"Allahu akbar!"
'Ali Hasif menghela nafas perlahan mendengarkan balasan itu.
Macam mana boleh jadi begini bang?" Lirih suara di balik telefon itu bertanya pula.
"Silap abang, Kamala.."
"Apa sebenarnya yang dah jadi?"
"Abang tunjuk gambar Aizat Risham --"
"Siapa tu bang?" Potong Kamala. Sungguh dia terkejut yang amat menerima perkhabaran yang tidak disangka, awal pagi itu.
"Raihan tak pernah cerita ya?"
"I've no idea. Actually..."
Kamala berjeda seketika. 'Ali Hasif sudah tegak duduknya, tidak senang hati.
"Raihan pernah jadi macam ni masa study dulu, bang. Almost a year dia menyendiri before she got better, on her own.. Tapi Raihan tak pernah cerita apa-apa.." Kamala berjeda lagi sebelum terus menyambung laju, "And I didn't dare to ask.."
Terdiam 'Ali Hasif mendengar jawapan Kamala. Dia meraup wajahnya sekali sambil beristighfar panjang. Tersalah percaturan. Lelaki itu panggung kepala. Bebanan trauma apakah yang ditanggung sang isteri sendirian? Dia buntu. Sejenak, Raihan yang baru kembali lena di atas sofa tiga tempat duduk dipandang tak lepas.
"Kamala boleh turun KL? Tolong abang?"
"Give me two days, boleh bang? I have to settle everything first."
"Thanks a lot, Kamala.."
"Don't say a word to her family tau bang.. Tok Teh, Wan dengan Mak Ngah tak pernah tahu she wasn't 'herself' back then,"
Kalimah herself yang ditekan Kamala ketika menyebutnya membuatkan 'Ali Hasif beristighfar panjang di dalam hati. Kelu dia seketika, mendengarkan pesanan itu. Mujur juga tidak dikhabarkan apa-apa kepada mereka di kampung. Dia hanya membuat panggilan kepada Kamala dek kerana Raihan yang tak putus menyebut nama sahabat baiknya nan satu itu sejak dia sedar dari pengsan semalam.
'Ali Hasif merapati Raihan sejurus dia menamatkan panggilan. Dia melutut di sisi sofa sebelum telapak tangan kanannya mendarat di atas kepala Raihan. Perlahan-lahan diusap kepala sang isteri, beberapa kali, seakan menyalurkan kekuatan pada isterinya.
●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●
"Jangan dekat!!! Pergiiii! Pergi!!!!"
Jeritan yang kuat kedengaran membuatkan 'Ali Hasif tersentak. Terus matanya celik luas biar pun baru sahaja terlena. Lelaki itu bingkas, menyedari Raihan tiada di sisi. Lampu di sisi katil yang sedikit malap dipasang terang. Berpusing kepala mencari sang isteri di serata kamar peraduan.
Di hujung sudut kamar menghampiri ke ruang yang dikhaskan untuk almari pakaian, Raihan terlihat sedang duduk memeluk lutut. Kepalanya dibenamkan di antara dua lutut. Tubuh kecil itu menggigil. Pantas 'Ali Hasif mendekat. Rapat duduknya di sebelah Raihan. Tangan kanannya memeluk lembut bahu sang isteri dari sisi sambil perlahan suaranya memujuk.
"Raihan... Abang ni sayang.. Abang ada dengan Raihan.."
Bahu Raihan dipeluk kemas. Hujung jarinya menepuk-nepuk perlahan bahu sang isteri.
"Sakit..." Lirih suara itu mengaduh perlahan, hampir tak kedengaran. 'Ali Hasif menahan sebak. "Raihan takut..." Menggigil-gigil suara itu. 'Ali Hasif semakin sebak. Terasa seolah hatinya ditoreh-toreh. Sungguh dia sedih yang amat melihatkan keadaan isterinya.
"Raihan ada dengan abang ni sayang.. Dekat rumah kita. Abang ada untuk jaga Raihan sekarang. Tak ada sesiapa yang boleh apa-apakan Raihan lagi.." Lembut suaranya memujuk sang isteri. Dia semakin sebak saat Raihan kembali mengaduh kesakitan dengan tangisan yang semakin berlagu. Hatinya seperti hancur lumat. Sedih memikirkan apa yang telah terjadi kepada isterinya.
Lelaki itu tetap setia di sisi, menepuk perlahan sang isteri sambil bibir membisikkan kata-kata semangat. Hampir lima belas minit mereka tetap begitu, berteleku di sudut kamar peraduan sebelum 'Ali Hasif bergerak sedikit, meluruskan tubuh dan memimpin Raihan untuk bangun. Lelaki itu memusingkan tubuh sang isteri menghadap dirinya.
Raihan hanya tunduk memandang lantai. Sedu sedannya sudah tidak lagi kedengaran. Dia menghela nafas dan menghembusnya perlahan. Berat. 'Ali Hasif turut sama menghela nafas. Perlahan. Tangan kanan Raihan dicapainya dan digenggam erat telapak tangan halus itu. Sebelah lagi tangannya menolak perlahan dagu sang isteri, memaksa Raihan memusatkan pandangan ke arahnya.
