January 30, 2011

Bayang-Bayang 55




Pa? Kenapa tak naik atas?”



Hilman berpaling sedikit. Senyuman dilemparkan pada menantu kesayangan. Dia bingkas, mara setapak. Dinie Sophea yang sudah di hadapan Hilman menyambut huluran salam bapa mentuanya. Bakal ibu itu menundukkan kepalanya sedikit, mencium belakang tangan Hilman penuh hormat.



Dinie baru sampai?”



Em tak. Dinie dari surau, pa. Kenapa papa tak naik terus?”



Hilman tersenyum lagi. Dia kembali ke tempat duduknya di ruang menunggu. Matanya dikerdipkan sekali, mengisyaratkan kepada Dinie untuk mengisi ruang di sisinya.



Papa tunggu Nuha,”



Nuha datang sekali dengan papa?”



Hilman mengangguk. Kegembiraan terpancar di wajahnya.



Alhamdulillah,” Dinie tersenyum senang. Mujur Huda Nuha seorang yang bersih hatinya. Tidak sedikit pun dia menyimpan dendam selepas Idraki menjelaskan kisah yang tersirat di sebalik apa yang sudah berlaku sebelum ini. Terhurai sudah kisah lama yang tersimpan kemas selama ini. Dinie tersenyum lagi.



Angah!”




Ya Allah, astaghfirullah...” Dinie mengucap panjang saat Nuha menjerit kecil di telinganya. Dia mengurut dada sekali.



Huda Nuha,”



Teguran lembut Hilman membuatkan Nuha meleretkan senyum sebelum tersengih lebar.



Sorry, pa. Sorry, ngah. Emm rindunya baby dengan angaahh..” Nuha melabuhkan punggung di sisi Dinie dan memeluk erat bahu Dinie. Sempat dia mencium pipi kakak iparnya sebelum ketawa perlahan. Dinie tersenyum, menggelengkan kepala perlahan.



Macam setahun tak jumpa,”



Nuha ketawa lagi mendengar usikan Dinie.



Dua minggu ni pun kira macam setahun tau, ngah..”



Senyuman Nuha segera dibalas Dinie. Pelukan di bahu dilepaskan dan lengan Nuha memeluk erat lengan kakak iparnya pula.



So how’s your preparation?”



Alhamdulillah, siap dah semua latihan yang cikgu bagi sebelum cuti. Kelas tambahan dekat sekolah pun baby tak pernah miss lagi... plus extra class dekat rumah. Sifu yang garang ajar add maths and physics, nak pejam mata pun tak sempat.” Huda Nuha berlelucon sambil meleretkan pandangan pada Hilman yang sudah ketawa perlahan.



Papa ajar Nuha?”



Hilman mengangguk perlahan. Dinie ketawa menggelengkan kepala. Peha Nuha ditepuk perlahan.



Ada pulak kata dekat papa gitu.. Hmm so bila first paper baby?”



Nuha tersengih lebar sebelum menjawab, “Next week start dah, angah. Hmm lusa ni la. Seram tau,”



You can do it, insyaAllah.. Baby dah prepare kan?”



Nuha mengangguk.



Em hm. Not to worry then. InsyaAllah you can do it. Lepas ni doa banyak-banyak. Solat hajat, bangun malam buat tahajud, insyaAllah dipermudahkan nanti,”



Nuha mengangguk lagi dan tersenyum. Berbicara dengan kakak iparnya itu benar-benar membuatkan hati menjadi tenang. Nuha mengeratkan pelukan di lengan Dinie.



Dinie dah lama dekat sini?”



Suara Hilman memecahkan sepi antara mereka. Dinie mengalihkan pandangan. Tersenyum dia pada Hilman sambil mengangguk. Hilman membalas anggukan itu sekali.



Doktor ada cakap apa-apa?”



Em hari ni tak pulak, pa. Doktor check macam biasa pagi tadi,”



Hilman mengangguk-angguk. Nafas dihela perlahan.



