May 30, 2011

:. Keterlaluankah Aku 6 .:




Buntu


Aku buntu. Tolong aku...


Aku dalam dilema. Ermmm... dekat sini tak ada yang kenal aku in real life kan?


Hah! Zaim! I WARN U!


Baca sini habis sini. Kau jangan nak kecoh-kecoh dekat rumah pulak. Kalau kau dapat tolong Kak Dik, tak apa jugak. Lagi bagus.


Hmm... remember before this aku ada mention pasal masalah hati, right? Hmmpphh.. Aku memang dalam dilema.


Aku pasti kamu-kamu-kamu di luar sana pasti ada yang pernah mengalami dilema sebegini. Aku percaya setiap orang ada dilema masing-masing..


Hari ini, detik ini, aku cuma mahu berkongsi dilema aku.


Bukan mengharapkan simpati. Tapi lebih kepada luahan hati. Agar aku tak ising kemudian hari.


Okay, I tell you what, ada orang datang pinang aku. Em kamu-kamu-kamu tahukan apa itu PINANG..


Aku tak dapat bayang. SERIUS. Aku tak dapat bayang hidup berdua bersama si ‘dia’. Biar sesiapa pun si dia itu, aku tak dapat bayang lagi kehidupan berdua bersama orang baru.


Aku rasa aku belum bersedia. Tapi... aku teringin nak ikut sunnah Rasul. Bernikah pada usia 25 tahun. Aku memang memasang niat tapi aku masih belum bersedia.


Keterlaluankah aku begitu?


Tapi kalau ikut kalendar Islam, aku tua setahun. Aku 26 tahun dah maknanya! Aku dah tua setahun dari umurku ikut kalendar Gregorian. Aku tak boleh terlewat lagi!


Adakah aku macam desperate? Tapi kenapa aku tak teruja bila ada yang datang meminang? Kenapa? Adakah keterlaluan kalau aku katakan bukan dia ADAM yang tercipta untukku?


Keterlaluankah aku?


Aku tahu keluarga yang datang meminang. Kawan baik aku sewaktu sekolah rendah zaman dulu kala. Anak kepada kawan baik abah. Aku kenal. Abah dengan mama pun kenal. Zaim lagi kenal. Kurang asam Zaim kata aku tak kenal tetamu yang datang membawa hajat hampir dua bulan lalu.


Dia baik. Lelaki yang baik. Tapi aku masih tak dapat nak terima semua ni. Cukuplah kami menjadi kawan baik sewaktu di sekolah rendah dulu.


Dilema aku?


Aku dah pun pesan dekat Zarfan, tak perlu datang. Sudah aku katakan aku bukan yang terbaik buat dia. Tapi tak jalan. Aku buntu seketika sebelum aku katakan aku sudah berpunya. Diam tanpa khabar selepas itu. Aku yakin helahku berjaya.


Tapi tidak rupanya. Aku gagal. Buktinya, mereka sudah pun menghantar rombongan meminang.


Aku benar-benar dalam dilema.


Istikharah yang aku amalkan setiap malam menguatkan lagi perasaan untuk menolak. Tapi aku tak ada kekuatan itu. Aku memang gagal untuk menghampakan orang. Aku tak sampai hati.


Ya Allah.. Aku benar-benar dalam dilema.


Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak aku berbincang dengan parents? Oh no! My biggest problem, aku pemalu tak bertempat!


Tak pernah aku berbincang perihal hati dengan sesiapa hatta ZAIM sekali pun. Zaim! Ingat WARNING aku! Baca sini habis sini.


Masalah hati tiada siapa yang tahu melainkan DIA. Tiada siapa yang faham melainkan DIA. Tiada siapa yang arif melainkan DIA. Aku tahu aku perlu kembali kepada fitrah. Aku tak lupa.


Tapi aku masih buntu.


Mungkinkah hati aku sendiri belum cukup yakin dengan dorongan-NYA?


