May 21, 2010

Kills Two Birds with One Stone 6


'Ukasyah tenang, tegak berdiri memeluk tubuh. Tenungan sang ibu dibalas dengan sengihan nakal.


"Abang tengoklah anak abang. Kita cakap untuk kebaikan dia, bukan nak suruh buat benda tak elok pun. Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."


"Eh abang pulak.. Bukan abang yang ajar dia jadi liat macam sekarang. Siapa yang pampered Syah selama ni?"


Balasan selamba Haji Abdullah mengundang tawa 'Ukasyah. Pantas dia bergerak menghampiri Hajah Fatimah, memeluk erat bahu ibunya itu.


"Kamu jangan lupa Syah. Nombor Afifah yang ummi bagi tadi, simpan.."


"Ya, mi. Baik. Syah dah simpan kertas yang ummi bagi tadi.."


"Betul ni?"


"Iya mi.. Syah tak tipu,"


"Jangan simpan je Syah. Save dalam phone tu,"


'Ukasyah sengih nakal. Tangan kanan Hajah Fatimah dicapai dan dicium lembut belakang telapak tangan ibunya itu.



"Syah balik dulu mi, bah.."



"Bawa kereta tu elok-elok Syah," Haji Abdullah menepuk sekali bahu anak lelakinya sebelum anak muda itu melompat masuk ke dalam kereta.



"Baca doa sebelum bawa kereta tu,"



"InsyaAllah,"



'Ukasyah menghidupkan enjin kereta dan menutup pintu perlahan. Tingkap kereta direndahkan sedikit sejurus kemudian.



"Syah,"



"Ya mi?"



Panggilan lembut Hajah Fatimah segera dibalas.



"Syah jangan lupa apa yang ummi pesan. Macam mana Syah nak sara anak dara orang nanti kalau kerja pun tak menentu. Kebajikan cucu-cucu ummi mesti terjaga. Ummi tak nak kamu main-main Syah. Belajar tinggi-tinggi tapi sia-siakan ilmu yang kamu ada,"



'Ukasyah mengangguk laju. Tersenyum simpul lelaki itu menahan tawa.



"Imah.. Awak ni, Syah tu kahwin pun belum. Jauh angan-angan awak sampai ke cucu. Bukan cucu pulak tu tapi cucu-cucu. Awak nak cucu berapa ramai ni?" Usik Haji Abdullah sambil memeluk erat pinggang isterinya. 'Ukasyah yang hanya mendengar ketawa lepas. Kepalanya digelengkan beberapa kali.



"Ummi, ummi.."



'Ukasyah menyambung tawa. Dia bergegas keluar dari kereta melihatkan jelingan maut umminya. Hajah Fatimah pantas dihampiri dan satu kucupan singgah di pipi wanita separuh abad itu.



"Syah tak lupa mi. InsyaAllah. Ummi bagi Syah masa,"



"Masa, masa. Berapa lama ummi nak bagi masa dekat kamu lagi. Bukan baru sebulan dua kamu bawa bas tu."



'Ukasyah hanya mampu tersenyum. Langkah diatur lambat-lambat menuju ke keretanya. Haji Abdullah menggeleng.



"Dah, bawa kereta elok-elok. Jangan difikir sangat, yang penting kerja biar ikhlas."



Tegas Haji Abdullah bersuara sebelum dia menutup pintu kereta di bahagian pemandu itu. 'Ukasyah mengangguk dan melambai. Sempat dia mengucapkan salam sebelum keretanya meluncur keluar dari rumah berkembar dua tingkat itu.



"Awak ni Imah, bukannya si Syah tu pergi mencuri atau buat kerja tak elok pun. Biarlah dia belajar tentang kehidupan ni sikit. Bukan senang nak senang, kan sayang. Hina ke orang yang bawa bas ni?"



Lembut suara lelaki lebih separuh abad itu menegur isterinya. Satu persoalan ditinggalkan Haji Abdullah membuatkan Hajah Fatimah tersenyum dan menggeleng pantas. Ada makna yang tersirat di balik senyuman sang ibu itu. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam rumah beriringan lagak pasangan muda baru bermadu kasih.




**************


From: +0193991984
11/05/10
14:33
berkata saidina Ali, kesabaran itu ada tiga macam. kesabaran dalam menghadapi musibah, kesabaran dalam ketaatan dan kesabaran untuk tidak berbuat maksiat..


"Em herm.. Kesabaran menghadapi musibah, dalam ketaatan? Erm.. Last one? Tak buat maksiat.. Okay. Good reminder."


