“Hah? Biar betul, mi... Ada pulak orang perempuan yang nak minang Kimi,”
Hakimi ketawa sejurus menyudahkan kata-katanya.
“Umi serius ni Hakimi, kamu boleh tanya walid kalau tak percaya. Kak long dengan abang long pun ada sekali. Kalau nak confirm lagi, kamu tanya anak buah kesayangan kamu, Balqis,”
Hakimi ketawa lagi sebelum membalas,
“Umi, umi.. Ada pulak umi suruh Kimi tanya Qis. Sure si kecik tu pun dah pakat dengan umi kan..”
“Heish. Tak nak percaya jugak. Umi nak cakap macam mana lagi nak buat kamu percaya ni, Kimi.. Itulah, umi nak pinangkan anak dara untuk kamu, kamu tak mahu. Ini bila orang dah pinang dia, tak ambil pusing pulak. Umi tak kisah kamu nak percaya atau tak, yang penting umi nak kamu tahu, kamu dah bertunang,”
“Tunang? Umi serius?”
“Astaghfirullah al-Azhim,”
“Okay, okay.. Sabar mi,”
“Umi pulak,”
Tawa Hakimi bergema sekali lagi. Seketika cuma.
“Kimi,”
“Ya mi,”
“Tak ada ibu bapa yang tak mahu tengok kebahagiaan anak-anak.. Umi tahu Kimi pun suka orangnya. Sebab tu umi dengan walid terus setuju.”
“Err, siapa mi?”
Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal. Berkerut dahinya menunggu balasan sang ibu.
“Wahyuna,”
Hajjah Hasnah membalas sepatah. Sebaris nama yang cukup membuatkan jiwa lelakinya bergetar. Namun Hakimi terdiam tanpa kata. Sepi. Salam ibunya bagaikan angin bertiup di telinga. Panggilan terhenti di situ. Hakimi menghela nafas. Panjang.
***********
assalamualaikum wahyuna.
waalaikumussalam wbt.
awk yakin dgn keputusan awk?
insyaAllah,
knp tba2?
maybe dis is da rite time,
sure? sy xpksa awk trima sy. sy hrp awk fhm yg itu,
em. awk.. sy mntk maaf,
knp mntk maaf tba2?
sbb rs nak mntk maaf...
xkan mntk maaf tba2?
em, sebelum awk trima sy, sy kna mntk maaf dulu,
sy dah lama trima awk
thanks
u r always wlcome dear
sy nk mntk tolong 1 tiny thing blh?
ya name it,
plz sve the dear thing smpai msnya nti, can or cannot?
Hakimi tersenyum. Lebar. Mesej yang baru sesaat menjengah ke kotak inbox itu dibaca sekali lagi. Makin lebar senyumannya. Jari ligat bermain di papan kekunci, menyusun kata buat pemilik sebaris nama yang semakin mekar di hati.
sure can, insyaAllah. Blh sy tnya 1 prkara?
em hm?
cik yg meminang dah tetapkn tarikh nikah?
erm not yet. tpulang dkt adam yg dipinang,
nti sy bincang dgn umi n walid. mama dgn abah mcm mn?
mama dgn abah nak bincang dgn umi n walid nti,
umi n walid? umi siapa walid siapa?
Hakimi tersengih nakal membalas dengan penuh usikan.
insyaAllah, umi sy walid sy. bila tba msnya nanti.. biiznillah
Makin lebar senyuman Hakimi. Bunga di taman larangan sudah terhias di kamar hatinya tanpa perlu dipetik dicantas. Berkat kesabaran, doa yang tidak putus. Hatinya mengucap syukur yang tidak terhingga. Skrin telefon bimbit dipandang lagi sebelum jarinya menekan-nekan nombor, membuat panggilan.
“Assalamualaikum, mi..”
***********
We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلي وسلم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اھد خطانا
على سنة نبينا
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
***********
Sepasang tangan bersilang erat. Telapak tangan bertaup rapat. Panahan mata saling berbalas. Seketika kemudian garis senyum terlukis indah di raut wajah pasangan pengantin baru, Hakimi dan Wahyuna.
“Thanks—”
“...dear,”
Suara Wahyuna dicantas suaminya.
“Alhamdulillah,”
“Alhamdulillah,”
Ucapan hamdalah Hakimi dibalas Wahyuna. Lembut dan mesra.
“Abang tak nak tanya apa-apa dekat saya?”
“Like what?”
Hakimi merenggangkan pelukan lengan Wahyuna. Dia bingkas dan duduk di hadapan isterinya pula. Bersila di atas katil berhias indah. Tangan sang isteri ditarik lembut. Digenggam erat tangan halus itu, bersulam jari jemari.
“Kalau kita sentiasa fikirkan hal yang dah berlalu, susah kita nak teruskan hidup ni. Semua berkaitan Wahyuna yang dah lepas, abang tak nak masuk campur. Apa yang penting, masa depan kita langkah sama-sama, em?”
Wahyuna mengangguk perlahan. Suaminya ini terlalu baik.
“Saya minta maaf,”
“Dah banyak kali Wahyuna minta maaf dekat abang. Tapi abang tak nampak lagi apa kesalahan Wahyuna untuk abang maafkan,”
Wahyuna mendongak sedikit, mencari anak mata suaminya. Terbayang pertemuan tak disangka antara Hakimi dan Wahyun siang tadi. Ketenangan Hakimi dicemburuinya sedang dia semakin gusar melayan kenangan yang bertamu tanpa diundang.
“Na, selamat pengantin baru..”
