September 7, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Satu setengah tahun kemudian..

“Abil dah call papa?”

“Dah!” Semangat Nabilah membalas. Bunga senyum terlukis di wajahnya. “Papa kirim salam dekat aunty dengan uncle,”

Iklil tersenyum, membalas salam abangnya. Kepala Nabilah diusap sekali. Nuha yang sudah tertidur di sisi Nabilah bergerak sedikit. Iklil melabuhkan punggung di hujung kaki si kecil itu. Perlahan tangannya menyentuh hujung kaki Nuha sambil memanggil namanya lembut. Nuha beralih baring ke kiri dan menyambung lena. Nabilah tersengih menjungkitkan bahu.

“Nuha,” Panggil Iklil lagi.

“Emm,” Nuha menjawab malas dengan mata yang terpejam. Iklil tersenyum. Berhati-hati dia mengangkat tubuh kecil Nuha. Didukung kemas si kecil itu.

“Jom masuk tidur, Nabilah..”

Langkah diatur berhati-hati, memanjat anak tangga. Nabilah yang mengekor di belakang sudah beberapa kali menekup mulut, menahan ngantuk. Pintu bilik ditolak perlahan. Lampu tidur di sisi katil dipulas sedikit. Ruang yang gelap tadi semakin cerah. Nuha diletakkan perlahan di atas katil sebelum Nabilah melompat naik.

“Tidur jangan lupa baca doa,”

Nabilah mengangguk. Iklil menarik comforter merapati dada dua beradik itu. Nuha yang sudah lena tidur tidak berkutik. Nabilah terkumat-kamit membaca doa tidur.

“Assalamualaikum, aunty..”

“Waalaikumussalam sayang,”

Iklil bingkas dari katil. Lampu tidur dimalapkan sedikit. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik.

“Dah tidur ke?”

“Astaghfirullahalazhim,”

Iklil mengurut dada. Jantung berdetak laju. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran suaminya di balik daun pintu. Idin tersengih.

“Abang. Ya Allah.. Gugur jantung Iklil.”

“Takpe, abang tolong sambut..”

Iklil menepuk bahu Idin perlahan. Lelaki itu tersengih lagi.

“Sayang bawak Abil dengan A’a keluar ke petang tadi?”

“Mm.. Pergi rumah Nini. Abang tak baca message? Kan abang yang suruh Iklil bawak Abil dengan A’a jalan-jalan.. Lupa ke?”

Idin menjungkitkan hidungnya sedikit dan tersenyum. Telefon bimbit ditayangkan di hadapan isterinya.

“Abang lupa la sayang.. Bateri pulak out. Tengah abang nak call Iklil petang tadi dia mati..”

Iklil bergerak sedikit. Tangannya menarik lembut tangan Idin, mengajak lelaki itu ke tingkat bawah.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang ingat tak dulu abang ada tanya dekat Iklil, kenapa Iklil dah tak macam dulu..?”

Idin mengangguk dengan kerutan di dahi. Seluruh ingatannya dikerah semula.

“Abang ingat tak before kita kahwin, abang ada tanya kenapa abang yang selalu kena obey dengan kata-kata Iklil..?”

Sekali lagi Idin mengangguk dengan lukisan di dahi. Makin pelik dirasakannya.

“Sekarang Iklil nak remind jawapan Iklil dekat abang bila abang tanya apa akan jadi bila tiba masanya Iklil jadi milik abang.. Iklil jawab, sedia menurut perintah, tuanku.”

Makin bertambah kerutan di dahi Idin. Kepalanya terangguk-angguk sedikit tanda dia masih lagi mengingati segala apa yang diperkatakan.

“Hmm.. So, Iklil nak abang tahu, Iklil dah ready nak quit my job. I’m ready to serve you everything,”

“Bukan ke kebajikan abang tetap terjaga biar pun Iklil kerja? Bukan ke Iklil sayang kerja Iklil sekarang?”

Iklil mengangguk sekali. Bibirnya menguntum senyum.

“I love you more than my job. I serve you and not for my boss,”

Idin tersenyum lebar.

“Kalau Iklil bahagia, abang lagi bahagia..”

“Thanks bang,”

Iklil tersenyum lebar. Lega mukadimahnya berjalan lancar. Dia yang sudah bersila di atas sofa merapati Idin. Kepala dilentokkan ke bahu sang suami dan lelaki itu merangkul kemas pinggang isterinya.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang,”

“Iya sayang,”

“Adam Hafiz will have partner soon,”

“Nini pregnant lagi?”

Iklil mengangguk laju. Bercahaya matanya.

“Kita—”

“It’s okay sayang.. Belum rezeki kita lagi. Maybe next time, hm? Not to worry sayang..” Pantas Idin mencantas kata-kata isterinya. Bahu Iklil dirangkul erat dan ditepuk bahu itu beberapa kali. Iklil memuncung. Nafasnya dihela perlahan. Jari jemarinya bermain di tapak tangan Idin.

“Abang—”

“Abang ada berita best nak bagitahu dekat Iklil,” Potong Idin sekali lagi. Berkerut dahi Iklil menantikan butir bicara suaminya.

“InsyaAllah hujung tahun ni abang sambung balik study kat Mesir. Petang tadi lecturer abang call...”


Rancak Idin menyambung cerita tanpa menghiraukan isterinya yang diam menahan sebak. Titis-titis mutiara jelas bergenang di mata Iklil. Hanya menanti saat untuk jatuh menodai pipinya. Iklil hanya diam mendengar tutur kata Idin. Dia mengetap bibirnya kuat.

“Kenapa sayang diam je ni? Tak suka?”

Habis bercerita, Idin mengalihkan pandangan pada isteri kesayangan. Terkedu dia melihatkan wajah itu sudah kemerahan dan basah dengan air mata.

“Iklil dear, kenapa ni?”

“Don’t leave us,” bergetar suara Iklil.

“Ei. Husyhhh.. Calm baby. Siapa kata abang nak tinggalkan Iklil. By the end of this year, abang Amin dah settle down everything. InsyaAllah. Abil dengan A’a pun mesti nak stay dengan their papa, right? So, you’ll be right by my side for you are my habibti, my baby.. Herm? Syhhh.. Tak mau nangis-nangis dah..”

Idin mengeratkan rangkulannya. Bahu isterinya ditepuk lembut beberapa kali.

“You won’t leave us here?”

“I won’t go without you,”

“Promise you’ll bring us along?”

“Iya, sayang. Abang mesti bawak Iklil sekali, insyaAllah.”

Iklil pantas mengesat wajahnya. Terasa sembap mata kerana basah dek air mata.

“Syukran, bang.. We love you!” Laju sahaja Iklil mengucup pipi suaminya. Sekali lagi Idin terkedu. Akalnya ligat memikir.

“Did you just say something, erm.. Erm..”

Idin menggaru kepala yang tidak gatal.

“Sometimes guys are slow to figure this out, Iklil..” Kata-kata Nini petang tadi terngiang di telinga Iklil. Dia tersenyum tiba-tiba.

“Abang.. We. We. Love you..”

Mata Iklil sudah kembali jernih. Wajahnya yang suram tadi kembali bercahaya penuh harapan agar Idin faham apa yang ingin disampaikan.

“Ya Allah,”

Sepatah kalimah jelas menayangkan reaksi lelaki itu. Iklil terasa rangkulan di pinggangnya makin longgar. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit. Wajah berseri Idin dipandang dengan senyuman lebar.

“6 weeks, bang.”

“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah..”

Idin menarik Iklil ke dalam pelukannya. Ubun-ubun sang isteri dikucup penuh kasih. Bibir tak henti mengucap hamdan lillah, syukran lillah. Rezeki tuhan buat hamba-NYA yang sabar menanti.

“Nampak gaya, abang kena extend lagi la study abang,”

“Why?”

“Nanti Iklil tak boleh ikut abang pergi sana,”

“Says who?”

“Pregnant woman kan tak boleh naik flight,”

Iklil tersenyum, menggelengkan kepala. “Abang tak baca paper ke abang miss that part?”

“Which part?”

