January 18, 2010

Kills Two Birds with One Stone 3


“Ummi serius?”


“Syah ingat ummi main-main?”


Gulp! ‘Ukasyah menelan liur. Tekaknya terasa berpasir.


“Ummi―”


“Hah. Kamu jangan nak bagi alasan lagi, Syah.” Hajah Fatimah pantas memintas. Tidak mahu mengubah keputusan yang telah dibuat. “Ummi kamu ni bukan makin muda, tiap tahun umur makin meningkat. Lama mana lagi ummi nak tunggu. Kamu la satu-satunya anak ummi dengan abah..”


“Ummi..”


Suara sayu Hajah Fatimah benar-benar membuatkan hati lelaki ‘Ukasyah tersentuh.


“Ummi dah makan?”


“Tukar topic,”


Hahahah. ‘Ukasyah ketawa lepas.


“Syah rindu ummi..”


“Pandai je la dia nak tukar topic..” Suara ceria Hajah Fatimah mula kedengaran.


“Betul, Syah rindu ummi..” ‘Ukasyah tertawa seketika kemudian. Tak betah mendengar suara umminya yang berubah mendung seperti sebelum ini.


“Mulut kata rindu, hati tak pun.”


‘Ukasyah ketawa lagi. Sentimental umminya semakin berkembang.


“Hati memang la tak kata. Sebab hati tak boleh bersuara.. Cuba kalau hati boleh bersuara, mesti ummi tahu betapa rindunya Syah dekat ummi. Tak tertimbang rindu Syah, mi.”


“Sekali cakap, gaya dah macam mat bunga. Entah-entah dekat sana Syah dah mengayat anak dara orang. Sebab tu liat sangat tak nak dengar cakap ummi..”


“Ummi tak percaya dekat Syah ye mi..”


“Ummi ni ibu kamu Syah. Ummi dah masak sangat dengan perangai kamu tu.”


‘Ukasyah tersenyum kelat. Telefon bimbit di telinga kiri dilekap kemas. Pi mai pi mai tang tu. Pusing-pusing, topik teman hidup juga yang akan diutarakan.


“Mi, Syah balik malam ni. Syah janji. Ummi jangan risau ye mi.” Jam di pergelangan tangan kanan dikerling sekilas. Sudah menghampiri jam tiga petang. Mindanya ligat mencongak waktu untuk pulang ke rumah.


“Syah balik pukul berapa?”


“Syah ada kerja lagi mi. Sekejap nanti Syah try adjust dengan kawan. Mungkin lepas asar Syah keluar,”


“Drive carefully.. Hujung minggu ni banyak kereta,”


“InsyaAllah..”


“Ummi tunggu Syah,”


‘Ukasyah ketawa perlahan. “Daripada ummi tunggu Syah, baik ummi tunggu abah..” Dalam tawa yang masih bersisa, ‘Ukasyah bersuara.


“Abah tak ke mana pun hari minggu ni Syah. Sibuk nak sambut menantu..”


Mati tawa ‘Ukasyah. Kelu dia seketika. Jelas kedua ibu bapanya menaruh harapan yang tinggi. Lelaki itu menghela nafas perlahan. Salam umminya disambut perlahan seketika kemudian.


*********


“Biar anak dara yang buat kerja, kak..” Hajah Aminah menarik lembut lengan Hajah Fatimah. Tersenyum kedua-duanya pada Afifah dan Afiqah di muka pintu dapur. Dua beradik itu turut tersenyum manis.


“Biar kami bawak lauk-lauk ni keluar. Tinggal nak buat air je pun kan makcik,”


Mendengarkan suara Afifah, Hajah Fatimah mengangguk sekali sebelum dia membalas mesra, “Susah-susah je. Tu la makcik tak ada anak dara. Ada sorang anak teruna tapi tak nampak-nampak batang hidung lagi.”


Afifah dan Afiqah tersenyum. Kedua-duanya menghantar langkah Hajah Fatimah dan Hajah Aminah dengan pandangan mata.


“Along buat air,”


“Eh, apa along pulak. Iqa la.”


“Along yang offer diri tadi. Iqa tukang senyum je,”


Pantas satu cubitan hinggap di pipi Afiqah. Gadis itu terjerit perlahan. Laju sahaja tangannya mengusap pipi. Memuncung dia seketika.


“Orang gurau je la.. Cubit sakit-sakit pulak tu..” Manja suara gadis awal 20-an itu merengek pada kakaknya.


“Along bawak keluar lauk ni, Iqa buat air tau..”