Dinie amalkan doa yang papa bagi?”



Dinie mengangguk sekali.



Kita usaha, apa-apa pun semua bergantung pada-Nya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita, Dinie. Jangan putus doa, jangan putus usaha,”



Dinie mengangguk lagi. Dia tersenyum sedikit.


Sejak Naqib dipindahkan ke bilik Anggerik atas permintaan Hilman, dia sering datang awal pagi sesudah subuh dan pulang selepas asar. Adakalanya dia akan bermalam di situ. Bilik itu hanya menempatkan satu katil pesakit berbanding bilik lain yang menempatkan sekurang-kurangnya dua katil pesakit. Selain itu terdapat satu sofa berangkai dua dan set televisyen di bilik itu. Sudah lebih dua bulan Naqib koma. Belum ada sebarang tindak balas daripada lelaki itu setakat ini. Namun, Dinie tetap bersyukur kerana pembedahan kedua yang baru dijalankan dua minggu lepas sudah berjaya.



Kini dia mengerti punca suaminya itu sering sakit kepala. Rupanya Naqib pernah mengalami kemalangan sewaktu tahun akhir di UIA dan berlaku pendarahan bahagian dalam otak akibat hentakan kuat di kepalanya. Pembedahan awal yang dilakukan pada ketika itu berkemungkinan tidak merawat sepenuhnya kerana masih ada sisa darah beku yang tertinggal. Menurut kata doktor yang merawat suaminya di sini, Naqib bernasib baik kerana kebiasaannya bagi kes kecederaan kepala yang teruk melibatkan pendarahan bahagian dalam otak boleh mengakibatkan ketidakupayaan kekal. Lebih bahaya lagi, boleh menyebabkan kematian. Lelaki itu semangatnya sangat luar biasa.



Dinie menghela nafas. Perlahan.



Dinie, Nuha, papa naik dulu ya,”



Em-em,” serentak Dinie dan Nuha membalas. Mereka tersenyum pada Hilman yang sudah berdiri tegak.



Nuha, ajak angah makan dulu ya. Tengahari dah ni. Angah tak boleh skip lunch,”



Em betul pa,” Nuha pantas membalas, mengiyakan kata-kata Hilman. “Jom, ngah. Baby lapar dah tu..” Usik Nuha sambil mengusap perut kakak iparnya sekali.



Dinie menggeleng dan tertawa perlahan. “Papa nak pesan apa-apa?”



Ha! Nuha tau papa suka makan apa.. Nanti Nuha beli and bawak naik, okay. Papa pun kena makan jugak,”



Okay then. You two take care,” Hilman membalas dengan wajah yang tersenyum.



Dinie Sophea dan Huda Nuha mengangguk beberapa kali. Mata masing-masing mengiringi langkah Hilman sebelum mereka bingkas, menuju ke kafeteria.




***********



Okay, mula-mula baca Al-Fatihah sekali, lepas tu selawat syifa’ tujuh kali. Then, selawat tafrijiyyah tujuh kali jugak and finally baca doa tujuh kali,”



Hm yep, you got it. Senang kan?”



Nuha mengangguk. Dia tersenyum sedikit sebelum dahinya terhias garisan halus.



Eh jap, ngah, doa tu doa apa? Doa biasa sendiri ke macam mana?”



"O ya Allah, angah lupa nak bagitahu pulak," Dinie menepuk dahi perlahan. Dia tersenyum sebelum menyambung, “Em doanya dalam Bahasa Arab, nanti angah tuliskan untuk baby. Terjemahannya, Maha suci Tuhan yang urusan-Nya antara “kaf” dan “nun”. Maha suci Tuhan yang urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah,” maka jadilah. Aku bermohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.”



Nuha terangguk-angguk cuba mengingat semula baris-baris terjemahan doa yang disampaikan Dinie.



Dapat?”



Nuha menggeleng. Dinie tersenyum.