“Normal pregnant ladies are allowed for international flight till 35 weeks of pregnancy tau.”

Idin tersengih. “Ya la, I missed that part agaknya. Paper tahun bila Iklil baca tu?”

Iklil ketawa perlahan mendengarkan usikan suaminya. Dia sendiri pun sudah lupa tahun bila dia membaca berita yang dilaporkan itu. Serasa sudah beberapa tahun yang lalu berita itu dikeluarkan. Iklil tersengih.

“Whatever it is, I’ll take good care and extra attention for you both..”

Lembut dan tenang Idin berbicara. Pasangan suami isteri itu berpandangan seketika. Masing-masing diam, membiarkan mata berbicara. Bicara hati yang menyesakkan jiwa. Ada debar dalam diri keduanya. Debar menantikan cahaya kasih, benih mujahid yang bakal berkembang. Doa keduanya, biar banin atau banat, buah hati mereka itu tidak tersungkur di medan tempur dunia ini.. InsyaAllah.


~~the end~~

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Nak cakap, tak nak. Nak cakap, tak nak.. Nak cakap, tak nak. Nak cakap... Tak nak, tak nak. Nak cakap, tak nak! Arghhh!!! Iklil meramas jari jemarinya. Hatinya berperang hebat.

“Sayang kenapa ni?”

Iklil tersentak. Kepala didongakkan sedikit. Tersipu dia memandang Idin yang merenung tepat ke dalam matanya.

“Ehm?”

Iklil pantas menggeleng. “Nothing,” Iklil tersenyum menyembunyikan gelisah.

Idin mencerunkan pandangannya. “Sejak keluar dari rumah abang Amin petang semalam, Iklil tak duduk diam. There must be something,” duga lelaki itu penuh yakin. Laju sahaja dia menarik lengan isterinya itu perlahan, merapati dirinya. Lambat-lambat Iklil mendekat.

“Iklil ada buat salah dekat abang ke?”

“Eh tak adalah,” jawab Iklil sepantas kilat.

“Iyeke?”

Iklil mengangguk laju. Beberapa kali. Idin tersenyum sedikit.

“Dah tu kenapa tak senang duduk je ni. Macam kucing nak beranak. Tahu kucing nak beranak macam mana?”

Iklil menggeleng tanpa suara.

“Macam Iklil la,” Idin tersenyum lebar, mengerdipkan matanya sekali.

Iklil mencebik geram, menundukkan kepala. Lebih baik tak payah tanya tadi..

“Hah! Mengata abang,”

Beristighfar panjang Iklil dengan sergahan suaminya itu. Tanpa isyarat dia mencubit kuat lengan Idin.

“Boleh tak jangan terkejutkan orang lagi lain kali?”

“Orang mana?”

Hah sudah! Start dah.. Iklil melangkah setapak dari Idin. Pantas tangan Idin menarik lembut.

“Iklil tahu tak―”

“Tak tahu.” Iklil mencelah laju. Mencerun mata Idin memandang isterinya. “Ab―”

Suara gadis itu terhenti di situ serta merta bila Idin merapatkan wajah pada isterinya tanpa sebarang isyarat. Sepi. Sesaat berlalu tanpa suara antara mereka.

“Abang~”

Nyaring jeritan Iklil. Idin hanya tersengih-sengih, menjungkitkan keningnya.

“Mana aci main... Erm main...” Tersekat-sekat suara Iklil. “Emm tak aci!”

“Tak aci apa ni sayang? Main apa? Hmm? Congkak?” Usik Idin dengan tawa yang sudah berbunga.

“You aren’t suppose to do so,” Suara protes Iklil sudah kedengaran.

“Doing what? Supposingly...?” Nakal Idin membalas.

“Abang,”

“Salah Iklil jugak... mencelah time abang tak habis cakap,”

“Abang ni tak patut tau. Kalau iya pun Iklil salah, janganlah buat macam tu.. Kalau orang lain nampak nanti macam mana? Free show pulak tak pasal-pasal,”

“Nurun dengan Ayah Mat je yang ada pun,” selamba Idin membalas tanpa menghiraukan Iklil yang sudah menjegilkan mata. “Ala.. Kiss Iklil jugak, bukan orang lain..” Sambung Idin lagi. Iklil di sisi sudah bulat mata, memberikan isyarat pada suaminya.

“Takpe ngah.. Nurun tak nampak apa-apa..” Suara Nurun kedengaran tiba-tiba. Tersengih-sengih dia menghampiri pasangan suami isteri itu.

“Argghhhhhhh~” Panjang jeritan Iklil sebelum Idin menekup kemas seulas bibir comel isterinya.

“Nurun kan dah kata tak nampak apa-apa,” tenang dan selamba Idin menutur kata seakan tiada apa yang sudah berlaku. Tangan sudah dialihkan selepas Iklil menarik lembut. Sempat dikerdipkan matanya sekali pada Nurun yang sudah tegak berdiri di sisi mereka.

Banyaklah tak nampak. Kalau dah tersengih-sengih macam kerang tak mandi seminggu, tak nampak apanya. Abang ni pun satu. Aci redah je.

“Sudah-sudah la tu mengata abang,”

Idin tersenyum lebar, menarik bahu isterinya lembut. Dipaut bahu Iklil kemas. Gadis itu makin memuncung. Tau je orang dok ngata..

“Ayah mana Nurun?”

“Ayah dah naik atas. Ayah panggil masuk ngah, bang..”

Serentak Iklil dan Idin mengangguk.

“Ayah kata sudah-sudah la bercengkerama dekat luar ni,” Nurun ketawa lepas sebelum berlari masuk. Tak sempat Iklil menyerang balas usikan adik tirinya itu.

“Pandai la.. Ayah kata ke dia yang kata,” Iklil menggumam geram. Dia menjeling Idin yang tersengih lebar.

“Tak baik tau jeling-jeling orang,”

Iklil mencebik.

“Apetah lagi kalau orang yang dijeling tu suami,” Idin menyambung kata. Bibirnya menguntum senyum. Tangannya sempat mencuit pipi isteri di sisi.

“Tak baik..”

Iklil hanya diam, tak membalas ujaran Idin. “Kata nak jadi isteri mithali, kan..” Idin melancarkan provokasi, tak betah melihat kebisuan isterinya.

“Iklil mintak maaf,” Lembut dan tenang suara Iklil setelah dia menyepi beberapa ketika. Wajahnya hanya ditundukkan, tak berani menentang pandangan mata sang suami.

“Sorry no cure,” Idin membalas selamba. Iklil pantas berkalih pandang. Kepalanya sudah didongakkan sedikit, menghala pada Idin. Bulat mata gadis itu seketika, menatap wajah sang suami tanpa kelip. Idin menjungkitkan keningnya sekali.

“Hmm..” Balas Iklil tanpa nada.

“Hm? What?” Pantas Idin memberi respon. Pelik dia mendengarkan suara isterinya saat itu.

“Hmm.. Just hmm..” Jawab Iklil tenang.

“Meaning?”

Iklil mengetap bibir, menyembunyikan senyum. Hampir terlepas tawanya melihatkan reaksi Idin. Ingat abang je pandai mengusik..?

“Meaning?” Tanpa sabar Idin mengulang soalan, meminta penjelasan.

“Hmm as if okay then,”

“Okay then?”

“Ya, okay..”

“Okay?”

“Yaa, O.K.A.Y.”

“Okay je?”

“Ya la.. What else do you expect?”

Mata Idin tunak memandang isterinya. Sukar dikesan dan ditebak perasaan Iklil melalui seraut wajah yang tenang tanpa sebarang riak itu. Sesaat kemudian Iklil merapati Idin. Lelaki itu memandang dengan penuh tanda tanya. Terpegun dia seketika saat Iklil mendekatkan wajahnya. Sesuatu yang luar biasa daripada Iklil Aidan!

“Best cure ever!” Serentak dengan kata-kata itu, Iklil berlari masuk ke dalam rumah. Idin ditinggalkan terpinga-pinga.