Sebetulnya aku perlu yakin kerana sesungguhnya DIA tidak pernah menghampakan. Hanya aku yang belum dapat memikirkan rahsia di sebalik setiap yang berlaku dan sudahnya aku melayan kekeliruan sendiri.


Aku harapkan keajaiban.


Entah kenapa dalam hati aku tak putus terdetik,
“keajaiban akan berlaku pada saat yang tidakku sangkakan,”


Aku mengaku aku Islam, aku mengaku Allah itu Maha Mengetahui, aku mengaku kewujudan DIA yang Maha Esa Maha Kuasa dan Maha Mengurniakan, tapi keyakinanku goyah.


Pengajaran yang aku dapat di sini, keimananku masih rapuh. Hati aku senang dibolak-balik.


Aku perlu polish semula keimanan aku. Perlu aku gilap sedayaku agar kilauan mutiara dapat aku nikmati bila tiba saatnya nanti, insya Allah.




Lega. Serasa ada lega yang bertamu menjentik hati.


Puas jari mengetuk keyboard. Puas hati berkongsi rahsia. Rahsia yang bukan lagi rahsia.


Dilema yang datang bertamu dah aku sampaikan selari dengan tarian jemari. Aku puas.


Moga jawapanku nanti dalam redha-NYA yang kuharapkan daripada abah & mama.


 Aku mohon.........

 



Perbendaharaan Kata :

ising - gila


:. to be continued, insya Allah .:


p/s: Wihuuuuu sorry-sorry-sorry. Kekangan masa. Susun atur life. Susun atur rumah. Baby-sit 2mths old nephew. Sangat teruja sampaikan terlupa.. Enjoy reading and i'll try my best to finish this one a.s.a.p, biiznillah.

May 15, 2011

:. Keterlaluankah Aku 5 .:



“Zayanah,”


“Ya ma,”


Pamitan sang ibu membuatkan Zaza tersengih lebar. Makin lebar saat lengannya ditarik lembut.


“Nak ke mana ni?”


Zaza menayang sengih lagi.


“Ya Allah anak kesayangan abah ni, mama tanya dia sengih. Ada la akalnya tu.”


Haha~ Tawa gadis itu meletus sesaat. Dia melabuhkan punggung di sisi ibunya sambil memeluk mesra lengan sang ibu.


“Mama ni... Dengar dek kak ngah, kak lang dengan Zaim karang jealous pulak dia orang tahu Zayanah anak kesayangan abah,”


Giliran Puan Zahrah tersengih lebar. Wanita lebih separuh abad itu menggeleng perlahan.


“Semua anak kesayangan abah.. Dengan kak long pun mama cakap macam tu jugak,” lengan Zaza dielus lembut. Puan Zahrah mengukir senyum.


“Ala baru nak bangga,” sekali lagi Zaza ketawa riang. Sesaat.


“Nak ke mana ni, sayang? Tak jawab lagi soalan mama,”


Zaza tersenyum. “Book fair,”


Puan Zahrah terangguk-angguk sebelum bersuara, “Dengan kak long sekeluarga?”


Zaza mengangguk beberapa kali. “Mesti mama lupa ni.. Zayanah dah bagitahu mama last week. Zaim pun ikut sekali. Mama jangan risau ya, ma. Dekat abah pun dah Zayanah ingatkan subuh tadi.” Sebuah senyuman diukirkan buat ibunya.


“Baik-baik ya dekat sana nanti mesti ramai orang. Jaga diri Zayanah baik-baik.”


“Insya Allah.. Mama jangan risau. Zayanah bawak bodyguard,”


“Apa bodyguard, bodyguard ni,”


Suara Zaim jelas kedengaran tiba-tiba. Zaza tersengih. Seketika kemudian dia terjerit perlahan. Penangan cubitan Zaim di pipi. Pantas Zaza menepuk tangan adiknya.


“Tak lalu makan kak dik nanti siap la Zaim,”


Zaim ketawa lepas. “Ingat baby lagi ke,” usik Zaim.


