April 23, 2010

Ujian Tanda Sayang-NYA


Berikut merupakan fowarded email yang baru menjengah ke email jat tadi. Bacalah hingga ke noktah terakhir.



***********


MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.


Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan... kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang sangat besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Di kesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat Kursi 1x, dan al-Ikhlas 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insyaallah, Allah makbulkan.


Pada hari ke-2 kelahiran Hana


Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ketika di wad kanak-kanak


Tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.




Ketika Hana dimasukkan ke ICU


Waktu ini tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Selepas kaki Hana disimen


Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


***********


Bukan wang ringgit jadi taruhan, hanya bingkisan doa yang dipinta beserta ingatan tulus ikhlas supaya kita semua dapat berusaha secara tidak langsung untuk kesejahteraan si kecil itu. Semoga setiap usaha kita dalam keberkatan dan rahmat-NYA, insyaAllah... dan semoga ada sinar harapan buat si kecil itu, amin, insyaAllah..

April 17, 2010

Kills Two Birds With One Stone 5



Afifah? Afiqah?


Afiqah? Afifah?


Afifah? Afiqah?


"Macam ayam berak kapur ni kenapa Syah?"


"Oh mak kau Afiqah,"


Hajah Fatimah menggeleng beberapa kali.


"Teruk dah latah kamu ni Syah. Siap keluar nama perempuan lagi ni ha. Entah siapa-siapa pulak tu,"


'Ukasyah tersengih malu. Belakang kepalanya diusap sekali lalu.


"Ummi terkejutkan Syah," Lelaki itu menuturkan kata perlahan. Mata menyoroti langkah sang ibu yang sedang mengendong bakul berisi kain yang sudah dibasuh. "Ummi nak jemur baju ke? Biar Syah buat, mi.." Pantas tangannya mencapai bakul merah segi empat tepat yang bertangkai hitam di hujungnya itu. Tersenyum dia pada umminya yang diam memerhati sebelum langkahnya diatur laju ke luar rumah.


"Kamu sebut nama siapa tadi, Syah?"


Beberapa minit berlalu, suara Hajah Fatimah tiba-tiba kedengaran. 'Ukasyah tersentak. Bulat mata memandang umminya yang sedang berdiri tegak memerhati, lagak ibu mertua mengadili menantu menguruskan tugas seharian.


"Err.. Emm.. Bila ummi ikut Syah kat luar ni, mi?"


Tersengih lebar 'Ukasyah, memandang tepat pada sang ibu yang memerhati tanpa kelip.


"Kamu jangan main-main Syah. Ummi dengan abah dah janji dengan Haji Pian. Kamu pun ummi tengok bukan main suka lagi semalam. Malam tadi mimpi anak dara mana pulak ni. Kamu jangan buat main-main urusan jodoh ni Syah,"


'Ukasyah senyum kelat. Jersi Manchester United keluaran Nike di tangannya diletakkan kembali ke dalam bakul.


"Ummi.."


Bahu Hajah Fatimah dipaut lembut. Tubuh kecil umminya itu didorong perlahan ke bangku kecil di hujung sudut halaman rumah.


"Ummi ni fikir bukan-bukan tau. Tak ada siapa pun.. Syah ikut je ummi. Kan Syah dah kata semalam Syah setuju. Ummi tau kan Syah macam mana. Once I said yes, that's it.."


"Afifah tu baik orangnya,"


'Ukasyah menghela nafas perlahan. "Anak-anak Haji Pian semua baik-baik, mi."


"Dua orang je pun anak Haji Pian tu Syah,"


"Em hm. Jadi?"


"Jadi ummi nak Syah dapatkan yang terbaik,"


"Apa bezanya dua-dua anak Haji Pian tu, mi?" Perbualan yang semakin menarik! Mungkin ini peluangnya untuk dia membongkar rahsia hati. Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum menempel di sisi umminya.


Hajah Fatimah hanya memandang wajah bercahaya penuh harapan anaknya tanpa memuntahkan kata walau sedikit.


"Em mi? Rasa Syah, kalau dapat salah seorang pun dah kira rahmat Tuhan dah tu mi,"


"Kita tak boleh ambil hak orang Syah," Lambat-lambat Hajah Fatimah membalas. 'Berkerut dahi 'Ukasyah memandang umminya.


"Maksud ummi?"


"Pilihan kita terhad. Bila dah terhad, tentu yang the best dah reserved awal-awal. Silap ummi ambil mudah urusan jodoh kamu ni. Seorang lagi dah bertunang pun Syah,"


'Ukasyah terdiam. Lama. Tak sedar Hajah Fatimah bingkas dan menyambung tugasnya menyidai pakaian.


"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.." Perlahan 'Ukasyah mengungkap sebaris kalimah.


"Apa kamu kata Syah?"