Afifah tersengih lebar pada adiknya. Sempat dikenyitkan matanya sekali sebelum berlalu keluar dari dapur. Afiqah mencebik sedikit sebelum dia tersenyum seketika kemudian. Tersenyum sambil menggelengkan kepala.


“Nak buat air apa ye? Panas ke sejuk?” Gadis berbaju kurung moden hitam berbunga kuning keemasan itu menggumam perlahan. Sejuk angin malam yang menyapa dari balik pintu dapur di bahagian belakang yang sedikit terbuka membuatkan dia terus melangkah menghampiri kabinet dapur. Pintu kabinet ditarik sedikit. Pantas tangannya mencapai tin Vico. “Mana pulak gula dengan susu.. Tak ada pun dekat dalam ni..” Meliar matanya ke serata ceruk kabinet pasang siap tiga tingkat itu.


“Gula dengan susu dekat rak bawah sekali..”


Hampir terlepas tin Vico di tangan. Afiqah beristighfar panjang. Pantas dia berpaling ke arah suara tadi.


“Awak!” Terjerit kecil Afiqah. “Apa awak buat dekat sini?”


“Aku pulak. Kau la. Apa kau buat dekat rumah orang ni?”


“Nama pun rumah orang, mestilah saya ni tetamu.” Pantas Afiqah membalas. Tajam matanya memerhatikan susuk tubuh yang sudah berdiri entah berapa lama di belakangnya. Lelaki itu sedang memeluk tubuh di muka pintu dapur yang menghubungkan dapur dengan laman di belakang rumah.


“Tetamu buat apa dekat dapur rumah orang?”


Afiqah mengetap gigi. Geram. Dalam hati sarat dengan zikrullah agar dia mendapat kesabaran. Pandangannya dilarikan dari terus bertatapan dengan lelaki itu. Pantas dia kembali menyibukkan diri dengan menyusun cawan ke dalam dulang. Seketika kemudian jag panjang yang telah tersedia di atas meja bulat dicapai dan diisi dengan air suam.


“Nah gula dengan susu.”


Afiqah mengurut dada perlahan. Dek kerana rasa geram sebentar tadi, dia terlupa niat asalnya untuk mencari gula dan susu tepung. Sudahnya lelaki itu dengan baik hati menghulurkan bekas berisi gula dan susu tepung kepadanya. Afiqah melangkah setapak ke belakang, menjarakkan dirinya dengan lelaki tadi.


“Buat air sedap-sedap. Kalau tak aku reject.”


Bulat mata Afiqah memandang lelaki itu yang menayangkan wajah selamba. Dia menjegilkan mata sekali sebelum berdiri membelakangkan susuk tubuh yang berada beberapa langkah di belakangnya.


“Siapa entah yang nak dekat dia. Sibuk nak reject orang pulak.” Biarpun tangan lincah membancuh air mulutnya sempat menggumam geram.


“Buat kerja biar ikhlas,”


“Eh―”


“Syah,”


“Oh mak kau!”


Tepukan lembut di bahu anak muda itu membuatkan latahannya terlepas. Afiqah tersenyum simpul menahan tawa. Dalam hati dia ketawa kuat. Bukan main gaya macam bengis tapi kuat melatah. Tidak pernah dia melupakan peristiwa lelaki itu melatah di awal pertemuan tanpa sengaja mereka sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke kolej.


“Bila Syah sampai? Keluar lambat ke tadi?”


“Baru je lagi mi. Syah keluar dekat nak maghrib tadi. Lepas habis kerja. Kawan Syah ada hal, tak boleh nak ganti tempat.”


“Kenapa masuk ikut dapur ni?”


“Saja Syah nampak dapur cerah tadi. Ingat ummi ada dekat dapur.”


Hajah Fatimah tersenyum. Matanya tunak memandang Afiqah yang diam di sisi mereka.


“So Syah dah jumpa la dengan anak Haji Pian?”


“Anak Haji Pian?”


Hajah Aminah mengangguk. Senyuman ‘Ukasyah makin lebar..

January 12, 2010

Kills Two Birds With One Stone 2


“Fiqah, cuba tengok siapa dekat bus stop tu..”


“Siapa?” Mata dikecilkan memandang tempat menunggu bas di hadapan kampus.


Ala.. Buat-buat tak nampak pulak. Mamat yang serius tu..”


“Mamat serius mana pulak ni?”


Satu cubitan hinggap di pipi kiri Afiqah. Pantas jari jemari runcingnya mengusap pipi. Mata dijegilkan sedikit pada Azlini yang tersengih. Itu bukan mamat serius.. Mamat loyar buruk!