'Ukasyah tersenyum. Mesej di telefon bimbitnya direnung lama. Eyh. Nombor ni! Pantas kocek di sebelah kanan seluar digagau dan wallet Polo hitam dikeluarkan. Secebis kertas ditarik dari kumpulan kad yang tersusun elok.



afifah - 019 3991984


It's her! 'Ukasyah senyum lebar. Telefon bimbit diketuk pada dagu beberapa kali. Sesaat kemudian, pantas jarinya menekan-nekan papan kekunci. Butang send ditekan sejurus selepas itu bersama senyuman yang meleret.


jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua orang insan, anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah, sms menjadi penghubung antara saya dan?


Beberapa ketika kemudian telefon bimbit di genggaman 'Ukasyah bergetar menandakan ada mesej yang baru masuk. Lelaki itu tersenyum lebar.


From: +0193991984
11/05/10
14:45
saya! (",)


siapa saya?


From: +0193991984
11/05/10
14:47
saya, saya laa..


saya, saya. super saiyan??


hahahah~ 'Ukasyah ketawa lepas sebaik sahaja butang send ditekan. Tanpa dipinta barisan Super Saiyan yang paling kuat seperti Goku, Vegeta, Gohan, Trunks dan Goten berebut-rebut menerjah ke ruang memori di kepalanya. Balik KL nanti harus dia mencari gali manga Dragon Ball yang telah disimpan kemas di dalam kotak. Pastinya kotak itu selamat berumah tangga di dalam stor. 'Ukasyah tersengih seorang diri teringatkan kegilaannya pada suatu ketika dahulu.


From: +0193991984
11/05/10

14:47

buat kerja baik-baik, drive elok-elok.. assalamualaikum
.


'Ukasyah tersenyum senang. Salam dijawab penuh dalam hati. Telefon bimbit diletakkan penuh cermat di atas papan pemuka bas Suasana Edaran itu. Stereng bas diketuk perlahan mengikut lagu yang sedang rancak bermain dicorong radio. Lelaki itu tersenyum lagi.


Namun, sesusuk tubuh yang menerjah ke kornea mata membuatkan wajahnya kaku tiba-tiba. Senyumannya mati. Butang di papan pemuka ditekan dan pintu bas tertutup serta merta. Bas yang belum penuh muatannya itu bergerak perlahan sebelum meluncur meninggalkan pintu timur, meninggalkan para pelajar yang berpusu-pusu keluar menuju ke tempat menunggu bas.


'Sorry,'


'Ukasyah menggumam perlahan. Wajah berkerut Afiqah memandang bas yang berlalu pergi terbayang di matanya. Dia tahu dia telah melanggar etika sebagai pemandu Suasana Edaran yang berhemah. Dia telah dikuasai perasaan dan dia telah mengambil tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.


Seakannya dia menganiaya mereka yang menggunakan perkhidmatan bas untuk berulang-alik ke kolej kediaman. Sudahlah waktu tengah hari ini jumlah bas berkurang dan dengan cuaca panas terik seperti ini, kasihan mereka yang menantikan bas untuk pulang berehat di kolej kediaman masing-masing. 'Ukasyah beristighfar.


Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Ya Allah yang Maha Mengetahui, Kau kuatkanlah hati ini. Tetapkanlah hati ini. Permudahkanlah urusanku dan berilah petunjuk kepadaku Ya Allah..


Lelaki itu menghela nafas perlahan. Dalam hati dia berdoa panjang..

May 10, 2010

Bayang-Bayang 54

"Hana,"

"Em hm.."

"Na,"

"Yep."

"Hana, look here."

Serentak kepala Adhana berpaling menghadap Huda Nuha yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Kepala gadis itu mendongak sedikit memandang wajah serius Huda Nuha. Keningnya dijungkitkan sekali.

"Na, perasan tak angah sepanjang hari ni?"

Adhana menjungkit bahu sekali. Berkerut dahinya sedikit. Kepala sudah melilau mencari bayang kakaknya.

"Angah dah turun la my dear,"

"Angah turun? Pergi mana?"

"Who knows.. Surau agaknya,"

"Hep, ngata angah!"

Sergahan perlahan dari balik pintu di sebelah kiri Adhana dan Nuha sudah cukup untuk membuatkan dua orang gadis itu mengucap panjang. Masing-masing mengurut dada perlahan, terkejut dengan kemunculan Dinie tanpa disangka.

"Bukan ngatalah, ngah.."