"Hm?"


"Apa kamu kata tadi?"


"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.." Sebaris kalimah itu diucapkan sekali lagi. Kali ini dia tersengih sedikit. Hajah Fatimah sudah menggeleng perlahan.


"Ish kamu ni.. Itu bukan ketentuan untuk kamu tapi itu khabar gembira Haji Pian sekeluarga.."


"Tak boleh ye kata macam tu mi?" Lagak anak kecil tujuh tahun, lurus 'Ukasyah bertanya pada umminya. Lelaki itu tersengih lagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali.


"Ummi tak kata tak boleh Syah.."


Hajah Fatimah menyudahkan tugasnya dan kembali menghampiri 'Ukasyah di sudut halaman rumah.


"Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155, maksudnya, "Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata, sesungguhnya kita ini semua milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali," Tak salah Syah kata macam tu bila Syah diberikan ujian Allah, bila kesabaran Syah diuji."


Hajah Fatimah berjeda. Wajah 'Ukasyah dipandang tepat. Segaris senyuman terukir di wajah ibu tua itu.


"Tapi dulu Syah sendiri yang endah tak endah bila ummi cakap pasal anak Haji Pian, kan."


'Ukasyah tersenyum kelat. Belakang kepalanya diusap beberapa kali. "Tak apalah ummi. Syah terima ketentuan ni. Mungkin dia yang terbaik untuk Syah, untuk ummi dengan abah. Mungkin dia yang boleh terima baik buruk Syah," Lambat-lambat lelaki itu menghimpun kekuatan menerima suratan.


Hajah Fatimah mengangguk sekali. "Allah Maha Mengetahui. Jangan sesekali kita ragui qada dan qadar-Nya. Apa yang penting, kita berusaha dan tak putus doa. Ummi dengan abah tak kisah mana-mana satu pun. Lagi pun, dua-dua anak Haji Pian Syah.. Acuannya sama. Ummi percaya, biar adik atau kakak, dua-dua pun yang terbaik.."


Mekar senyuman di wajah Hajah Fatimah. Bahu anak terunanya ditepuk beberapa kali sebelum dia bingkas menghilangkan diri di perut rumah meninggalkan 'Ukasyah termangu seorang diri.


Dah bertunang? Biar betul? Takkan Afiqah yang dah bertunang? Takkan adik bertunang dulu dari kakak? Ada keraguan fakta ni.. Ligat 'Ukasyah berfikir. Jari sudah mula mengetuk permukaan kaca meja bulat di hadapannya.


"Syah~"


Laungan Hajah Fatimah kedengaran kuat dari dalam rumah. 'Ukasyah tersentak.


"Ya, mi.." Pantas dia membalas.


"Ambilkan daun pandan, Syah."


"Yes maam!" Laju sahaja lelaki itu melangkah ke arah pasu besar di tengah laman pada sayap kiri rumah. Gunting pokok hiasan yang tergantung berhampiran pasu pokok orkid yang tersusun elok di laman itu sempat dicapainya.


"Petang nanti ummi nak hantar lompat tikam dekat rumah Haji Pian. Hajah Aminah paling suka makan lompat tikam,"


Hampir melompat 'Ukasyah mendengarkan suara umminya yang tiba-tiba kedengaran. Pantas dia berpaling ke arah Hajah Fatimah yang sudah tegak berdiri di belakangnya. Nafas dihela perlahan. Dalam hati dia beristighfar beberapa kali.


"Bila pulak ummi ada dekat luar ni, mi. Terkejut Syah."


Hajah Fatimah hanya tersenyum. Tangannya mencapai sehelai daun pandan yang dihulurkan 'Ukasyah.


"Terima kasih. Nanti petang kita pergi rumah Haji Pian ye Syah,"


"Syah nak balik Tanjung Malim,"


"Ala, malam-malam sikit kan boleh balik.."


"Syah bawak first trip esok, mi. Budak-budak tu pukul 7 lagi dah start tunggu bas, mi.."


"Tak apa.. Nanti ummi dengan abah hantarkan Syah,"


"Pulak?"


'Ukasyah menepuk dahi. Dia menggeleng sekali. "Tak apa, mi. Syah drive sendiri. Abah penat nanti. Esok nak pergi kerja lagi.."


"Habis tu nak pergi rumah Haji Pian macam mana? Jadi tak?"


'Ukasyah mengangguk lemah. Rumah Haji Pian pun, Haji Pian la mi.. Apa la yang best sangat dekat rumah Haji Pian tu mi.. Syah memang akan rela hati nak pergi provided that she's home. Ya! Kalau Afiqah ada dekat rumah, okay jugak kan? Bercahaya mata 'Ukasyah. Lelaki itu kembali bersemangat. Maybe this is the time!