“Sakit tau,”


“Tak tau..”


Bulat mata Fiqah memandang Lini yang ketawa lepas.


“Jom la naik bas cepat..”


“Nak naik ke?”


“Dah tu, nak tunggu bas belakang tu?” Memuncung Afiqah pada barisan bas di hadapan perhentian bas itu.


“Hmm.. Malas la nak rebut-rebut Fiqah..”


“Dah tak ramai pun, Lini.. Jom la.. Dah pukul 12 ni Lini. Lepas zuhur nanti nak kena datang kampus lagi..” Fiqah menarik lembut lengan Lini.


“Naik, naik.. Siapa lambat berdiri dekat tangga..”


Pakcik bas kat dalam tu tak ada apa-apa, dia yang dok dekat luar ni yang kecoh lebih.. Afiqah mencebik. Mata dikerling sekilas pada ‘Ukasyah yang tersengih, tahu lelaki itu sedang mengusik. Dia sedar mata lelaki itu mengikut langkahnya dan Lini.


Beberapa minit kemudian, bas merah kelabu yang sudah lebih muatan itu bergerak perlahan meninggalkan kawasan kampus. Afiqah menggelengkan kepala melihat ‘Ukasyah yang melambai laju dari tempat duduk di perhentian bas itu. Tak betul! Lambat-lambat gadis itu menguntum senyum dan kepala dipalingkan dari tingkap, menghadap Lini di sisi kanan.


“Kenapa senyum sorang-sorang ni?”


Afiqah menggeleng laju.


“Nothing,” balasnya perlahan dengan sisa senyum di bibir.


xxxxxxxxx


“An apple a day keeps the doctor away,”


Afiqah mengucap panjang. Bulat mata memandang sebiji epal hijau yang tersua tepat di hadapan matanya tiba-tiba. Tawa Azlini mula kedengaran. Pantas dia menyiku lembut sahabat di sisi.


“Kau tak makan epal ke?”


Seraut wajah yang tenang di hadapannya dikerling sekilas. Pantas dia menggeleng laju.


“Buat dosa pagi-pagi Jumaat yang mulia ni,”


Berkerut dahi Afiqah mendengarkan sindiran itu.


“Macam aku tak nampak kau beli epal kat pasar malam minggu lepas..”


“Yang awak sibuk hal saya ni kenapa?”


“Aku punya suka la..”


Afiqah menjegilkan matanya pada ‘Ukasyah yang tersengih nakal. Tangan Azlini ditarik tiba-tiba. Nasib la kena tahan mata je tengok muka lelaki tu hari-hari. Dah namanya pemandu bas kitaran.. Afiqah kalih pandang pada Azlini.


“Lini, kita tunggu bas belakang la..”


Seakan merayu suara itu. Lini pantas mengangguk. Mereka melangkah setapak ke belakang sebelum menghayun kaki ke bangku di tempat menunggu. Sempat Afiqah menjeling ‘Ukasyah yang menyandar di sisi bas. Nasib baik belum naik. Kalau tak, malu je dekat budak-budak lain dalam bas tu.. An apple a day keeps the doctor away konon.. Eh mamat tu speaking la! Biar betul! Mana ada pakcik bas speaking sebelum-sebelum ni. Yes-No-Okay tu biasa la..


“Kau tak nak, aku bagi orang lain..” ‘Ukasyah bersuara sedikit kuat, memancing perhatian Afiqah dan Azlini.


“Like I care,” perlahan suara Fiqah membalas. Lini tersengih menampakkan bunga tawa. Sahabatnya di sisi sudah memeluk tubuh. Berkerut dahi gadis itu melihat ‘Ukasyah menahan seorang pelajar perempuan yang sedang memanjat tangga bas.


“Nah, dik. Free..”


“Terima kasih pakcik,”


Pecah tawa Afiqah dan Azlini mendengarkan balasan spontan itu. Masing-masing menekup mulut sesaat kemudian. Kelat wajah ‘Ukasyah sebelum lelaki itu mengangguk dan membalas ucapan terima kasih tadi dengan senyuman. Pelajar tadi sudah pun menghilang di dalam perut bas.


Pakcik?! Hahah~ Ambik tu! Terima kasih la dekat adik yang berbudi bahasa sungguh. Bagus, bagus. Bakal guru bitara! Ini mesti adik lepasan SPM yang ambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Afiqah ketawa dalam hati.


xxxxxxxxx


“Along!!”


Dua beradik berpelukan erat. Dua pasang mata memandang tak lepas dengan gelengan di kepala.


