juga tidak mengetahui perkara itu. Dia malu. Malu dengan dirinya yang telah disentuh sesuka hati tanpa kerelaannya.

"Raihan okey tak ni?"

Gadis itu mengangguk tanpa suara.

"Look, listen sayang. I don't feel good about this. Is there anything you want to share?"

Raihan menggeleng tanpa berfikir panjang.

"Are you sure?"

Raihan menelan liur. Mata tunduk memandang jari jemarinya yang bersulam sendiri. Ingin dikongsi, dia berat hati. Membuka cerita duka itu umpama mengkhabarkan aib sendiri. Raihan angkat kepala. Wajah suaminya dipandang lama, mencari keikhlasan yang terbias pada sepasang mata itu. Dalam tak sedar, kepalanya mengangguk beberapa kali.




to be continued,
in shaa Allah..

September 3, 2018

Kita Serupa ...13



Hijau pemandangan sepanjang perjalanan. Sejuk mata memandang. Tenang dan mendamaikan. Namun, ketenangan itu tidak singgah pada 'Ali Hasif. Dia yang sudah lebih sejam memandu tertoleh-toleh pada Raihan di sisi. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena biarpun tidak terlihat wajah isterinya yang memandang ke luar tingkap.

Biasan di cermin menayang kerutan di dahi sang isteri silih berganti. 'Ali Hasif menghela nafas. Masih lagi matanya mengintai ke sisi. Sesekali. Cuba melihat wajah Raihan yang terbias di cermin. Raihan menoleh sedikit. Peluh merenik di dahinya. 'Ali Hasif segera menurunkan suhu pendingin hawa, mengharapkan isterinya lebih selesa.

Raihan masih seperti tadi. Berpeluh biarpun terasa dingin di dalam kereta. 'Ali Hasif menggaru kepala sekali. Kepalanya dipaling sedikit, mengintai sang isteri yang sudah duduk mengiring sambil memeluk lutut dengan kepala yang tersandar di tingkap dan mata yang terpejam. Lelaki itu tersenyum sedikit. Sel-sel otaknya mula berhubung.

"Raihan tidur ke?"

'Ali Hasif bermukadimah. Raihan hanya menggeleng perlahan.

"Raihan tak selesa?"

Sepi tiada balasan.

"Raihan nak abang berhenti?"

Masih lagi sepi tanpa balasan, yang kedengaran hanyalah celoteh Jep, Rahim dan Angah di rancangan Sinar Pagi, memeriahkan slot mereka pagi itu.

"Raihan okay tak?"

Anggukan Raihan nampak lemah. Berkerut dahi 'Ali Hasif. Okey apa macam tu?

"Period pain?"

Tanya 'Ali Hasif direct. Raihan tidak membalas. 'Ali Hasif menoleh sekali lalu. Terlihat olehnya air mata Raihan yang mengalir tiba-tiba. Dia mula cuak. Laju sahaja tangannya mencapai tangan Raihan.

"Sakit sangat ya sayang?"

Raihan masih lagi tidak membalas. Tangannya ditarik dari genggaman 'Ali Hasif dan dia mengesat sisa air mata di pipinya. Nafasnya dihela perlahan.

"Okay lagi.."

Sepatah dia menjawab. Hampir tak kedengaran suara itu. 'Ali Hasif mula bertenang. Tangan isterinya dicapai kembali. Digenggam erat tangan halus itu. Faham sakit yang ditanggung isterinya tika itu kerana dia sendiri lahir dalam keluarga yang meriah dengan kaum hawa.

"Sabar sikit ya sayang. Sekejap lagi abang berhenti."

Raihan hanya membiarkan tangannya dalam genggaman sang suami. Dia diam, tak memberikan sebarang isyarat. Kepalanya dilentokkan kembali ke tingkap dan matanya dipejam rapat. 'Ali Hasif menekan pedal minyak lebih dalam, melajukan larian kenderaan yang dipandunya.

Hampir setengah jam meneruskan pemanduan, akhirnya segaris senyuman terlukis di wajah lelaki itu melihatkan papan tanda Petronas, 100 meter di hadapan. Lampu isyarat ke kiri diberikan dan kereta itu meluncur laju, masuk ke kotak parkir yang paling hujung. 'Ali Hasif pantas keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam kiosk Petronas.