Sesaat, dua saat, tiga saat.. Sepi seketika. Idin tersenyum. Makin lebar senyuman lelaki itu mengenangkan ciuman yang dihadiahkan di pipi kanannya. Idin ketawa perlahan. Tangan mengusap lembut bekas kasih sayang isterinya. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala. Bibir masih lagi menguntum senyum. Langkah kaki diatur kemas menuju ke dalam rumah..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Bila lagi cuti lepas ni dik?”

“Ada break before final nanti,”

“Bila?”

“Tengah bulan depan,”

Iklil mengangguk beberapa kali. Idin di sisi tenang memandu tanpa mencelah perbualan Iklil dan Nurun.

“Study okay, dik?”

Iklil memusingkan tubuh sedikit, memandang pada Nurun di belakang. Gadis kecil molek itu tersenyum lebar, menganggukkan kepala.

“Belajar elok-elok tau, dik.. Jangan jadi macam angah..”

“Kenapa dengan angah?”

Berpusing 90° kepala Iklil mendengarkan Idin bersuara tiba-tiba.

“Ini cerita angah dengan adik la.. Bukan angah dengan ‘abang’ angah,”

Pecah tawa Idin mendengarkan balasan Iklil. Nurun tersengih lebar.

“Takpela ‘abang’ angah nak jugak selit sikit-sikit,”

Iklil mencebik sedikit. Idin sambung ketawa. Tangannya dipanjangkan sedikit, mengusap kepala Iklil.

“Duduk pandang depan la sayang. Nanti pening kepala pulak kang,”

“Sekejap la.. Nak borak-borak dengan Nurun,”

Meleret manja suara Iklil. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Idin menggeleng sekali sebelum menjungkitkan keningnya sedikit.

“Thanks tau abang, angah. Thanks hantar Nurun balik..”

Tersenyum Iklil dan Idin yang sedang berpandangan.

“No sweat. Bukan selalu abang hantar Nurun balik.. Baru first time ni,”

“A’ah.. Alang-alang dah ada kat rumah sekali tadi kan.. Ala dik, kitorang bukan nak pergi mana-mana pun. At least dapat jugak jalan sampai Negeri Sembilan hari ni,”

Idin ketawa perlahan. “Sampai Negeri Sembilan... Tak sampai dua jam pun jalan. Dekat je,” Laju dia membalas, niat hendak mengusik isterinya. Iklil mencebik.

“Takpela. Dah Kuala Pilah dekat Negeri Sembilan. Kira Negeri Sembilan la jugak..”

“Iyela, iyela. Negeri Sembilan.. Okay, hari ni abang bawak Iklil makan angin dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.”

Iklil mengetap bibir saat suaminya menekan sebutan Negeri Sembilan sebentar tadi. Nurun tersengih-sengih melihatkan keletah pasangan suami isteri itu. Idin tersenyum. Mata dikerdipkan sekali pada Iklil yang sudah memuncung sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Dua puluh minit berlalu tanpa suara antara ketiga-tiga mereka. Sepi seketika suasana di dalam Volkswagen GTi Idin. Hanya alunan nasyid Raihan bersilih ganti menghidupkan kedamaian. Sesekali Idin melarikan pandangan pada Iklil di sisi. Isterinya itu nampak kegelisahan.

“Iklil,” panggil Idin lembut.

“Mmm,” jelas tak bermaya balasan itu.

“Sayang kenapa ni?”

Iklil menggeleng sekali. Duduknya sudah beralih mengiring, memandang Idin. Pucat wajah gadis itu.

“Sayang nak muntah ke?” Pantas Idin bertanya. Tangan kirinya di atas brek tangan diangkat mengusap pipi sang isteri. Iklil mengangguk lemah. Mata sudah tertutup rapat.

“Nurun,”

“Ye bang,” cemas suara Nurun membalas panggilan Idin.

“Beg telekung angah ada dekat seat belakang tak?”

Nurun berkalih ke kirinya. Tangan mencapai beg maroon kepunyaan Iklil.

“Ambilkan minyak cap Kapak dekat zip belakang,” Idin bersuara sambil mata mengerling ke arah cermin pandang belakang.

“Mm hm,”

“Sapu sikit dekat tengkuk angah,”

Nurun bergerak ke hadapan sedikit, merapati Iklil yang menyandar di tempat duduk.

“Ngah,” panggil Nurun lembut. Iklil bergerak sedikit, memberi ruang pada Nurun untuk menyapu minyak di tengkuknya.

“Berhenti kejap bang,” lemah suara Iklil hampir tak kedengaran.

Idin berkalih memandang Iklil. “Sekejap sayang. Tak boleh berhenti dekat sini. Nanti sampai dekat atas sikit abang stop,” Tangan kiri Idin mengurut tengkuk isterinya beberapa kali.

Kenderaan yang bertali arus di Bukit Putus itu menyebabkan pergerakan mereka menjadi sedikit perlahan. Dek kerana jalan bukit berliku-liku, Idin tidak dapat memberhentikan keretanya di bahu jalan. Resah lelaki itu melihat isterinya yang sudah tidak senang duduk. Setia Idin memicit tengkuk Iklil. Sesekali tangannya mengelus lembut pipi gadis itu.

“Boleh tahan lagi?”

Iklil mengangguk lemah. Dia semakin selesa dengan urutan di pangkal tengkuknya. Ada mutiara jernih yang mengalir dari matanya yang terpejam rapat.

“Eii.. Syhh.. Kenapa sayang? Pening sangat ke? Husyhhh.. Tak mau nangis. Malu je kat Nurun.” Pujuk Idin umpama memujuk anak kecil. “Sekejap je lagi nak berhenti,” sambung Idin lagi.

Idin mengusap lembut kepala Iklil beberapa kali. Lipatan tudung yang dipakai gadis itu dibetulkan sedikit. Lega bertamu seketika saat bibir Iklil menguntum senyum dalam kepayahan. Beberapa minit kemudian Idin memberhentikan keretanya di bahu jalan. Pintu kereta dibuka pantas dan segera dia menghampiri pintu di sebelah kiri kereta. Lembut dia memanggil Iklil dan gadis itu membuka mata perlahan-lahan.

“Meh keluar, sayang. Ambik angin dulu.”

Lambat-lambat Iklil mengatur langkah. Elok sahaja gadis itu berdiri tegak di sisi suaminya, dia muntah dengan tiba-tiba. Pantas Idin mengusap belakang isterinya yang sudah bertinggung.

“Angah nak air?”

Nurun yang sudah ikut bertinggung di sisi Iklil dan Idin menghulurkan sebotol air. Idin menyambut huluran itu. Botol yang sudah dibuka tutupnya itu diberikan pada Iklil. Gadis itu menyambut lemah. Dia berkumur sedikit sebelum meneguk air itu. Iklil menghela nafas. Dadanya diurut beberapa kali.

“Baru naik Bukit Putus dah macam nak pitam. Cancel la plan abang nak bawak Iklil honeymoon dekat Cameron..”

Berkerut dahi Iklil memandang Idin. Suaminya hanya tersenyum. Tenang memandang dari sisi. Nurun pula sudah bingkas berdiri, menggeliat membetulkan urat.

“Nurun, tolong ambilkan minyak kapak kat dalam kereta,”

Pantas Nurun bergerak ke kereta dan kembali seketika kemudian. Minyak cap Kapak botol kecil dihulurkan pada Idin.

“Nah bang,”

“Thanks,”

Nurun mengangguk dan tersenyum. Dia kembali bertinggung di sisi Iklil. Idin membuka penutup minyak cap Kapak dan menuangnya di tangan. Tudung Iklil diselak sedikit sebelum dia menyapu minyak kapak di tengkuk isterinya. Sapuan itu beralih pada pelipis Iklil pula. Isterinya hanya diam membisu.

“Kita nak honeymoon kat mana ye sayang?”

Iklil memuncung. Kepalanya digelengkan perlahan. Bibir belum lagi memuntahkan kata. Tekaknya masih rasa tidak selesa. Idin tersenyum. Dia bingkas dan menghampiri kereta. Pintu belakang dibuka sedikit. Beg telekung Iklil dicapai dan sepeket asam dikeluarkan dari beg itu. Iklil hanya memerhati dengan kerutan terlukis di dahi.