“Sudah-sudah la tu.. Macam bertahun tak jumpa.. Iqa ni, balik tak sempat apa dah peluk sakan.”


Afiqah dan Afifah berpandangan seketika mendengarkan teguran itu. Masing-masing tersengih sebelum kembali mengeratkan pelukan, melepaskan rindu yang sarat di dada. Haji Ahmad dan isterinya Hajah Aminah tersenyum. Senang hati dengan kemesraan itu.


“Along sampai pukul berapa tadi? Cuti berapa lama?”


“Around 10 tadi, my dear., Cuti dua bulan. Iqa balik ni cuti weekend je kan?”


Afiqah mengangguk laju dengan senyuman terukir di bibir.


“JJ jom long,”


“Mana? Balakong ke?”


“Cheras. Balakong tak ada MPH..”


“Ya, right.. Look who’s talking.” Afifah membesarkan matanya sedikit.


“Pleaseee..”


“Nanti Iqa dah masuk MPH tu bukan sedar jam dah pukul berapa. Mahu sampai ke malam kita dekat JJ agaknya..”


“Please long...”


“Eh, eh. Along kamu tu baru je balik tak sampai setengah hari. Penat pun tak hilang lagi dah ajak berjalan,”


Haji Ahmad mula bersuara. Afifah tersengih melihat adiknya yang sudah memuncung.


“Kalau umi dengan walid bagi, along on je. Iqa drive,”


“Boleh mi?” Pantas Afiqah bertanya penuh harapan.


“Tanya walid,” Ringkas balasan Hajah Aminah. Dia tersenyum sedikit, menoleh pada suami di sisi.


Afiqah memuncung lagi. Wajah serius Haji Ahmad dipandang sekilas sebelum dia merapati tubuh tua itu, memeluk erat lengan kiri walidnya.


“Lid.. Boleh la ye walid. Kalau tak, walid dengan umi pun ikutlah sama. Boleh ye walid?” Kepala sudah dilentokkan ke bahu walidnya. Haji Ahmad menggeleng, menyembunyikan senyum.


“Itu je la modalnya. Budget manja..”


Usikan Afifah dibalas Afiqah dengan jegilan mata. Along ni tak sporting betul. Bukan nak backup. Bukan senang nak pujuk walid tau.. Meleret pandangan Afiqah pada alongnya.


“Dengan syarat.”


Afiqah menjungkitkan keningnya sekali sebagai balasan kepada jawapan spontan Haji Ahmad sebentar tadi.


“Besok malam ikut walid pergi rumah kawan walid dengan umi,” Suara Haji Ahmad kembali kedengaran setelah dia berjeda seketika.


“Eh takkan Iqa je yang kena pergi? Umi? Along?”


“Semua sekali la sayang..”


“Along sekali?”


“Kalau along tak penat,”


“Emm tak aci la macam ni..”


“Nak pergi ke tak nak?”


“Mestilah nak..”


“So?”


“Ya, ya.. Okay. Iqa ikut walid pergi rumah kawan walid esok malam. Promise.”


Haji Ahmad memalingkan kepala, memandang tepat pada anak gadis bongsunya. Gadis itu tersengih manja. Faham dan terlebih arif dengan makna pandangan itu.


“InsyaAllah.. InsyaAllah..”


Afiqah menganggukkan kepala beberapa kali. Bibirnya menguntum senyum. Tangan memeluk erat lengan walidnya.


“Balik sebelum Asar,”


Aron Dino di pergelangan tangan kanan dikerling sekilas. Pantas Afiqah menoleh pada alongnya. Keningnya dijungkitkan sekali. Mata bersinar girang.


“Make it fast,” Afifah pantas bersuara.


“Ala along pun tak siap lagi. Tudung tak pakai lagi, baju pun belum tukar..”


“Along takpe. Sarung je. Iqa yang selalu lambat..” Afifah tersenyum. Seronok dapat mengusik adiknya.


“Okay, okay.. Bagi Iqa lapan minit.”


“Lapan minit je? Tak mandi la tu..”


“Ala dekat je Tanjung Malim-Cheras. Duduk dalam air-cond pulak tu. Tak sempat nak peluh, long..”


Afifah mengerutkan hidungnya sedikit. Afiqah ketawa lepas.


“Dah, dah. Orang nak solat..”


Sekejapan susuk tubuh itu hilang dari pandangan mata. Berlari gadis itu memanjat anak tangga. Haji Ahmad hanya menggeleng.


“Kalau tak berlari adik kamu tu, tak sah.”


“Anak kesayangan walid jugak tu..” Balas Afifah bersahaja sebelum masing-masing tertawa senang hati..