Tak apa, baby baru first time dengar. Nanti dekat atas angah tuliskan untuk baby. Boleh baby amalkan lepas tu. Abang Id pun ada ajar dekat angah bacaan Yaasin untuk rawatan koma. Lepas habis makan ni, kita naik, angah ajar baby pulak,”



Em,” Nuha mengangguk beberapa kali. “Em tapi kan ngah, kenapa tak ada sesiapa pun yang ajar baby sebelum ni?”



Ni angah nak ajar la ni,” Dinie mencuit lembut pipi Nuha


Gadis itu tersengih lebar. Dia meneguk air putih di dalam gelas sekali sebelum menghabiskan baki nasi berlauk di dalam pinggannya.


“Apa-apa pun, ingat pesan papa tadi, kita usaha, apa-apa pun semua bergantung pada-Nya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan putus doa, jangan putus usaha,” sambung Dinie perlahan.



Nuha mengangguk lagi. Dinie mengukir senyum. Hatinya semakin tenang kini. Percaya qada’ dan qadar buat setiap insan, mengukuhkan lagi keimanannya pada rukun iman yang enam.


:. to be continued .:



Mari beramal dan berpesan-pesan..



Selawat Tafrijiyyah

Terjemahan: "Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kamii Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi-Mu."


Ada banyak kelebihan selawat tafrijiyyah ini. Mari amalkan selawat ini sebagai wirid selepas solat. InsyaAllah ada ganjarannya buat kita nanti.. (",) 


Sumber : Tn Guru Haron Din (2008). Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bandar Baru Bangi: Darussyifa'


January 18, 2011

... and finally!



assalamualaikum and good afternoon semua.. i'm really sorry sebab entry last yang sepatutnya ada 1 je entry telah bertambah jadi 4. Entah macam mana syok sendiri taip, jadi panjang pulak, and so jat divide jadi la 4.. uhu


sila sambung membaca...



ktbwos  11

ktbwos  12

ktbwos  13

ktbwos  end


enjoy reading! and sorry for any inconvenience.. andai kata ada kekeliruan, jangan lupa drop a comment ya, (",)


errr bila zaman tah dapat nak habiskan bayang-bayang pulak.. i'm really sorry.....

Kills Two Birds With One Stone [end]



‘Abang terpaksa je sebenarnya. Terpaksa terima Iqa,’


Kata-kata ‘Ukasyah seakan bergema di telinga Afiqah. Dia terkelu, berbalas pandang dengan suaminya. Lama. Bunga senyum yang dapat dilihat di raut wajah suaminya itu membuatkan Afiqah mengetap bibir, geram. Lengan lelaki itu ditepuk perlahan.


“Abang, main-main tau. Sikit lagi je Iqa nak terasa tadi,”


‘Ukasyah ketawa lepas. “Dari awal lagi abang rasa seronok kalau dapat kacau Iqa,”


Afiqah mencebik.


“Abang redha tak dapat doktor sebab abang tau Iqa pun kerja hospital jugak nanti,” tersengih ‘Ukasyah di hujung kata-katanya.


“Bila pulak Iqa nak kerja dekat hospital?”


“Hospital kanak-kanak,”


Afiqah menggeleng dan mengerutkan dahi memandang ‘Ukasyah, menghantar isyarat dia masih belum memahami butir kata lelaki itu.


“Iqa major in special edu kan?”


Afiqah mengangguk laju.


“Minor?”


“Maths,”


“Hmm.. Lebih kurang macam hospital kanak-kanak la jugak kan Iqa. Kalau ajar pendidikan khas, jumpa kanak-kanak istimewa. Ajar matematik, jumpa student yang baru nak cerdik maths. Macam hospital pendidikan, got it?”


Afiqah mengangguk lambat-lambat. “Kalau macam tu semua cikgu kira macam kerja hospital la,”


“Em hm. Doktor pendidikan,”


“Kalau gitu kena ambil master and PHD la dulu,”


“Itu untuk title la sayang.. Kalau Iqa ikhlas mengajar student, boleh dikira macam doktor la jugak,” ‘Ukasyah tersenyum mengerdipkan mata.


