April 17, 2012

:. Keterlaluankah Aku 19 .:



Biasan seraut wajah di cermin dipandang sekilas. Dia tersenyum. Sekali lagi wajah itu ditatap. Lama. Mata bertentangan sesaat. Dua saat. Beberapa saat berlalu. Masih begitu. Dia tersenyum. Biasan wajah di cermin turut mengukir senyum. Mereka tersenyum.


“Abang handsome kan?” Amal bersuara tiba-tiba.


“Atau Zayanah yang terlebih sweet?” Zaza membalas spontan.


Mereka sama-sama tergelak. Sesaat.


“Zayanah yang pandang abang dulu.. So abang la yang handsome..”


“Iya ke?”


“Iya.. Betul tak? Sejak dari abang siap-siap tadi sampai la dah siap ikat tie ni, Zayanah dok usha abang.. Kan?”


Zaza tersengih.


“Nak cari pahala pagi-pagi,” ringkas jawapan Zaza mengundang senyum Amal.


“Untungkan kahwin. Senang Zayanah dapat pahala..”


Zaza tersenyum. Dia bingkas menghampiri Amal yang sudah membelakangi cermin, tegak memandang setiap langkahnya.


“Alhamdulillah.. Banyak jugak ni, insyaAllah. Subuh tadi solat jemaah dengan abang. Lepas solat, baca ma’thurat sama-sama. Habis baca ma’thurat dengar hadis nabi yang abang baca. Emmm lagi, siapkan baju dengan breakfast untuk abang. Nak upgrade pahala, Zayanah tengok la abang pulak.. Andai kata pahala ni sesuatu yang konkrit kita boleh nampak, boleh isi macam list hutang dalam buku 555, mesti semua orang berebut nak buat pahala, kan bang.”


Amal tertawa kecil dengan huraian panjang itu. Tersenyum dia bila sang isteri membetulkan tali leher yang baru selesai diikatnya tadi.


“Kalau Zayanah tahu jadi isteri ni senang nak kumpul pahala, lepas SPM Zayanah dah minta abah carikan calon,” Zaza ketawa lepas, melihat Amal mengecilkan mata. Pipinya dicuit Amal.


“Ada hati nak kahwin lepas SPM ya.. Abang dengar-dengar gossip ada orang tu tak nak belajar dah lepas habis SPM. Nak duduk rumah je. Sebab tu agaknya nak kahwin lepas SPM..”


“Haha abang ni...” Zaza memuncung sedikit. “Sebelum kahwin pun senang jugak dapat pahala sebenarnya.. Antara nak dengan tak.” Suara itu terhenti seketika sebelum dia kembali menyambung, “Hmm ini mesti kerja Zaim. Tak ada orang lain dah ni. Mesti Zaim yang report dekat abang,”


Amal tersenyum. Hidung isterinya pula dicuit.


“Zaim tu assistant abang la,”


“Abang pulak batu loncatan Zaim?”


Amal ketawa lepas, mengerti makna tersirat di sebalik pertanyaan itu.


“Tak salah abang jadi stepping stone.. Lagipun abang kenal Zaim dari masa dia sama-sama tadika dengan Amna. Abang tahu Zaim dalam keluarga yang baik-baik. Agama tetap nombor satu. Rupa pun ada. Jadi tak salah la abang rasa. Abang pun nak yang terbaik untuk Amna. Alang-alang ada pilihan yang baik depan mata dan yang memang abang kenal orangnya macam mana. Kenapa dibiar tak bertangan layang-layang indah berterbangan di langit, kan?


Zaza terangguk-angguk. Dalam hati terselit rasa syukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai. Lahir dalam keluarga yang menjunjung Islam dan hidup dalam redha dengan qada qadar percaturan-NYA. Kemanisannya pasti ada dengan kesabaran atas segala sesuatu.


“Tapi Amna tahu ke bang?”


Amal menggeleng.


“Habis tu kalau Amna ada pilihan sendiri macam mana?”


“Abang paksa je la,”


“Hish abang ni ada pulak main paksa-paksa gitu,”


Amal ketawa sesaat.


“InysaAllah.. Abang doa tiap-tiap waktu. Zayanah pun dah kenal Amna sedikit sebanyak kan. Zayanah tahu Amna tak ada kawan lelaki yang lain selain Zaim, kan—”


“Eh ha’ah la..” Zaza memintas suaminya.