Nuha bersuara manja, menarik lembut lengan kanan kakak iparnya. Dinie Sophea melabuhkan punggung di sisi Nuha. Adhana di sebelah kiri Nuha tersengih, menganggukkan kepala.

Tersenyum Dinie pada kedua-dua orang adik kesayangannya yang memandang tanpa kelip. Beg yang digalas diletakkan pada bangku kosong di sebelahnya.

"Eh? Macam tak pernah tengok angah pulak ni kenapa?"

Dinie menegur lembut dengan kerutan di dahi saat melihatkan pandangan pelik Nuha dan Adhana padanya.

"Nothing,"

Serentak Adhana dan Nuha membalas dengan sengihan lebar.

"Aa ha! There must be something. Lain macam je angah tengok Hana dengan Baby hari ni,"

"Angah yang lain macam tau.."

Laju Nuha mencelah.

"Kan, Na?"

Gadis itu menyambung kata, mengharapkan sokongan Adhana. Adhana mengangguk laju biarpun dia tidak begitu menyedari kelainan pada kakaknya. Dinie memandang Adhana dan Nuha bersilih ganti. Ada garisan halus yang terlukis di dahinya.

"Apa yang lain macamnya.. Sama je angah rasa macam sebelum-sebelum ni,"

"Sure?"

"Totally,"

"Na aa.. You are not. Believe me. By tengok angah berseri-seri je satu hari ni tau. Lepas tu tak habis dok belek handphone tu. Ada apa, ngah?"

Dinie ketawa perlahan. Tangannya menggenggam erat telefon bimbit di tangan.

"Ey.. Handphone barulah Nuha,"

Terangkat kening Nuha mendengarkan kata-kata Adhana. Dua pasang mata tepat memandang Dinie yang tersenyum lebar, menggenggam erat Blackberry di tangan kirinya.

"Abang bagi la,"

Lambat-lambat Dinie Sophea membalas. Hampir tak kedengaran suara itu. Dia tersenyum sedikit, cuba menyembunyikan rawan di hati.

Seketika kemudian Dinie menyambung lagi, "Angah jarang pakai sebab sayang.. Handphone lama angah sayang, yang abang bagi ni pun sayang jugak. Sebab tu jarang-jarang pakai."

"Mesti ada something special dalam phone tu kan? Ouchh—"

Terjegil Adhana pada Nuha yang menyikunya.

Dinie tersenyum sedikit. Bahu Nuha dipaut mesra.

"It's okay la sayang.. Phone ni sendiri dah special bagi angah so of course there's something special," lembut Dinie membalas.

"Yeah.. Definitely!"

Nuha tersenyum lebar membalas senyuman kakak iparnya.

"Eh borak dari tadi ni Hana dengan Baby belum makan lagi kan?"

Serentak Adhana dan Nuha menggeleng laju, menjawab pertanyaan Dinie Sophea.

"Nak makan tak?"

Terangguk-angguk keduanya tanpa perlu berfikir panjang.

"Angah nak jumpa doktor sekejap. By dengan Hana turun kafe sendiri boleh?"

Adhana tersengih lebar dan mengangguk laju manakala Nuha hanya tersenyum memandang Dinie. Dinie membalas senang hati. Dia bingkas mencapai beg galas di sisi dan mengeluarkan dua keping not berwarna merah. Dihulurkan pada kedua-duanya.

"Use wisely, balance pakai esok. Kalau habis, angah top up."

Nuha menggeleng sekali. Tawa kecil meletus tiba-tiba. Ada mutiara jernih yang berkolam di matanya saat itu. Pantas dia menarik lengan Adhana, berpaling dan melangkah perlahan meninggalkan Dinie Sophea. Sempat Adhana menyambut huluran Dinie dengan senyuman lebar.

"Thanks, Ngah!"

Kedua-duanya bersuara sedikit kuat dalam keadaan yang terkawal, bimbang mengganggu ketenteraman di hospital itu. Dinie tersenyum, menggelengkan kepala.

 
*******************

 
"Wehh kau kenapa ni Nuha?"

Adhana pantas bertanya di saat mereka sudah menghampiri lif. Nuha menggelengkan kepala. Tangannya laju menyapu air mata yang merembes.

"Ehh stop-stop. Aku tak nak turun kafe dalam keadaan kau yang tak berapa nak okay ni. Kau okay tak sebenarnya?"