“Em abang, Iqa betul-betul minta maaf tau. Iqa cuma nak tengok ummi senang hati,”


“Abang okay la Iqa, dah tak marah pun. Abang boleh terima. Memang silap abang sendiri. Kalau dari awal abang terima kerja dengan abah, ummi takkan buat semua ni. Kills two birds with one stone ummi kata dekat abang lepas nikah tadi. Abang dapat Iqa, ummi pun dapat apa yang ummi doakan, abang kerja dengan abah.”


Afiqah diam mengukir senyum. “Bang,” panggil Afiqah lembut.


“Em hm?”


“Kita stay Kuala Selangor nak lepas kenduri along lusa ni?”


“Stay sana?”


“Em.. Kenduri kat rumah abang kan hujung minggu nanti. Ada lagi empat hari. Boleh la kita stay sana.. Nak?”


‘Ukasyah diam. Memikir.


“Iqa dah lama tak jumpa family angkat dekat Kampung Penambang. Boleh la bang..”


“Family angkat?”


“Em em. Family angkat masa program bakti siswa last year. Program buat dekat Kampung Penambang, Kuala Selangor. Kampung nelayan. Kalau abang nak tahu, Abang Kasyful anak ketua kampung nelayan tu tau. Iqa kenal dia masa program tu la. Tup-tup sekarang jadi abang ipar pulak,” senyum lebar Afiqah terkenangkan masa lalu.


“Oohh. Padanla petang tadi abang tengok Iqa mesra dengan family Kasyful, macam dah kenal lama..” Terangguk-angguk ‘Ukasyah.


“Hm so? Boleh tak, bang?”


“Em cannot. Negative. Iqa tak boleh pergi mana-mana.”


“Kenapa?”


“Saja. Abang kan kuku besi. Arahan mandatori abang bagi ni. Iqa nak jadi isteri solehah kena ikut cakap abang. Kita terus balik sini lepas kenduri Ifah dengan Kasyful dekat kampung Penambang nanti,”


“Abang... Iqa minta maaf,” tersedar Afiqah suaminya itu sudah mendengar kata-katanya pada Afifah sebelum ini. “Ya Allah, Iqa betul-betul minta maaf,”


“Iqa ingat dengan maaf boleh padamkan memori apa yang dah jadi sebelum ni?”


Afiqah menggeleng pantas. Betul-betul sesal dengan keterlanjuran kata.


“Kenapa panggil abang kuku besi?”


“Sebab abang garang,” perlahan Afiqah menjawab seakan berbisik. Takut-takut.


“Siapa kata abang garang?”


Afiqah menikus di hadapan ‘Ukasyah. Dia mengetap gigi. ‘Tu bukan garang ke???’ Hatinya menjerit geram. Hanya seketika. Dia beristighfar kemudiannya, sedar silapnya sendiri.


“Abang, Iqa minta maaf sekali lagi. Iqa janji Iqa tak panggil abang yang bukan-bukan lagi,” berkaca mata gadis itu mengharapkan pengampunan. Sedar keterlanjuran kata bukan boleh diundur. “Bang, Iqa sungguh-sungguh minta maaf dengan abang kali ni,” setitis air mata mengalir di lekuk pipi.


Belum sempat dia mengesat mutiara jernih itu, tangan ‘Ukasyah lebih pantas bergerak. Suam telapak tangan itu di pipinya. Afiqah tersedu sedikit, menentang pandangan suaminya. Lelaki itu mengerdipkan mata. Nakal. Ada bunga tawa yang terhias di balik senyum penuh makna itu. Pantas tangan Afiqah mencuit lengan suaminya.


“Tak penat ke usik orang?” Tanya Afiqah dalam sendu.