“Sampai masa nanti abang try bagi hint dekat Amna. Harap semua dipermudahkan, insyaAllah.”


“InsyaAllah..”


Pasangan suami isteri itu berbalas senyum seketika sebelum mata Amal memberi isyarat, mengajak isterinya turun ke tingkat bawah. Sempat Zaza mencapai tudung yang tersangkut di hujung penyidai sebelum disarungkan tudung hitam berbunga kelabu itu ke kepalanya.


“Abang balik pukul berapa agak-agaknya?”


“Entah abang tak pasti lagi. Kalau tak ramai budak, lepas asar abang balik, insyaAllah.. Lepas pukul lima la tapi. Tak berkat gaji kalau curi masa.”


Zaza tersenyum, semakin memahami suaminya yang begitu mementingkan keberkatan dalam kehidupan seharian. Katanya, itulah titik tolak kehidupan di dunia yang membawa kebahagiaan di akhirat sana. “Ramai lagi ke student yang belum settle?”


“Empat orang. Bawah abang ada tujuh orang. Baru tiga orang yang dah betul-betul settle. The rest, a week before Syawal baru nak amend apa yang patut. So, dalam minggu ni je la tempoh masa yang dia orang ada. Viva nanti dengan senior lecturer. Ringan la sikit kerja abang sebenarnya,”


“Hmm..”

Terangguk-angguk Zayanah. Matanya memerhatikan Amal yang sedang menyarungkan kasut. Beg sandang belakang tergantung di bahu kanan lelaki itu. Tersenyum simpul dia melihat penampilan suaminya. Sudah smart bergaya dengan kemeja siap bertali leher tetapi menyandang beg lagak pelajar universiti.


“Abang gerak dulu, sayang..”


Zaza tersenyum lebar. Huluran tangan Amal disambut senang hati. Dahinya terasa dikucup lembut sesaat kemudian. Zaza tersenyum lagi.


“Zayanah, kalau rasa nak pergi rumah Kak Iklil nanti-nanti, abang izinkan. Tinggal seorang tak ada apa nak buat tak best jugak, kan.”


Zaza mengangguk. Mula terasa sunyi ditinggalkan bersendirian. Terkenang dia pada ummi yang pulang bercuti ke kampung halamannya di Batu Gajah. Amna pula sudah pulang ke asrama, bersedia untuk peperiksaan SPM yang bakal tiba.


“Lagipun dapat bincang-bincang apa yang patut dengan Kak Iklil nanti. Hm kalau Zayanah nak tahu, Kak Iklil ada pergi kursus keusahawanan dan perniagaan tahun lepas. Mesti ada banyak idea. Boleh Zayanah belajar apa yang patut.”


Zaza mengangguk lagi. Amal tersenyum.


“Tiba-tiba jadi mute pulak ya?”


Zaza tersengih. Hidungnya dijungkitkan sedikit sebelum dia menampar lembut lengan suaminya.


“Terima kasih, bang..”


“You are always welcome, my dear..”


“Drive carefully,”


“Will do, insyaAllah.. Assalamualaikum,”


“Wa`alaikumussalam warahmatullah..”


Enjin kereta dihidupkan. Zaza melambai dalam senyuman. Tidak sampai seminit kereta sudah meluncur menuju ke jalan besar. Dia masih lagi di situ. Tegak berdiri di sisi pintu pagar yang terbuka luas. Dia berpaling sedikit, melihat ke arah rumah Iklil dan Idin di sebelah. Kak Iklil sudah keluar menghantar anak-anaknya ke sekolah. Dia tersenyum lagi. Kenangan semalam menerpa minda..


“Betul ke ni bang?”


“Betul..”


“Tak tipu?”


“Apa pulak nak tipu.. Berdosa kan tipu-tipu ni..”


“Tak gurau,”


“Ya Allah,”


Satu kucupan singgah di pipi Zaza. Bulat matanya memandang Amal. Lelaki itu tenang, mempamerkan wajah serius.


“Rasa betul ke gurau?”


“Betul. Betul.” Senada Zaza menjawab. Tangan kanan dan kiri masing-masing sudah melekap kemas di kedua-dua belah pipi. Pecah tawa Amal melihatkan reaksi spontan isterinya.