“Makan ni,”

Dari bertinggung, ketiga-tiga mereka sudah pun bersila di atas rumput di bahu jalan itu. Kenderaan yang bertali arus sedikit pun tidak dihiraukan.

“Mana abang dapat ni?”

Perlahan Iklil bertanya. Seingatnya dia sudah lama tak membeli asam kulit limau itu. Hanya Aminuddin yang gemar memberi asam itu bila dia loya dan muntah dalam perjalanan yang panjang.

“Abang Amin yang selalu belikan dekat Iklil,” sambung Iklil lagi. Tangan mencapai huluran asam dari suaminya.

“Abang Amin dah cerita macam-macam dekat abang.. Abang beli ni tadi masa isi minyak dekat Petronas. Spare untuk sayang.” Idin tersenyum pada Iklil yang sedang memandangnya sambil mengunyah asam kulit limau itu.

“Thanks,”

Bergetar suara itu. Urutan di pangkal tengkuk Iklil terhenti. Idin mengintai wajah sang isteri yang sudah menunduk. Mendung wajah Iklil saat itu.

“Aha, don’t start it again..”

Serentak, air mata Iklil bercucuran menuruni pipi. Teresak-esak gadis itu seketika. Tersengih Nurun melihatkan Idin yang menggeleng. Gadis sunti itu bingkas menuju ke kereta, memberi ruang pada angah dan abang ngahnya.

“Come here,”

Idin menarik lembut kepala Iklil, rapat ke dadanya. Sedu sedan isterinya masih lagi kedengaran. Diusap lembut kepala Iklil yang tersembam di dadanya.

“Enough crying sayang..” Idin tersenyum menggelengkan kepala. Tangan masih lagi mengusap kepala isterinya dan Iklil masih lagi menyambung tangis.

“Apa yang Iklil fikir ni.. Cuba cakap dekat abang. Bukan abang yang buat Iklil nangis, kan?”

Iklil terdiam seketika. Dia mengangguk sedikit sebelum menyambung sedu.

“Abang buat Iklil menangis?”

Iklil mengangguk sekali lagi.

“What have I done?” Idin ketawa perlahan. Bahu Iklil ditarik lembut. Mata menatap wajah sang isteri yang sudah kemerahan. Iklil menunduk malu.

“Mm? Apa yang abang dah buat? Pasal honeymoon tu ke? Okay, okay.. Abang tak cancel honeymoon kita kat Cameron... —Ouch!”

Tangan Idin beralih pada pinggangnya yang dicubit Iklil.

“Siapa kata pasal honeymoon,”

“Salah ke?” Idin tersengih-sengih. Iklil diam dan kembali menunduk.

“Thanks abang.. Iklil terharu,”

Idin senyum lebar.

“Iklil terharu dengan abang, abang Amin..”

Makin lebar senyuman Idin. Tumpuan masih lagi pada suara Iklil yang sayup-sayup.

“Iklil,”

Suara gadis itu terhenti tiba-tiba.

“There’s no word can replace my feelings right now,”

“Abang faham.. Keep on crying for that shows enough, dear..”

Iklil ketawa perlahan dalam sendu yang bersisa. Idin menyambung tawa isterinya sambil tangan mengusap lembut kepala gadis itu.

“Iklan jap~ Lama lagi ke?”

Iklil dan Idin berpandangan mendengarkan laungan Nurun dari pintu kereta yang terbuka sedikit.

“Two minutes,” Idin membalas laungan dengan menayangkan dua jari di tangan kirinya.

“Jom, sayang. Lambat pulak Nurun sampai kolej nanti.” Idin bingkas sambil menarik lembut tangan Iklil. Tangan kanan isterinya itu digenggam erat. “Yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa.”

Iklil mendongak sedikit, memandang Idin yang sedang tersenyum. Kenapa tiba-tiba?

“Kan abang dah pernah pesan dekat Iklil dulu..”

Berkerut dahi Iklil, masih tidak dapat menangkap mesej utama yang ingin disampaikan.

“Air dicincang takkan putus, sayang.”

“Mmm hm,” Then?? Iklil masih lagi pening.

Seakan memahami, Idin menyambung kata. “Kalau sayang terharu dengan Abang Amin, senang je nak balas balik. Sayang tolong jaga Abil dengan A’a sementara Abang Amin further study next month.”

Bulat mata Iklil memandang Idin. Kenapa dia tidak tahu Abang Amin nak sambung belajar lagi.. Betul ke ni? Lelaki itu mengangguk sedikit, seakan dapat membaca isi hati isterinya.

“Kalau sayang terharu dengan Abang Amin, teruskan bicara kalian macam petang semalam. Bahasa hiasan jiwa. Bahasa menggambarkan rasa. Bahasa asas bual bicara,”

Iklil ketawa lepas. Giliran Idin mengerutkan dahi.

“What?”

“Abang dah kena badi Tongkat Warrant ke apa?”

Idin tersengih malu. “Tak baik tau cakap pasal orang yang dah tak ada,”

Iklil tersenyum. “Iklil bukan nak kata yang tak baik. Usman Awang tu sangat bagus. Cuma abang tak boleh lawan nak dapat title Pejuang Sastera macam Usman Awang.”

“Iya ke?”

“Yup. He had been given title doctor tau. Abang, belajar pun tak habis lagi siap lari balik pulak tu,”

“Wo, wo.” Idin ketawa kuat. Pantas dia merangkul bahu isterinya erat. “Sempat mengata abang pulak ye,”

Iklil tersengih.

“Usman Awang doktor bahasa, abang doktor manusia.." Tenang Idin bersuara.

“InsyaAllah..”

“InsyaAllah..” Lelaki itu membalas dengan senyuman.

“Lebih lima minit dah pun,”

Sekali lagi Iklil dan Idin berpandangan saat terdengarkan laungan Nurun. Pecah tawa masing-masing melihat wajah kelat Nurun. Langkah diatur laju menuju ke kereta dengan tawa yang masih bersisa.

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


“Adik marah abang lagi?”

“Naa..” Gelengan disertakan dengan senyuman segaris. Tampak ikhlas senyuman Iklil, senang hati mendengarkan kata ganti nama yang digunakan Aminuddin.

“Abang rasa bersalah sangat sebenarnya,” Satu keluhan berat dilepaskan. Iklil berkalih pandang. Aminuddin meraup wajahnya sekali sebelum tangannya mengusap belakang tengkuk beberapa kali.

“What past is past, bang. Adik dah let go everything and there’s nothing to feel sorry cause you are my only brother..”

Aminuddin tersenyum sedikit. Tangan memeluk bahu adiknya erat. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun kepala adiknya itu.

“Abang.. Habis rosak tudung Iklil..”

Aminuddin sudah berkerut dahi memandang Iklil. Gadis itu ligat membetulkan lipatan tudungnya. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit, memandang Aminuddin di sisi. Tersengih lebar Iklil.

“Gurau je la,” Bibir Iklil menguntum senyum melihat kerutan di dahi Aminuddin yang sudah sirna.

“I love you, sis. You are my everything..”

Iklil ketawa perlahan. “Abang ni macam jiwang la. Sentimental pulak hari ni..” Gumam Iklil, menayangkan sengih pada Aminuddin yang tersenyum lebar.

“Macam ni la abang sebenarnya.. Adik je yang tak tau sebab abang garang dengan adik dari kecik lagi..” Aminuddin ketawa lepas. Iklil mencebik.

“Memang pun. Macam adik tiri pulak tau.. Dengan Nurun abang okay je.. Sebab tu dulu adik benci sangat dengan abang..”

Bulat mata Aminuddin mendengarkan perkataan benci yang ditekankan. Iklil tersengih menayangkan gigi. Lidahnya dijelirkan sedikit.

“Benci sangat?”

“Ehm. Dulu.. Once upon a time..” Makin kecil mata gadis itu dengan tawanya.

“Once upon a time?”