“Naa when it comes to you my dear,”


‘Ukasyah tersengih nakal. Afiqah mencebik. Namun, sesaat kemudian dia meraih tangan suaminya.


“Abang betul-betul terasa ke bang? Iqa minta maaf sangat kalau abang terasa dengan apa yang Iqa kata tadi,”


‘Ukasyah menggeleng. “Biasa dah Iqa.. Dari sekolah lagi ada yang panggil abang, Hitler.”


Bulat mata Afiqah. “Habislah Iqa macam ni,”


Pecah tawa ‘Ukasyah. Afiqah tersengih.


“Not to worry sayang.. Dengan Iqa, abang boleh jadi Johnny Depp atau Jack Black or maybe Pierce Brosnan, tapi Hitler, no..”


Afiqah ketawa perlahan. “Ada-ada je la abang ni,” Afiqah mengesat sisa air mata di tubir matanya.


“Ala kesiannya dia.. Tak mau nangis dah ya. Kita tidur Kuala Selangor je nanti. Boleh tengok kelip-kelip, boleh singgah Pulau Ketam.. Nak?”


Afiqah ketawa lagi. Dia menggeleng. “Tak nak.. Nak pergi jumpa family angkat Iqa je,”


“Okay, okay. Abang tak kisah nak buat apa pun. Janji Iqa ada dengan abang,”


Afiqah mengangguk laju. ‘Ukasyah bergerak sedikit. Rapat pada Afiqah. Dirangkul bahu isterinya lembut. Kepala gadis itu ditolak perlahan, menyandar ke bahunya.


“Berkat abang tak lawan cakap ummi, abah.. abang dapat Iqa. Iqa yang hampir sempurna di mata abang, pelengkap abang. Allah Maha adil, Maha sempurna. Segala kesempurnaan kembali kepada-NYA, menjadikan kita hamba yang kerdil. Semoga abang dapat jaga Iqa, bimbing Iqa, bimbing keluarga kita. Semoga kita dapat bina keluarga hasanah.


“InsyaAllah, bang.. Kita sama-sama usaha. InsyaAllah,”


“InsyaAllah..”


‘Ukasyah menyambut penuh yakin. Tangan Afiqah digenggam erat. Simbolik kesatuan dua hati dalam menegakkan syiar Islam.




:. the end .:

Kills Two Birds With One Stone 13



“Saya, Abid ‘Ukasyah sudah melafazkan qabul petang tadi dan sekarang saya telah menjadi suami kepada Afiqah Naurah, isteri saya,”


“Dah lafaz qabul, mestilah isteri. Ayat redundant,” komen Afiqah perlahan.


“Redundant ke?”


Afiqah diam tak membalas.


“Tak kisah la redundant ke tak. Abang tak habis cakap lagi ni,”


“Sorry.. sambung, sambung,”


“Abang dah tak marah dekat Iqa, kalau Iqa tertanya-tanya,”


“Abang dah maafkan Iqa?” Secepat kilat Afiqah membalas tanya. Lancar sahaja tutur katanya yang sudah bertukar kata ganti nama. ‘Ukasyah tersenyum penuh makna. Tangan isterinya dicapai. Dikucup lembut belakang telapak tangan kanan itu.


“Mana boleh marah isteri lama-lama,” ringkas ‘Ukasyah membalas.


“Betul ni?”


‘Ukasyah mengangguk laju. “Tapi, abang minta maaf buat Iqa menangis tadi. Kalau ummi pun abang usik, takkan dekat Iqa abang nak biarkan je,” ‘Ukasyah mengerdipkan matanya sekali. Nakal.


“Ummi? Abang tahu?”


“Mestilah abang dah tahu, sayang.”


“Abang usik ummi jugak?”


‘Ukasyah tersengih dan mengangguk.


“Abang buat apa dekat ummi?”


“Abang kata nak call off wedding kita,”


“Petang tadi, yang abang datang lambat tu?”


‘Ukasyah mengangguk dan tersengih.