“Takkan abang nak bergurau perkara serius macam ni. Ini kira hadiah abang, abang Idin dengan Kak Iklil untuk Zayanah. Abang tahu Zayanah suka kerja Zayanah sekarang, kan. Apa salahnya kita up lagi biar isteri abang ni betul-betul buat business. Untung-untung boleh maju macam Baker’s Cottage,”


Zaza ketawa sesaat mendengarkan contoh yang diberikan Amal.


“Kenapa? Tak percaya lagi?”


“Bukan-bukan..” Zaza menggeleng laju. Spontan tangannya diangkat kembali, menekup pipi. Amal menggeleng.


“Abang tak buat dah,”


“Betul?”


“Betul..” Amal tersenyum. “Takut sangat,” lelaki itu menarik tangan isterinya lembut. Digenggam kemas tangan halus itu.


“Thanks, abang..”


“Thanks untuk apa?”


“Thanks for it’s a dream come true,”


“Alhamdulillah.. Isteri abang suka?”


“Sangat. Hmm bahut-bahut shukriya.”


Amal ketawa lepas.


“Abang belum khatam lagi la Bahasa Urdu,”


“Zayanah pun belum khatam lagi. Sikit-sikit je Zayanah tau.. Hasil dari tengok movie Hindustan zaman gemilang dulu. Sekarang dah tak layan dah.”


Amal ketawa lagi.


“Memang takkan tengok dah.. Tak suka abang tengok Hindustan. Buang masa lama-lama depan skrin.”


Bibir Zaza menguntum senyum. Dalam hati terselit rasa setuju dengan kata-kata suaminya. Buang masa. Tetapi itulah minatnya suatu waktu dahulu.


“Hm lagipun, dah ada kedai ni senang sikit," sambung Amal tiba-tiba. "Tak payah Zayanah hantar order lagi. Customer boleh datang ambil dekat kedai je. Betul tak?”


Zaza mengangguk laju. Betul juga. Jimat masa. Lagipun dia sudah berkahwin. Suaminya perlu didahulukan. Andai kata ada rezeki perniagaannya maju nanti boleh juga disediakan perkhidmatan penghantaran ala-ala Pizza Hut Delivery. Zaza mula memasang angan.


“Kalau betul-betul komited, memang ada peluang nak maju,” seperti mendengar kata hati Zaza, Amal bersuara. “Apatah lagi kedai bakeri Muslim masih tak banyak. Ada memang ada tapi dekat area tertentu. Kira susah nak dapat. Betul tak?” Sambung Amal.


Zaza mengangguk lagi.


“Abang percayakan isteri abang. Abang tahu Zayanah boleh. Ada ramai orang yang boleh bantu Zayanah, insyaAllah..”


“Kalau gitu abang la orang pertama yang Zayanah hire,”


“No hal.. Abang memang suka buat kerja part time,”


Lamunan Zaza terhenti di situ. Deringan telefon talian tetap yang bersambung-sambung mematikan layangan memorinya. Pantas dia bergerak menuju ke sudut di ruang tamu. Gagang telefon segera diangkat.


“Assalamualaikum,”


“Waalaikumussalam warahmatullah,” suara di sebalik corong telefon membalas.


“Abang,”


“Berangan depan pintu ya,”


Zaza tersipu malu. Macam mana suaminya boleh tahu. Sixth sense. Ya! Dia pasti itulah jawapan yang sesuai tika ini.


“Berangan lagi?”


“Eh tak-tak..” Zaza tersenyum. “Abang dah sampai ke?”


“Belum lagi. Abang berhenti dekat petrol station sekejap. Beli air bateri. Ummi call tadi, sayang..”


“Em hm. Ummi sihat?”


“Ummi kata call rumah tak ada orang jawab,”


Zaza tergelak. Sesaat. Dia mendengar suara di balik corong telefon turut sama ketawa.


“Ya Allah.. Nanti Zayanah call ummi balik.”


“Abang keluar tak sampai lima minit dah berangankan abang, ya..”


Zaza tertawa lagi. Sesaat. “Perasan...”


Leretan tawa di balik corong telefon membuatkan Zaza tersenyum.


“Kalau abang tak perasan dengan Zayanah, abang nak perasan dengan siapa lagi, kan..”


“Betul jugak..”


“Hm nanti Zayanah call ummi ya. Menantu kesayangan, tak dengar suara sehari tak sah..”


Zaza tersenyum lebar sebelum membalas, “InsyaAllah.. Lepas ni Zayanah terus call. Zayanah bagitahu ummi abang jealous ummi sayang Zayanah lebih,”


Tawa Amal mengetuk gegendang telinga Zaza. Bibirnya menguntum senyum.