Iklil mengerdipkan mata. Dia ketawa lagi. “Tapi takde la benci pun bang.. Biasa-biasa je,” Iklil tersengih.

“So sekarang dah tak benci la ni kan?”

Iklil mengangguk laju.

“I’m really sorry, dik. Abang sayangkan adik and I always want the best for you. Abang takut adik leka, takut adik hanyut..”

Iklil diam mendengar luahan Aminuddin. Kepala dilentokkan ke bahu lelaki itu.

“Mama. Ermm.. Sehari sebelum mama admitted mama ingatkan abang, tengok-tengok adik, jaga adik... sebab mama takut adik jadi macam mama.”

Suara Aminuddin terhenti seketika melihatkan Iklil yang sudah menunduk. Kakinya yang mencecah tanah digerakkan perlahan. Serentak, buaian yang diduduki dua beradik itu berayun sedikit.

“Adik tahu mama pesan apa dekat abang dari kecik sampai dah besar?”

Iklil mengangkat kepala. Tubir mata sudah berkolam. Aminuddin mengeratkan pautan di bahu adiknya.

“Mama kata, hati adik macam sarang semut. Sekali diusik habis berderai. Rapuh. Abang rasa abang tak ada cara lain selain menjadi konkrit bertulangkan besi supaya sarang semut kukuh binaanya. Tak runtuh walau Katrina datang melanda..”

Iklil ketawa perlahan dalam bunga tangis yang semakin luruh. Pantas dikesat air mata itu dari terus menodai pipinya.

“You sound like a poetic, bang..” Iklil bersuara perlahan. Aminuddin tersenyum.

“Have I done my job good enough?”

“Perfect, bang.. Sarang semut dalam ni,” Tangan kanan Iklil melekap ke dada. “... cope well with the concrete wall..” Iklil menyambung kata dengan senyuman di bibir.

Tapi ia tetap rapuh bila bersama Idin. Hanya suaminya yang bisa mengusik sekeping hati itu. Selama ini, biar pun berjuta rintangan yang menghalang, dia tetap cekal menghadapi. Namun kini, bila bersama Idin serasa seperti dia seorang yang sangat lemah. Seakan mahu dikongsi segala hiba yang terpendam supaya beban di dada dapat diringankan. Iklil menghela nafas perlahan.

“Adik dengan Idin macam mana?” Aminuddin bertanya tiba-tiba. Iklil memusingkan kepala ke kanan, bertentang mata dengan lelaki itu.

“Macam mana, macam mana?” Iklil bertanya balas.

“Idin tu baik orangnya dik,”

Iklil mengangguk sedikit. Segalka kebaikan suaminya terbayang di mata. Bibir mula menguntum senyum.

“Dia yang terbaik untuk adik..”

“Erm, abang..” Mati senyuman Iklil. Ada sesuatu yang melintas di benaknya saat itu.

“Hm?”

“Abang ingat tak masa abang paksa adik kahwin dulu..”

Aminuddin menghela nafas perlahan. Pautan di bahu Iklil dilepaskan. Tubuhnya sudah mengiring sedikit, memandang Iklil di sisi.

“Adik nak tanya pasal deposit yang abang kata dulu tu ye?” Seakan mengerti, lelaki itu bertanya lembut.

Iklil mengangguk laju. Itulah satu-satunya perkara yang merantai jiwa bila dia berhadapan dengan Idin. Tak dapat tidak, ingatan tentang bayaran itu sentiasa membelenggu dirinya.

“Abang minta maaf, dik. Part deposit tu memang salah abang. Abang berdosa sangat dekat adik. Abang takut adik lari macam mama lari dari kena kahwin dengan ayah Amat..”

Iklil terdiam. Dia mengaku, terkadang dirinya menjadi seorang yang sangat keras kepala dan mengikut anginnya sendiri sahaja. Dia tidak salahkan abang Aminnya itu. Kebimbangan abang Amin ternyata berasas. Iklil kembali terkenangkan riwayat hidup mama yang pernah diceritakan kepadanya sebelum mama pergi meninggalkan mereka..

Mama sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata kerana papa. Ayah Amat ditinggalkan tanpa pesan biarpun tarikh pernikahan mereka sudah ditetapkan. Papa yang dinikahi setahun kemudian mula membuat onar dan mama sering menjadi mangsa papa melepaskan marahnya.

Tapi sekali pun mama tak pernah mengadu. Mungkin bagi mama, itulah harga yang perlu dibayar kerana membelakangkan kedua orang tuanya suatu waktu dahulu.
Tabah mama membesarkan Abang Amin dan dirinya sehinggalah Ayah Amat datang membela nasib mama. Waktu itu papa sudah lebih setahun meninggalkan mereka.

Papa kemalangan sejurus selepas papa memecut keluar dari rumah, membiarkan mama separuh nyawa, dipukul di hujung tangga. Pengakhirannya, dek kerana penderitaan yang disimpan dalam diam, mama pergi membawa duka yang ditanggung sendiri.


Iklil menghela nafas. Bibir diketap kuat, menahan tangis. Tapi dia gagal. Benteng air matanya mudah pecah saat berbicara perihal mama.

“Adik rindu mama, bang..” Sayu suara Iklil dalam tangisan yang tertahan-tahan. Aminuddin sebak. Tubuh Iklil dipaut erat. Bahu adiknya itu ditepuk lembut beberapa kali.

“Thanks, abang.. Thanks a lot. Kalau bukan sebab abang strict dengan adik, adik takkan jadi macam sekarang. Mungkin adik semakin jauh dari keluarga kita..”

“Syhhh..” Aminuddin menenangkan Iklil yang semakin teresak. Habis lencun tudung gadis itu dengan air mata yang mengalir laju bak empangan yang pecah.

“Syhhh.. Husyhhh.. Tak mau nangis lagi, dik. Nampak Idin kang dia ingat abang cari gaduh dengan adik lagi..”

Iklil tersenyum. Tangan mengesat air mata yang berbekas di pipi. Hatinya puas. Tak pernah dia sebegitu rapat dengan abang Aminnya sebelum ini.

“Adik ingat tak, mama pernah kata dulu.. Hidup ni terdiri daripada tiga perkara,”

Iklil mengangguk laju. Aminuddin tersenyum lebar.

“Semalam, hari ni dan esok..” Dalam sendu, Iklil bersuara perlahan.

“Hmm.. Semalam tu adalah pengalaman. Hari ni, kesedaran—”

“Esok, persediaan..” Potong Iklil dengan senyuman manis terukir di seraut wajah yang basah dengan air mata itu. Aminuddin ketawa perlahan.

“Apa yang dah berlalu tu semua pengalaman bagi kita, dik. Hari ni, kita sedar, kita aware dengan perjalanan hidup kita.. Esok, kita kena be ready, get prepared for our next stop. Hidup ni kita tak tahu sampai bila..”

Iklil mengangguk lemah. “Adik sayang abang.. Adik sayang Ayah Amat..” Baru kini dia sedar betapa berharganya kasih sayang itu. Dia sedar kasih sayang itu bukan boleh diukur pada luaran..

“Dik, I’m really sorry for that ‘deposit’ thing..”

Iklil mengukir senyum. Dia menggeleng sedikit.

“Ayah Amat tak ambil deposit pun dan memang tak ada deposit apa pun. Abang terlepas cakap perkataan tu sebab abang takut adik lari. Abang nak adik kahwin dengan Idin. Abang tahu Idin lelaki yang baik..”

“Abang memang dah kenal Idin ke?”

Aminuddin menggeleng sekali. Dia tersengih sedikit. Mata lelaki itu seakan tersenyum nakal.

“Abang upah orang untuk siasat Idin?” Laju Iklil bertanya, tak betah melihat pandangan yang menimbulkan rasa curiga itu.

Aminuddin tersenyum lebar. Matanya dikerdipkan sekali. Bulat mata Iklil memandang abangnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Abang, abang.. Tak ubah-ubah perangai tu.. Macam kes Lutfi waktu mereka sama-sama di tingkatan enam. Lelaki itu sedang berpacaran dengan Nini tapi abang Amin tersalah anggap. Sudahnya, dia hanya belajar setengah tahun di sekolah dan selebihnya dia belajar sendiri dengan mengikuti tuisyen di luar.