Adhana menarik lembut lengan Nuha, memaksa gadis itu menghentikan langkahnya. Nuha terduduk menyandar di tepi dinding. Tangannya menekup wajah. Tangisannya mula kedengaran sayup-sayup. Lif yang sudah terbuka dibiarkan begitu sahaja sehinggalah ia tertutup semula.

"Nuha,"

Nuha masih lagi seperti tadi. Hanya tangisannya sudah tak berlagu seperti sebelumnya.

"Aku teringatkan abang, Na.. Rindu sangat-sangat."

Tersekat-sekat suara Nuha.

"Tadi.. Angah.. The way she speaks, betul-betul reminds me of abang.."

Adhana yang sudah mencangkung di hadapan Nuha mengusap lembut bahu sahabatnya.

"Aku betul-betul tak boleh tahan tadi, Na.. Kalau lama lagi dekat sana, alamatnya sekali dengan angah buat orkestra dalam tu tadi,"

Adhana menepuk perlahan bahu Nuha.

"Sempat lagi nak buat lawak. Tapi aku rasa kau je yang buat koir sorang-sorang. Aku tak pernah lagi nampak angah nangis teruk-teruk. Habis teruk pun air mata mengalir sekali dua je."

"Angah kuat. Aku tak boleh tahan. Kagum aku dengan angah,"

"And we have to be strong for her.. Okay my dear?"

Nuha menghela nafas. Dia bingkas dan menyapu air mata yang bersisa di pipi.

"InsyaAllah, I'll try my best."

*******************

"Five week doctor?"

"Yeap, and that's a good news, right?"

Dinie mengangguk laju. Mutiara jernih yang bertakung di matanya dibiarkan mengalir di pipi.

"Alhamdulillah ya Allah.. Alhamdulillah.."

Bibir tak henti mengucapkan syukur biar hati berbelah bahagi. Anugerah yang tidak ternilai ini akan dijaga sebaiknya. Dia tahu itulah khabar gembira yang dinanti-nantikan suaminya yang masih bertarung sendirian antara maut dan kehidupan sementara di dunia ini.

"Husband—"

Kata-kata doktor wanita separuh umur itu bagai angin bersilir-silir di telinga Dinie. Kenangan bersama suami tersayang pantas memenuhi segenap ruang minda tanpa dipinta..

"Sayang merajuk lagi dengan abang?"

Dinie menggeleng laju. Kepala masih lagi tegak memandang susunan pakaian di atas katil yang baru selesai dilipat sebentar tadi.

"Tapi tak tengok abang pun. Merajuk lagi ya?"

Sekali lagi Dinie menggeleng. Naqib yang sudah menempel di sisinya tidak dikerling walau sekali. Lelaki itu menghela nafas perlahan.

"P.Ramlee kata—"

"Kisah apa siapa kata apa.."

Perlahan Dinie memintas. Naqib ketawa lepas. Bahu isterinya dirangkul lembut. Hujung hidung Dinie sempat dicuit manja.

"Look. Merajuk lagi la tu. Ingat abang tak tahu.."

Dinie hanya diam tak membalas. Namun kepalanya sudah dilentokkan ke bahu suami kesayangan.

"Tapi abang tahu sayang abang ni tak tahan merajuk lama-lama dengan abang.."

Usik Naqib senang hati. Kepala isterinya diusap perlahan sebelum dia mencium ubun-ubun kepalanya isterinya lembut.

"Abang selalu turun Kajang tak inform Piya dulu.. Lama dah Piya tak balik rumah tau.."

Naqib ketawa perlahan.

"Abang tak plan pun sayang. Sayang marah la Idraki. Suppose dia hantar kat abang tapi abang yang kena datang ambil pulak,"

"Hantar apa? Ambil apa?"

Kepala Dinie sudah tegak, berpaling menghadap Naqib yang tersengih nakal.

"Abang rahsia apa dari Piya ni.."

Naqib tersengih lebar masih mahu berteka-teki dengan isterinya.

"Abang.."

Panggil Dinie perlahan.

"Cepatlah bang bagitahu.."

Manja Dinie memujuk suaminya.

"Ish.. Piya ni macam tahu-tahu je abang cepat kalah dengan suara manja Piya,"

"Eyh of course la Piya tahu," terlukis senyuman mesra di wajah Dinie Sophea.

"Come here, abang nak tunjuk something. My favourite song.. This one I dedicate to you with all my love.."

Naqib menarik Dinie Sophea rapat padanya. Blackberry yang disembunyikan sedari tadi ditayangkan di hadapan isterinya. Video Never Had A Dream Come True nyanyian S Club 7 suatu waktu dahulu dimainkan perlahan.