“Apa-apa je la.. Tapi yang penting, abang lagi saaayang isteri abang,”


Zaza tersipu. Mujur Amal tiada di depan mata.


“Baik-baik drive nanti ya abang. Kerja pun baik-baik.”


“InsyaAllah.. Terima kasih..”


“Sama-sama.”


“Jangan lupa tutup pagar nanti,”


Ya Allah.. Semuanya dia tahu. Magic ke apa? Zaza senyum meleret.


“Em hm,”


“Take care.. Assalamualaikum,”


“InsyaAllah.. Wa`alaikumussalam warahmatullah..”


Usai meletakkan gagang, Zaza bingkas keluar. Pintu pagar ditutup rapat sebelum dia kembali ke dalam rumah, menuju ke sudut di ruang tamu yang menempatkan telefon talian tetap berwarna hijau gelap. Nombor telefon ummi ditekan sebelum mereka bertukar salam, bertanya khabar dan berceloteh panjang.


:. to be continued, insyaAllah .:

April 9, 2012

:. Keterlaluankah Aku 18 .:



Betul tak nak abang hantar?”



“Betul.. Tak apa, bang.. Amna okay drive malam-malam tak banyak kereta.. Ummi pun ada kat sebelah, kan.”


Tersenyum Amna, memberikan keyakinan kepada abangnya. Amal mengangguk dua kali.


“Ummi, tengok-tengok ya Amna ni mi.. Lebih 60 je ummi terus sound,”


Zaza di sisi Amal tersenyum simpul, menahan tawa. Amna yang berdiri bertentangan mereka sudah berkerut dahi memandang Amal.


“Bawa kereta 60 je pukul berapa nak sampai, bang..”


“Iyela, adik bukan biasa drive malam-malam pun kan.. Bahaya. Jangan lebih 60. Kalau tak abang tak bagi drive lagi,”


“Ala mi.. Tengokla abang ni..”


“Ya Allah budak berdua ni, depan menantu ummi dia buat perangai..”


Giliran Muna bersuara, menegur anak-anaknya lembut. Dia rapat ke arah menantu sulungnya, meraih lengan kanan gadis itu.


“Macam ni la perangai anak-anak ummi, Zayanah. Ada je yang nak ditikam-lidahkan,”


Pecah tawa Zaza sesaat. Dia tersengih pula seketika kemudian, melihat Amal yang menjungkitkan kening sekali. Baik Amal mahu pun Amna, masing-masing turut tersenyum lebar mendengar kata-kata ummi kesayangan.


“Ummi, mana datang perkataan ditikam-lidahkan? First time Amna dengar, mi. Boleh tambah perbendaharaan kata ni,” usik Amna sambil memeluk manja bahu Muna.


Muna hanya tersenyum sebelum bersuara, “Itulah orang muda banyak lagi perkataan bombastic Bahasa Melayu Nusantara yang kamu semua tak tahu.. Pemilihan kata pun tak tepat. Macam tadi Amna ada kata bawa kereta, kan? Ingat kereta mainan ke boleh nak bawa merata. Perkataan yang betulnya, pandu, kan?”


Tawa Amal, Zaza dan Amna bergabung sesaat sebelum masing-masing tersengih dan mengangguk. Tidak menyangka ummi mereka sangat peka. Muna masih terus tersenyum. Bersahaja, memandang anak-anaknya.


“Dah la Amna, mari.. Lewat dah ni,” Muna bersuara lagi seketika kemudiannya.


Zaza mengerling jam di pergelangan tangan kanannya. Hampir ke pukul 12 tengah malam.


“Drive baik-baik ya dik,” pesan Zaza lembut sebelum dia bersalaman dan berpelukan dengan Muna.


“Terima kasih, Zayanah. Terima kasih kerana melengkapi kekurangan anak ummi,” ucap Muna lembut. Tangannya mengelus pipi menantu kesayangan perlahan.


Zaza mengangguk sekali. Tersenyum. “Terima kasih, ummi... percayakan Zayanah untuk abang Amal.”


Muna terangguk-angguk. “Ummi percayakan Zayanah. Ummi sayang menantu ummi,” Sekali lagi tubuh kecil Zaza didakap erat.