Betapa cekapnya orang suruhan Aminuddin sehinggakan tawaran belajar di IPT yang kebetulan diterima di tempat yang sama dengan Lutfi turut sampai ke pengetahuan abangnya itu. Disebabkan itulah Aminuddin tak membenarkan dia menyambung pelajarannya bersama rakan-rakan yang lain..

“Overprotective,” Sepatah kata yang terlontar dari bibir Iklil mengundang tawa Aminuddin.

“I’m too anxious for you,” balas lelaki itu sebelum menyambung tawa. “Tapi kan dik, percaya la cakap abang, Idin paling sesuai buat adik..”

Iklil mencebik. Aminuddin melemparkan sengih, menayang sebaris giginya.

“Abang bukan saja suka-suka buat semua ni, dik. Orang masuk meminang tiba-tiba, mestilah kita kena tahu datangnya dari mana, betul ke niat dia.. Takkan nak accept just like that.. Right?”

“You’ve got your point there..”

“Abang doa both of you will last forever, insyaAllah.. Iklil jangan risau sebab abang tahu he’s the best for you.. Believe me, dear..”

Lambat-lambat Iklil tersenyum. Makin lama makin lebar senyumannya itu. Sedari tadi Aminuddin mengkhabarkan kebaikan Idin dan sememangnya Iklil arif tentang itu. Gelak tawa Nabilah dan Nuha yang kedengaran kuat dari dalam rumah membuatkan Iklil dan abangnya berpandangan.

Hmm, abang la tu! Iklil tersenyum tiba-tiba. Sebentar tadi dia meninggalkan si kecil berdua itu pada Idin. Dua beradik itu pada mulanya nampak kekok ketika bersama Idin. Entah apa yang dilakukan Idin sehinggakan mereka kedengaran semakin mesra. Iklil tersenyum lagi buat kesekian kalinya. Dada terasa semakin lapang. Hidup seakan lebih bermakna. Ada janji yang terpateri dan terukir dalam hatinya saat itu..

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


“Kata subuh-subuh nak keluar...”

“Mumbling apa tu?”

Kepala dipaling ke kanan. Statik seketika. Sebuah senyum lebar yang menampakkan barisan gigi ditayangkan pada sang suami. Lelaki itu tenang memandu dan sesekali mata dilirikkan pada isterinya.

“Ingat abang tak dengar ke..”

Iklil ketawa perlahan. “Sebab abang telinga kuali,”

“Mengata abang pulak tu. Kata nak jadi isteri solehah,”

Berkerut dahi Iklil memandang Idin. Muncung sudah sedepa.

“Iklil bukan mengata..”

“Ha, menjawab pulak..”

Idin pantas bersuara bila melihat isterinya ingin menyambung bicara. Iklil terdiam, tidak jadi meneruskan kata. Kepala sudah tegak memandang jalan di hadapan.

Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Tiada lagi kata berbalas daripada Iklil dan Idin. Masing-masing diam melayan perasaan. Iklil diam, berbicara di dalam hati. Idin diam, menahan tawa di hati. Hampir sepuluh minit berlalu sebelum...

“Suami isteri tak baik bergaduh pagi-pagi..”

Perlahan suara Iklil. Hampir tak kedengaran. Namun jelas setiap patah perkataan bertiup masuk, mengetuk gegendang telinga Idin. Lelaki itu tersenyum simpul menahan tawa.

“Nanti rezeki lari..”

Pelik! Biasa dengar, tidur lepas subuh rezeki susah nak masuk..

“Iyeke?” Pantas Idin bertanya.

“Iyela,”

“Siapa kata?”

“Dah suara orang, orang la yang kata..”

“Memang la suara orang.. Takkan suara Bobby..”

Bobby?! Makin memuncung Iklil saat itu.

“Orang mana yang kata?”

Iklil hanya diam. Tak berniat hendak membalas.

“Orang mana?” Gertak Idin.

Lambat-lambat Iklil memusing kepala, menghadap suaminya.

“Hm?”

Iklil masih lagi membisu. Diam tak membalas provokasi itu. Hanya mata yang tunak memandang sang suami.

“Suara orang la..”

“Orang mana?”

“Sebelah abang ni la..”

“Siapa sebelah abang?”

“Iklil..”

Idin tersenyum. Perlahan tangan kiri diangkat sedikit, mengusap kepala isterinya itu. Senyum bertukar tawa perlahan, melihatkan Iklil yang kembali memuncung.

“Abang nak tanya sikit, boleh?”

“Mm..”

Idin tersenyum lagi. Pipi isterinya diusap lembut sebelum dia kembali memusatkan pandangan ke hadapan.

“Kenapa Iklil dah tak macam dulu?” Setelah beberapa minit berlalu baru kedengaran suara Idin memuntahkan soalan.

Iklil berpaling ke sisi kanannya. Garis halus mula kelihatan di dahi. Matanya sudah mengecil sedikit. Riak wajah pelik ditayangkan pada Idin.

“What do you mean by ‘macam dulu’?”

Idin ketawa perlahan. “Iklil tau tak dulu Iklil degil. Agak keras kepala sikit,”

Bulat mata Iklil mendengarkan butir bicara yang keluar dari bibir suaminya.

“Itu mengata ke apa tu..” Tanpa nada dia membalas.

Idin tersengih. Kepala isterinya diusap sekali lagi. Dia menyambung kata, “No hard feelings sayang. Abang bukan mengata sayang tau. It’s more like a compliment you know..”

“Is it?”

Tak pernah pulak dengar degil plus keras kepala tu satu compliment.. Mengarut je tau. Nak ambil hati la tu..

“Hm?”

Iklil tersentak. Kening dijungkitkan sekali pada Idin yang bersuara tiba-tiba.

“Apa dia?”

“Apa dia, apa dia?” Balas Iklil pelik. Rasanya dia menyambung bebel di dalam hati. Takkan hati pun dah transparent..

“You don’t have any idea what’s in my mind, do you?”

Iklil mengangguk laju. “Abang ingat Iklil ada sixth sense ke?”

Idin tersengih. Sempat tangannya mencuit pipi Iklil. “I do,”

Iklil mencebik mendengarkan balasan yakin suaminya itu. Abang ni memang tau. Suka sangat psych orang.. Iklil memeluk tubuh. Duduknya sudah mengiring, menghadap Idin.

“Tak percaya it’s a compliment?”

Iklil mencebik dan menggeleng serentak.

“Compliment la.. Kalau dulu degil, keras kepala, kepala batu... tapi sekarang tak lagi. Kira a step to solehah dah ni..”

“Abang kata Iklil degil, keras kepala, kepala batu?”

Idin ketawa kuat. Makin memuncung Iklil.

“Iyela.. Sayang tak ingat ke dulu-dulu? Abang je yang ikut cakap sayang..”

Dulu-dulu? Gaya macam dah berabad lama.. Gaya macam mereka pernah bercinta sakan sebelum ini.. “Bila masa pulak ni bang?”

“Ala masa kita kawan dulu..”

Giliran Iklil ketawa lepas. Matanya semakin mengecil. Sesaat kemudian tapak tangan Idin menekup lembut mulut isterinya itu.

“Nabi gelak nampak gusi sikit je tau,”

Iklil tersipu-sipu. Rasanya baru pertama kali dia ketawa sepuasnya seperti ini. Duduk dikemaskan, masih lagi menghadap sang suami. Lelaki itu memberi isyarat untuk membelok masuk ke kawasan perumahan di sebelah kanan mereka.

“Abang, abang.. Pagi-pagi lagi dah bagi Iklil exercise mulut..” Lebar senyuman Iklil, memandang pada Idin yang mengerling sekilas. “Abang yang lupa atau Iklil yang tak ingat?”

“Tak sama ke lupa dengan tak ingat tu?”

Iklil menggeleng pantas. “Lupa, lupa la.. Tak ingat, tak ingat.. Kan tak sama tu..” Canda Iklil dalam tawa yang sudah berbunga.