"Raihan," lembut suara itu memanggil sang isteri.
Raihan tidak segera menjawab. Hanya mata yang tepat berpusat ke mata sang suami.
"Raihan..." Panggil 'Ali Hasif lagi. Matanya tunak memandang sang isteri sebelum dia menyambung ayat, "Until you heal, it will hold you hostage, dear.. Raihan kena kuat ya sayang.. Abang akan sentiasa ada dengan Raihan, in shaa Allah.."
Mata Raihan kembali berkaca. 'Ali Hasif tidak menunggu lama. Terus dipeluk kejap tubuh sang isteri. Perlahan dan lembut dia mengusap belakang tubuh sang isteri beberapa kali, menghantar isyarat isterinya itu selamat di sisinya.
●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●♡●
"Mala!! Tolong aku, Mala!!!"
"Allahu akbar!" 'Ali Hasif yang baru keluar dari bilik air terkocoh-kocoh mendapatkan sang isteri di atas katil. Raihan nampak cemas. Peluh merenik di dahi. Mata masih terpejam hanya mulut yang rancak bersuara mendayu-dayu, meminta tolong dari Kamala.
"Raihan, tidur sayang.. Raihan mimpi ni.. Tidur dulu ya.. Nanti nak sahur abang kejut.." Lelaki itu yang sudah bertenggek di birai katil menepuk-nepuk bahu isterinya perlahan. Sempat dikerling jam dinding yang tergantung tiga kaki dari atas kepala katil. Sudah menghampiri ke pukul empat pagi.
Dia merebahkan tubuh di sisi Raihan, mengiring baringnya menghadap sang isteri. Perlahan-lahan bibirnya mengalunkan bacaan surah Al-Insyirah dan dihembus lembut ke ubun-ubun kepala sang isteri. Beberapa kali 'Ali Hasif mengulang perbuatan yang sama sehingga Raihan dilihat kembali tenang dan terlena.
Lelaki itu bingkas dari katil kemudiannya. Telefon bimbit di atas meja sisi katil diambil dan perlahan-lahan dia bergerak keluar dari kamar peraduannya. Pintu bilik ditutup rapat.
'Ali Hasif menghenyakkan tubuh di atas kerusi jati sampan dua tempat duduk di luar biliknya itu. Dia menekan-nekan skrin telefon bimbitnya pula sebelum dilekapkan ke telinga kiri.
"Assalamualaikum, Sif.."
Panggilannya disambut dengan salam tidak sampai beberapa saat dia menunggu.
"Waalaikumussalam warahmatullah.. Sorry Dzal, aku kacau kau time ni,"
"Tak ada hal. Aku dekat office sekarang. Ada kerja sikit,"
'Ali Hasif terangguk-angguk sedikit sebelum dia kembali bersuara.
"Tolong aku Dzal.."
"Risham ke?" Laju Afdzal membalas.
"Aku nak cari Sham sampai dapat. Aku nak dia hidup-hidup," Berapi penuh bersemangat 'Ali Hasif menyatakan isi hatinya.
"Bawak bertenang, Sif.." Afdzal cuba memujuk sebelum menyambung kata. "Memang Sham dah lama dalam wanted list kami tapi dia ni teramat licik. Sekejap je bolos. Anak buah aku banyak kali dah dapat track Sham ni tapi bila nak tangkap, dia hilang begitu je," Panjang lebar Afdzal memberi huraian yang cukup meresahkan.
'Ali Hasif yang tekun mendengar meraup wajahnya sekali. Dia beristighfar panjang kemudiannya. Dia tahu itu. Sepi beraja seketika.
"Atau ada informer dalam group kau, Dzal?" Tebak 'Ali Hasif tiba-tiba.
Afdzal terdiam sedetik. "Aku check dulu. Nanti apa-apa aku inform kau ya,"
"Terima kasih banyak, Dzal. Aku dah hilang punca sekarang. Wife aku tak sihat Dzal. Aku tunjuk gambar Sham semalam.. Tak sangka dia pengsan lepas tengok gambar tu."
"Allahu akbar, apa dah jadi?"
"Raihan macam dalam dunia dia sendiri. Ada masa dia sedar, ada masa dia meracau-racau.. Aku syak something worst had happened between them,"
"Aku doakan yang terbaik untuk kau dan Raihan, Sif. We will try our utmost best. In shaa Allah.."
"Please do.. Aku tak boleh tengok Raihan macam ni. Dia trauma sangat sekarang. Couldn't imagine what happened back then.."
"You have to stay strong, Hasif.. Untuk Raihan. Aku akan tolong kau, no matter what.."
'Ali Hasif mengangguk-angguk beberapa kali seakan Afdzal berada di hadapannya. Panggilan ditamatkan sebaik sahaja mereka berbalas salam. Lelaki itu bingkas, menjengah ke bilik sebentar sebelum bergerak turun ke dapur untuk menyediakan sahur mereka berdua. Dalam hati sarat dengan doa semoga dipermudah perjalanan hidup mereka yang penuh berliku.
♥️ To be continued, in shaa Allah.. ♥️