Zaza tersenyum lebar. Bergenang matanya dengan ketulusan kasih Muna. Belakang bahu kanan Muna diusap lembut beberapa kali sebelum pelukan diuraikan lembut. Tangannya menepuk bahu Amna pula. Perlahan. Amna pantas memeluk kakak iparnya itu. Erat.


Muna sudah beralih menghadap anak lelakinya, Amal Mujahid. Sayup-sayup kedengaran suara Muna, lembut memberikan nasihat buat anaknya mengemudi bahtera rumahtangga dalam redha Ilahi.


“Akak, baik-baik ya. Abang tu garang.. Akak jangan makan hati tau,”


“Abang dengar tu dik..”


Amna tersengih, mengerdipkan mata pada Amal yang menegur spontan.


“Mana boleh eavesdropping.. Dengar amanat ummi baik-baik. Jangan buli kakak Amna.”


Balas Amna dengan senyuman. Pandangannya kembali tertumpu pada Zaza di sisi.


“Amna gurau.. Amna saayang akak,”


Zaza tersenyum. “Akak sayang adik akak jugak,”


“Akak jangan risau.. Abang Amal, the best abang buat Amna. Pasti the best buat akak juga, insyaAllah,” bisik Amna.


Zaza masih lagi tersenyum. “Terima kasih, dik. Akak bersyukur sangat..”


Dua tubuh kembali berdakapan sebelum pelukan terurai sesaat kemudian. Kedua-dua mereka mengatur langkah menjejaki Amal dan Muna yang sudah berdiri di sisi kereta.


“Drive carefully,”


“InsyaAllah,”


Jawapan Amna mengundang anggukan Amal. Pintu kereta ditutup lelaki itu perlahan, berhati-hati. Tangannya mengetuk cermin kereta tiba-tiba. Pantas Amna menurunkan tingkap separuh.


“Baca doa, baca bismillah..”


Pesan Amal lembut. Jelas dia risau hendak membiarkan adiknya memandu pada waktu malam. Zaza pantas mendekat. Tangan kanan suaminya diraih perlahan dan digenggam lembut. Amal menoleh dan tersenyum.


“Ummi dah penat tu, bang,”


“Hm..” Amal mengangguk sekali, mendengarkan suara isterinya. Dia menunduk sedikit. Tersengih melihat Muna yang menayang senyum.

“Ummi.. Thanks..” Lelaki itu mengerdipkan matanya sekali. Dia tersenyum lagi.


“Jaga menantu ummi baik-baik,” pesan Muna untuk kesekian kalinya. Amal mengangguk dalam senyuman.


“InsyaAllah..” Tenang dia membalas.


“Assalamualaikum,” serentak Muna dan Amna memberi salam kemudiannya.


Salam dijawab penuh pasangan suami isteri itu. Mereka melambai beberapa kali saat kereta itu mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah. Amal dan Zaza berpandangan seketika. Bibir menguntum senyum.


“Jom,”


“Jom..”


“Kunci rumah dah ambil?”


Amal bertanya perlahan, melihatkan malap lampu yang hanya menyala di bahagian tengah rumah. Sebentar tadi semua ahli keluarga isterinya turut sama menghantar kepulangan Muna dan Amna. Elok sahaja mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah, matanya terpandangkan segugus kunci rumah yang tertinggal di atas meja kopi. Pantas dia menghubungi ummi dan adiknya sebelum mereka terlepas jauh.


“Ada dengan kunci kereta sekali,”


“Kunci kereta?”


“Em kunci kereta abang, Zayanah letak sekali tadi,”


Amal menyeluk poket seluar, mengeluarkan kunci keretanya. Ada dua kunci lain di rantai kunci keretanya. Amal tersenyum.


“Kunci kereta Zayanah pun ada jugak ni,”


“Hm em.. Just in case..”


Zaza tersengih memandang Amal. Amal mengerdipkan matanya sekali.


“Okay, let’s go..”


“Jom..”

***********

“Kenapa datang Taman Tasik Cempaka ni?”


“Kenapa? Nak dating la sayang..”


Haha. Zaza ketawa lepas. Sesaat.


“Buat lawak pulak..”


“Betul la..”


“Pukul berapa dah ni, bang..”


“A quarter to one,”


Zaza ketawa lagi. Sesaat.


“Betul-betul la bang,


“Iya betul-betul la ni.. Zayanah yang tanya abang tadi pukul berapa kan.. Abang tolong jawab je la,”


Amal tersenyum. Zaza senyum meleret.