“Bijak, bijak..” Pipi Iklil dicubit Idin geram. Gadis itu menjerit perlahan. Laju tangannya mengusap pipi kanan yang sedikit memerah.

“Abang.. Degil, keras kepala, kepala batu, tu semua before our marriage tau..”

“So?”

“Abang tak ingat la tu, kan?”

Iklil melepaskan tali pinggang keledar yang membelit tubuh. Tudung di kepala dibetulkan sedikit. Volkswagen GTi hitam metalik Idin sudah pun meluncur masuk ke halaman rumah berkembar berbumbung merah di hujung jalan.

“Satu hari nanti, Iklil ingatkan abang..” Iklil menayangkan senyum pada Idin sebelum tangannya membuka pintu. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar, tangan Idin menghalang lembut.

“Sayang..”

“Ehm?”

“What past is past,”

“Aha?”

“Emm.. Air dicincang takkan putus, kan?”

Iklil mengangguk laju. Pintu kereta yang terbuka sedikit dirapatkan kembali.

“Abang nak Iklil tahu, tiap apa yang abang Amin buat selama ni pasti ada alasannya.”

Iklil diam mendengar. Tenang wajah itu tanpa sebarang riak. Perlahan-lahan Idin mengangkat tangan sedikit, mengusap lembut kepala isteri kesayangannya.

“Sayang,”

“Mm hm..”

“He loves you. That’s the point.”

Lambat-lambat Iklil mengangguk. Matanya sudah berkaca.

“Iklil,”

“Mm..”

“Abang nak Iklil ingat ni,”

Idin memusing tubuh betul-betul menghadap Iklil. Wajah isterinya ditatap dalam-dalam. Dipaut lembut dagu Iklil.

“Dulu walid selalu pesan dekat abang... yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa..”

Iklil ketawa perlahan. Matanya dikerdipkan. Setitis mutiara berlinang di pipi. Pantas dikesat air mata itu.

“Sejak bila pulak abang jadi geng A Samad Said ni..”

Idin turut ketawa perlahan. Suara Iklil yang tenggelam timbul membuatkan mata Idin tak lepas dari seraut wajah kesayangannya itu.

“Walid la.. Walid dulu junior Shahnon Ahmad tau,”

Iklil ketawa lembut. Air mata masih lagi merembes keluar. Ada rasa lega yang mengalir bersama, membawa pergi luka lama yang semakin sirna. Tutur kata Idin tenyata melapangkan dada. Bakat sasterawan walid tertumpah sedikit pada suaminya. Iklil tersenyum memandang Idin.

“No tears for today, please..”

Dalam sendu, Iklil tersenyum lebar. Senyum bertukar tawa perlahan saat Idin menyapu air matanya yang bersisa.

“There’s always reason for something. It won’t simply happen. Senang cakap, it won’t happen for nothing and I believe it’s for good. Iklil isteri abang, abang tak nak Iklil pendam dalam hati lama-lama. Let it go, sayang. That’s why we’re here today, to clear everything..”

Iklil menentang pandangan lembut Idin.

“Ehm?”

Lambat-lambat gadis itu mengangguk. Ada keyakinan yang terbias di matanya yang jernih.

“I love you,”

Iklil pantas menunduk. Pandangan Idin serasa memanah tepat ke hati. Suara lelaki itu melantun ke segenap sanubari.

“Aunty!!”

Pintu kereta dibuka dari luar. Wajah riang Nabilah dan Nuha menyambut kehadiran pasangan suami isteri itu. Pantas kedua-duanya bingkas keluar dari kereta. Tubuh Iklil didakap erat si kecil Nuha dan kakaknya, Nabilah. Riuh dua beradik itu menyampaikan rindu masing-masing.

“Salam uncle,”

Iklil bersuara lembut. Pantas Nabilah dan Nuha merapati Idin. Kedua-duanya tunduk hormat menyalami lelaki itu. Sempat Idin mengusap kepala Nabilah dan mencuit pipi si kecil Nuha sebelum dua beradik itu berlari ke sisi Iklil semula. Iklil ketawa perlahan.

“Diorang tengok abang macam monster la..”

Meleret tawa Iklil mendengarkan usikan Idin. Si kecil Nuha dibawa ke dukungan manakala tangan comel Nabilah digenggam erat.

“Iklil masuk dulu, bang..”

Idin tersenyum dan mengangguk.

“Trifle?” Iklil yang sudah mengatur langkah berpaling semula ke arah suaminya. Lelaki itu menjeling sedikit ke dalam kereta.

“Trifle~ meh masuk jom..” Laung Idin sedikit kuat. Iklil menjegilkan mata sedikit. Tawa halus meletus dari bibirnya. Idin tersengih. Nuha dan Nabilah terkebil-kebil memandang, tak faham gurauan manja Iklil dan Idin.

“Abang jangan lupa ambil trifle dekat seat belakang tu tau..”

Idin mengangguk dalam senyuman yang meleret. Dek kerana trifle itulah mereka terlambat. Asalnya mereka merancang hendak membuat pencuci mulut itu pada malam semalam. Namun masing-masing leka dan akhirnya mereka terlupa dessert yang ingin dibawa bersama. Sudahnya selepas subuh kedua-duanya turun ke dapur.

“Din!”

Idin mengangkat kepala. Pintu kereta ditutup rapat. Tangan menatang bekas kaca berisi trifle penuh berhati-hati. Segaris senyuman terlukis di wajahnya melihat Aminuddin yang makin menghampiri.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam warahmatullah..”

Salam berbalas tanpa jabat tangan. Sebaliknya Idin menghulurkan bekas kaca itu pada Amin seraya berkata, “Pinjam kotak ais, tuan rumah..”

“Kotak ais?” Aminuddin ketawa kuat. “Adik.. Laki kau ni baru tiga tahun ke?” Sambung Aminuddin kuat, dalam tawa yang bersisa.

Iklil yang sedang bersalaman dengan adik tirinya, Nurun, tersenyum lebar. Sungguh dia merasakan damai saat itu. Meleret senyuman Iklil saat mata berlaga dengan anak mata suaminya. Lelaki itu mengerdipkan matanya sekali dan Iklil tersenyum lagi. Senyuman yang menggambarkan rasa hatinya saat itu. Sebuah senyuman yang diharapkan menjadi permulaan yang baik untuk hari ini dan seterusnya..

September 6, 2009

Yang Indah itu Budi, Yang Cantik itu Bahasa


Kringggggggg!!!!!

Idin yang masih mamai bingkas dari baringnya. Tawa halus Iklil menampar telinganya. Termangu-mangu lelaki itu seketika sebelum dia kembali berbaring di atas katil King size di tengah bilik. Sempat tangannya menarik comforter di hujung kaki.

“Abang, bangunla..”

Iklil mara menghampiri Idin. Tangannya mencapai Nokia 3310 di atas bantal dan mematikan telefon yang jarang diguna pakai itu. Ditariknya comforter yang menyelimuti tubuh sang suami.

“Awal lagi la sayang..”

Tangan Idin menarik balik comforter namun dihalang Iklil pantas.

“5.30 dah bang. Awal apanya..”

Sebentar tadi seronok dia mengatur rancangan hendak membalas dendam. Malangnya Idin sudah immune dengan bunyi deringan Nokia 3310 yang membingitkan itu.

“Abang..”

Panggil Iklil lagi. Tak puas hati melihat suaminya yang nyenyak tidur sedari semalam sedangkan waktu tidurnya terganggu dengan keletihan. Letih berebut bantal..

“Iklil nak tidur mana tu?”

Iklil yang sedang mengusung bantal dan comforter ke tepi katil berpaling pada suaminya. Lelaki itu menutup skrin Sony Vaionya yang sudah gelap dan mula menapak ke arah Iklil.

“Iklil isteri ke bibik?”

“Zaujah..” Laju sahaja Iklil membalas. Dia tersengih sedikit. Mata tak lepas dari sang suami.