Everybody's got something they had to leave behind 
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering
How it could be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go
I never had a dream come true
Till the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be with you
Somewhere in my memory I've lost all sense of time
And tomorrow can never be 'cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go
I never had a dream come true
Till the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be
You'll always be the dream that fills my head
Yes you will, say you will, you know you will oh baby
You'll always be the one I know I'll never forget
There's no use looking back or wondering
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try I just can't say goodbye
No no no no I never had a dream come true
Till the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say (words to say)
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be 
A part of me will always be with you

"Suka?"

"Hm?"

"Sedap je abang tengok Piya ikut nyanyi sama.. Suka ke?"

Dinie Sophea ketawa perlahan. Tangannya menepuk lembut peha suaminya.

"Suka laa.. Dah abang bagi dekat Piya.."

"Dapat lagu pun suka?"

Dinie mengangguk laju.

"Kalau dapat ni?"

Naqib tersenyum lebar. Blackberry 9700 ditayangkan pada isterinya. Dinie memandang dengan kerutan di dahi.

"Abang nak bagi Piya?"

Giliran Naqib mengangguk laju.

"Nak buat apa Piya pakai phone canggih-canggih, bang. Handphone yang ada tu pun Piya pakai contact abang je biasanya.."

Naqib ketawa lepas. Pipi isterinya dicubit perlahan.

"Saja la abang nak bagi.. Piya tak nak? Kalau Piya tak nak, abang bagi secretary bos abang,"

"Hep! Sampai ke secretary bos pulak tu. Kalau bagi kat baby logik la jugak.."

"Saja nak bagi Piya jealous.."

Naqib membalas selamba dengan tawa nakalnya. Dinie hanya tersenyum menggelengkan kepala.

"Abang, abang.. Tak kuasa Piya nak jealous tau. Banyak benda lagi Piya boleh fikir.. Macam la Piya tak kenal abang.."

Satu kucupan singgah di pipi Dinie. Dia senyum senang hati.

"Ini yang buat abang tambah sayang ni.. Erm take this," Blackberry 9700 bertukar tangan.

"Abang letak sim baru dekat situ. Piya pakai je, okay sayang?"

Dinie tersenyum dan mengangguk.

"Thanks bang,"

"Thanks je?"

"Syukran jazilan,"

"Erm 'afwan kathir.. Lagi?"

"I owe you?"

Naqib ketawa kuat.

"Macam mana pulak boleh keluar salah skrip ni.."

Dinie tersengih mengerdipkan mata. Bibirnya didekatkan rapat ke telinga sang suami.

"I love you!"

Hampir tak kedengaran bisikan manja itu. Dinie Sophea dan malunya memang sebati. Naqib tersenyum senang hati.

"Not to worry dear, everything's going to be fine, insyaAllah.."

Tersentak Dinie Sophea dengan sentuhan lembut di bahunya. Serba salah dia mengukir senyum pada doktor yang memakai tanda nama Intan pada sut putih bersihnya itu.

Sempat dia bertanya serba sedikit kepada doktor yang mesra itu sebelum meminta diri. Jam dikerling sekilas. Masih sempat dia mengerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Asar nanti.

Bait-bait lagu yang menjadi sebahagian ingatan berharganya menerpa di minda..

And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be with you

Segaris senyuman terukir di wajah Dinie, cuba dibina kekuatan dengan harapan yang mula berputik..


May 3, 2010

It's Amazing!


entry kali ni jat ada post dekat another blog of mine.. suka jat nak share dalam blog ni pulak disebabkan blog jat yang ini lebih banyak follower, makanya this interesting input will spread dekat lebih ramai kawan-kawan.. (",)

erm not to forget, jat minta maaf belum dapat nak sambung bb atau ktbwos ((pergh panjangnya nama baru hari ni sedar.. huhu)) i'll try my best to post new n3 asap, insyaAllah. baru habis last paper this morning.. pray for me, ya! heheheee


*******************


This forwarded email really amaze me.. Take a look at these photos, the first three months of a panda bear..






DAY 1








DAY 2








DAY 3





DAY 7








DAY 25











DAY 30








DAY 35








DAY 45





DAY 95



and tadaaaaa~~


DAY 120







SUBHANALLAH! ... baby panda is so cute isn't it? I'm 24 and this is my first time seeing the growth of a panda bear. These photos remind me of oren, belang and comel ((standard name for kucing org melayu.. ours especially.. hahaheheee)) and below is a video shows a baby panda sneeze... pity his mother.. (",)