“Zayanah nampak rumah kat depan tu?”


Pandangan Zaza terarah pada deretan rumah Semi-D yang bertentangan dengan tasik itu.


“Rumah kita ke tu, bang?”


Amal tersenyum lebar mendengarkan kata-kata isterinya.


“Zayanah nak ke duduk situ?”


“Macam best,”


“Macam best, kan..”


“Hm em macam best. Tapi kita tak duduk situ, kan?”


Amal mengangguk. “Pandai isteri abang ni.. Mahal sayang.. Last time yang abang dengar RM800k. Sekarang ni mesti dah up lagi.”


Zaza mengangguk. “Semi-D tu bang.. Area ni pulak. Mana tak mahal. Rumah teres biasa dekat area Kajang pun dah cecah RM300 ke RM400k sekarang ni. Ini pulak area Bandar Baru Bangi,”


“Hm what to do.. Dalam Selangor, Bangi bandar kedua terbesar lepas Shah Alam.”


“Iya ke bang?”


Amal mengangguk sekali.


“Zayanah tau tak asal perkataan Bangi ni?”


Zaza tersenyum lebar sebelum mengangguk pantas.


“Zaim ada cerita sebelum ni. Tapi Zayanah macam tak percaya je. Betul ke?”


“Zaim cerita, mestilah betul.. Sebab abang yang cerita dekat Zaim..”


Tersengih Amal memandang isterinya di sisi. Zaza meleretkan senyum.


“Abang dengan Zaim memang rapat kan?”


Amal mengangguk.


“Sejak bila?”


“Once upon a time...”


“And the exact time?”


“Masa Zaim tadika,”


“Zaim tadika masa enam tahun.. Lama dah la macam tu,”


Amal mengangguk dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.


“Kenapa? Ada apa-apa yang Zayanah tak tahu ke?”


“Ada,” Amal membalas selamba.


“Care to share the ‘big secret’?”


Amal tersengih pula sebelum membalas, “Secreto de amor.. Zayanah nak tahu ke?”


Zaza mengangguk pantas. Ingin dikenali suaminya dengan lebih mendalam. Mahu mengambil tahu serba sedikit.


“Abang pujuk ummi hantar Amna dekat Pasti Sekamat sebab ada cikgu comel dekat tadika tu. Masa tu la abang kenal Zaim sebab Zaim sekelas dengan Amna.”


“Abang umur berapa masa tu? Mana abang tahu ada cikgu comel dekat situ?”


“Hmmm...” Amal terdiam seketika sebelum dia kembali menyambung, “Abang em 19.. Abang tahu sebab abang part time ajar tuisyen dekat budak-budak area Sungai Sekamat. Bila lalu je dekat depan tadika mesti ternampak cikgu Sofea tu.”


“Wah-wah-wah.. First love abang la tu?”


“Nope. Puppy love.”


Yakin Amal menjawab.


“Kenapa pulak?”


“Sebab abang suka tengok je cikgu tu. First love abang orang lain.”


“Boleh pulak macam tu?”


Hehehe Amal tersengih. “Abang tengok bila ternampak je bukan abang cari-cari,”


“Ala.. Orang lelaki memang panjang akal cari alasan..”


Haha~ Amal ketawa lepas sesaat. Pipi isterinya dicuit perlahan.


“Abang tak pandang orang lain tau..”


“Tak pandang orang lain?” Ada cemburu yang cuba disembunyikan.


“Hm em tak.. Love at first sight.. Abang tengok dia je,”


“Siapa?”


“Dia..”


“Siapa dia?”


“First love abang la,”


“Iya la, siapa?”


“Dia la..”


“Okay-okay.. Bila pulak abang kenal first love abang?”


“Bila?”


“Hm, bila?”


“Masa dekat tadika Zaim jugak,”


“Waahh abang.. Tak jaga mata,”


Zaza ketawa lepas sesaat. Hilang cemburu diganti dengan rasa gelihati. Tersengih lebar dia melihat Amal menjungkitkan keningnya sekali. Zaza mengalih duduk, menghadap suaminya.


“Lagi?”


“Nak dengar lagi?”


Zaza mengangguk pantas. Giliran Amal berkalih duduk, bertentangan mata dengan isterinya. Diraih kedua-dua belah tangan isterinya perlahan. Digenggam lembut tangan comel itu. Dibawa rapat ke dadanya.