“Tengok Zaim ni, ma..” Zaza merengek manja sambil mengusap pipi beberapa kali. “Sakit tau,” disigungnya Zaim yang sudah menyelit di sisi.


“Zaim nanti jaga kak Zayanah baik-baik ya,” lembut suara Puan Zahrah mengingatkan. Tersenyum sang ibu, menggelengkan kepala saat Zaim mengangkat tabik hormat.


***********


“Kak dik, lambat lagi ke?”


Zaza menjeling Zaim sekilas. Wajah bosan Zaim dipandang tanpa perasaan.


“Mana belajar diskriminasi ni, Zaim?”


“Diskriminasi apa pulak tiba-tiba ni,”


“Kau kalau keluar dengan Utbah, Musytaq, Ifham... hurm sapa lagi?”


“Luqman,” balas Zaim selamba.


“Em Luqman. Relax je kan. Tak ada pulak boring rasanya,” sambung Zaza sambil menyiku perut Zaim.


Anak muda itu mula tertawa saat dia memahami tutur kata kakak bongsunya. Zaza menjeling tajam.


“Wo, wo.. Chill, sis. Cool down,” Zaim menyambung tawa sebelum tangan kirinya merangkul bahu Zaza. “Kak Dik ngamuk ni kenapa? Okay, okay. Zaim sempoi je. Kak Dik nak singgah booth mana pulak lepas Telaga Biru ni? Galeri Ilmu, kan? It’s okay, take your time for I’ll be right beside you, waiting for you my dear sweet sister,” berjela bicara Zaim, cuba mengembalikan mood ceria kakak kesayangannya.


Zaza masih lagi menayang riak serius. Namun, ada bunga tawa yang terlukis pada seraut wajah itu. Sekali lagi perut Zaim disikunya. Lebih perlahan.


“Ada, ada je tau. Malas aku nak layan.”


Zaim tersengih lebar. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.


“Oi sudah, sudah. Kak Long semua mana?”


Zaim menjungkit bahu.


“Kita baliklah Zaim. Nak Asar dah ni,”


“Balik? Tak nak singgah Galeri Ilmu?”


Mencerun pandangan Zaza pada Zaim.


“What?”


“Kau kalau nak ikut aku, biar ikhlas Zaim.”


“Apa kena pulak tiba-tiba ni, Kak Dik?”


“Kak Dik tak tahu la nak kata kau ni Zaim in Wonderland ke apa. Cuba Zaim tengok ni booth apa? Buku dalam plastik ni mana punya publisher,”


Zaim meliarkan pandangan. Dia tersengih lebar.


“Dah, dah jom. Call Kak Long tanya ada dekat mana,” sambung Zaza ringkas.


“Baik chief!”


Selamba Zaim mengangkat tabik hormat. Zaza memusingkan kepala menahan tawa. Dia bergerak pantas menuju ke pintu keluar. Tak malu tau Zaim ni!


***********


“Fuuuhhhh ramainya tourist, Kak Long..”


Meliar mata Zaza memerhatikan sekitar kawasan Masjid Negara. Teruja melihatkan berduyun pelancong asing yang datang. Azan asar baru sahaja selesai bekumandang. Bertebaranlah pelancong-pelancong asing di perkarangan masjid tika itu.


“Rayyan, nanti dah besar sikit kena biasakan datang masjid tau. Bawak ummi, bawak walid,”


Si kecil Rayyan tersengih. Kak Long di sisi Zaza ketawa perlahan. Zaza tersenyum lebar. Kepala si kecil Rayyan dalam dukungannya diusap lembut sebelum dicium ubun-ubun kepala si kecil itu.


“Macam paham pulak budak kecik ni Kak Dik oi,”


Zaza menjeling geram pada Zaim yang berjalan di sisinya.


“Nah, ambik Rayyan ni. Kami orang perempuan pun nak solat khusyuk-khusyuk jugak,”


Meletus tawa Zaim. Tangan tetap menyambut si kecil Rayyan yang baru menjengah dua tahun.


