“Weyh, kau ni
biar betul An.. Dah nak dekat sejam kita tunggu dekat KL Central ni. Tak nampak
pun batang hidung so called tunang kau tu,”
“Ala sabar la
kejap Mala.. ‘Ali Hasif tu terlepas train agaknya. Kita tunggu lagi setengah
jam, ya?”
“Setengah jam je
ya. Janji tau. Aku dah rimas dengan serkup-serkup kepala gini.”
“Okay-okay, aku
janji, setengah jam je. Lebih dari tu, kita balik, okay. Kita balik. Aku
janji..”
Mulut Raihan riuh
membalas tapi mata tetap meliar memerhatikan wajah-wajah yang semakin memenuhi ruang
menunggu bawah tanah. Sesekali bibirnya menguntum senyum nakal, melihatkan
Kamala yang berserkup ala turban. Namun sengihan nakal itu tak terlihat dek
purdah yang menutupi sebahagian daripada wajahnya.
“An,”
“Hmm,”
“Kau memang serius
tak mau jumpa tunang kau ni ke?”
“Aku.. Hurmm ala
macam yang aku beritahu kau la, Mala.. Aku nak tengok dulu dia ni macam mana.
Macam seram pulak nak jumpa terus. Aku takut mamat tu psiko. Boleh pulak bagi
cincin tikam 50 sen kat aku. Betul ke tak betul... Tak pernah dibuat orang.”
Panjang jawapan
Raihan lengkap dengan huraian. Kamala di sisi terangguk-angguk. Seakan mahu
tercabut serkup kepala yang dipakainya itu dek kerana besarnya sanggul tiruan
yang tersarung di sebaliknya.
“Mujur cincin 50
sen bukan cincin dari penyangkut keychain,” sergah Mala sambil mengipas-ngipas
muka dengan tangan kanannya.
Raihan
menjegilkan mata memandang Kamala. “Kau dengan ‘Ali Hasif ni sama je tau. Pemikiran
macam kanak-kanak sekolah rendah. Cincin tikam la cincin penyangkut keychain
la..”
“Dah tu yang kau
ni menyamar dengan berpurdah bagai, siap dengan aku kena bungkus kepala gini, matang dah la tu
pemikiran kau?” Sergah Kamala, membalas jegilan Raihan.
Raihan
tersengih. Tangannya mencapai lengan kiri Kamala.
“Sorry, sorry..
Kau kan best friend aku, Mala... Kau sayang aku tak?”
Kamala mencebik.
Raihan ketawa
perlahan. Lengan Kamala ditarik rapat ke
arahnya. Kamala mencebik lagi.
“Hmmm sayang,
sayang..”
Tawa Raihan
bersambung lagi, mendengarkan jawapan terpaksa yang keluar dari seulas bibir
temannya itu.
“An, aku nak
tanya lagi ni..”
“Hm tanya la,”
“Ermm.. Dah
kalau kau tak mau jumpa sama tunang kau tu, kenapa pula kau nak juga teman aku
dekat sini?” Masih kedengaran nada Sarawak Kamala biar pun sudah hampir 15 tahun dia
bemastautin di Kuala Lumpur.
“Aku takut kau
kena kidnap.”
“Mengarut kau,”
“Sungguh.. Aku kena
pastikan tahap kewarasan si ‘Ali Hasif ni dulu. Kalau jadi apa-apa dekat kau
nanti, tak ke naya.”
“Kau ni.. Hmm
betul ke ni muka aku serupa kau?”
“Kau ni Mala...
Dah tujuh tahun kita kenal. Tujuh tahun tu jugak orang dok kata kita kembar. Tu
pun mau tanya lagi ke?”
“Bukanla..
Maksud aku bila aku pakai gini ha. Aku ni bukannya muslim, tak biasa pakai
tutup-tutup kepala gini,” Riuh Kamala sambil membetulkan turban di kepala.
Raihan
tersenyum. “Ini bukannya pakaian orang muslim pun Mala.. Tak elok pakai gini.
Boleh jatuh hukum haram,”
“Really?”
Raihan mengangguk.
“Ni...” Raihan mengusik hujung sanggul tiruan yang terletak di atas kepala
Kamala. “Bonggol tiruan ni. Haraaamm..” Panjang sebutan haram Raihan.
“Aku tahu pakai benda
tiruan macam rambut palsu dengan bulu mata palsu itu haram, tapi yang kat dalam
serkup ni, yang tak nampak ni pun haram juga ke?”
Raihan
mengangguk.
“Ini, toncet kat
kepala tinggi-tinggi gini, serupa bonggol unta. Haram, bak kata Ustaz Don—”
“Ey, aku suka
juga tengok kuliah 30 minit Ustaz Don tu,” celah Kamala tersengih-sengih.
Raihan menguntum
senyum lebar. Tahu minat temannya yang semakin ke arah Islam.
“Hm so
kesimpulannya, tak payah nak bonggol-bonggol gini kalau dah namanya orang
Islam. Serupa anak jin toncet je aku tengok. Buat dosa je tak ada pahala pun.
Paham, Kamala?”
“Kau yang suruh
aku pakai gini kan, An?”
Raihan ketawa
lepas sesaat.
“Sorry sayang..
Kau kan non muslim, apa salahnya aku gunakan kau sekejap sebelum hati kau
betul-betul nak join agama aku..” Usik Raihan penuh makna. Kamala hanya
membalas dengan kuntuman senyum yang mekar.
“Ey babe, dah hampir
half an hour ni.” Tegur Kamala beberapa ketika kemudian.
Raihan menjeling
jam di pergelangan tangan kanan. Telefon bimbit di dalam beg sandang tepinya
dikeluarkan saat dia terdengar bunyi bip yang menandakan ada mesej yang baru
masuk.
“Sekejap ya,”
Butang hijau
ditekan. Jemari kanannya bergerak di atas papan sesentuh telefon bimbit hitam
pink itu. Berkerut-kerut dahinya membaca mesej yang baru diterima. Matanya
meliar ke sana ke mari. Gigi diketap geram sebelum dia menggumam.
“Memang dasar ‘Ali
Hasif sungguh! Terkena lagi aku. Kat mana la wan dengan tok jumpa mamat ni,”
bebel Raihan perlahan.
“Why?”
Raihan mencebik.
Telefon bimbitnya disuakan pada Kamala. Tawa gadis kacukan Cina dan Iban itu
mula kedengaran perlahan sebelum terhenti seketika cuba memahami mesej yang
disampaikan. Namun tak sampai sesaat, gadis itu tertawa lagi. Sia-sia Raihan berpakat dengannya, untuk menyamar pada pertemuan pertama ini.
Kamala ketawa lagi. Raihan hanya
memandang dengan riak tak puas hati. Terbayang-bayang di mata mesej yang baru
sahaja dibacanya...
Assalamualaikum. Kita jumpa lain kali je la.
Malu saya. Sorang macam orang afrika kulit putih sorang lagi macam minah arab. Kalau
saya datang juga jumpa awak, nanti orang pikir saya ni tourist guide pulak. Awak ingat dengan pakai purdah tu saya tak cam ya tunang saya yang mana? Awak sendiri tak ingat pun muka saya macam mana kan? Jangan risau, saya bukannya psiko. Saya
normal. Jumpa lagi nanti.
to be continued,
one fine day,
insya Allah..