“Ya Allah bang, terduduk tau ummi lepas cakap dengan abang tadi. Lama jugak ummi terdiam. Tak baik tau abang buat ummi macam tu. Nasib baik abang muncul tiba-tiba lepas tu,”


‘Ukasyah diam. Memikir. “Tapi abang dah minta maaf,”


“Dengan maaf boleh padamkan memori apa yang dah jadi sebelum ni?”


Berkerut dahi ‘Ukasyah memandang Afiqah. “Macam familiar je dengan ayat tu,”


Afiqah tersengih lebar. “Abang, tak baik tau buat macam tu dekat ummi,”


“Kebetulan je Iqa,”


“Kebetulan? Abang lambat sejam tau bang. Itu pun dalam planning revenge abang jugak ke?”


“Eh tak, tak, tak.. Iqa dah salah anggap ni. Revenge is sweet sayang tapi kita orang Islam kan? Abang bukan nak balas dendam. Kebetulan je benda nak jadi.”


Afiqah diam. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada ‘Ukasyah. Lelaki itu menyambung cerita.


“Ummi ajak abang pergi masjid sekali satu kereta. Tapi abang insist nak drive sendiri sebab abang fikir, kalau pergi dua kereta, abang boleh bawak kereta datang sini lepas tu.”


Afiqah mengangguk sedikit. ‘Ukasyah menyambung lagi.


“Sampai dekat traffic light, abang dah tertinggal dekat belakang. Abang call ummi minta ummi pergi dulu sekali dengan family pak long dengan pak su, tak payah tunggu abang. Hm nak jadi cerita, kereta terbabas pulak bila abang nak elak dari sekumpulan kambing.”


“Kambing? Mana datang kambing tiba-tiba?”


Hehehe. ‘Ukasyah tersengih. “Budget nak sampai dulu dari ummi.. Abang lalu short cut masuk ladang getah, tembus dekat kebun pisang seberang jalan sebelum sampai simpang masjid.”


Afiqah menggeleng sekali dan bertanya lagi, “Abang seorang je ke masa tu?”


“Bertiga. Geng abang anak pak long yang paling kecik tu,”


“Musytaq? Mukmin? Musytaq dengan Mukmin?”


‘Ukasyah mengangguk dan tersenyum. “Si kembar tu la,” jawab ‘Ukasyah. Afiqah ketawa sesaat.


“Kenapa la tak bawak baby paksu yang tak sampai setahun tu je,” usik Afiqah. Terbayang di matanya, si kembar Mushtaq dan Mukmin yang baru berumur empat tahun. “Syukur Alhamdulillah.. Mujur tak jadi apa-apa bang,”


“Em hm Alhamdulillah. Abang pun bersyukur sangat. Kalut jugak tadi. Dah la bawak si kembar tu. Mujur jugak ada teksi lalu betul-betul lepas trak datang ambik kereta. Bila dah sampai simpang masjid, baru abang perasan ada call masuk. Ummi call. Time tu la tiba-tiba datang akal nak usik ummi pulak..”


“Em ooo..” Afiqah mengangguk beberapa kali. ‘Ukasyah tersenyum.


“Tapi Iqa jangan risau, abang dah cerita dekat ummi semua ni. Abang dah minta maaf lagi sekali,”


Afiqah tersenyum lebar. “Erm, terima kasih bang.. Sudi terima Iqa,”


‘Ukasyah diam tak membalas. Wajah isterinya dipandang lama.


“Abang terpaksa je sebenarnya. Terpaksa terima Iqa,” lambat-lambat ‘Ukasyah bersuara. Ditatap wajah Afiqah penuh makna. Tiada reaksi yang boleh dibaca. “Abang akan belajar untuk sayang Iqa macam mana abang belajar untuk terima Ifah sebagai ‘tunang’ abang dulu,” sambung ‘Ukasyah lagi. Serius. Wajah Afiqah dipandang tak lepas.