Tidak sampai lima minit, lelaki itu sudah kembali ke kereta. Plastik di tangannya digantung pada penyangkut di bahagian belakang tempat duduk penumpang. Tangan sang isteri dicapai dan dielus lembut. Raihan tampak lena biarpun di dahinya terlukis garisan halus.

"Raihan,"

Raihan bergerak sedikit dengan mata yang masih terpejam. Kerutan di dahinya sudah hilang.

"Raihan, bangun sayang.. Minum sikit juice ni,"

Terbuka luas mata Raihan. Minum? Minum apa siang-siang bulan Ramadhan ni? Kerutan antara dua keningnya semakin jelas.

"Minum sikit sayang.. To ease your pain, relax your muscles.."

Raihan menoleh ke arah tangan 'Ali Hasif. Lelaki itu mengunjukkan setin air kepadanya. Pineapple juice?! Seriously?! Raihan menelan liur. Kepalanya sudah tertoleh-toleh kiri dan kanan. 'Ali Hasif ketawa lepas. Sesaat.

"Don't worry, abang park hujung sekali dah ni plus it's still early in the morning.. Belum ramai orang lagi.." Senyuman paling manis dihadiahkan buat Raihan.

Raihan masih lagi teragak-agak. Tidak disambut huluran suaminya. 'Ali Hasif pantas membuka penutup tin, meletakkan straw ke dalam tin dan menyua straw itu ke bibir Raihan. Makin bulat sepasang mata cantik itu.

"Have a sip, dear,"

Raihan masih lagi seperti tadi, teragak-agak. Bibirnya dikunci rapat. Tangan sudah memeluk perut. Entah kenapa senggugutnya menyerang semula setelah sekian lama menjauh. Raihan menghela nafas.

"Kenapa? Raihan takut? Abang memang bukan doktor. But, believe me, you'll thank me later.. Abang dah biasa dengan situasi macam ni, sayang.. I've been surrounded by women all my life."

Makin berkerut kening Raihan. Dia tidak tahu bagaimana kehidupan suaminya. Dia tidak tahu siapa suaminya yang sebenar. Dia tidak tahu perihal keluarga suaminya.

"Abang ada along, angah, Nawwal, Naurah and adik. Lima orang perempuan. I'm the third, and the only son.."

Tersenyum 'Ali Hasif membuka cerita, seakan mengetahui apa yang bermain di fikiran sang isteri. Keningnya dijungkitkan sedikit sambil tangan menghalakan straw ke mulut Raihan.

"Bismillah... Minum niat untuk ubat, yakin dengan kuasa Allah.."

Raihan mengambil tin minuman itu dan membaca bismillah sebelum dia menyedut perlahan. Matanya mencuri pandang keliling. Pecah tawa 'Ali Hasif.

"Macam orang buat salah je abang tengok,"

Raihan mencebik sedikit. Tangannya pantas menepis cuitan di mulutnya.

"Biasanya kalau any one of them kena senggugut, mesti mama bagi minum air nanas. Macam yang abang belikan untuk Raihan ni. Fruit Tree. Sedap kan? Pineapple pun banyak khasiat tau,"

Terangguk-angguk Raihan mendengar, tidak sedar sedutannya tidak berhenti sehingga habis setin air itu. Dia malu sendiri bila sedutan akhirnya berbunyi tin yang sudah kosong. 'Ali Hasif ketawa sedikit. Tangannya menepuk perlahan kepala Raihan.

"Good girl,"

Tangan lelaki itu menggagau beg plastik yang digantung di belakang tempat duduk penumpang. Sebotol minyak cap kapak dikeluarkan dari kotaknya dan dihulurkan pada Raihan yang menyambutnya tanpa suara.

"Kalau tak minum jus nanas, mesti mama sapu minyak ni kat perut diorang and mama urut-urut. In shaa Allah kurang sikit sakit tu nanti.."

Raihan masih lagi terangguk-angguk. Tin nanas sudah diletakkan di tepi tempat duduknya.

"Raihan nak abang sapukan minyak?"

"Hah?"