Wahyuna berpelukan seketika dengan Nadira yang baru tiba bersama tunangannya. Lelaki itu memandang tanpa kelip. Wahyuna terkelu. Bibir diketap kuat. Mata membuang pandang ke serata khemah, mencari bayang sang suami.
“Makan dulu, Dira. Ajak tunangnya sekali ni. Yuna nak masuk dalam sekejap,”
“Em, jom bang,”
Nadira melangkah panjang, meninggalkan Wahyun Anwar di belakangnya yang masih tak lepas pandang ke arah Wahyuna.
“Cantik awak hari ni,”
Wahyuna diam tak berkutik.
“Sampai hati kahwin tiba-tiba, tak beritahu saya langsung,”
Wahyuna diam lagi. Anak matanya setia mencari lelaki yang melafazkan qabul selepas solat isyak semalam.
“Saya sayangkan awak—”
“Astaghfirullah al-Azhim,”
Wahyuna menggeleng laju. Dia bergegas menjauh sebaik ternampak kelibat sang suami yang melintas di belakang Wahyun. Lengan suaminya diraih dan dipeluk erat.
Lelaki itu yang pada mulanya seakan tergamam pantas menyembunyikan rasa. Segaris senyuman terukir di wajahnya. Telapak tangan isterinya digenggam erat. Matanya berbalas pandang dengan Wahyun yang masih tegar berdiri memandang isterinya tajam.
“Kawan sayang?”
Bisikan lembut Hakimi dibalas dengan anggukan Wahyuna. Takut-takut. Hakimi tersenyum lagi. Langkah kaki diatur kemas ke arah Wahyun Anwar. Wahyuna setia di sampingnya. Dapat dirasakan pelukan yang semakin erat pada lengannya.
“Hakimi,”
Hakimi menghulur tangan sambil menyebut namanya. Salam berjabat.
“Wahyun,”
“Dah makan?”
“Baru sampai,”
“Jemput makan dulu,”
Hakimi membalas mesra biar pun tetamu itu membalas dingin. Faham tenungan mata lelaki itu pada isterinya, Hakimi melangkah setapak. Berdiri di hadapan isterinya, menghalang pandangan itu daripada terus menodai seraut wajah milik Wahyuna.
“Jemput makan, kami nak ke depan dulu, assalamualaikum,”
Sekali lagi tangan berjabat rapat namun senyum yang dihulur Hakimi tidak dibalas Wahyun. Lelaki itu melangkah laju meninggalkan pasangan pengantin baru yang sudah berbalas pandang.
“Terima kasih, bang,”
Wahyuna bersuara tiba-tiba, meninggalkan kenangan majlis siang tadi.
“Terima kasih pulak?”
Wahyuna mengangguk laju.
“Terima kasih untuk segalanya,”
Hakimi tersenyum mesra.
“Hamdan lillah, syukran lillah. DIA yang paling layak untuk segalanya,”
Wahyuna membalas senyum. Dia mengangguk pula seketika kemudian.
“Abang nak Wahyuna tahu, abang sayang Wahyuna. Biar apa pun yang Wahyuna lalui sebelum ni, abang sayang Wahyuna. Wahyuna milik abang sekarang. Abang percaya kasih Wahyuna buat abang selepas ni sebab abang milik Wahyuna. Kita saling memiliki.”
“Em,”
“Lupakan semua yang dah berlalu. Biar pahit atau manis, semua tu ada hikmahnya sama ada kita sedar atau tak. DIA takkan jadikan sesuatu itu sia-sia. Abang dah tahu cerita pasal Wahyun tapi abang tak mahu tahu keseluruhannya,”
Wahyuna tersentak. Mata memandang tepat ke arah sang suami. Lelaki itu mengangguk sedikit dan mengukir senyum indah.
“Sebab abang percaya dekat sayang,”
Sambung Hakimi penuh keyakinan.
“Mungkin tangisan sayang yang abang dengar suatu ketika dulu disebabkan dia?”
Wahyuna diam, mengetap bibir. Persoalan yang seakan diminta jawapan namun lelaki di hadapannya itu tetap tak putus dengan senyuman.
“Abang tak perlukan jawapan,”
Seakan memahami, Hakimi pantas bersuara.
“Jawapannya ada pada sayang. Kuncinya ada pada Allah. Kita hidup memandang masa hadapan, bukan menoleh pada masa lalu yang tidak boleh ditukar ganti. Em?”
Wahyuna hanya diam, tekun mendengar setiap amanah sang suami pada malam perkahwinan mereka.
“Abang harap Wahyuna dapat melupakan semua yang dah berlalu tapi jangan putuskan persahabatan yang dah terjalin. Kita tak perlukan musuh untuk meneruskan hidup tapi doa ikhwanul muslimin membuatkan hidup kita lebih bermakna biar pun kita tak tahu ada yang mendoakan kita,”
Wahyuna mengangguk perlahan tanda memahami setiap butir bicara yang disampaikan penuh hemah.
“Dan mana tahu kita berbesan dengan mereka one fine day,”
Bulat mata Wahyuna membalas kenyitan mata Hakimi. Lelaki itu tersengih nakal. Seronok dapat mengusik isterinya. Lambat-lambat Wahyuna mengukir senyum. Hati tak putus mengucap syukur, dikurniakan dia yang sangat memahami, dia yang diharapkan dapat mengusir lara di hati, dia yang dapat menggenggam sebuah janji. Janji akad terbinanya ikatan suci. Sungguh, hanya dia di hati..
:.the end.: