Sepi di ruang itu. Sesekali kedengaran bunyi Raihan menarik nafas dan menghembus perlahan. Cuba bernafas dalam kepayahan, barangkali dek kerana tidak berhenti menangis sejak dia memulakan pemanduan.
"Raihan boleh drive lagi tak?"
Raihan diam tak menjawab. Hanya kepala menggeleng, menghantar isyarat. Belakang tangan sesekali diangkat mengesat mata sekali lalu.
"Sedih sangat Raihan, abang tengok.. Sayang pulak air mata dah bergelen habis."
Esak Raihan kembali kedengaran. Jatuh sayang pada umi yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri membuatkan air mata Raihan tidak henti mengalir.
"Raihan jangan sedih-sedih sangat.. Hujung minggu nanti kita pergi rumah umi, nak?"
Raihan tidak membalas. Tegak mata memandang hadapan dengan esak yang sedikit tertahan.
"Erm... Kalau ada apa-apa jadi dekat abang, agaknya Raihan sedih macam ni tak?"

Terhenti tangisan Raihan secara tiba-tiba. Ekor matanya menjeling suami di sisi. 'Ali Hasif hanya bersandar sambil menayang senyum.
"Ha, boleh pun berhenti.." Lebar senyuman lelaki itu. "Nak dekat setengah jam Raihan drive sambil menangis. Hebat jugak Raihan ya.."
Raihan masih lagi seperti tadi, membisu tanpa sebarang jawapan. Matanya meliar ke kiri, mencari-cari sesuatu.
"Dah biasa ya drive sambil menangis? Kalau Raihan jauh dengan abang, nangis tak macam tadi?"
Masih tidak puas hati, 'Ali Hasif terus bertanya. Raihan membatu. Pandangannya tepat ke hadapan sebelum dia memberikan isyarat ke kiri dan memberhentikan kereta di kotak parkir berhadapan dengan sebuah masjid. Jam di papan pemuka dikerling sekilas, sudah pukul 12 tengah hari.
"Hmm sayang?"
Lelaki itu sudah berpusing sedikit menghadap sang isteri di sisi.
"Raihan menangis tak kalau abang jauh dari Raihan?"
Bentuk soalan sudah diubah tetapi motifnya hanya satu. Arahnya tidak berubah tujuan.
"Hm?"
Raihan terus membisu, tidak segera membalas. Kedua-dua belah tangannya diangkat sedikit, meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas panjang kemudiannya. Duduknya sudah mengiring sedikit, menghadap 'Ali Hasif saat tali pinggang keledar dilepaskan. Wajah suaminya dipandang tak berkelip. Beberapa saat berlalu dengan mereka hanya berbalas pandang sebelum Raihan membuka mulut.
"Abang agak, Raihan menangis tak masa abang tinggalkan Raihan lepas nikah dulu?"
Soalan dibalas dengan soalan. Lancar. Dalam ketenangan dia cuba memberanikan diri. Sampai bila hidupnya perlu diselubungi tanda tanya yang bukan sedikit. Bagaimana hendak dikecapi kemanisan berumah tangga andai tiada persefahaman antara mereka.
'Ali Hasif tersenyum. Tangannya mencapai tangan Raihan. Digenggam erat kedua-dua belah tangan sang isteri. Raihan hanya membiarkan. Sabar menanti butir bicara sang suami.
"Do you?"
Raihan membalas senyum. Sedikit. Seperti sudah dijangka balasan yang bakal diterima, dia pantas bersuara.
"Where have you been?"
"Raihan nak tahu?"
"Don't you have better way to answer my questions?"
'Ali Hasif memandang Raihan tak lepas.
"It's a long story, sayang.."
"Then maybe you can start now,"
"I don't know how and where to start,"
"Quit playing games with my heart, bang.."
'Ali Hasif tersentak sedikit. Berkerut dahi seketika. Tangannya diangkat sedikit, menggaru pelipis.
"Macam lirik lagu je tu sayang,"
"Erm Hm.. Quit playing games with my heart, you're tearing us apart,"
'Ali Hasif terdiam seketika. Dia tahu bait-bait lirik lagu Backstreet Boys itu. Memang tepat terpanah ke batang hidungnya.
"I'm sorry, sayang.."
Lelaki itu bersuara kemudiannya, penuh kelembutan. Dia mengucup belakang tangan Raihan yang kembali digenggamnya, erat.
"I'm really sorry.. Actually abang kena fly a week after kita nikah but something came up."
"Seriously?" Bulat mata Raihan memandang 'Ali Hasif. Lelaki itu mengangguk sekali. "Hurm... Kena tinggal right after nikah, better still, a week after.." Raihan menggumam perlahan.
"Abang kena ganti kawan, sayang.. Bukan abang sengaja nak tinggalkan Raihan.. Kebetulan lepas wan call untuk cepatkan tarikh nikah kita, kawan abang pula datang minta tolong gantikan dia.."
"Okay.. Fly pergi mana?"
"Umrah.. Abang dengan 35 orang jemaah,"
Berkerut dahi Raihan. Faham tapi musykil. Pergi mengerjakan umrah ke apa?
"Kalau Raihan nak tahu, abang part time mutawwif,"
'Ali Hasif segera menyambung, cuba meleraikan kekusutan tetapi makin bertambah kerutan di dahi Raihan. Memang suaminya ini workaholic ke apa?
"Full time apa dah kerja kalau gitu?"
Sudah tunggang terbalik susunan ayatnya. Dia tidak peduli. Janji maknanya sampai.
"Full time husband,"
'Ali Hasif membalas selamba. Raihan ketap bibir. Serasa seperti hendak dicubit kuat-kuat lelaki di hadapannya ini namun terbantut hasratnya mengenangkan lelaki itu suaminya.
"What happened then?"
Malas melayan gurauan suami, Raihan terus bertanya. Lelaki itu kembali serius.
"Afdzal, sayang kenal Afdzal?"
"The policeman? Your friend?"
"A best friend of mine, actually.. ASP Afdzal. Dia yang banyak tolong abang selama ni,"
"Oh, okey. Kenapa dengan dia?"
"Langgar lari."
"Astaghfirullah al-azhim," Raihan menarik tangan, menekup mulut.
"He's okay. Minor injuries. Tapi Nurul... Isteri Afdzal, koma and she died two days later with their unborn baby,"
'Ali Hasif berjeda. Ada sebak dalam suaranya.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.."
Raihan menahan nafas. Matanya yang sudah berkaca tepat memandang anak mata suaminya. Cuba menyalurkan kekuatan biarpun dia sendiri goncang. Terkejut dengan kisah yang mengetuk gegendang telinganya.
"Afdzal accident sehari sebelum kita nikah, sayang. Dalam pukul 5 petang hari tu, abang dapat call daripada anak buah Afdzal. Abang kena jugak pergi jumpa Afdzal dekat Beijing. I had to, sayang... because he's all by himself and I'm responsible for all the things that had happened. Abang tak sangka sampai jadi macam ni,"
Giliran Raihan menggenggam erat tangan suaminya.
"Dah tiga nyawa hilang sebab abang,"
Nyawa siapa lagi selain yang baru sahaja diketahuinya? Raihan terasa seperti nyawanya pula yang terbang melayang. Nafasnya serasa seperti tersekat. Liur yang ditelan terasa berpasir. Dia speechless. Kekejaman apakah yang diceritakan suaminya ini? Kisah apakah di sebalik setiap yang terjadi?
"He made it look like an accident but I knew it's him."
"Who?" Bergetar suara Raihan bertanya.
"Sham, sayang.. Aizat Risham." 'Ali Hasif meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang sambil memandang Raihan.
Kerutan kembali jelas di dahi Raihan. Aizat Risham! Mindanya bekerja keras untuk mengingati pemilik sebaris nama itu tetapi gagal. Dia buntu.
"Abang pergi jumpa Afdzal, try to console him. Tolong Afdzal selesaikan urusan bawa balik jenazah ke Malaysia. Sebelum bertolak ke Jeddah abang ada pergi cari Sham, tapi tak jumpa. Dia macam bayang-bayang. Sentiasa ada dekat kita tapi bila dicari, dia hilang."
"Kenapa abang tak beritahu Raihan? Mesej Raihan pun abang tak balas,"
Kedengaran agak perlahan dan lemah suara itu.
"I did, sayang.. Abang call Raihan banyak kali but no answer,"
"Bila? Tak ada pun seingat Raihan.. Sebab tu Raihan try contact abang pulak tapi tak dapat and mesej-mesej yang Raihan sent pun abang tak baca,"
'Ali Hasif menghela nafasnya perlahan. Berat.
"I've lost my phone, sayang. Elok je sampai airport Beijing, baru abang perasan phone dah tak ada dalam poket. Tak sedar bila masa hilang. Terjatuh atau kena curi, I've no idea. So abang beli phone and nombor baru. I've tried so many times to reach you then but failed.. "
"Astaghfirullah al-azhim..." Mengucap panjang Raihan. Kesal dengan tingkah sendiri. Memang dia ada mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Namun, tidak pernah dia menjawabnya. "Tapi kenapa abang tak text?" Biarpun ralat, Raihan masih tidak puas hati.
"I'm so sorry, sayang. My bad. I should've texted you tapi abang still nak call and talk to you directly. I'm truly sorry,"
Raihan mengangguk sedikit. Matanya masih lagi tepat memandang anak mata hazel milik sang suami. Seakan terpukau dengan sepasang mata yang cantik itu.
"Raihan pun minta maaf jugak kat abang,"
"Raihan mesti sayang sangat dekat abang, kan?"
Raihan tersentak. Lain yang dia sebut, lain yang dibalas suaminya. Berkerut dahinya sebelum dia menjawab, "Perasan. Tak kuasa."
'Ali Hasif tersengih lebar menayangkan barisan giginya yang elok tersusun.
"Action speaks louder than words, sayang.. Raihan pegang tangan abang tak lepas ni, kuat pulak tu,"
Terus terlepas tangan 'Ali Hasif dari genggaman Raihan. Tidak sedar, lupa dia sedang menggenggam tangan yang sekali ganda besar dari tangannya itu. Pecah tawa 'Ali Hasif.
"Tengok ni sampai berbekas,"
Raihan mencebik. Pantas dia membalas, "Tu maknanya sakit hati, marah.. Bukan sayang namanya kalau dah sampai berbekas,"
Makin bersambung tawa 'Ali Hasif. Raihan hanya memandang tanpa perasaan.
"Banyak lagi ---"
"Allahu Akbar Allahu Akbar,"
Suara Raihan mati saat azan berkumandang kuat. Matanya melirik ke papan pemuka. Menggeleng dia melihatkan jam sudah menghampiri 1.30 petang. Tidak sedar begitu pantas masa berlalu. Diam sejenak kedua-duanya, menjawab azan sebelum Raihan tersentak sedikit saat tangan kanannya tiba-tiba dicapai 'Ali Hasif. Lelaki itu mengelus lembut jari-jemari isterinya. Dipusing-pusingkan cincin platinum bermata satu di jari manis Raihan.
"Laa Ilaahaillallah..."
Laungan azan sudah berhenti. 'Ali Hasif melepaskan tangan isterinya. Masing-masing tunduk sedikit, membaca doa selepas azan.
"Raihan nak cakap apa tadi?" Tanya 'Ali Hasif usai bacaan doa tadi. Di bibirnya terbentuk senyum.
"Tak ada apa,"
"Banyak lagi apa, sayang?"
"Abaikan je la, tak ada apa pun.."
"Banyak lagi Raihan nak tanya?"
Raihan diam tak membalas.
"Atau banyak lagi sayang Raihan dekat abang?"
"Jom solat," Raihan kalih bicara.
"Hm jom, sayang.. Tapi, abang tahu Raihan sayang abang, kan?"
Raihan kerut dahi. Tangannya sudah teragak-agak untuk menarik pemegang pintu.
"Nevermind, sayang.. Raihan tak jawab pun abang tahu,"
Perasan sungguh! Raihan menggeleng perlahan bersama kuntuman senyum di bibir. Kunci kereta ditarik dan diserahkan pada sang suami. Beg telekung yang diletakkan di tempat duduk belakang dicapainya. Dia menolak pintu kereta dan segera melangkah ke luar.
"A ma vie de coeur entier," sempat Raihan bersuara, perlahan tetapi jelas.
'Ali Hasif terpana. Duduknya yang selesa bersandar tadi sudah tegak semula mendengarkan butir kata Raihan.
"Raihan!" panggil 'Ali Hasif sedikit kuat saat isterinya sudah mengatur langkah menuju ke pintu masjid.
"Solat, solat.. Nanti terlepas rakaat pertama pulak," balas Raihan laju.
'Ali Hasif bingkas keluar dari kereta, menuruti langkah sang isteri. Sempat dia menekan butang pada remote kereta sebelum menyimpannya ke dalam poket seluar.
"Wait Raihan.. Tadi tu? Is it French? What does it mean?" Bertalu-talu soalan 'Ali Hasif saat langkah mereka beriringan.
Raihan tidak menjawab. Hanya kuntuman senyum yang mekar di bibirnya. Selamba dia melambai pada sang suami sebelum menukar arah menuju ke tempat ruang wudhuk dan tandas yang terletak di bahagian solat muslimah.
'Ali Hasif ketawa perlahan sambil menggeleng sekali. Senang hati biarpun tertanya-tanya. Bukan senang untuk mereka berbual mesra. Dia semakin nampak lorongan cahaya yang bakal menyinari kehidupan mereka. Langkah kakinya diatur laju, bimbang terlepas rakaat pertama bersama imam.

🌻🌼 to be continued 🌼🌻
•••In Shaa Allah•••