August 7, 2009

Forever Yours 27



“Ain setuju?”


Ain diam. Tangan digenggam kemas. Nafas dihela perlahan.


“Sebelum Ain bagi jawapan Ain, abang nak cakap something dengan Ain..”


Ain mendongak. Wajah Ammar dipandang sekilas. Tenang wajah lelaki itu. Pandangan Ain beralih pada jam di dinding. Hampir jam enam petang.


Sudah lebih dua jam dia di rumah Husna, menantikan kedatangan Ammar dan Falah. Mata mengerling pula pada Husna dan ‘Imaduddin di ruang tamu bersebelahan dengan meja makan yang didudukinya saat itu. Dua pasang mata milik Husna dan ‘Imaduddin tertumpu pada mereka berdua sesekali.


Ain menghela nafasnya lagi. Lambat-lambat pandangannya jatuh pada Ammar di hujung meja. Lelaki itu berdehem sedikit.


“Ain,”


“Mm..”


“Abang percaya Ain tahu apa yang abang nak cakapkan..”


Ain kembali menundukkan wajah. Dia menelan liurnya sekali. Terasa seakan berpasir saat itu. Seperti dapat ditebak apa yang ada di minda Ammar. Ain resah. Sebolehnya dia tidak mahu peristiwa tidak enak itu dibangkitkan lagi.


“Abang minta maaf. I’m really sorry. I wasn’t myself that day..”


Ain mengangguk sedikit.


“We’ve been trapped.”


Gadis itu mengangguk lagi.


“Nothing to say, dear?”


Ain diam tak membalas, secara lisan mahupun perbuatan. Tak berkutik dia di tempat duduknya saat itu. Beberapa saat berlalu. Sepi mula beraja.


“Say something, Ain..” Suara Ammar mengusir sepi.


Ain menghela nafas buat kesekian kalinya. “Ain tahu bukan salah abang.” Lambat-lambat gadis itu membalas perlahan. Lipatan tudung dikemaskan sedikit.


Giliran Ammar tegak mematung, menantikan butir bicara Ain. Sesekali jarinya mengetuk perlahan permukaan meja, mengusir resah yang bertandang.


“Ain tahu Tengku Nashreen yang plan semua ni. Ain tahu abang bukan diri abang yang sebenar malam tu. Ain pasti abang bukan mabuk sebab arak tapi khayal sebab dadah. Cuma Ain tak tahu dadah apa yang Nashreen dah bagi dekat abang,”


Ammar tersentak. Matanya tepat memandang Ain. Gadis itu nampak tenang dan bersahaja.


“Tapi satu yang Ain pelik. Macam mana abang boleh terpedaya dengan Tengku Nashreen? Tapi Ain tak nak fikir dah semua tu. Apa yang Ain tahu sekarang, Ain nak abang bertanggungjawab. Abang orang pertama yang sentuh Ain. Ain nak ABANG bertanggungjawab.”


Ammar terpaku. Mindanya mencerna bait-bait perkataan yang dimuntahkan. Wajah Ain masih lagi tenang tanpa sebarang riak. Bersahaja dia melontarkan kata. Adakah itu jawapan Ain bagi soalannya pada awal tadi? Terselit rasa gembira sedikit biarpun rasa bersalah masih menghantui.


Entah bagaimana dia boleh terpengaruh dengan bekas isterinya itu setelah runtuh tembok kepercayaannya pada Nashreen suatu waktu dahulu. Dia harus lebih berhati-hati. Nashreen mampu lakukan apa sahaja asalkan dia puas. Malam itu..


“Am, you nak minum apa?”


“No need. Thanks.”


“Kenapa? You tak percaya dengan I?”


Ammar mendengus geram. Sudah lebih setengah jam dia menanti di ruang tamu rumah itu. Nashreen pula tak putus bicara, mengajaknya berbual mesra. Dengan berpakaian yang separuh terdedah, Nashreen sesekali menggoda manja.


Ammar semakin rimas. Bahang mula dirasakan dan dia bingkas berdiri. Tegak dan bercekak pinggang pada bekas isterinya itu.


“I nak balik.”


“Sekejap lagi sampai la lawyer I tu. Tunggu la sekejap, Am..”


Ammar mengusap belakang kepalanya beberapa kali. Dia memeluk tubuh, memandang Nashreen yang tersenyum menggoda.


“Don’t bluff, Reen. Lawyer apa yang datang rumah client tengah malam buta macam ni? Lambat pulak tu.”


Nashreen ketawa lepas. Kepalanya digelengkan beberapa kali.


“You tak pernah nak percaya dekat I, kan? Okay fine. Let me tell you the truth.. He isn’t my lawyer. He’s my man. I tricked you here. Is that enough, babe?”


“No double bluff, Reen. Please. I dah penat dengan semua ni. You tak letih ke?”


Ammar sudah kembali bersandar di sofa. Nafasnya dihela. Berat.


“See. I cakap yang benar pun, you won’t believe me..” Nashreen bersuara perlahan, menyembunyikan senyum. Ternyata jeratnya sudah mengena.


“Five minutes, Reen. I give you five minutes. Kalau lawyer yang you kata tu tak sampai jugak, I’m off. We’re done here.”


Nashreen mengangguk laju. Matanya berpura-pura mengerling pada muka Tag Heuer di pergelangan tangan kirinya.


“You nak minum tak, Am?”


Ammar memandang Nashreen sekilas. “I ambil sendiri.” Rasa was-was dengan kebaikan yang ditayangkan membuatkan lelaki itu semakin sukar untuk mempercayai Nashreen. Dia bingkas bangun, melangkah ke dapur.


“Plain water dalam jug dekat atas meja bulat. Kalau you nak coke pun ada..”


Nashreen tersenyum puas. Dia tahu Ammar pasti memilih air masak di atas meja kerana Coke adalah musuh utama lelaki itu. Dia ketawa perlahan. Susuk tubuh Ammar yang sudah kelihatan dari ruang dapur membuatkan Nashreen mematikan tawa serta merta.


“Air I takde?”


“You nak ke?”


Nashreen tersenyum dan mencebik. “I lupa I ni musuh you..” Dalam diam, wanita itu membalas cara psikologi. Nashreen ketawa kuat dalam hati saat Ammar mula meneguk air perlahan. Dia hanya memandang sambil menggoyangkan kaki. Senyum dan tawa disimpan rapi. Puas hatinya melihatkan gelas yang sudah kosong di atas meja kopi.


“Three minutes left,”


Nashreen ketawa lepas. Kepalanya digoyangkan perlahan. Dia bingkas berdiri. Radio berhampiran televisyen dipasang kuat. Ammar mula ikut ketawa beberapa saat kemudian..


“Mesti dalam air tu!” Ammar menggumam geram. Kepalanya ditundukkan sedikit dengan kedua-dua belah tangan menongkat di pelipis.


Ain yang memandang setiap tingkah Ammar sudah berkerut dahi. Sedari tadi lelaki itu seakan sedang ligat memikir. Tutur katanya langsung tak mendapat balasan dari Ammar.


“Abang,”


Ammar masih lagi menunduk seperti tadi.


“Abang? Okay tak ni?”


Jari jemari Ain mengetuk permukaan meja sedikit kuat. Risau pula dia melihat Ammar yang sudah mula mengurut dahi. Bimbang andai lelaki itu masih mengalami kesan dari kemalangan yang lalu.


“Abang?”


Ammar tersentak. Lambat-lambat kepalanya ditegakkan memandang Ain.


“Abang okay tak?”


Ammar mengangguk beberapa kali. “Ain,” Lelaki itu memanggil perlahan. “Ain maafkan abang tak?”


“Kan Ain dah kata bukan salah abang,”


“Tadi.. Erm.. Apa yang Ain suarakan tadi tu, jawapan Ain?”


“Ain dah pun bagitahu apa yang Ain fikirkan.. Abang jumpa la ibu,”


Ammar menghela nafas. Lega mendengarkan ayat terakhir Ain.


“Thanks, dear..”


Ain tersenyum sedikit. Ammar membalas mesra. Dalam hati dia mengucap syukur yang tak terhingga.



Forever Yours 26



“Papa.. Baby aunty Una cute sangat, pa.. Merah. Chubby pulak tu”


Ammar yang sedang memandu tersenyum sedikit.


“Mama kata, nama baby aunty Una, Widad Yamin..”


“Mm hm?”


“Mmm.. Widad Yamin. Mama kata, Widad Yamin maksud dia cita-cita yang berkat.”


“Hmm..”


“Pa, mama kata kan, kat akhirat nanti kita dipanggil dengan nama kita.. So that’s why nama baby kena ada makna yang baik.. Right, pa?”


Ammar tersenyum lagi. Dia mengangguk perlahan. Tangan kiri di atas gear diangkat sedikit. Kepala puteri kesayangan diusap lembut.


“Pa.. apa makna nama Falah pa?”

“Emm..” Ammar mengerling sekilas pada Falah yang memandangnya penuh semangat. “Dayana means yang gagah perkasa. Falah, kejayaan..”


“Falah dah tau...” Meleret suara manja Falah. Si kecil itu ketawa riang.


“Ohh. Falah nak test papa ye..” Pantas Ammar mencuit pipi gebu Falah. Falah ketawa lagi.


“Mama yang bagitahu Falah masa tengok baby dekat hospital dulu..” Dalam tawa yang bersisa, si kecil itu bersuara manja.


“Hmm.. Mama, mama.. Mama kata itu, mama kata ini.. Tak habis-habis dengan mama..” Usik Ammar.


Falah mencebik sedikit sebelum dia tersenyum lebar.


“So where’s your beloved mama? Sayang dah call mama?”


Falah mengangguk laju. Terbuai rambutnya yang dibiarkan lepas. Mata hazel si kecil itu bercahaya riang.


“Mama datang rumah aunty Una?”


“Of course mama will be there..” Penuh yakin Falah membalas. Ammar mengangguk sekali.


“Pa..”


“Ehm,”


“Bila mama nak duduk sekali dengan Falah, dengan papa..?”


Pantas Ammar berkalih pandang. Sesaat matanya bertatapan dengan si kecil itu sebelum dia kembali memusatkan pandangan pada jalan di hadapan.


“Sayang dah tanya dekat mama?” Tanpa menjawab, Ammar membalas dengan pertanyaan.


“Hmm..”


“Mama kata apa?”


“Mama kata, tanya papa..”


“Really?”


“Mm hmm..”


Ammar ketawa lepas. Terkebil-kebil Falah memandang papanya yang nampak senang hati.


“To the left, pa..”


Kereta yang dipandu diperlahankan kelajuan. Isyarat diberikan untuk membelok ke kiri.


“Jalan baru ke sayang?”


“Nope. Shortcut.”


“Shortcut?”


Falah tersengih dan mengangguk laju.


“Betul ke ni? Kalau sesat macam mana?”


“Iya, betul. Falah tau.. Banyak kali dah Falah lalu jalan ni dengan uncle Im..”


“Uncle Im? Buat apa Falah lalu sini dengan Uncle Im?”


“Pergi rumah aunty Una la..” Si kecil itu membalas lancar.


Ammar sudah berkerut dahi memikir. Lantas dia teringatkan hint ‘Imaduddin di rumah keluarga mereka beberapa hari yang lalu..


“Erm.. ‘Im dapat pakej 2 in 1..”


“Pakej apa pulak ni ‘Im? Dapat offer dekat Korea balik ke?”


Ammar ketawa lucu mengenangkan soalan balas mamanya saat itu.


Bukan pakej holiday atau tour.. Kerja pun bukan.. Pakej family rupanya.. Menggeleng Ammar seketika. Tak sangka Husna dan anaknya yang dimaksudkan adik kembarnya itu. Dalam diam, kasih sudah berubah arah.


Ammar tersenyum lagi, lega saingannya sudah berkurang. Dalam mindanya terbayangkan lelaki bernama Hussin.


“Pa.. Daydreaming?”


Suara comel Falah membuatkan Ammar tersentak sedikit. Tawanya berganti dengan senyuman lebar.


“Falah sayang,”


“Mm hm?”


“Falah suka tak kalau mama stay sekali dengan kita?”


“Suka!!” Tanpa perlu berfikir panjang, si kecil itu membalas riang.


“By the end of this year mama will move in, sayang..”