"Raihan nak abang urut perut Raihan?"

"Hah? Dah kenapa? Tak payah la.. Mengarut,"

'Ali Hasif ketawa lagi. Bersambung-sambung kali ini sehinggakan Raihan menepuk perlahan peha lelaki itu.

"Raihan patut tengok muka Raihan tadi.. Kelakar abang rasa. Tu la, payah sangat nak dengar suara. Nak kena provoke dulu baru nak cakap."

Raihan hanya tersenyum malu. Suaminya semakin mesra tetapi dia tetap begitu. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan. Untuk membahasakan suaminya itu pun tidak terucap di bibirnya.

"Daydreaming?"

Raihan tersentak.

"Er.. toilet kejap ya,"

Tanpa menunggu balasan 'Ali Hasif, cepat-cepat Raihan turun dari kereta membawa bersamanya sebotol minyak cap kapak. Sepuluh minit kemudian, Raihan kembali ke kereta. 'Ali Hasif tersenyum lebar.

"Abang rindu sayang.."

Terhenti langkah Raihan seketika. Dia segera melangkah masuk ke dalam kereta dengan selamba, pura-pura tidak mendengar.

"Raihan tahu tak, Raihan baru tak ada sekejap je pun abang dah rindu,"

Raihan masih lagi diam tanpa sebarang reaksi.

"Lama tau abang cari Raihan, bertahun-tahun."

A confession?! Raihan terpaku, diam memasang telinga.

"Raihan memang tak pernah ada social media account kan?"

Raihan kerut dahi. Lain yang diharapkan, lain pula yang sampai ke telinganya. Mata Raihan memandang tepat ke hadapan. Sedikit pun dia tak menoleh ke sisi.

"None, right?"

"Ada la.." Raihan membalas hambar.

"Iya ke? Apa? Kenapa abang tak pernah jumpa. Tak percaya la abang.."

"Siapa suruh jadi stalker," tanpa perasaan dia menuturkan kata.

'Ali Hasif hanya tersengih sendiri, berpusing menghadap Raihan.

"Tell me now.."

"What?"

"Your Facebook account,"

"Siapa kata Facebook?"

"Giliran 'Ali Hasif berkerut dahi. "Then what? Insta? Twitter? Tumblr--"

"Friendster," potong Raihan.

'Ali Hasif terdiam seketika sebelum tawanya meletus.

"Satu kapal dengan MySpace, Hi5.." 'Ali Hasif menyambung tawa setelah dia menghabiskan ayatnya.

Raihan mencebik. 'Ali Hasif senyum meleret kemudiannya sebelum dia menyambung kata, "Dah closed down kan fs?"

Raihan mengangguk.

"Are you into gaming?"

Raihan kerut dahi, menggeleng laju.

"No, never."

"Setahu abang lama dah fs ni jadi gaming site before they shut down,"

"Hm... Masa tu la Raihan closed account,"

'Ali Hasif terangguk-angguk.

"So now?"

Raihan jungkit bahu. "WhatsApp.. Telegram..?" Raihan membalas dengan leretan suara.

'Ali Hasif hanya tersenyum. Tangannya diangkat sedikit, mengusap kepala Raihan yang dilitupi tudung Syria berbunga merah hitam seraya berkata, "Good girl,"

"Bila nak gerak balik?"

"Raihan dah tak sabar nak balik rumah kita ke?"

'Ali Hasif menjungkitkan kening beberapa kali. Senyuman nakal ditayangkan pada Raihan. Gadis itu hanya diam membatu.

"Raihan dah okey?"

"Alhamdulillah, getting better.."

Tegak kepala Raihan memandang ke hadapan.

"Alhamdulillah..."

Sambung 'Ali Hasif. Dia tersenyum.

"Thanks,"

"Laa syukran 'alal wajib,"

Raihan mengerling ke sisi kanan sedikit. Matanya menangkap leretan senyum sang suami.

"Thanks anyway,"

"It really is my duty.. I'm your husband, remember?"

Raihan mengangguk dalam senyuman. 'Ali Hasif mengerdipkan matanya sekali.

Abang nak pergi toilet kejap. Raihan lock the door, okay."