“Good,” Idin mengusap kepala isterinya beberapa kali. Iklil masih lagi dengan senyum serba tak kena. Nampak janggal senyuman itu. Idin senyum simpul menahan tawa. “Isteri abang tidur atas katil bukan sebelah katil,” tenang lelaki itu menyambung kata. Iklil bergerak ke katil semula. Idin hanya memerhati dengan senyuman di bibir.

“Abang?”

Mati senyuman Idin. Berkerut dahinya memandang Iklil.

“Abang tidur atas katil la ju—”

“Eh, no! Cannot!”

“Why not?”

“Erm.. Herm.. Ermm..”

“Abang suami ke gardener?”

“Driver,” selamba Iklil membalas. Dia tersengih lebar. Tubuhnya sudah pun terhenyak di hujung katil. Makin lebar sengihan Iklil, mengetap gigi saat Idin mendekat.

“Driver ye..” Idin menjegilkan matanya sedikit. Iklil terkebil-kebil memandang. Letih mendongak, dia menundukkan kepala memandang bantal di tangan.

“Driver dengan gardener pun tidur atas katil jugak. Bukan husband je..” Perlahan Iklil menggumam. Jari jemarinya memintal hujung bantal busuk kesayangan yang diambil di atas katil sebaik sahaja dia memijakkan kaki ke bilik itu.

“Aaa~”

Terjerit kecil Iklil saat Idin merampas bantal di tangannya.

“Abang..” Memuncung Iklil. Sayu mata memandang bantal di tangan Idin.

“Siapa suruh Iklil nakal..” Idin tersengih. Lelaki itu yang sudah menempel di sisi isterinya mengerdipkan mata sekali.

“Abang.. Berapa minggu dah Iklil tak tidur dengan my precious tu..”

“Takpe. Malam ni abang ada.. Mana lagi precious, abang ke bantal busuk sayang?”

“Psych orang pulak..” Iklil merungut manja.

Idin ketawa lepas. “Dah. Iklil tidur dulu, abang nak kunci pintu bawah jap..” Idin bingkas dan menuju ke pintu.

“Bantal Iklil?” Bulat mata gadis itu melihat Idin mengelek bantalnya sekali.

Idin mematikan langkah di depan pintu. Dia memusingkan tubuh menghadap Iklil.

“Bantal Iklil ni bagi abang dulu la..” Lelaki itu berpaling kembali, ingin menyambung langkah.

“Iklil dah kunci pintu dah..”

Idin berpaling menghadap Iklil semula.

“Sliding door?

Iklil mengangguk laju.

“Pintu dapur?”

“Done.”

“Hmm good, but it’s not enough for you to have your so-called precious back..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Please..”

Terjingkit-jingkit Iklil, cuba menarik bantal yang dijulang Idin. Idin ketawa perlahan melihat cubaan itu. Tergawang-gawang tangannya mengubah arah saat Iklil berkalih, mencuba di beberapa sudut. Gaya dah macam nak shoot basketball.

Cubaan demi cubaan selama lima belas minit, sampaikan satu bilik itu jadi gelanggang mereka. Malangnya satu pun tak berhasil. Hanya letih yang dia dapat. Sudahnya dia terduduk di sisi katil. Idin yang ketawa lepas dijeling geram.


“Best tak exercise malam-malam?”

“Tau la abang sportsman. Buli orang pulak.. Takpe.. Nanti Iklil beli bantal baru je..”

Makin galak Idin ketawa. Dia bergerak ke sisi Iklil dan duduk di birai katil. Iklil bingkas berdiri. Tanpa sebarang isyarat, tangannya cuba menarik bantal dalam tangan Idin. Masih gagal. Lelaki itu cukup tangkas pergerakannya.

“Aaaaaa~”

Terjerit Iklil saat Idin menarik tangannya laju. Hampir-hampir dia rebah ke pelukan suaminya. Pantas dia berkalih baring di sebelah Idin. Tangan menyiku suaminya lembut.

“Abang lagi nakal dari Iklil tau. Buli orang je kerja. Macam ni lebih baik Iklil tidur bilik belakang tu je. Dengar suara Bobby lagi best dari dapat penat.. Letih tau..”

“Lagi?”

“Abang..!!”

Iklil mengetap gigi, geram dengan usikan tanpa henti suaminya itu.

“Iklil nak tidur..”

Bantal di atas katil ditepuk-tepuk sedikit sebelum dia merebahkan kepalanya di situ. Penat. Letihnya seakan lumba lari 4x400! Idin di birai katil dijeling sekilas. Suaminya hanya tersenyum memandang sebelum dia bingkas menyimpan bantal Iklil di dalam almari dan mengunci almari setinggi pinggang itu. Kunci almari disimpan ke dalam poket seluar.

Bulat mata Iklil memandang usaha gigih Idin yang tak mahu bantal itu terlepas ke tangannya. Langkah Idin kemudiannya diatur kemas ke bilik air di sebelah pintu bilik. Iklil yang berbaring mengiring, memandang tanpa kelip.

Beberapa minit kemudian Idin keluar dari bilik air. Tuala disangkut ke penyidai. Baju sudah pun bertukar. Idin mendekat dan ikut berbaring di sisi isterinya. Bantal Iklil yang diambil dari almari sebentar tadi dijadikan alas kepala. Iklil diam memerhati. Tersungging senyuman di bibir nipis itu.


“Tak tidur lagi?”

Iklil mencebik sedikit, menggelengkan kepala di atas bantal.

“Peluh-peluh ni sayang.. Macam mana nak tidur..” Idin mengesat peluh di dahi Iklil. Isterinya itu bingkas duduk di atas katil.

“Pi masuk bilik air... bersihkan badan, ambil wuduk, tukar baju and bum! Tidur.. Baru boleh lena.. Nabi kata, kalau nak tidur ambil wudhu dulu macam nak solat,”


Panjang lebar nasihat Idin. Iklil diam memandang Idin tanpa kelip. Pantas dia teringatkan baris-baris hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :

“Apabila kamu mahu tidur ambil wudhu dulu seperti kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.”


Mengenangkan hadis itu, Iklil bingkas dari katil. Idin tersenyum memandang tiap langkah Iklil hingga bayang isterinya hilang di balik pintu bilik air. Beberapa minit kemudian saat Iklil keluar dari bilik air, Idin sudah pun melelapkan mata. Lena tidurnya tanpa sebarang gangguan. Iklil juga yang tak boleh tidur. Penat dipujuk, mata masih tak mahu lelap. Sudahnya di atas sejadah dia mencari damai sebelum mata menilik wajah tenang suaminya.

“Iklil..”

Iklil tersentak. Berkecai lamunannya sebentar tadi. Suara Idin menyedarkan Iklil. Gadis itu yang bersandar di kepala katil memandang suaminya, terkebil-kebil.

“Nak kata tidur, celik.. Nak kata celik, no reaction at all.. Berangan nombor satu!”

Suara Idin menampar lembut telinga Iklil. Lambat-lambat Iklil tersenyum. Dia sudah pun berdiri di sisi katil. Baru sahaja tangannya hendak mencapai tangan Idin, lelaki itu melangkah setapak ke belakang.

“Abang dah ambil wudhu sayang.. Dah pi ambil wudhu dulu, kita solat sama-sama. Jap lagi nak pergi rumah Abang Amin..” Idin tersenyum mesra. Ada bunga tawa di wajah itu.

Terangguk-angguk Iklil. Matanya memandang Idin yang sudah lengkap berbaju Melayu dan berkain pelikat. Begitu lama dia melayan lamunannya sehinggakan Idin sudah selesai mandi pun dia masih belum sedar.

Iklil tersengih dan pantas berlalu ke bilik air. Idin tersenyum lagi, menggelengkan kepala. Iklil, Iklil.. Kalau dah melamun, tak ingat dunia..


“Abang jangan nak ngata Iklil aa..”

Laungan Iklil dari bilik air kedengaran jelas. Mati senyuman Idin, tak sangka isterinya itu ada sixth sense! Senyumnya bertukar tawa perlahan. Langkah diatur ke penyidai, mencapai dua helai tikar sejadah. Lelaki itu tersenyum lagi..