“Jangan risau Zaim. Rayyan ni senang nak jaga,” Abang Long yang diam sedari tadi mula bersuara. Kak Long mengangguk tanda bersetuju. Rayyan terkebil-kebil dalam dakapan Paksunya.


“Memang la senang. Ngantuk dah tu,” sambung Zaza sambil tersenyum. “Jom Kak Long,”


Kak Long mengangguk sekali sebelum bersuara, “Bang tu kawan abang rasanya tu,” terjungkit kening Kak Long mengarahkan pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan bertentangan mereka. Masing-masing menuju ke tangga di bahagian tengah.


“Em, betul la tu,” tersenyum Yusuf mengiyakan kata-kata isterinya. “Zahirah dengan Kak Dik turun ambil wudhuk dulu. Biar abang dengan Zaim jaga Rayyan. Abang nak jumpa kawan sekejap,”


Kak Long mengangguk. Zaza tersenyum sambil mengerdipkan matanya pada Zaim.


“Baby-sit Rayyan baik-baik tau Zaim. Jangan bagi nangis pulak,” sempat Zaza mengusik sebelum jasadnya hilang menuju ke tempat wudhuk di bahagian bawah.


Zaim hanya tersenyum. Sesekali tangannya menepuk perlahan belakang badan Rayyan, mendodoikan si kecil itu.


Usai solat berjemaah selang beberapa lama kemudian...


“Zaim, Zaim,”


Satu suara memanggil sedikit kuat dalam nada berbisik. Anak muda itu yang sedang berdiri memandang kolam pantas mendongak sedikit. Pancaran flash yang singgah pada matanya membuatkan Zaim mengetap gigi. Pantas dia menoleh ke kanan saat gegendang telinganya menangkap tawa halus yang kedengaran perlahan di sisi.


“Kalah tourist yang ramai-ramai tu,”


Tawa Zaza meletus lagi. Tidak sampai sesaat.


“Sempat pulak Kak Dik bawak masuk kamera.”


Zaza menjungkitkan kening beberapa kali.


“Kamera Kak Long la tu.. Meh sini Zaim snap pulak,”


“Rayyan sayang, come to Acik,”


Kamera dan Rayyan bertukar tangan.


“Snap cantik-cantik tau Zaim. Bukan senang aku nak datang Masjid Negara ni,”


Zaim menggeleng beberapa kali. “Memang kalah la tourist ramai-ramai tu,” usik Zaim lagi.


Zaza hanya mencebik. Dakapan pada Rayyan dieratkan lagi sebelum dia mengucup pipi si comel itu. Sekejapan pancaran flash menyinar. Zaza pantas mendongak.


“Orang pro, beb. Gambar candid mesti lagi cun.” Ada riak bangga di situ. Zaza mencebik.


“Kalau tak cantik siap kau Zaim.”


“You can count on me, sis,”


Sekali lagi Zaza mencebik. “Dah jom pergi kat kereta.. Eh tu. Bukan ke kawan Abang Long tadi? Hensem la Zaim,”


“Astaghfirullah al-Azhim... Sempat lagi dekat masjid ni,”


Zaza tertawa sesaat. Mata masih tak lari daripada memerhati sesusuk tubuh yang semakin dihampiri seorang wanita berjubah dan berpurdah hitam.


“Wohh. Aku tak boleh lawan la Zaim. Orang baik, pasangannya baik jugak,”


Wanita berjubah dan berpurdah hitam tadi bersalaman dengan lelaki itu sebelum dia tunduk mengucup belakang tangan lelaki itu penuh hormat. Kepala wanita itu diusap sekali.


Zaza menghela nafas, menyembunyikan rasa cemburu yang datang tiba-tiba. Dia tersenyum sedikit sebelum berlalu pergi. Zaim yang turut sama memerhati menjungkitkan bahunya sekali. Langkah Zaza yang laju tanpa menoleh walau sesaat dituruti perlahan. Berkerut dahi lelaki itu memikirkan sesuatu.