“Hmm.. Dia budak sekolah lagi masa tu,”


“Ya Allah abang, serius?”


Zaza ketawa lepas, belum sempat suaminya bercerita panjang. Amal hanya tenang mengukir senyum.


“Hm serius la sayang.. Budak sekolah. Naik basikal merata dekat taman tu.”


“Taman mana?”


“Sungai Sekamat,”


“Oo.. Tapi tadi abang kata kenal dekat tadika Zaim jugak,”


“Hm em.. Kenal dekat tadika Zaim. Dia selalu hantar adik dia pergi tadika pagi-pagi, naik basikal. Abang hantar Amna, abang nampak budak sekolah tu. Comel tapi macam brutal.”


Zaza mengerutkan dahi, memikir. Amal masih lagi tersenyum dalam ketenangan, kembali menyambung cerita.


“Abang kan ajar tuisyen part time masa tu.. Rupa-rupanya budak sekolah tu pun ada jugak. Tapi abang tak ajar dia. Abang cuma ternampak je dia pergi balik tuisyen, naik basikal.”


Terangguk-angguk Zayanah dalam kerutan. Masih lagi ligat memikir sambil mendengar.


“Hmm macam tu la kisahnya..”


Amal mengerdipkan matanya sekali lagi.


“Macam tu je?”


“Em,”


“Tak ada jadi apa-apa?”


“Tak,”


“Kata first love tapi tak berusaha pun,”


“Siapa kata tak berusaha?”


“Abang kata macam tu je kisahnya,” Zaza tersengih menoktahkan kata.


“Sayangku Zulfah Zayanah, kalau tak berusaha, tak kahwin la abang..”


“Eh?”


“Sayang abang memang short-term memory je ya,” Amal ketawa lepas.


“Kenapa pulak?”


“Masa Zaim tadika, Zayanah umur berapa?”


Zaza terdiam. Berkerut dahi sedikit. Ligat mencongak di dalam kepala.


“14,”


“Siapa yang hantar Zaim pergi tadika pagi-pagi sebelum pergi sekolah?”


“Zayanah,”


“Siapa yang tuisyen dekat rumah hujung jalan area tadika tu?”


Bulat mata Zaza memandang suaminya.


“Siapa yang bawak basikal laju-laju sampai Zaim terjatuh masa turun bukit hari Zaim ada pra-sukan dekat tadika?”


Zaza menekup mulut pantas. Mata masih lagi bulat memandang Amal.


“Ya Allah...”


Kalimah kebesaran itu terungkap dari seulas bibir milik Zulfah Zayanah.


“Ya Allah...”


Sekali lagi gadis itu bersuara. Perlahan. Amal tersenyum meleret. Isterinya sudah mengetap bibir. Darah merah terasa menyerbu ke muka. Wajahnya terasa kebas.


“Ya Allah.. Abang yang tolong hantar Zaim dengan Zayanah balik rumah petang tu kan?”


Amal mengangguk. Zaza menelan liur. Mindanya berputar ligat menayangkan memori silam. Zaman kanak-kanak riang, waktu dia bersuka ria memikirkan keseronokan semata sebelum dia meniti kematangan usianya.


“Lepas tu abang dah tak nampak Zayanah.. Abang dah tak jumpa budak sekolah yang comel tapi brutal naik basikal merata..”


“Abah tak bagi Zayanah naik basikal dah lepas kejadian tu,”


Amal tersenyum.


“Bila rumah dekat Bangi ni dah siap, kami pindah sini.. Zaim tukar tadika area sini. Memang dah tak jumpa la lepas tu kan?”


“Hm dah tak jumpa sampai la abang terjumpa Zaim dekat bazar Ramadhan area PKNS beberapa tahun lepas tu. Abang nampak Zayanah ada sekali.”


Zaza mengulum senyum dalam diam. Suaminya memang banyak rahsia. Banyak kisah yang perlu dikongsi bersama. Doanya agar mereka diberi kesempatan itu untuk membina rumahtangga bahagia.


“... Dan sekarang, abang nampak Zayanah lagi, kan?”


Amal tersenyum, mengangguk sekali.


“Abang memang selalu nampak Zayanah. Dalam hati abang.”


Zaza mengerdipkan matanya sekali. Bahagia. Antara kata-kata terindah suaminya yang akan sentiasa kekal terlontar di segenap penjuru hati, membajai kasih sayang antara mereka..


:. to be continued, insyaAllah .: