April 23, 2022

Kita Serupa... 21

"Allahu akbar!"

'Ali Hasif menghela nafas perlahan mendengarkan balasan itu.

Macam mana boleh jadi begini bang?" Lirih suara di balik telefon itu bertanya pula.

"Silap abang, Kamala.."

"Apa sebenarnya yang dah jadi?"

"Abang tunjuk gambar Aizat Risham --"

"Siapa tu bang?" Potong Kamala. Sungguh dia terkejut yang amat menerima perkhabaran yang tidak disangka, awal pagi itu.

"Raihan tak pernah cerita ya?"

"I've no idea. Actually..."

Kamala berjeda seketika. 'Ali Hasif sudah tegak duduknya, tidak senang hati.

"Raihan pernah jadi macam ni masa study dulu, bang. Almost a year dia menyendiri before she got better, on her own.. Tapi Raihan tak pernah cerita apa-apa.." Kamala berjeda lagi sebelum terus menyambung laju, "And I didn't dare to ask.."

Terdiam 'Ali Hasif mendengar jawapan Kamala. Dia meraup wajahnya sekali sambil beristighfar panjang. Tersalah percaturan. Lelaki itu panggung kepala. Bebanan trauma apakah yang ditanggung sang isteri sendirian? Dia buntu. Sejenak, Raihan yang baru kembali lena di atas sofa tiga tempat duduk dipandang tak lepas.

"Kamala boleh turun KL? Tolong abang?"

"Give me two days, boleh bang? I have to settle everything first."

"Thanks a lot, Kamala.."

"Don't say a word to her family tau bang.. Tok Teh, Wan dengan Mak Ngah tak pernah tahu she wasn't 'herself' back then,"

Kalimah herself yang ditekan Kamala ketika menyebutnya membuatkan 'Ali Hasif beristighfar panjang di dalam hati. Kelu dia seketika, mendengarkan pesanan itu. Mujur juga tidak dikhabarkan apa-apa kepada mereka di kampung. Dia hanya membuat panggilan kepada Kamala dek kerana Raihan yang tak putus menyebut nama sahabat baiknya nan satu itu sejak dia sedar dari pengsan semalam.

'Ali Hasif merapati Raihan sejurus dia menamatkan panggilan. Dia melutut di sisi sofa sebelum telapak tangan kanannya mendarat di atas kepala Raihan. Perlahan-lahan diusap kepala sang isteri, beberapa kali, seakan menyalurkan kekuatan pada isterinya.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Jangan dekat!!! Pergiiii! Pergi!!!!"

Jeritan yang kuat kedengaran membuatkan 'Ali Hasif tersentak. Terus matanya celik luas biar pun baru sahaja terlena. Lelaki itu bingkas, menyedari Raihan tiada di sisi. Lampu di sisi katil yang sedikit malap dipasang terang. Berpusing kepala mencari sang isteri di serata kamar peraduan.

Di hujung sudut kamar menghampiri ke ruang yang dikhaskan untuk almari pakaian, Raihan terlihat sedang duduk memeluk lutut. Kepalanya dibenamkan di antara dua lutut. Tubuh kecil itu menggigil. Pantas 'Ali Hasif mendekat. Rapat duduknya di sebelah Raihan. Tangan kanannya memeluk lembut bahu sang isteri dari sisi sambil perlahan suaranya memujuk.

"Raihan... Abang ni sayang.. Abang ada dengan Raihan.."

Bahu Raihan dipeluk kemas. Hujung jarinya menepuk-nepuk perlahan bahu sang isteri.

"Sakit..." Lirih suara itu mengaduh perlahan, hampir tak kedengaran. 'Ali Hasif menahan sebak. "Raihan takut..." Menggigil-gigil suara itu. 'Ali Hasif semakin sebak. Terasa seolah hatinya ditoreh-toreh. Sungguh dia sedih yang amat melihatkan keadaan isterinya.

"Raihan ada dengan abang ni sayang.. Dekat rumah kita. Abang ada untuk jaga Raihan sekarang. Tak ada sesiapa yang boleh apa-apakan Raihan lagi.." Lembut suaranya memujuk sang isteri. Dia semakin sebak saat Raihan kembali mengaduh kesakitan dengan tangisan yang semakin berlagu. Hatinya seperti hancur lumat. Sedih memikirkan apa yang telah terjadi kepada isterinya.

Lelaki itu tetap setia di sisi, menepuk perlahan sang isteri sambil bibir membisikkan kata-kata semangat. Hampir lima belas minit mereka tetap begitu, berteleku di sudut kamar peraduan sebelum 'Ali Hasif bergerak sedikit, meluruskan tubuh dan memimpin Raihan untuk bangun. Lelaki itu memusingkan tubuh sang isteri menghadap dirinya.

Raihan hanya tunduk memandang lantai. Sedu sedannya sudah tidak lagi kedengaran. Dia menghela nafas dan menghembusnya perlahan. Berat. 'Ali Hasif turut sama menghela nafas. Perlahan. Tangan kanan Raihan dicapainya dan digenggam erat telapak tangan halus itu. Sebelah lagi tangannya menolak perlahan dagu sang isteri, memaksa Raihan memusatkan pandangan ke arahnya.

"Raihan," lembut suara itu memanggil sang isteri.

Raihan tidak segera menjawab. Hanya mata yang tepat berpusat ke mata sang suami.

"Raihan..." Panggil 'Ali Hasif lagi. Matanya tunak memandang sang isteri sebelum dia menyambung ayat, "Until you heal, it will hold you hostage, dear.. Raihan kena kuat ya sayang.. Abang akan sentiasa ada dengan Raihan, in shaa Allah.."

Mata Raihan kembali berkaca. 'Ali Hasif tidak menunggu lama. Terus dipeluk kejap tubuh sang isteri. Perlahan dan lembut dia mengusap belakang tubuh sang isteri beberapa kali, menghantar isyarat isterinya itu selamat di sisinya.

 

●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Mala!! Tolong aku, Mala!!!"

"Allahu akbar!" 'Ali Hasif yang baru keluar dari bilik air terkocoh-kocoh mendapatkan sang isteri di atas katil. Raihan nampak cemas. Peluh merenik di dahi. Mata masih terpejam hanya mulut yang rancak bersuara mendayu-dayu, meminta tolong dari Kamala.

"Raihan, tidur sayang.. Raihan mimpi ni.. Tidur dulu ya.. Nanti nak sahur abang kejut.." Lelaki itu yang sudah bertenggek di birai katil menepuk-nepuk bahu isterinya perlahan. Sempat dikerling jam dinding yang tergantung tiga kaki dari atas kepala katil. Sudah menghampiri ke pukul empat pagi.

Dia merebahkan tubuh di sisi Raihan, mengiring baringnya menghadap sang isteri. Perlahan-lahan bibirnya mengalunkan bacaan surah Al-Insyirah dan dihembus lembut ke ubun-ubun kepala sang isteri. Beberapa kali 'Ali Hasif mengulang perbuatan yang sama sehingga Raihan dilihat kembali tenang dan terlena.

Lelaki itu bingkas dari katil kemudiannya. Telefon bimbit di atas meja sisi katil diambil dan perlahan-lahan dia bergerak keluar dari kamar peraduannya. Pintu bilik ditutup rapat.

'Ali Hasif menghenyakkan tubuh di atas kerusi jati sampan dua tempat duduk di luar biliknya itu. Dia menekan-nekan skrin telefon bimbitnya pula sebelum dilekapkan ke telinga kiri.

"Assalamualaikum, Sif.."

Panggilannya disambut dengan salam tidak sampai beberapa saat dia menunggu.

"Waalaikumussalam warahmatullah.. Sorry Dzal, aku kacau kau time ni,"

"Tak ada hal. Aku dekat office sekarang. Ada kerja sikit,"

'Ali Hasif terangguk-angguk sedikit sebelum dia kembali bersuara.

"Tolong aku Dzal.."

"Risham ke?" Laju Afdzal membalas.

"Aku nak cari Sham sampai dapat. Aku nak dia hidup-hidup," Berapi penuh bersemangat 'Ali Hasif menyatakan isi hatinya.

"Bawak bertenang, Sif.." Afdzal cuba memujuk sebelum menyambung kata. "Memang Sham dah lama dalam wanted list kami tapi dia ni teramat licik. Sekejap je bolos. Anak buah aku banyak kali dah dapat track Sham ni tapi bila nak tangkap, dia hilang begitu je," Panjang lebar Afdzal memberi huraian yang cukup meresahkan.

'Ali Hasif yang tekun mendengar meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang kemudiannya. Dia tahu itu. Sepi beraja seketika.

"Atau ada informer dalam group kau, Dzal?" Tebak 'Ali Hasif tiba-tiba.

Afdzal terdiam sedetik. "Aku check dulu. Nanti apa-apa aku inform kau ya,"

"Terima kasih banyak, Dzal. Aku dah hilang punca sekarang. Wife aku tak sihat Dzal. Aku tunjuk gambar Sham semalam.. Tak sangka dia pengsan lepas tengok gambar tu."

"Allahu akbar, apa dah jadi?"

"Raihan macam dalam dunia dia sendiri. Ada masa dia sedar, ada masa dia meracau-racau.. Aku syak something worst had happened between them,"

"Aku doakan yang terbaik untuk kau dan Raihan, Sif. We will try our utmost best. In shaa Allah.."

"Please do.. Aku tak boleh tengok Raihan macam ni. Dia trauma sangat sekarang. Couldn't imagine what happened back then.."

"You have to stay strong, Hasif.. Untuk Raihan. Aku akan tolong kau, no matter what.."

'Ali Hasif mengangguk-angguk beberapa kali seakan Afdzal berada di hadapannya. Panggilan ditamatkan sebaik sahaja mereka berbalas salam. Lelaki itu bingkas, menjengah ke bilik sebentar sebelum bergerak turun ke dapur untuk menyediakan sahur mereka berdua. Dalam hati sarat dengan doa semoga dipermudah perjalanan hidup mereka yang penuh berliku.


♥️ To be continued,  in shaa Allah.. ♥️



April 8, 2022

Kita Serupa... 20



Hahahahahaha~ Raihan ketawa lepas. Pantas kedua-dua belah tangannya menekup mulut rapat, menahan tawa. Berair matanya saat mendengarkan hikayat yang pertama kali didendangkan sang suami. Kisah yang tidak pernah dia tahu sebelum ini biar pun dia watak utama jalan cerita itu.

"Betul, abang tak tipu.. Macam budak lari dari rumah.. Kalau abang tak dengar Raihan borak-borak dengan pakcik bas tu, abang pun tak tahu Raihan nak masuk asrama.."

Sekali lagi Raihan ketawa sambil menyapu air mata yang bersisa. Dia mengurut dada pula seketika kemudian.

"Mana ada orang lari dari rumah bawak baldi, bang.." Tertahan-tahan suara Raihan menahan tawa.

Giliran 'Ali Hasif ketawa lepas sebelum dia membalas, "Mana la tahu Raihan jadi orang pertama yang lari dari rumah bawak baldi.."

"Dah la bang.. Yang abang pergi buka cerita zaman dulu kala tu kenapa...--"

"Kan Raihan yang tak ingat kenapa dengan tahun 2003 tu.. Abang pun excited la nak cerita first time abang jumpa Raihan macam mana..."

Potong 'Ali Hasif sebelum sempat Raihan menghabiskan ayat. Matanya menangkap cebikan sang isteri. Kenangan bertahun dulu yang lama disimpan dalam lipatan memorinya kembali segar diingatan.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Aduh ya Allah--"

Kepala 'Ali Hasif berpusing 90° mendengarkan suara halus yang mengaduh itu. Matanya menangkap kelibat seorang remaja perempuan yang sudah terduduk di atas tanah. Tersadung barangkali. Dia bangun dari duduknya, segera mendekati remaja perempuan itu. Namun belum sempat dia membantu, seorang lelaki separuh umur muncul terlebih dahulu menghulurkan bantuan. 'Ali Hasif mematung di belakang mereka, menjadi pemerhati.

"Terima kasih pakcik, susahkan pakcik pulak saya ni.." Tersipu-sipu remaja perempuan itu, bangun dari jatuhnya. Dia menepuk-nepuk belakang tubuh, membuang debu yang melekat di baju kurungnya sebelum membetulkan tudung di kepala yang sudah menutupi dahinya. Beg hitam berjalur merah terdampar di sebelah kiri manakala baldi yang berisi gayung sudah tergolek ke kanan. Hanya sebuah beg galas biru gelap yang masih terletak elok di bahunya.

"Anak nak ke mana ni?" Pakcik itu mengangkat baldi dan memasukkan semula gayung yang terkeluar dari baldi tersebut. Baldi biru bertukar tangan. Remaja perempuan itu kembali menjinjit baldinya yang sederhana saiz di tangan kanan.

"Saya baru nak mendaftar masuk asrama, pakcik.."

"Laaa.. Kenapa seorang diri ni? Anak dari mana? Umur berapa anak ni?

Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut pakcik tersebut. Remaja perempuan tadi sudah tersipu-sipu.

"Ada tadi family hantar sampai stesen bas ni.. Saja saya nak tahu jalan nak ke sekolah. Senang nanti nak balik masa cuti.."

Pakcik berkopiah hitam yang sedang mengepit sejadah di ketiak kirinya mengangguk sedikit. 'Ali Hasif di belakang kedua-duanya turut sama menganggukkan kepala.

"Kat mana sekolahnya tu?"

"SMKA ad-Diniyyah," sepatah jawapan yang keluar dari seulas bibir itu.

'Ali Hasif terbatuk kecil mendengarkan jawapan yang mengetuk gegendang telinganya. Dua pasang mata beralih memandangnya. Pantas dia memusingkan tubuh membelakangi mereka berdua dan bergerak menjauh sedikit sebelum dia kembali memasang telinga dan mata.

"Tak jauh dah tu. Boleh la naik bas nombor 79 kat hujung sana tu." Pakcik tadi menunjukkan ke arah sebuah bas yang terletak di kotak parkir paling hujung di stesen bas itu.

"Macam tak ada orang lagi dalam bas tu pakcik," lurus suara itu bertanya sebelum kedengaran tawa pakcik itu seketika.

"Betul dah tu. Pakcik belum buka pintu lagi sebab pakcik baru sudah solat zuhur je ni."

"Ohhh bas pakcik la tu ya,"

"Bas company, nak.. Pakcik pun baru hari pertama bertugas di kawasan ni. Sebelum ni pakcik bawa trip ke KL cuma sekarang ni pakcik dah tak larat nak bawa bas jauh-jauh.."

"Ohhhhh.." Ringkas jawapan remaja itu, polos. Kepalanya dianggukkan beberapa kali.

'Ali Hasif yang berada tidak jauh dari mereka turut sama mengangguk. Terjawab persoalannya sejak menunggu di stesen bas itu sejam yang lalu. Pelik kerana tak terlihat bayang Abang Soleh yang biasa memandu bas bernombor 79 tersebut.

"Nama anak ni apa?"

'Ali Hasif yang mendengarkan soalan itu bergerak sedikit, mendekat.

"Raihan... Zunnur Raihan, pakcik.." Sebuah senyuman terlukis indah di wajah remaja perempuan itu saat menyebutkan namanya.

Dalam tak sedar, 'Ali Hasif pun turut sama tersenyum.


●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●


"Bang, senyum sorang-sorang dari tadi dah kenapa.."

Tepukan lembut di pehanya membuatkan 'Ali Hasif tersentak, jaga dari lamunan yang panjang. Dia tersengih memandang sang isteri.

"Ha ada la tu dok sengih-sengih pulak..." Raihan merungut perlahan.

"Tak sangka pulak isteri abang ni pandai mengomel jugak.." Lelaki itu ketawa lepas melihat muncung sang isteri.

"Abang dengar tak Raihan tanya apa tadi?

"Tanya apa sayang?"

Raihan pantas kalih wajah. Tak betah melihat mata suaminya saat itu. Seakan belum terbiasa dengan panggilan sayang, dia malu. Melihatkan keadaan itu, 'Ali Hasif bingkas dan berkalih duduk, menghadap isterinya.

"Raihan tanya apa tadi? Sorry abang tak perasan.."

"Takda apa.. Tak jadi nak tanya.."

"Merajuk eh?"

"Heee tak kuasa la nak merajuk bagai,"

'Ali Hasif ketawa lepas.

"Dah tu tak nak tanya balik,"

"Takda apa pun.. Raihan cuma tanya abang buat apa kat stesen bas tu.."

"Ohh.. Itu je?"

Raihan tersenyum simpul sambil mengangguk.

"Baru balik dating.." Bersahaja lelaki itu menyambung ayat, menjawab soalan sang isteri. "Kenapa? Tak percaya?" Tanya 'Ali Hasif saat dia mengesan bibit tawa di wajah isterinya.

Raihan menggeleng laju dengan tangan kirinya sudah menekup mulut, menahan tawa.

"Tak percaya?" Tanya lelaki itu lagi.

"Hermm.. Ada ke orang yang nak kat abang?"

"Kenapa tak ada pulak? Tak handsome ke abang?"

"Boleh la.."

'Ali Hasif ketawa lepas, mendengarkan jawapan Raihan. Dicubit pipi isterinya itu sekali.

"Sapa je la yang nak kat abang.. Dah la garang tak bertempat, serius memanjang.. Naughty pulak tu.." Selamba Raihan mengata sang suami. Dia mengaduh spontan saat tangan lelaki itu mencubit perlahan pipinya sekali lagi.

"Sedapnya dia mengata kita..."

Raihan menayang sengih.

"Abang baru balik dari rumah umi masa tu.." Sambung 'Ali Hasif kemudiannya.

Raihan terangguk-angguk mendengar.

"Kalau Raihan nak tahu, sejak hari tu memang abang selalu jadi penunggu stesen bas.."

Lelaki itu kembali membuka cerita. Isteri di sebelah sudah berkerut dahi memandang.

"Raihan perasan tak ada orang selalu ikut Raihan dari sekolah sampai stesen bas?"

Gelengan laju Raihan dibalas dengan anggukan 'Ali Hasif, beberapa kali.

"Raihan tahu tak ada orang yang suka dekat Raihan masa sekolah dulu?"

Sekali lagi gelengan laju Raihan dibalas 'Ali Hasif dengan anggukan.

"Raihan memang tak ingat ya Aizat Risham?"

Seperti tadi, Raihan masih lagi menggeleng. Sepatah kata tak terucap dari seulas bibir itu. Kali ini gelengan Raihan lengkap dengan kerutan di dahinya.

"Abang rasa Raihan tahu tapi Raihan tak ingat atau pun Raihan sendiri yang tak nak ingat.." Lelaki itu berjeda sebelum kembali menyambung kata, "Atau mungkin Raihan kenal dia dengan nama yang lain..."

Raihan masih lagi menyepi. Hanya bahunya dijungkitkan sekali, isyarat menghantar jawapan.

"Hah!"

Tersentak Raihan saat suaminya tiba-tiba memetik jari sambil bersuara sedikit kuat.

"Jom abang tunjuk gambar dia,"

Raihan bingkas, menuruti langkah sang suami menuju ke luar bilik. Kedua-duanya merapati meja kerja di bilik bacaan. 'Ali Hasif mengambil telefon bimbitnya. Lincah jari mencari-cari gambar di dalam galeri telefon bimbitnya itu.

"Erm, ni.. Cuba Raihan tengok baik-baik gambar lelaki yang pakai snow cap maroon ni," 'Ali Hasif mengunjukkan telefon bimbitnya.

Samsung ditangan 'Ali Hasif disambut Raihan. Ditilik skrin telefon bimbit itu dengan kerutan di dahi. Sesaat kemudian, dadanya berdebar yang amat. Nafasnya terasa berat. Tercampak telefon bimbit dari tangannya. Melihatkan seraut wajah itu seakan menyempitkan dadanya, mengurangkan oksigen ke kepala. Dia terasa seperti hendak pitam. Suara sang suami memanggil-manggil namanya seakan tak kedengaran. Raihan pengsan tiba-tiba.

 

♥️ to be continued, in shaa Allah..♥️


 


March 27, 2022

Rindu...♥️


Assalamualaikum wbt and good evening every one..♥️


Maaf. Sorry. Pardon me....


Sungguh. Deep down inside, I really miss writing stories, sharing thoughts, ideas and knowledge thru writing...



Perhaps it's my bad..

Gagal nak menguruskan masa dengan baik.

Gagal nak bahagi-bahagikan urusan hidup, keluarga, kerja, kesihatan fizikal mental, dunia dan akhirat dgn baik...


In fact all of us are given 24 hours, EQUALLY.

NO LESS and NO EXTRA.


So obviously, it's my bad..


Still trying my very best to at least finish Kita Serupa.

Dying to finish this one..😌


Just finished reading Bayang-Bayang. Marathon. Trying to get back on track. Planning on "marathoning" Kita Serupa.



Sempena Ramadhan yg bakal menjelma tak lama lagi, saya menyusun 10 jari memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang berblogging, dalam sedar atau pun tak sedar..


Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan yg terbaik dan semangat yg luar biasa untuk beribadah pada Ramadhan kali ini.. Semoga kita bertemu dgn Laylatul Qadr, Allahumma aaamiiin..🤲🏻


So I'll see you when I see you, in shaa Allah..♥️


April 14, 2020

Kita Serupa ... 19


"Apa semua ni bang?"

Seakan jatuh rahang Raihan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke sebuah bilik yang tidak diketahui kewujudannya selama ini.

"Safe room--"

Belum sempat 'Ali Hasif menyudahkan ayat, tawa Raihan sudah meletus. Tidak sampai sesaat. Terbang melayang kerisauan yang menyelubungi hatinya tadi. Dia pantas menutup mulut kemudiannya melihatkan sang suami berwajah serius.

"Oh okey," Raihan mengangguk sedikit. Riak wajah serius ditayangkan. Entah kenapa sebentar tadi dia rasa geli hati mendengarkan perkataan safe room itu. "So, safe room... as in panic room, the movie?" Sambung Raihan serius.

"Sort of," balas 'Ali Hasif. "Eh, Raihan tengok jugak ke cerita tu? Lama dah kan?" Sambung 'Ali Hasif. Tangannya menarik sang isteri untuk masuk ke bahagian dalam bilik itu.

Raihan menurut tanpa suara. Dalam hati sarat dengan rasa kagum. Tak sangka di rumah mereka wujud bilik seperti yang dia pernah lihat di layar perak. Terdapat tiga buah skrin panel seakan TV LED 32 inchi bersama gambar yang sedang bergerak. Lebih tepat sekali, imej di persekitaran rumah yang mereka diami itu.

"Kan, sayang?"

Raihan tersentak. Sungguh, dia seperti di alamnya sendiri.

"Sempat lagi berangan,"

Raihan tersengih sedikit, menggaru pipi yang tak gatal.

"Sorry, you were saying..?"

"The movie. Panic Room. Lama dah kan? Sayang dah tengok ke?"

Raihan mengangguk laju. Lama tak lama, berbelas tahun lepas jugak la.. Tengok dengan tok dan wan. Dipaksa mereka berdua menonton bersamanya. Itu cerita 17 tahun dahulu. Semasa filem itu baru ditayangkan. Beberapa tahun lepas, dia terpaksa pula menonton semula cerita itu kerana tugasan sari kata yang perlu disiapkannya dalam tempoh yang singkat.

"Dah.. Dua kali."

Raihan membalas dengan suara pula. Tersenyum memandang 'Ali Hasif yang sudah duduk selesa di atas sebuah kerusi beroda. Dia mendekat dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

"Best?"

"Hurm..... depends,"

'Ali Hasif mengangguk beberapa kali.

"So..."

Raihan menyambung suara dengan jeda yang agak lama. Tangannya didepakan. Kening dijungkit beberapa kali.

"So?" Tanya 'Ali Hasif pula.

"Kenapa Raihan tak tahu pun ada bilik ni selama ni?"

"Sebab abang tak bagitahu,"

"Why didn't you tell me?"

"You've asked nothing, dear.."

"Should I?"

'Ali Hasif diam tak membalas. Kerusinya digerakkan menghadap sang isteri di sisi. Bibirnya mengukir segaris senyuman.

"You know what--"

"I know nothing,"

Belum sempat 'Ali Hasif menyudahkan ayat, Raihan terlebih dulu mencelah. Makin lebar senyuman di wajah lelaki itu. Keningnya dijungkitkan sekali sebelum dia kembali bersuara.

"Raihan nak cari gaduh dengan abang ke ni?"

Berkerut dahi Raihan. Tidak menyangka soalan itu yang mengetuk gegendang telinganya, menghantar isyarat ke saraf-saraf di kepala.

"Raihan tak puas hati lagi dengan abang, ya?"

Belum sempat dia memikirkan jawapan, sang suami sudah memuntahkan soalan yang kedua, dan yang seterusnya.

"Atau Raihan memang belum boleh terima abang..?"

Raihan bingkas. Matanya tepat memanah anak mata sang suami.

"Raihan nak keluar,"

Tanpa nada Raihan menutur kata. Langkah diatur menuju ke arah yang dimasukinya tadi. Tapi dia kaku kemudiannya. Tidak tahu kombinasi nombor untuk membuka pintu yang tersembunyi di sebalik rak buku yang menjadi laluan masuknya tadi.

"Let me finish my words, dear.."

''Ali Hasif yang entah bila sudah berada betul-betul di belakang Raihan, bersuara perlahan. Tangan sang isteri ditarik lembut, tubuhnya dipusingkan perlahan, menghadap lelaki itu.

"Raihan dengan abang, kita baru je boleh borak-borak, gurau-gurau. Baru sangat, sayang. Takkan abang nak takutkan Raihan dengan tunjuk semua ni. Abang takut Raihan lari dari abang. Takut Raihan jauh dari abang."

Raihan angkat kepala saat suara itu berjeda.

"Raihan dah terikat dengan abang," hampir tak kedengaran suara Raihan.

"Raihan rasa terpaksa ke?

"No, don't get me wrong.. I'm enchanted by you. You make me feel good about myself. In fact, you've blown me away, bang. You never know what lies inside," Tangan kanan Raihan menyentuh dadanya.

"You're my missing piece, dear. I wish nothing but your happiness,"

"And you complete me,"

Mekar senyuman yang terukir di bibir Raihan saat dia menoktahkan kata. Perlahan tangannya menarik tangan kanan sang suami, diciumnya lembut, sekali sambil menuturkan kata maaf. 'Ali Hasif membalas dengan usapan di kepala sang isteri.

"Tapi abang jangan lupa, banyak lagi yang abang hutang dengan Raihan..."

Pecah tawa lelaki itu. Tangan Raihan ditarik lembut mengikut langkahnya.

"Okey, ni."

"Hm, fridge.. Lagi besar dari yang dekat bawah,"

Teruja Raihan melihat peti ais dua pintu yang sekali ganda besarnya dari peti ais di dapur mereka. Matanya dikecilkan saat dia menangkap riak wajah nakal sang suami.

"Come, let me show you this.."

Pintu peti ais di sebelah kanan dibuka. Terdapat beberapa kotak air buah-buahan dan beberapa botol air mineral. Bersinar mata Raihan melihatkan Cadbury Honeycomb & Nuts yang sudah dipotong dalam bekas kaca di rak paling atas.

"Nanti dah berbuka boleh la nak makan tu," potong 'Ali Hasif dengan tepukan lembut pada tangan Raihan yang sudah berada pada penutup kaca itu. Raihan tersengih.

"Ni,"

Pintu di sebelah kiri disentuh sedikit di bahagian atas sebelum pintu itu meluncur dan terbuka luas. Ternganga Raihan. Barangkali ada tombol tersembunyi di bahagian atas, fikirnya. Penuh baju-baju Raihan yang tergantung di sebalik pintu kiri peti ais itu.

"Jom, masuk.."

Raihan pantas menurut. 'Ali Hasif menolak ke tepi pakaian yang tergantung sebelum menolak pintu luncur almari baju di bilik tidur mereka.

"Tadaaa.."

Raihan makin teruja. Bilik itu berhubung dengan bilik tidur mereka rupanya. 

"A perfect hideout it is,"

'Ali Hasif diam tak membalas.

"Tapi Raihan pelik pulak, abang ni artis ke menteri, siap ada bilik rahsia gini,"

Lelaki itu ketawa lepas.

"Dah tuah abang kahwin dengan V.I.P sebab tu la kena ada semua ni,"

Raihan mencebik sebelum dia mencuit pinggang suaminya.

"Abang sebenarnya lagi pelik, kenapa Raihan tak ingat Aizat Risham? Atau Raihan sengaja tak nak ingat? Atau..." Lelaki itu berjeda. Riak wajah isterinya sudah berubah.

"Atau?"

Tanya Raihan tidak sabar.

"Herm, nothing la sayang.."

'Ali Hasif menayangkan senyum, cuba mengusir gusar yang bertamu di hati sang isteri. Sesal menggunung dengan keterlanjuran lidah, mengungkap sebaris nama yang mengundang seribu persoalan.

"Raihan, if anything happens and I'm not around," tangan Raihan digenggam kemas sebelum menyambung kata, "lock yourself inside, okay?"

Raihan mengangguk laju. Seram mendengarkan amanat suami.

"031318. The combination. Key to the room."

"Abang nak tinggalkan Raihan, ke?"

"No, sayang.. Just in case.."

Raihan menghela nafas lega.

"Rak buku tadi, Raihan nampak tak buku yang abang ambil?"

"Kitab tebal warna hijau gelap tu ke?"

"Ya. Raihan bukak, dlm tu ada button, Raihan tekan nombor tadi. Nak keluar pun the same numbers.

Raihan mengangguk-angguk beberapa kali sebelum dia mengerutkan dahinya seraya berkata, "Speaking of the numbers... Raihan perasan no plat kereta Myvi, is the combination between us, tahun abang lahir and tahun Raihan lahir, right?"

'Ali Hasif yang khusyuk mendengar hanya menggangguk tanpa suara.

"So 03.. 13.. 18.." Raihan berjeda sesaat sebelum kembali menyambung ayatnya, "Nombor apa pulak tu bang?"

Tersungging senyum di wajah 'Ali Hasif. Lebar. Raihan di hadapannya dipandang tak lepas.

"Nombor keramat," balasnya ringkas.

Raihan mencebik. 'Ali Hasif tayang senyum.

"It maybe... Maybe means nothing to you--" 

"Are you sure?" Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat, Raihan lebih dulu mencelah dengan soalan.

"That's why I said maybe," tenang 'Ali Hasif membalas.

Giliran Raihan mengangguk tanpa suara.

"Okay, 2003.."

"Mm hmm.."

"Apa yang Raihan ingat, 2003 tu.. "

Raihan kerut dahi seketika. Memikir. Dia menggeleng pula seketika kemudian. 'Ali Hasif tayang senyum lebar. Keningnya dijungkitkan dua kali.





●○♡●○♡●○♡●○♡●○♡●○♡●○♡●

🌹 to be continued, in shaa Allah😘 



















July 28, 2019

Kita Serupa ...18


"Allahu Akbar! Ya Allah.. Astaghfirullah al-azhim..."

Panjang latah Raihan. Pisau dalam genggaman tangan kirinya sudah terjatuh ke dalam sinki. Rangkulan di bahunya terasa lebih kemas.

"Ya Allah, abang."

Pantas Raihan berpaling dan mengurut dadanya perlahan. Terlepas pelukan kejap di bahunya.

"Tak baik tau. Dah banyak kali Raihan pesan jangan buat macam tu, kan.."

'Ali Hasif menayang sengih.

"Mujur pisau terjatuh dalam sink. Kalau Raihan terpusing lepas tu pisau terkena abang, macam mana?"

"Famous la Raihan nanti, jadi headline berita.." selamba 'Ali Hasif membalas, berlelucon.

"Merepek,"

Malas melayan, Raihan berpaling menghadap sinki, kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Raihan buat apa ni?"

"Belah dada abang, nak ambik jantung buat lauk," laju Raihan menjawab soalan 'Ali Hasif.

"Auch!"

'Ali Hasif menyandar di tepi sinki. Spontan tangan kanannya memegang dada, menayangkan riak wajah menahan sakit.

"Padan muka,"

"Padan dengan sayang, kan.."

Lelaki itu sudah menempek pula di sisi isterinya dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Hmm sedapnya.. Sweet bau dia,"

'Ali Hasif tunduk sedikit mencium bau nenas yang sudah dipotong kecil di dalam mangkuk. Raihan segera menyigung suaminya.

"Makruh ni puasa-puasa,"

"Meh abang sambung pulak,"

Tanpa menunggu jawapan Raihan, 'Ali Hasif mengambil pisau dari tangan kiri isterinya dan menyambung kerja mengupas buah nenas.

"Raihan nak buat apa nenas banyak-banyak ni?"

"Jam,"

"Tart?"

"Juice,"

"Makan?"

"Nanti Raihan blend asam sikit,"

'Ali Hasif pantas berpaling dan mengerdipkan matanya.

"Bagus la zaujah abang ni.. boleh baca apa yang abang fikir,"

Raihan diam tak membalas. Matanya hanya memerhatikan gelagat sang suami mengerjakan nenas yang dibelinya siang tadi.

"Abang pandai tak ni nak operate nenas?"

"Operate?"

Raihan hanya tersengih.

"Sayang,"

"Hm,"

"Abang ada satu teka-teki,"

"Hm.."

"Kalau Raihan dapat jawab, abang belanja Raihan... Hm Raihan nak abang belanja apa?"

"Apa-apa pun boleh,"

"Apa-apa tak ada la sayang eyy. Lagi susah abang nak kena fikir,"

Raihan mencebik sedikit.

"Raihan tak kisah pun abang nak belanja apa.. Jawab pun belum, takkan nak demand macam-macam.."

"Hm okey.. Raihan boleh jawab tiga kali je tau."

Raihan membalas dengan anggukan.

"Raihan cuba teka, dalam nenas ada apa?"

'Ali Hasif mengerling sedikit pada Raihan dan menjungkitkan keningnya beberapa kali. Raihan sudah berkerut dahi.

"Tak ada soalan susah lagi ke?"

"Dua kali lagi,"

Bulat mata Raihan memandang sang suami. Lelaki itu menayangkan riak selamba sambil meneruskan kerja memotong buah nenas.

"Mana aci, Raihan belum jawab lagi.."

"Sekali lagi,"

"Abang,"

Spontan Raihan terjerit sedikit. Memuncung dia memandang 'Ali Hasif yang sudah ketawa nakal. Dicubit geram pinggang lelaki itu.

"Adui, sakit la sayang. Mana boleh dera husband,"

'Ali Hasif mengaduh manja. Kesempatan yang ada diambil untuk bermesra dengan isteri kesayangan. Dia segera menyudahkan potongan nenas yang terakhir sebelum pisau dan papan pemotong dibasuhnya. Raihan diam tak membalas. Mata setia menurut tiap pergerakan suaminya.

"Cepat sayang, I'm waiting for your answer.."

Raihan masih lagi dalam mode berdiam diri. Ekor mata mengikut langkah 'Ali Hasif. Dalam kepala ligat memikir. Jawapan apa yang patut dia bagi. Biji? Mana ada biji dalam nenas.. Mata! Ha mata la kan orang panggil kat dalam nenas ni? Raihan menggeleng sendiri bertingkah dalam hati sebelum dia dikejutkan dengan soalan daripada sang suami.

"Raihan, nenas ni nak simpan mana?"

"Letak je kat atas kaunter tu bang. Kejap lagi Raihan nak blend."

"Okay,"

'Ali Hasif menyudahkan kerjanya dan berpaling menghadap sang isteri.

"Dah kenapa dari tadi dok tengok abang je ni. Rindu la tu.." Usik lelaki itu. Tubuhnya sudah dirapatkan ke sisi isterinya.

Raihan mencebik sedikit sebelum membalas, "Perasan la sorang-sorang,"

'Ali Hasif ketawa lepas. "Dah kalau bukan abang yang perasankan diri sendiri, siapa lagi nak perasankan abang.. Raihan dah la jual mahal dengan abang.."

Raihan hanya tersengih. Tidak dibalasnya kata-kata itu.

"Raihan sayang ke tak kat abang sebenarnya?"

'Ali Hasif sudah berpaling, berdiri tegak menghadap Raihan. Isterinya itu pula sudah tegak kepala memandang dirinya. Mata bertentang mata seketika. Dapat dilihatnya kerutan di dahi sang isteri sebelum bibir merah jambu itu menutur kata.

"Kenapa abang tanya?"

"Sebab abang nak tahu,"

"Selama ni abang tak tahu ke?"

"Dah,"

"Habis tu?"

"Saja abang nak dengar dari mulut Raihan sendiri.."

Raihan jungkit kening sekali. Dibalas dengan senyum lebar di wajah 'Ali Hasif.

"Kalau dah tahu tak payah la Raihan nak sebut-sebut lagi.."

"Tak sama tahu sendiri dengan dengar dari mulut Raihan.."

"Iya ke?"

"Hm iya la sa--"

Dentingan loceng pintu rumah memintas bait kata 'Ali Hasif. Berpandangan seketika mereka suami isteri.

"Waiting for someone?"

Pantas lelaki itu bertanya. Raihan menggeleng laju.

"Okay then, Raihan stay sini dulu. Abang pergi tengok,"

Raihan mengangguk beberapa kali. Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif kembali. Terkocoh-kocoh. Plastik hitam di bakul plastik ditarik sebelum lelaki itu menghilangkan diri sebalik pintu luncur dapur, pembahagi antara ruang tamu dan dapur. Sepantas kilat tanpa sepatah kata.

Raihan garu kepala yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia mengikut jejak suami ke ruang tamu. Jendela yang menghadap halaman rumah dihampirinya sebelum tangan menyingkap sedikit kain langsir yang tergantung. Matanya dikecilkan melihat gelagat suaminya. Dada berdegup kencang tiba-tiba.

Pecahan serakan pekat merah berdarah di pintu pagar automatik dipandang Raihan cemas. Jelas di matanya 'Ali Hasif sedang memasukkan sesuatu kelihatan seperti bangkai ayam ke dalam plastik hitam yang diambilnya tadi. Terpacul kalimah istighfar di bibir. Terkumat-kamit mulutnya berdoa yang baik-baik.

"Raihan, pintu dapur dah kunci ke?"

Raihan mengucap panjang. Tidak sedar 'Ali Hasif sudah kembali ke dalam rumah. Tangannya melekap di dada.

"Apa tadi tu bang?"

Bergetar suara Raihan, membalas soalan suaminya dengan pertanyaan.

"Raihan stay here, please. I'll go around and check."

Tegas lelaki itu bersuara. Tanpa menunggu balasan Raihan, dia melangkah laju ke dapur sebelum berlari anak ke tingkat atas. Raihan pula perlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa PVC berangkai dua di sudut ruang tamu itu.

Beberapa minit kemudian, 'Ali Hasif muncul semula di hadapan Raihan. Langkah diatur cermat menghampiri sang isteri. Wajahnya kembali tenang. Tangan Raihan ditarik dan digenggam perlahan sebelum ditepuk lembut, beberapa kali.

"Raihan jangan risau, abang ada. Allah ada,"

"Apa tadi tu bang?"

"Bangkai ayam. Darah ayam."

'Ali Hasif menjawab tenang, tanpa berselindung.

"Abang ada nak tunjuk something dekat Raihan.. Come, sayang.."

Lelaki itu bingkas, menarik perlahan tangan sang isteri untuk menuruti langkahnya menuju ke tingkat atas. Raihan mengekor tanpa suara. Jeritan hatinya melantun sendiri bertingkah tanpa henti. Sepantas itu juga dia beristighfar, berdoa memohon diberikan kekuatan dalam dirinya.



^°•^°•^°•^°•^°• ^to be continued^°•^°•^°•^°•^°•^











March 4, 2019

Kita Serupa ...17


Sepi di ruang itu. Sesekali kedengaran bunyi Raihan menarik nafas dan menghembus perlahan. Cuba bernafas dalam kepayahan, barangkali dek kerana tidak berhenti menangis sejak dia memulakan pemanduan.

"Raihan boleh drive lagi tak?"

Raihan diam tak menjawab. Hanya kepala menggeleng, menghantar isyarat. Belakang tangan sesekali diangkat mengesat mata sekali lalu.

"Sedih sangat Raihan, abang tengok.. Sayang pulak air mata dah bergelen habis."

Esak Raihan kembali kedengaran. Jatuh sayang pada umi yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri membuatkan air mata Raihan tidak henti mengalir.

"Raihan jangan sedih-sedih sangat.. Hujung minggu nanti kita pergi rumah umi, nak?"

Raihan tidak membalas. Tegak mata memandang hadapan dengan esak yang sedikit tertahan.

"Erm... Kalau ada apa-apa jadi dekat abang, agaknya Raihan sedih macam ni tak?"

Terhenti tangisan Raihan secara tiba-tiba. Ekor matanya menjeling suami di sisi. 'Ali Hasif hanya bersandar sambil menayang senyum.

"Ha, boleh pun berhenti.." Lebar senyuman lelaki itu. "Nak dekat setengah jam Raihan drive sambil menangis. Hebat jugak Raihan ya.."

Raihan masih lagi seperti tadi, membisu tanpa sebarang jawapan. Matanya meliar ke kiri, mencari-cari sesuatu.

"Dah biasa ya drive sambil menangis? Kalau Raihan jauh dengan abang, nangis tak macam tadi?"

Masih tidak puas hati, 'Ali Hasif terus bertanya. Raihan membatu. Pandangannya tepat ke hadapan sebelum dia memberikan isyarat ke kiri dan memberhentikan kereta di kotak parkir berhadapan dengan sebuah masjid. Jam di papan pemuka dikerling sekilas, sudah pukul 12 tengah hari.

"Hmm sayang?"

Lelaki itu sudah berpusing sedikit menghadap sang isteri di sisi.

"Raihan menangis tak kalau abang jauh dari Raihan?"

Bentuk soalan sudah diubah tetapi motifnya hanya satu. Arahnya tidak berubah tujuan.

"Hm?"

Raihan terus membisu, tidak segera membalas. Kedua-dua belah tangannya diangkat sedikit, meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas panjang kemudiannya. Duduknya sudah mengiring sedikit, menghadap 'Ali Hasif saat tali pinggang keledar dilepaskan. Wajah suaminya dipandang tak berkelip. Beberapa saat berlalu dengan mereka hanya berbalas pandang sebelum Raihan membuka mulut.

"Abang agak, Raihan menangis tak masa abang tinggalkan Raihan lepas nikah dulu?"

Soalan dibalas dengan soalan. Lancar. Dalam ketenangan dia cuba memberanikan diri. Sampai bila hidupnya perlu diselubungi tanda tanya yang bukan sedikit. Bagaimana hendak dikecapi kemanisan berumah tangga andai tiada persefahaman antara mereka.

'Ali Hasif tersenyum. Tangannya mencapai tangan Raihan. Digenggam erat kedua-dua belah tangan sang isteri. Raihan hanya membiarkan. Sabar menanti butir bicara sang suami.

"Do you?"

Raihan membalas senyum. Sedikit. Seperti sudah dijangka balasan yang bakal diterima, dia pantas bersuara.

"Where have you been?"

"Raihan nak tahu?"

"Don't you have better way to answer my questions?"

'Ali Hasif memandang Raihan tak lepas.

"It's a long story, sayang.."

"Then maybe you can start now,"

"I don't know how and where to start,"

"Quit playing games with my heart, bang.."

'Ali Hasif tersentak sedikit. Berkerut dahi seketika. Tangannya  diangkat sedikit, menggaru pelipis.

"Macam lirik lagu je tu sayang,"

"Erm Hm.. Quit playing games with my heart, you're tearing us apart,"

'Ali Hasif terdiam seketika. Dia tahu bait-bait lirik lagu Backstreet Boys itu. Memang tepat terpanah ke batang hidungnya.

"I'm sorry, sayang.."

Lelaki itu bersuara kemudiannya, penuh kelembutan. Dia mengucup belakang tangan Raihan yang kembali digenggamnya, erat.

"I'm really sorry.. Actually abang kena fly a week after kita nikah but something came up."

"Seriously?" Bulat mata Raihan memandang 'Ali Hasif. Lelaki itu mengangguk sekali. "Hurm... Kena tinggal right after nikah, better still, a week after.." Raihan menggumam perlahan.

"Abang kena ganti kawan, sayang.. Bukan abang sengaja nak tinggalkan Raihan.. Kebetulan lepas wan call untuk cepatkan tarikh nikah kita, kawan abang pula datang minta tolong gantikan dia.."

"Okay.. Fly pergi mana?"

"Umrah.. Abang dengan 35 orang jemaah,"

Berkerut dahi Raihan. Faham tapi musykil. Pergi mengerjakan umrah ke apa?

"Kalau Raihan nak tahu, abang part time mutawwif,"

'Ali Hasif segera menyambung, cuba meleraikan kekusutan tetapi makin bertambah kerutan di dahi Raihan. Memang suaminya ini workaholic ke apa? 

"Full time apa dah kerja kalau gitu?"

Sudah tunggang terbalik susunan ayatnya. Dia tidak peduli. Janji maknanya sampai.

"Full time husband,"

'Ali Hasif membalas selamba. Raihan ketap bibir. Serasa seperti hendak dicubit kuat-kuat lelaki di hadapannya ini namun terbantut hasratnya mengenangkan lelaki itu suaminya.

"What happened then?"

Malas melayan gurauan suami, Raihan terus bertanya. Lelaki itu kembali serius.

"Afdzal, sayang kenal Afdzal?"

"The policeman? Your friend?"

"A best friend of mine, actually.. ASP Afdzal. Dia yang banyak tolong abang selama ni,"

"Oh, okey. Kenapa dengan dia?"

"Langgar lari."

"Astaghfirullah al-azhim," Raihan menarik tangan, menekup mulut.

"He's okay. Minor injuries. Tapi Nurul... Isteri Afdzal, koma and she died two days later with their unborn baby,"

'Ali Hasif berjeda. Ada sebak dalam suaranya.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.."

Raihan menahan nafas. Matanya yang sudah berkaca tepat memandang anak mata suaminya. Cuba menyalurkan kekuatan biarpun dia sendiri goncang. Terkejut dengan kisah yang mengetuk gegendang telinganya.

"Afdzal accident sehari sebelum kita nikah, sayang. Dalam pukul 5 petang hari tu, abang dapat call daripada anak buah Afdzal. Abang kena jugak pergi jumpa Afdzal dekat Beijing. I had to, sayang... because he's all by himself and I'm responsible for all the things that had happened. Abang tak sangka sampai jadi macam ni,"

Giliran Raihan menggenggam erat tangan suaminya.

"Dah tiga nyawa hilang sebab abang,"

Nyawa siapa lagi selain yang baru sahaja diketahuinya? Raihan terasa seperti nyawanya pula yang terbang melayang. Nafasnya serasa seperti tersekat. Liur yang ditelan terasa berpasir. Dia speechless. Kekejaman apakah yang diceritakan suaminya ini? Kisah apakah di sebalik setiap yang terjadi?

"He made it look like an accident but I knew it's him."

"Who?" Bergetar suara Raihan bertanya.

"Sham, sayang.. Aizat Risham." 'Ali Hasif meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang sambil memandang Raihan.

Kerutan kembali jelas di dahi Raihan. Aizat Risham! Mindanya bekerja keras untuk mengingati pemilik sebaris nama itu tetapi gagal. Dia buntu. 

"Abang pergi jumpa Afdzal, try to console him. Tolong Afdzal selesaikan urusan bawa balik jenazah ke Malaysia. Sebelum bertolak ke Jeddah abang ada pergi cari Sham, tapi tak jumpa. Dia macam bayang-bayang. Sentiasa ada dekat kita tapi bila dicari, dia hilang."

"Kenapa abang tak beritahu Raihan? Mesej Raihan pun abang tak balas,"

Kedengaran agak perlahan dan lemah suara itu.

"I did, sayang.. Abang call Raihan banyak kali but no answer,"

"Bila? Tak ada pun seingat Raihan.. Sebab tu Raihan try contact abang pulak tapi tak dapat and mesej-mesej yang Raihan sent pun abang tak baca,"

'Ali Hasif menghela nafasnya perlahan. Berat.

"I've lost my phone, sayang. Elok je sampai airport Beijing, baru abang perasan phone dah tak ada dalam poket. Tak sedar bila masa hilang. Terjatuh atau kena curi, I've no idea. So abang beli phone and nombor baru. I've tried so many times to reach you then but failed.. "

"Astaghfirullah al-azhim..." Mengucap panjang Raihan. Kesal dengan tingkah sendiri. Memang dia ada mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Namun, tidak pernah dia menjawabnya. "Tapi kenapa abang tak text?" Biarpun ralat, Raihan masih tidak puas hati.

"I'm so sorry, sayang. My bad. I should've texted you tapi abang still nak call and talk to you directly. I'm truly sorry,"

Raihan mengangguk sedikit. Matanya masih lagi tepat memandang anak mata hazel milik sang suami. Seakan terpukau dengan sepasang mata yang cantik itu.

"Raihan pun minta maaf jugak kat abang,"

"Raihan mesti sayang sangat dekat abang, kan?"

Raihan tersentak. Lain yang dia sebut, lain yang dibalas suaminya. Berkerut dahinya sebelum dia menjawab, "Perasan. Tak kuasa."

'Ali Hasif tersengih lebar menayangkan barisan giginya yang elok tersusun.

"Action speaks louder than words, sayang.. Raihan pegang tangan abang tak lepas ni, kuat pulak tu,"

Terus terlepas tangan 'Ali Hasif dari genggaman Raihan. Tidak sedar, lupa dia sedang menggenggam tangan yang sekali ganda besar dari tangannya itu. Pecah tawa 'Ali Hasif.

"Tengok ni sampai berbekas,"

Raihan mencebik. Pantas dia membalas, "Tu maknanya sakit hati, marah.. Bukan sayang namanya kalau dah sampai berbekas,"

Makin bersambung tawa 'Ali Hasif. Raihan hanya memandang tanpa perasaan.

"Banyak lagi ---"

"Allahu Akbar Allahu Akbar,"

Suara Raihan mati saat azan berkumandang kuat. Matanya melirik ke papan pemuka. Menggeleng dia melihatkan jam sudah menghampiri 1.30 petang. Tidak sedar begitu pantas masa berlalu. Diam sejenak kedua-duanya, menjawab azan sebelum Raihan tersentak sedikit saat tangan kanannya tiba-tiba dicapai 'Ali Hasif. Lelaki itu mengelus lembut jari-jemari isterinya. Dipusing-pusingkan cincin platinum bermata satu di jari manis Raihan.

"Laa Ilaahaillallah..."

Laungan azan sudah berhenti. 'Ali Hasif melepaskan tangan isterinya. Masing-masing tunduk sedikit, membaca doa selepas azan.

"Raihan nak cakap apa tadi?" Tanya 'Ali Hasif usai bacaan doa tadi. Di bibirnya terbentuk senyum.

"Tak ada apa,"

"Banyak lagi apa, sayang?"

"Abaikan je la, tak ada apa pun.."

"Banyak lagi Raihan nak tanya?"

Raihan diam tak membalas.

"Atau banyak lagi sayang Raihan dekat abang?"

"Jom solat," Raihan kalih bicara.

"Hm jom, sayang.. Tapi, abang tahu Raihan sayang abang, kan?"

Raihan kerut dahi. Tangannya sudah teragak-agak untuk menarik pemegang pintu.

"Nevermind, sayang.. Raihan tak jawab pun abang tahu,"

Perasan sungguh! Raihan menggeleng perlahan bersama kuntuman senyum di bibir. Kunci kereta ditarik dan diserahkan pada sang suami. Beg telekung yang diletakkan di tempat duduk belakang dicapainya. Dia menolak pintu kereta dan segera melangkah ke luar.

"A ma vie de coeur entier," sempat Raihan bersuara, perlahan tetapi jelas.

'Ali Hasif terpana. Duduknya yang selesa bersandar tadi sudah tegak semula mendengarkan butir kata Raihan.

"Raihan!" panggil 'Ali Hasif sedikit kuat saat isterinya sudah mengatur langkah menuju ke pintu masjid.

"Solat, solat.. Nanti terlepas rakaat pertama pulak," balas Raihan laju.

'Ali Hasif bingkas keluar dari kereta, menuruti langkah sang isteri. Sempat dia menekan butang pada remote kereta sebelum menyimpannya ke dalam poket seluar.

"Wait Raihan.. Tadi tu? Is it French? What does it mean?" Bertalu-talu soalan 'Ali Hasif saat langkah mereka beriringan.

Raihan tidak menjawab. Hanya kuntuman senyum yang mekar di bibirnya. Selamba dia melambai pada sang suami sebelum menukar arah menuju ke tempat ruang wudhuk dan tandas yang terletak di bahagian solat muslimah.

'Ali Hasif ketawa perlahan sambil menggeleng sekali. Senang hati biarpun tertanya-tanya. Bukan senang untuk mereka berbual mesra. Dia semakin nampak lorongan cahaya yang bakal menyinari kehidupan mereka. Langkah kakinya diatur laju, bimbang terlepas rakaat pertama bersama imam. 






🌻🌼 to be continued 🌼🌻
•••In Shaa Allah•••