:. to be continued, insyaAllah .:

May 7, 2011

:. Keterlaluankah Aku 4 .:




Rindu...


Ya Allah, rindunya aku. Tak tertahan rasanya. Baru tiga hari tapi aku rasa macam tiga bulan.


Aku betul-betul rindu ya Allah.


Rinduku untuk membaca kalam-MU. Rinduku untuk melagukan kalam-MU. Rinduku untuk tunduk sujud menghadap-MU.


Sungguh. Tak pernah aku rasa serindu ini.


Ya Allah, moga rinduku terhadap-MU takkan terbanding dengan rinduku pada keduniaan.


Okay, 1 soalan untuk kamu-kamu-kamu. Apakah punca monolog rindu dekat atas tu?


Cepat-cepat. Siapa nak jawab, ketuk keyboard.


Hurry up!!

.
.
.

Okay, time’s up!


Itu monolog rindu daripada seorang muslimah yang mamnuq. Rekaan aku semata-mata, tiada kaitan dengan mereka yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia kecuali pada hukum alam, hadiah Allah buat setiap muslimah.


Mamnuq. Tujuan sebenar aku adalah untuk berkongsi sepotong doa yang perlu menjadi amalan pada hari pertama setiap kali seorang muslimah itu mamnuq.


Mari kita amalkan ya. Jangan lupa.




Maksudnya : Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.


Hanya sepotong ayat ringkas untuk dihafal dan diamalkan. Sangat mudah berbanding menghafal lagu-lagu Maher Zain. Apatah lagi lagu-lagu Wonder Girls atau pun Justin Bieber mahu pun Siti Nurhaliza.


Aku bukan anti penyanyi atau anti lagu tau. Jangan salah anggap. Aku pun peminat Maher Zain... *wink2*


Cumanya, main point aku di sini ialah, kalau kita boleh hafal lirik lagu segala bagai, takkan memori kita tak cukup kuat untuk menghafal sepotong ayat. Right?


Biar aku rumikan sebutan arab itu.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wastaghfirullahi min kulli dzanbi.


PERINGATAN PENTING. Makhraj huruf mestilah betul, bagi yang membaca ayat yang telah dirumikan. Contohnya pada huruf ‘ha’ bagi perkataan hal adalah ha pedas ( ح ). Nipis aje bacaannya. Kemudian, pada huruf ‘dzal’ bagi perkataan dzanbi adalah huruf dzal ( ذ ). Hujung lidah menyentuh hujung gigi atas sewaktu membunyikan huruf dzal. Bacaanya tak sama seperti huruf ‘zai’.


Penting tau makhraj huruf ni. Ilmu Tajwid. Hukum belajar ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. Meaning to say, kalau dalam taman kita dah ada umat yang belajar ilmu tajwid, maka tak jatuh hukum wajib atas kita.


Kenapa aku bagi contoh taman? Sebab aku tinggal dalam taman..


[Mode serius balik] Hurm tapi kalau tak belajar ilmu tajwid, macam mana kita nak amalkan? Ya tak? Istilah fardhu tu sendiri dekat hukumnya dengan wajib.


Hukum mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran itu adalah fardhu ain. Maknanya, la budda, nak tak nak, wajib untuk kita mengamalkan hukum tajwid ketika membaca al-Quran.


Kalau salah baca, salah makna. Salah makna tak jadi ibadah amalan baca Quran tu. Rugi tak? Rugi kan..


Okay, habis kuliah tajwid, kita patah balik kuliah fiqh..


Kenapa kita perlu amalkan doa tadi sewaktu mamnuq?


Diriwayatkan daripada Aisyah R.A. yang bermaksud, “Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosanya dan sekiranya ia membaca doa pada hari yang pertama.”


WALLAHU`ALAM.