Terangguk-angguk Raihan, bersedia untuk menekan central lock sebaik sahaja  sahaja  'Ali Hasif keluar dari kereta itu. Dia duduk menyandar di kerusi. Kepalanya dilentokkan ke cermin di sisi. Jauh fikirannya melayang. Kali terakhir dia senggugut teruk adalah semasa dia berada di tahun pertama pengajian sarjananya, sejurus selepas dia tamat ijazah sarjana.

Ketika itu, Kamala berada di biliknya dan sahabatnya itulah yang telah memberikannya segelas air suam untuk diminum dan mengajaknya berjalan di sekitar kampus bagi mengurangkan rasa sakit. Selama hidupnya, sakit dan pedih disimpan sendiri kerana dia sudah terbiasa dengan hidup berdikari.

Kini, dengan perhatian yang diberikan 'Ali Hasif, dia terasa dirinya seperti dihargai. Dia terharu. Jauh di sudut hati, dia tahu lelaki itu berhak dilayan sewajarnya, selayaknya seorang suami di sisi sang isteri. Tetapi dia kaku, lidahnya kelu. Hati tak putus berdoa agar diberikan kekuatan.

Ketukan perlahan di cermin membuatkan Raihan tersentak. 'Ali Hasif menayang senyum. Raihan ketap bibir, menyembunyikan senyum. Pintu ditarik sebaik sahaja kunci dibuka. Lelaki itu mengunjukkan satu beg plastik kecil ke arah Raihan. Raihan segera menyambut.

Erk? Boleh pulak dia ni shopping dalam kiosk tu. Bulat mata Raihan melihat isi di dalam plastik. Dua jenis coklat Cadbury, setin jus nanas dan sebotol air mineral. Lepas pulak beli makanan bagai bulan-bulan puasa ni.

"Abang bagitahu kat cashier tadi, saya beli untuk isteri dalam kereta, dia tak sihat.." Dengan selamba 'Ali Hasif berkata. "Period pain," sambung lelaki itu lagi.

Raihan menggeleng perlahan.

"Sungguh, abang bagitahu yang benar.. Buat apa nak selindung, kan? Bukan abang yang nak makan semua--"

"I believe you just did," potong Raihan laju. "And thanks for the thought," sambungnya dengan senyum penuh makna.

"Okay, so now, Raihan nak makan ke minum ke, anytime.. Abang tak kisah pun.. Raihan nak sapu minyak ke, sapu je.. Abang tak mengintai.."

"Okay," ringkas Raihan membalas.

"Okay?"

"Hm, okay.. Boleh gerak dah.."

'Ali Hasif ketawa lepas, sesaat.

"Tak sabar sangat nak balik rumah ni, kenapa?"

"Boring duduk dalam kereta,"

Satu cubitan lembut singgah di pipi Raihan. Gadis itu tersentak.

"Asal ada Raihan, dekat mana-mana pun, abang takkan pernah rasa boring.."

Raihan menelan liur. Niatnya hanya nak bergurau. Tetapi suara suaminya serius tiba-tiba.

"Sorry," sepatah Raihan membalas.

"It's okay, Raihan.. Abang cuma beritahu apa yang abang rasa.." 'Ali Hasif membalas mesra kemudiannya dan menyambung, "Shall we?"

Raihan menjawab dengan anggukan dan leretan senyum. Kereta mengundur perlahan usai doa kenderaan selesai dibaca. Dia membiarkan sahaja tangan kanannya dalam genggaman erat 'Ali Hasif. Matanya memerhatikan kenderaan yang mula bertali arus. Dadanya berdebar hebat tiba-tiba. Pandangannya tertancap pada sesuatu yang dia kira sangat menakutkan.

Raihan membetulkan duduknya. Dia menoleh pada sang suami yang sedang tenang memandu. Matanya beralih semula pada cermin sisi. Sah! Dia pasti dengan apa yang dilihatnya. Cemas. Itulah yang dirasakannya kini. Tangannya dalam genggaman 'Ali Hasif ditarik tanpa isyarat. Dia meletakkan tangan itu rapat ke dadanya, seakan cuba mengawal debar yang semakin rancak.

"Are you okay, dear?" Tanya 'Ali Hasif. Pelik dengan perubahan Raihan yang tiba-tiba.

Raihan mengangguk laju tanpa berfikir.

"Sure?"

Raihan mengangguk lagi. Matanya masih tak lepas dari memandang cermin sisi. Sebuah Mitsubishi Evo X merah menyala di belakang sebuah treler panjang. Beberapa meter di belakang mereka. Dia pasti itu kereta yang sama. Dia tidak paranoid. Raihan menelan liur. Dalam tak sedar, tangannya sudah mencengkam lengan kiri 'Ali Hasif.

"Raihan kenapa?"

"Tak.. Tak.. Takda.. Takda apa," tergagap Raihan membalas.

"No, I don't think so,"

Raihan menoleh ke belakang. Mitsubishi Evo X itu sudah tiada di belakang mereka. Baru beberapa saat dia terlepas pandang, kereta itu sudah hilang dari matanya. Raihan tercari-cari. Makin kuat dia mencengkam lengan 'Ali Hasif, membuatkan lelaki di sisinya itu semakin tertanya-tanya.

"Kenapa Raihan? Cuba bagitahu abang,"

"Aa.. Aaa.. Aa ada kkk kk kereta ikut kita," makin tergagap Raihan.

'Ali Hasif sudah berkerut kening. Matanya terarah ke cermin pandang belakang.

"Calm down.. Take a deep breath.."

Raihan menurut tanpa bantahan.

"Kereta mana?" Tanya 'Ali Hasif kemudiannya.

"Dah tak ada,"

"Are you sure it's following us?"

Raihan mengangguk laju.

"Mana Raihan tahu dia ikut kita? Dah hilang dah ni maknanya bukan ikut kita la.."

'Ali Hasif bersuara perlahan, cuba menenangkan Raihan. Tangan kirinya mengelus lembut tangan Raihan yang sudah digenggam kembali.

"I've seen the car before,"

"Exactly the same?"

Raihan mengangguk lemah.

"When? Where?"

"Almost every day.. Dekat kampung.."

Tercengang 'Ali Hasif. Kepalanya menoleh ke arah Raihan sekilas.

"You better tell me everything, dear.."

"I'm sorry,"

"No.. No need to be sorry, sayang. I am sorry for not be able to earn your trust,"

"I really am sorry..."

Raihan bersuara tertahan-tahan.

"Hushhh.. Abang okay, sayang.. Don't be sorry, don't be sad.. Abang faham situasi kita. We are not like other married couples.. We are still learning and getting to know each other. So, I don't blame you."

Raihan diam tak membalas. 'Ali Hasif membawa tangan Raihan dalam genggamannya ke bibir. Dia mengucup belakang tangan itu sekali sebelum dilekapkan ke dadanya.

"I love you, sayang.. More than everything,"

Raihan diam. Air mata laju menuruni lekuk di pipi. Pantas dikesatnya. Tidak pasti air mata suka atau pun duka. Dia terharu. Sangat. Tapi dia juga gusar. Teramat. Hatinya masih lagi tidak tenteram memikirkan kereta Mitsubishi Evo X itu. Siapa pemandunya dan apa tujuannya.

Lampu tinggi yang diberikan tiba-tiba membuatkan pandangan 'Ali Hasif beralih pada cermin pandang belakang. Sebuah kereta Mitsubishi Evo X merah menyala laju di belakang keretanya. 'Ali Hasif memberi isyarat ke kiri dan segera masuk ke lorong tengah. Kereta itu menurut. Masih lagi laju di belakang mereka dan masih lagi memberikan lampu tinggi.

'Ali Hasif mengecilkan mata. Pedal minyak ditekan lebih dalam. Tangan Raihan dalam genggaman dilepaskan perlahan. Kedua-dua belah tangannya sudah memegang kejap stereng. Kepalanya menoleh ke arah Raihan. 

"Buckle up, sayang. Please,"

Raihan tersentak. Segera dia memakai tali pinggang keledar. 'Ali Hasif meningkatkan kelajuan kereta. Cermin sisi dan cermin pandang belakang dikerling sekilas sebelum dia memberi lampu isyarat ke kanan dan membelok masuk ke lorong paling kanan.

"Kereta merah  belakang kita ni ke Raihan?"

Raihan pantas menoleh ke belakang. Dia mengangguk laju, beberapa kali. Cemas. Tangannya mula menggigil. 'Ali Hasif segera mencapai tangan kanan Raihan, mengenggamnya erat. Mitsubishi merah itu mengikuti rapat kereta mereka. Gadis itu menelan liur saat meter kelajuan semakin naik kerana suaminya cuba menjarakkan kenderaan.

Dia mengiringkan duduknya, menghadap 'Ali Hasif. Lelaki itu serius memandang depan dan sesekali mengerling ke cermin sisi. Raihan menarik nafas dan menghembus perlahan, cuba menenangkan dirinya sendiri. Dalam hatinya tak putus berdoa dan berzikir, yakin Allah berada bersama mereka.

"Raihan tahu siapa dalam kereta tu?"

Raihan menggeleng beberapa kali.

"Abang rasa abang tahu siapa,"

'Ali Hasif membalas penuh yakin. Matanya dikecilkan sedikit, cuba menahan silau dari lampu tinggi yang disuluh ke arah mereka. Cahayanya menyucuk mata biarpun hari siang dan cerah.

"Siapa?" Tanya Raihan laju.

"Aizat Risham,"

"Hah?" 

Nama ni lagi. Siapa Aizat Risham ni? Raihan menggaru kepalanya sekali.

"Sham! Tapi ini bukan kereta dia. Tapi macam gaya dia dah ni,"

'Ali Hasif bersuara perlahan, seakan bercakap dengan dirinya sendiri. Raihan hanya diam, tidak berani mencelah di saat genting ini. Tangannya memegang kejap tali pinggang keledar yang bersilang di tubuhnya. Kelajuan kereta yang mencecah 140kmj membuatkan dia terasa kecut perut. Kereta di belakang mereka masih lagi memberikan lampu tinggi dan mengikuti rapat.

Cermin pandang belakang dan cermin sisi dikerling 'Ali Hasif beberapa kali bagi memastikan tiada kenderaan lain yang berhampiran. Puas hati, dia pantas memandu Honda CR-Vnya ke kiri. Tanpa sebarang isyarat, dilarikan arah kereta itu menuju susur keluar ke Bangi. Laju dia memandu dan menyelit di celah-celah kenderaan lain, cuba lari dari Mitsubishi merah itu.

"Kita singgah kedai kejap ya,"

'Ali Hasif kembali bersuara setelah beberapa bulatan dipusing beberapa kali. Raihan hanya mengangguk biarpun dia tidak faham kedai apa yang dimaksudkan.

"Abang ada bukak dua kedai dekat area Bangi ni. Kita singgah yang dekat Bangi Gateway, abang nak tukar kereta,"

Raihan mengangguk lagi. Dalam hati mula tertanya-tanya, apa sebenarnya pekerjaan suaminya itu. Dua buah kedai, kereta entah berapa, rumah yang didiami pun agak besar. Rumah berkembar. Terasa seperti ingin bertanya, Raihan mengerling suami di sisi. Lelaki itu masih lagi kelihatan serius. Takut pula untuk dia hendak bersuara. Sudahnya dia hanya menurut tanpa kata.

Kereta diparkir di tepi jalan sambil lampu isyarat ke kanan diberikan. 'Ali Hasif keluar dari kereta dan masuk ke dalam sebuah kedai. Lot ketiga dari hujung. Beberapa minit kemudian, dia kembali ke kereta. But bahagian belakang dibuka dan dua buah beg dikeluarkan, dimasukkan ke dalam but kereta Myvi hitam model terbaru.

V8590. Raihan kerut dahi. Dalam kepala timbul bermacam persoalan, sibuk dia mencongak-congak. Pintu kereta yang terbuka tiba-tiba membuatkan Raihan tersentak. 'Ali Hasif sudah masuk ke dalam kereta dan memarkirkan kereta itu ke kotak parkir Myvi hitam tadi. Mata Raihan beralih pada Myvi yang sudah berada di bahu jalan. Entah bila kereta itu berpindah tempat, dia tidak sedar kerana terlalu asyik berfikir.

"Come, sayang.."