Abah pernah kata, kalau kita amalkan doa tadi sewaktu hari pertama mamnuq, insyaAllah kita akan diberi ganjaran pahala seperti mana amalan lazim kita sewaktu hari-hari suci dari hadas. Contohnya amalan solat dan membaca al-Quran.


WALLAHU`ALAM.


Oh ya! Sebelum aku terlupa. Aku nak kongsikan satu kelebihan muazzin dengan kamu-kamu-kamu.


Abah pernah kata, muazzin ni banyak kelebihan dia. Antara yang paling aku cemburukan, leher muazzin ni akan jadi panjang sikit di Padang Mahsyar nanti.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kes leher nak jadi panjang? Kalau tak panjang pun tak apa la.


Aha... no-no-no-no. Don’t jump into conclusion.


Tahu tak situasi di  Padang Mahsyar nanti? Semua umat Islam akan dibangkitkan di satu kawasan. Lautan manusia di satu kawasan. Masing-masing dengan amalan masing-masing. Maka akan ada yang  tercari-cari Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat baginda.


Untuk apa? Tujuan kita mendapatkan syafaat Nabi S.A.W. adalah untuk diselamatkan daripada azab.


Hadis riwayat Bukhari & Muslim ada mengisahkan, bahawa daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Setiap nabi memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafaat bagi umatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafaat tersebut insyaAllah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan suatu apa pun.”


Pada waktu inilah leher yang panjang menjadi sangat berguna. Dalam lautan umat, akan menjadi lebih mudah urusan muazzin untuk mencari Nabi S.A.W. dengan kelebihan leher yang panjang.


WALLAHU`ALAM.


Sempat abah bergurau, leher jadi antenna muazzin di Padang Mahsyar. Terkekek aku dengan Zaim. 


Sejak dari hari tu, berlumba Zaim nak azan dekat surau belakang rumah kami ni. Sudahnya Zaim dilantik jadi bilal tak rasmi..


Ermm habis cerita, habis kuliah.. haha.


Aku kalau bab menaip ni memang juara. Cuba kalau suruh aku bercakap, bagi tazkirah depan orang ramai. Tak cukup dengan gigil suara, pipi-pipi pun ikut sekali menggigil. Vibrate. Buat malu je. Penyakit apa tah...


Sebab tu aku lagi suka kerja dengan mesin. Kerja dengan kertas. Kerja dengan laptop.


Okay, kuiz hari ni...


Apakah pekerjaan aku?
.
.
.
.
.

Huuu Phewww~ Senangnya hati bergumbira. Hari ni aku nak lepas tension, nak lupakan sekejap masalah hati.


Bahaya. Takut kena kanser hati. Na`uzubillah.


Apa masalah aku? Biarlah rahsia..


Sampai masanya nanti akan aku khabarkan dekat pembaca blog aku sama ada yang tegar atau pun tidak..


Ada aku kesah?


Haha jahat je aku ni. Tak sayang jari. Main taip ikut sedap hati.


Aku cukup berterima kasih dekat semua. Tanpa kalian pembaca, mana mungkin aku bersemangat nak teruskan blogging, right?


Makanya jangan risau afiqah11, maY_liN, the sedo gang, Minsofea, keSENGALan terserlah, ida ladidot, bidadari nisa', kak long n abang long sekalian, akanku khabarkan dilema wanita suatu masa nanti... Biiznillah.


Okay.. See you soon... bersama jawapan kuiz..





:. to be continued, insyaAllah .:



Perbendaharaan Kata


Mamnuq – haid


Makhraj – sebutan


Tajwid – ilmu mempelajari cara membunyikan atau mengucapkan huruf-huruf seperti huruf yang terdapat di dalam al-Quran.


Fiqh – ilmu membahaskan persoalan hukum berkaitan  aspek kehidupan manusia seperti hubungan manusia dengan diri sendiri, sesama masyarakat atau pun dengan Allah.


La budda – tidak dapat tidak


Antenna – arial