"Aa ha ya,"

Balas Raihan laju sambil turun dari kereta. Langkahnya dipercepat, menyaingi gerak langkah sang suami. Pintu Myvi bahagian penumpang di sebelah pemandu dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam kereta itu. 'Ali Hasif sudah bersedia di bahagian pemandu.

"This is my third time driving this car,"

Cerita 'Ali Hasif perlahan. Raihan di sisi hanya mengangguk sekali. Deringan telefon bimbit lelaki itu kedengaran agak kuat. 'Ali Hasif pantas mencapai telefon bimbitnya di atas papan pemuka.

"Waalaikumussalam wbt. Ha, Zal. Macam mana? Dapat?"

Raihan mula menjadi pemerhati.

"Aku tak nampak la Zal. Silau kot. Tapi memang aku rasa dia. Plat? Sure. Memang WB222. Kau try check,"

Raihan terangguk-angguk sedikit, mula dapat menangkap butir perbualan sang suami.

"Memang tak la aku nak balik rumah hari ni. Tengok dulu. Nanti aku beritahu. Jangan lupa update,"

Setia memerhati 'Ali Hasif, Raihan tersenyum sedikit. Entah kenapa dia rasa lebih selamat. Yakin lelaki itu mampu menjaganya.

"Aha okay, right. Thanks bro,"

Selepas membalas salam, 'Ali Hasif menoleh Raihan di sisi. Dia tersenyum sedikit. Tangannya mencapai tangan Raihan. Nafasnya dihela perlahan sebelum menyusun kata.

"Raihan okey?"

Raihan mengangguk laju. Beberapa kali.

"Rasanya kita tak boleh balik rumah hari ni. Maybe dua, tiga hari lagi.. Raihan okey?"

Raihan mengangguk lagi.

"Cat got your tongue?"

Raihan ketawa perlahan. 'Ali Hasif mengerdipkan matanya sekali.

"So, kita nak pergi mana?"

Raihan jungkit bahu.

"Any idea?"

"Hmm.. Anywhere should be fine with me,"

"Betul?"

"Mm hmm.." Raihan mengangguk. Dia berjeda, matanya memandang sang suami yang tidak jemu melihatnya. Lelaki itu menayang senyum sambil tangannya menepuk perlahan tangan Raihan dalam genggamannya. "Herm.. Mana-mana je asalkan abang ada sekali,"

Hampir tak kedengaran suara Raihan menghabiskan ayatnya. 'Ali Hasif menjungkit kening, seakan tidak percaya dengan suara yang mengetuk gegendang telinganya. Tangan Raihan dalam genggamannya dikucup lembut. Raihan sudah tertunduk malu. Tidak percaya dia boleh menuturkan kata-kata itu.

"We better make a move, now."

Raihan mengangguk perlahan.

"Nanti abang cerita dekat Raihan siapa Aizat Risham. Abang rasa memang dia yang follow kita tadi. Sambil-sambil tu Raihan cuba ingat-ingat balik siapa Risham tu,"

Raihan mengangguk dengan kerutan di dahinya. Kenapa dia boleh tak ingat langsung siapa Aizat Risham ni.. Raihan tarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus perlahan. Giliran telefon bimbitnya pula berlagu kuat. Dia tersentak. Pantas tangan menggagau beg tangan di ribanya.

"Tok!" 

"Jawab sayang, bagitahu kita dah sampai.. Kirim salam tok dengan wan sekali,"

Terangguk-angguk Raihan. Salam Tok Teh dibalas lembut. Raihan mula bersembang dengan toknya memberi perkhabaran mereka sudah selamat tiba ke destinasi. Perbualan mereka bersambung-sambung kemudiannya.

'Ali Hasif yang pada mulanya menjadi pemerhati mula mengundurkan kereta dari kotak parkir dan bergerak perlahan, menuju ke tempat yang dia sendiri belum pasti ke mana arahnya. Matanya mengerling isteri di sisi. Hatinya berdoa semoga mereka semua sentiasa dalam lindungan Yang Esa. Semoga setiap langkah mereka dalam jagaan-Nya.



to be continued
in shaa Allah..



••• comments and feedbacks from the readers are very much appreciated.. tqvm all for reading.. 😉